You are on page 1of 136

Kanak-Kanak

Keperluan
Khas
Kanak – kanak berkeperluan khas merupakan
kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan
disahkan oleh pakar professional klinikal
sebagai mengalami masalah yang mengganggu
proses pembelajaran.
Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi
dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-
kanak berkeperluan khas.

Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas


berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri
mental (pencapaian akademik), keupayaan deria
(melihat dan mendengar), keupayaan berkomunikasi
(menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan
emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak
dan menjaga diri sendiri).
KEPELBAGAIAN ISTILAH BAGI
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak luar biasa (exceptional children)
Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak
biasa; merangkumi mereka yang mengalami kesukaran
dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan
pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities)


Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan
atau organ sering digunakan secara sinonim dgn mereka
yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan.
Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan
keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang
dapat dilakukan oleh orang biasa.
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan
(handicapped Children)
Masalah yang dihadapi oleh mereka yang
mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika
berinteraksi dengan dengan persekitaran.

Kanak-kanak berisiko (at risk children)


Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi
dianggap mempunyai kemungkinan yang besar
mengalami sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi
masalah dalam kelas biasa dan berisiko untuk menjadi
cacat.
Kanak-kanak berkeperluan khas ditakrifkan sebagai
kanak-kanak yg dianggap berhadapan dgn
batasan keupayaan dgn sendirinya bagi
memperoleh keperluan biasa untuk hidup kerana
bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya.
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
• i. Masalah kecacatan fizikal
• ii. Masalah penglihatan
• iii. Masalah pendengaran
• iv. Masalah pertuturan
• v. Masalah pembelajaran
• vi. Masalah tingkahlaku
• vii. Lembab ( slow learner)
• viii. Terencat akal ringan
• ix. Autisme
• x. Pintar cerdas
• xi. Sindrom Down
• xii. Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD
• xiii. Disleksia
Kanak-kanak berkeperluan khas

 Kurang upaya pendengaran ( hearing


impairment)
 Kurang upaya penglihatan ( visual impairment )
 Kerencatan akal ( mental retardation )
 Masalah t/laku ( behavioural disorders)
 Masalah pembelajaran ( learning disabilities)
 Masalah pertuturan ( language impairment)
 Masalah pintar cerdas( gifted )
 Kurang upaya fizikal ( physical disabilities )
 Masalah kesihatan ( health impairment )
Bincangkan faktor-faktor penyebab
kecacatan.
Faktor penyebab kecacatan

•Faktor sebelum kelahiran dan implikasi kecacatan


•Faktor semasa kelahiran dan implikasi kecacatan
•Faktor selepas kelahiran dan implikasi kecacatan
• Masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini mungkin
disebabkan oleh faktor-faktor seperti perkembangan prenatal
yang kurang sempurna kerana penyakit, kekurangan zat
makanan ataupun dadah.
• Kerumitan semasa proses kelahiran boleh memberi kesan
kepada perkembangan kanak-kanak.
• Persekitaran kanak-kanak seperti kekurangan makanan berzat,
penyakit-penyakit, penderaan dan kurang kasih sayang juga
merupakan faktor penting dalam perkembangan kanak-kanak.
• Kanak-kanak keperluan khas memerlukan perhatian,
penjagaan yang khusus dan sentiasa menuntut kasih sayang,
perhatian dan kesabaran serta komitmen guru yang sangat
tinggi.
Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah dikenali
Sebagai kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri
kelemahan berikut:
 Tahap inteleknya rendah
 Tidak mempunyai kebolehan untuk belajar dalam
masa yang singkat
 Daya ingatan yang lemah
 Daya tumpuan yang singkat
 Lemah dalam 3M
 Perasaan kurang yakin terhadap diri sendiri, rendah
diri, malu dan takut
 Emosi mudah terganggu
 Masalah tingkah laku.
terdapat murid yang cergas serta berkebolehan
dan ada murid yang menghadapi kesukaran
dalam mengikut pengajaran.

berbeza daripada dari segi kemampuan


menyelesaikan masalah, kebolehan berbincang
dan bergaul dengan rakan, mengawal perasaan
atau menjalani kegiatan fizikal.
kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara
dan tidak mengikut norma-norma
perkembangan seperti kanak-kanak lain.

kanak-kanak ini tidak dapat mengikut


pengajaran di dalam bilik darjah

ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada


kanak-kanak biasa
menghadapi masalah tertentu seperti masalah
fizikal, masalah, penglihatan, pendengaran,
pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran
terencat akal dan pintar cerdas.

Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-


kanak berkeperluan khas.
Satu bentuk pendidikan yang khusus perlu
dirancang dan dilaksanakan untuk kanak-kanak
lain.

Pendidikan yang disediakan untuk kanak-


kanak ini dinamakan pendidikan khas.
Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini
terletak di bawah pengendalian Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat.
Kementerian pelajaran Malaysia
pula menyediakan perkhidmatan
pendidikan untuk murid-murid
pemulihan khas dan keperluan khas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan
untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah
seperti cacat fizikal teruk, terencat akal
sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan
kecacatan yang tidak membolehkan kanak-
kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia,
murid-murid berkeperluan khas merujuk
kepada murid-murid yang mengalami
kecacatan penglihatan, pendengaran dan
masalah pembelajaran.

Kategori kanak-kanak yang bermasalah


pembelajaran di bawah tanggungjawab
Kementerian Pelajaran termasuk sindrom
down, autism ringan, attention deficit
hyperactive disorder (ADHD), terencat akal
minimum dan masalah pembelajaran spesifik
seperti disleksia.
Antara program yang dirancang di bawah
Kementerian Pelajarn Malaysia termasuk
program Pendidikan Khas Bermasalah
Penglihatan.

Program Pendidikan Khas Integrasi, Program


Pendidikan Khas Prasekolah, Program
Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional serta
Program Pendidikan Khas Inklusif.
Pendidikan Inklusif
Pendidikan inklusif bermasud kanak-kanak
berkeperluan khas ini dimasukkan ke dalam
sistem pendidikan untuk kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak ini mungkin memerlukan


perkhidmatan tertentu yang lain namun mereka
akan mengikut kurikulum seperti kanak-kanak
lain.
Ia melibatkan tanggungjawab bersama antara
guru biasa dan guru pendididkan khas.

Pendidikan inklusif memberi peluang kanak-


kanak berkeperluan khas untuk berinteraksi
dengan kanak-kanak lain.
Masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini
mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti
perkembangan prenatal yang kurang sempurna
kerana penyakit, kekurangan zat makanan
ataupun dadah.

Kerumitan semasa proses kelahiran boleh


memberi kesan kepada perkembangan kanak-
kanak.
Persekitaran kanak-kanak seperti kekurangan
makanan berzat, penyakit-penyakit, penderaan
dan kurang kasih sayang juga merupakan faktor
penting dalam perkembangan kanak-kanak.

Kanak-kanak keperluan khas memerlukan


perhatian, penjagaan yang khusus dan sentiasa
menuntut kasih sayang, perhatian dan
kesabaran serta komitmen guru yang sangat
tinggi.
Kategori Kanak-kanak keperluan khas
Masalah kecacatan Autisme
fizikal Pintar cerdas
Masalah penglihatan Sindrom Down
Masalah pendengaran Attention Defict /
Masalah pertuturan Hyperactivity disorder
Masalah pembelajaran ADD/ADHD
Masalah tingkahlaku Disleksia
Lembab ( slow learner)
Terencat akal ringan
Masalah Kecacatan Fizikal
Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada
kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan
fizikal, dan memerlukan perubatan atau
peralatan khas seperti pendakap (brances) atau
kerusi roda.

Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk


neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf
yang rosak ( Mohd Sharani, 2006 ) serta
kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang,
sendi dan otot.
Antara masalah yang dikategorikan sebagai
kecacatan fizikal ialah seperti cerebral
palsy, epilepsy, spina bifida, muscular
dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes
dan leukemia.
Kecacatan Fizikal
Kesukaran bergerak kerana tidak dapat
Cerebral mengkoordinasi badan. Ia disebabkan
palsy oleh neurologi motor yang tidak dapat
berfungsi dengan baik kerana
kecederaan di bahagian otak.
Kecederaan ini mungkin berlaku
sebelum, semasa atau selepas
kelahiran. Pada umumnya kanak-kanak
ini juga akan mempunyai kecacatan
lain seperti masalah penglihatan,
pertuturan atau terencat akal.
Penyakit sawan yang disebabkan oleh
Epilepsi masalah neurologi yang menyebabkan
kanak-kanak mengeletar.
Spina bifida Kecacatan pada tulang belakang yang
boleh menyebabkan kelumpuhan pada
bahagian bawah badan. Ia adalah satu
keadaan yang berlaku sejak kelahiran
tetapi boleh dibantu dengan
pembedahan.

Muscular Kemerosotan kekuatan otot secara


dystrophy progresif sehingga kanak-kanak akan
memerlukan kerusi roda. Kecerdasan
kanak-kanak tersebut tidak terjejas.
Kanak-kanak yang anggota badannya
Limb tidak sempurna ini mungkin disebabkan
deficiencies oleh kemalangan atau kecacatan
semasa kelahiran. Kanak-kanak ini
boleh dilatih menggunakan anggota
palsu.
Masalah penafasan yang berlaku
Asthma apabila tiub bronkial daripada saluran
pernafasan kerongkong menjadi
sempit. Masalah ini dibantu dengan
dadah dan penggunaan “nebulisec”
Kencing manis ialah penyakit yang
Diabetes disebabkan oleh pankreas yang tidak
dapat berfungsi untuk menghalang
peningkatan gula dalam darah manusia.
Seperti asthma, penyakit ini boleh
dikawal dengan dadah serta pemakanan
yang betul.

Satu bentuk kanser yang biasa di


Leukemia kalangan kanak-kanak. Penyakit ini
disebabkan peningkatan secara
mendadak sel darah putih dalam tulang
sum-sum. Kimoterapi merupakan satu
cara yang digunakan untuk membantu
mengawalnya.
Implikasi kepada P&P
Guru perlu mengetahui tentang masalah yang
dihadapi oleh muridnya. Misalnya guru mesti
mengetahui prosedur bagaimana mengurus
seorang murid yang diserang penyakit sawan atau
asthma.

Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal


ini ke atas perkembangan psikososial kanak-kanak
tersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidak
memahami hidup mereka dan sering menghadapi
masalah penyesuaian.
Selain itu, guru juga perlu peka kepada keperluan
murid. Misalnya seseorang kanak-kanak cerebral
palsi boleh menggunakan komputer atau pen
ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan
yang kuat sekiranya ada tugasan melibatkan
penulisan.

Penggunaan pemegang buku („book holders‟)


ataupun buku teks elektronik dapat membantu
kanak-kanak yang tidak berupaya memegang buku.
Masalah Penglihatan
Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai
mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan
penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan
menganggu pembelajaran.

Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan


berkemungkinan mempunyai penglihatan yang
terbatas atau buta.

Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap


penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70
dan 20/200 dengan penggunaan lensa.
Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek
yang dekat sahaja.

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta


tidak dapat menggunakan penglihatan untuk
pembelajaran. Mereka bergantung kepada
pendengaran dan sentuhan.

Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai


kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain
dan boleh belajar seperti biasa jika kemudahan
serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk
mereka.
Kanak-kanak yang buta juga kadang kala
mempunyai masalah pendengaran dan
perkembangan psikomotor mereka agak terhad.

Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak


terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi
oleh pergerakan mereka yang terhad.

Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti


kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh
memberi kesan ke atas perkembangan personaliti.
mempunyai konsep kendiri yang rendah dan
perhatian lebih yang diberikan kepada mereka
boleh menggalakkan pergantungan untuk sentiasa
membimbing mereka.

Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad


dalam dunia visual memberi kesan kepada
perkembangan bahasa.

Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh


memberi pelbagai contoh untuk perkataan “bulat”
menghuraikannya dengan jelas jika dibanding
dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah
penglihatan.
Seseorang guru boleh mengesan mereka yang
berpontensi mengalami masalah penglihatan
melalui simptom-simptom yang ditunjukkan pada
kanak-kanak ini.

Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya


akan mengerutkan mata atau menutup sebelah
mata untuk tujuan penglihatan.

Selain itu mereka juga asyik menggosok mata


tanpa sebab dan menyebabkan mata merah dan
bengkak.
Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala
atau loya.

Apabila membaca kanak-kanak akan memegang


buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk
mengimbangkan penglihatan mereka.
Implikasi Kepada P&P
bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang
besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk
membantu pembelajaran.

Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya


hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara
dengan latar belakang kertas

Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut


secara lisan bahan yang ditulis untuk kemudahan
kanak-kanak ini.
Guru juga perlu memberi perhatian kepada
susunan bilik darjah dan pastikan kedudukan
kanak-kanak tersebut berhampiran dengan papan.

Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan


pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan
memberi mereka akses yang mudah berada dalam
bahan-bahan pembelajaran.
Masalah Pendengaran
Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu
separa pekak dan pekak.

Separa pekak bermaksud penggunaan alat


pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini
menerima pendidikan secara audio.

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak


perlu menerima pendidikan menggunakan teori lain
seperti penglihatan.
Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur
dengan audiometer dalam unit decibel.

Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap


kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada
10 decibel.

Mereka yang tergolong sebagai separa pekak


mempunyai tahap kehilangan keupayaan
mendengar antara 20 hingga 60 decibel.
Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa
tahap dan ada yang dapat dikenal pasti apabila
kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa
tahun.

Seseorang guru peka kepada petanda masalah ini


menunjukkan symptom seperti kerap meminta
orang mengulang apa yang telah disebut.

Mereka juga menghadapi kesukaran untuk


mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku.
Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana
mereka sering salah sebutan dan mempunyai nada
suara yang lebih tinggi atau rendah dan
memusingkan kepala untuk mendengar.

Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi


dan juga pembelajaran individu.

Ketidakupayaan berkomunikasai ini memberi


kesan kepada perkembangan sosial, emosi ,
bahasa dan kognitif individu tersebut.
Implikasi kepada P& P
Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu
mendapat latihan awal yang baik di sekolah-
sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik
seperti kanak-kanak normal yang lain.

Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan


jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini
semasa memberi arahan atau mengajar.

Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris


hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat
wajah guru.
Elakkan daripada menjerit atau meninggikan
suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi
grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman
murid.

Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak


diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi
lain.
Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara
efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak
ini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara
menggunakan jari tangan untuk mengeja.

Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan


digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan,
pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.
Masalah Pertuturan
Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada
empat iaitu masalah sebutan, masalah
gagap, masalah suara, masalah bahasa.

Masalah sebutan ialah kecenderungan


meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi
sesuatu perkataan, misalnya perkataan “saya”
menjadi “caya”.

Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa


ini dalam tempoh perkembangan mereka.
Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika
masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian.

Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran


percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana
seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti
seketika atau mencelah dengan suku kata atau
perkataan.

Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut


teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar
yang cepat.
Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara
seseorang. Ia mungkin terlalu
lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang
tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak
berubah.

Masalah bahasa berkaitan dengan sistem saraf


pusat. Menurut Myklebust (1971) masalah ini
mengganggu kefahaman atau penngunaan
perkataan.

Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermakna


seseorang menghadapi kesukaran mentafsir
bahasa dalam sesuatu perbualan.
Ia juga melibatkan kesukaran dalam menggunakan
perkataan yang sesuai semasa komunikasi.

Masalah perkataan seperti masalah sebutan,


gagap dan suara boleh menimbulkan rasa malu
dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa
tidak selesa dalam situasi sosial.

Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran


seperti mana masalah bahasa.

Masalah bahasa memberi kesan kepada


perkembangan kognitif kanak-kanak.
Implikasi kepada P&P
Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi
untuk memberi respon.
Mereka boleh digalakkan memberi respon secara
bertulis.
Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan
yang melibatkan penggunaan pelbagai deria.
Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan
menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang
perkataan secara jelas dan perlahan, atau
menggunakan alat audio.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan
atau gagap boleh dibantu melalui terapi.
Masalah Pembelajaran
Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah
neurologi.

Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana


selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap
normal.

Kanak-kanak yang mengalami masalah


pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak
memberi perhatian atau tidak berminat.
Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak
matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa.

Oleh kerana mereka menunjukkan ciri-ciri yang


sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka
sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.

Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak


menerima, memproses, menganalisis dan
menyimpan maklumat.
Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih
daripada satu proses psikologi yang melibatkan
kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada
lisan atau bertulis.

Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan


mendengar, berfikir,bertutur, membaca,
menulis,megeja ataupun mengira.

Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh


aphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaran
murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak
menghadapi masalah tersebut.
Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan
masalah tingkah laku dan emosi.

Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah


pembelajaran termasuk masalah pembelajaran
akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi,
kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif,
kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.
• Banyak kesilapan semasa membaca
dengan kuat, kerap mengulang atau
berhenti.
• Menterbalikkan perkataan misalnya „b‟
dan „d‟, „21‟ dan „12‟ atau „on‟ dan
„no‟.
• Sebutan yang tidak betul atau
menggunakan perkataan yang salah
Membaca
yang bunyinya sama.
• Pembelajaran bahasa lewat dan
mungkin mempunyai perbendaharaan
kata yang terhad.
• Kesukaran dalam mengenalpasti idea
utama dari bahan bacaan, mengingati
fakta asas dan peristiwa dalam aturan
yang betul serta membuat kesimpulan
dan analisis bahan yang telah dibaca.
• Tulisan yang tidak kemas dan cara
pegang pensil yang janggal.
• Ejaan
Menulis • Kesukaran menjelaskan idea melalui
penulisan.
• Tidak dapat memikirkan perkataan yang
sesuai dalam penulisan.

• Keliru dengan simbol Matematik dan salah


baca nombor.
Mengira • Kesukaran mengingati fakta Matematik
• Kesukaran dalam kiraan
• Menukar aturan nombor
Dileksia
Merupakan masalah pebelajaran yang berkaitan
denga bahasa, membaca dan ia merangkumi
mengeja, menulis dan menyebut.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini


biasanya membaca dengan perlahan kurang
tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta
mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama.

Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan


minat terhadap buku.
Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin
kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang
sama.

Kajian juga menunjukkan masalah disleksia


berlaku empat kali lebih kerap terdapat pada kanak-
kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan (
Stoppard, 1997.)
Attention Defict / Hyperactivity
disorder ADD/ADHD
Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity
disorder ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan
perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar
menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa
memerlukan penyeliaan.

Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering


menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan
sesuatu tanpa berfikir.
Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang
keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak
ADHD.

Punca masalah ADHD ialah kekurangan


neurotransmiter yang spesifik iaitu noreprinephrine
dan dopa atau dopamine dalam sel litar otak.

Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan


pengaruh dadah tetapi tahap tumpuan mereka
masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak
mempunyai ADD/ADHD (Barbaresi & others, 2006:
Tucha & others, 2006).
Namun penggunaan dadah tidak berkesan bagi
semua kanak-kanak ADD/ADHD dan kesan jangka
panjang dadah ini masih tidak dketahui.

David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007)


mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-
kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam
dirinya untuk mengawal masalah tersebut.

Nylund cuba memberi perspektif baru kepada


ADHD, bahawa kesukaran boleh dikawal dan
semua sifat yang menghalang pembelajaran
sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada
kanak-kanak tersebut.
Beliau mencadangkan guru menggunakan masa
yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi
perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku
mereka.
Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif
atau kurang memberi penumpuan ialah
ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat
oleh pakar.
Implikasi kepada P&P
Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi
penumpuan, guru boleh menempatkan mereka di
sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh
mengalihkan perhatian mereka.

Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini


seeloknya berhampiran tempat duduk guru.

Ini akan memberi peluang kepada guru untuk


menegur dan memberi motivasi kepada murid-
murid ADHD.
Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran
di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif
apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang
dikehendaki.

Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti


dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas.

Guru perlu memastikan murid faham peraturan


tersebut.
Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan
dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas
dengan segera.

Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan


diulang.

Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk


mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif.

Beri tugasan yang ringkas.


Masalah Tingkahlaku
Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak
adalah perkara biasa.

Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkah


laku kurang sesuai pada tahap serius dan
berterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidak
bahagia dan kegagalan di sekolah.
Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini
termasuk agresif, kesukaran membentuk
perhubungan sosial, menunjukkan tingkah laku
sosial yang tidak boleh diterima masyarakat,
hiperaktif, menipu, mencuri, masalah pembelajaran
dan kebimbangan.

Ia boleh diklasifikasikan kepada masalah tingkah


laku dalaman dan masalah tingkah laku luaran.
Tingkah laku masalah Tingkah laku masalah luaran
dalaman
Kebimbangan, perasaan takut Mengingkar
Sedih, murung Menentang
Bersikap apatetik (tidak Agresif
memperdulikan)
Suka menyendiri, penarikan diri Argumentatif (suka berhujah)
Kecenderungan menyalahi diri Tidak mempercayai,
sendiri, perasaan serba salah kecenderungan menyalahkan
orang lain.
Perasaan rendah diri Destruktif
Malu, terlalu sensitif Menipu, mencuri
Keasyikan pemikiran tentang Sukar mengawal diri
suatu perkara
Cemburu
Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah
Tingkah Laku
Tingkah laku kurang sesuai dalam situasi-situasi
biasa. Misalnya kanak-kanak yang mengunyah dan
makan dalam bilik darjah semasa guru sedang
mengajar.

Tidak dapat mengawal perasaan dan tingkah laku


mereka. Misalnya kanak-kanak yang cepat marah
apabila rakan terambil pensel atau pemadamnya.
Menunjukkan simptom-simpton fizikal yang
berkaitan dengan masalah peribadi atau masalah di
sekolah. Misalnya kanak-kanak yang mengadu
sakit perut atau deman maka tidak boleh ke
sekolah.

Tidak berupaya membentuk perhubungan


interpersonal dengan rakan atau gurunya. Kanak-
kanak ini biasanya pendiam dan tidak mahu
bergaul dengan kanak-kanak lain.

Menghadapi masalah pembelajaran tetapi


ketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan oleh
faktor-faktor kesihatan, sensori atau intelek.
Sesetengah kanak-kanak menwarisi sifat atau tingkah
laku bermasalah.

Ini juga mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan


biokimia dalam diri seseorang, masalah nuerologi
ataupun kecederaan kepada sistem saraf pusat.

Faktor behavioral seperti kegagalan mempelajari


tingkah laku menyesuaikan diri atau membentuk
tingkah laku kurang sesuai akibat tekanan daripada
persekitaran juga memberi kesan kepada tingkah laku
kanak-kanak.
Daripada segi sosiologi pula, tindakan seperti
melabel individu kerana beliau daripada latar
belakang tertentu dan pengaruh budaya sesuatu
masyarakat juga boleh menimbulkan masalah
tingkah laku.

Selain daripada itu, perubahan dalam sesebuah


keluarga misalnya penceraian, kehadiran adik yang
baru atau ibu/bapa tidak boleh menimbulkan rasa
kurang selamat atau kurang yakin.
Kadang-kala masalah tingkah laku seperti agresif
atau melawat menunjukkan tingkah laku tersebut.

Masalah tingkah laku yang berkait dengan


masalah pembelajaran menyebabkan murid
ponteng kelas, tidak hadir ke sekolah, pencapaian
rendah dan tercicir daripada sekolah.
Implikasi kepada P&P
Pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan di
dalam bilik darjah termasuk:
Peneguran Positif:

Guru boleh memberi peneguran positif kepada


murid sebaik sahaja murid menunjukkan tingkah
laku yang diingini.

Misalnya seorang murid yang sebelum ini sentiasa


menghantar kerja rumah lewat dan tiba-tiba hari ini
menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh
diberi galakan atau pujian atas tindakannya.
“Time-out”

Murid tersebut diasingkan daripada rakannya


untuk satu masa tertentu.

Diharapkan masa persendirian memberi peluang


kepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya.
Tidak Peduli:

•Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang


menunjukkan tingah laku yang tidak diingini.

Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya


guru menggalakkan murid meluahkan perasaannya
tentang sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini
lebih bermakna dan sihat daripada menunjukkan
tingkah laku seperti misalnya mengelak perkara
yang murid tidak minat.
Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku
memerlukan sesuatu persekitaran di sekolah yang
boleh membantu penglibatan mereka dalam aktiviti
sekolah.

Mereka tidak seharusnya disisih sehingga tercicir


daripada sisitem persekolahan.

Mereka juga dibimbing cara-cara mengawal emosi


serta kemahiran mengurus diri.
Lembab (slow learner)
Perkembagan kanak-kanak lembab ini agak
lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat
senyum, lambat bertindak balas terhadap bunyi
atau suara ataupun tidak balas menggenga masih
belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan.

Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat


mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang
menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka
tidak dapat memberi tumpuan dan minat terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi kepada P&P
Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti
dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh
diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada
papan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahan
pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan
dalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas.

Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai


untuk membina keyakinan dan memberi perasa
kejayaan, misalnya meminta seorang kanak-kanak
disleksia untuk memberi laporan secara lisan
manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis
(Woolfolk A & Margetts K, 2007).
Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap
kanak-kanak terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk
tugasan-tugasan kecil yang kanak-kanak mampu
lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan
untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka.

Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap


minggu boleh ditampal pada papan notis kelas
sebagai peringatan. Satu salinan boleh juga
diserahkan kepada ibu bapa.
Terencat Akal
Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR)
mendefinisikan terencat akal sebagai satu
ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi
intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti
komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial
yang amat terhad.
Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan
menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:

Kurang koordinasi motor.


Sukar menumpukan perhatian.
Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah
serta berada pada tahap yang rendah dapada
mereka yang sebaya.
Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam
situasi baru.
Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak
dan membuat kesimpulan.
Kanak-kanak ini sukar menurut arahan
dan tidak berupaya memilih aktiviti secara
sendirian.

Mereka juga menghadapi masalah


koordinasi mata dan tangan.

Mereka mempelajari bahasa dan


kemahiran dengan perlahan, tidak seperti
kanak-kanak biasa.
Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak
biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke
sekolah biasa.

Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak


biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak
dengan masalah terencat akal.

Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah


kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60
dan 85/90.

IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas.


Namum begitu, kebanyakan kanak-kanak
bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah
dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran
akademik seperti kemahiran vokasional sosial untuk
membantu menjadikan meraka sebagai individu
yang produktif.
Sindrom Down
Sindrom Down berpunca daripada masalah yang
disebabkan daripada masalah berlebihan
kromosom.
•Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada
kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21.
•Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800
kelahiran.
•Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah
terencat akal, masalah ringan dan pertuturan dan
perkembangan motor yang lambat.
•Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ
yang rendah antara 30 hingga 80.
Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal
pasti antaranya:

Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat.


Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung
untuk terjelir
Mata sentiasa berair dan merah.
Mata sepet dan bentuk muka yang kecil.
Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak
bongkok.
Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan
baik.
Mereka juga selalunya mengalami masalah
kataraks mata, masalah jantung dan kecacatan
usus.

Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap


meninggal dunia sebaik sahaja memasuki alam
dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang
dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan
mereka boleh menjalani kehidupan yang sihat
seperti individu normal.
Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan
penjagaan yang lebih rapi.

Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka


yang rata, mereka cenderung mengalami masalah
penafasan dan sukar untuk makan.

Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan


otot dan kurang upaya meneroka persekitaran.

Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa


dan penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh
untuk berdikari dan menguasai kemahiran.
Implikasi kepada P&P
Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran
kanak-kanak yang mempunyai masalah Sindrom
Down.

Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar


yang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak
tersebut.

Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai


kemahiran dan meningkatkan emosi mereka yang
mereka juga berupaya untuk berjaya.
Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu
dirancang dengan rapi. Ia perlu disampaikan
dengan jelas, betul, khusus dan lengkap.

Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk


memahami arahan dan perkataan. Setiap arahan
perlu lengkap dengan butiran yang terperinci.
Contohnya: “Ambil buku yang berwarna kuning di
atas meja dan bawa buku itu kepada cikgu.”

Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang


berkesan semasa pengajaran akademik.
Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai
keupayaan untuk mengingat dan memproses
maklumat.
Guru perlu menyediakan mereka dan menarik
perhatian mereka.
Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat
yang mudah. Ia boleh dikaitkan dengan perkara
yang mereka sukai.
Masukkan elemen vokasional dan kemahiran
kendiri di dalam kurikulum mereka.
Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga
keperluan asas diri dan berupaya mencari kerjaya
yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.
Autisme
Autisme merupakan kecacatan mental seumur
hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan.
Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah
komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali
atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada
suara yang berlainan.
Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan
tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak
menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa
situasi.
Mereka lebih minat kepada barang permainan
daripada berinteraksi atau berhubung dengan
orang di sekitarnya.
Implikasi Kepada P&P
Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada
kemahiran-kemahiran kesediaan untuk berlajar,
misalnya duduk dan memberi perhatian kepada
guru, kemahiran psikomotor misalnya penggunaan
alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti
berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.

Ia harus menekankan kemahiran yang dapat


membantu kanak-kanak berdikari. Misalnya,
membaca notis, surat khabar dan mengisi borang
permohonan.
Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya,
dengan membantu mereka menyediakan jadual
kerja dan menyenaraikan perkara-perkara yang
perlu dilakukan pada hari itu.
Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa
yang telah mempelajari misalnya dengan
mengulang langkah atau konsep yang telah
dipelajari.
Kanak-kanak ini memerlukan rutin.
Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh
mereka.
Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik
darjah.
Pintar Cerdas
Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan
berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih
daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik
darjah untuk membantu mereka merealisasikan
sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka.
Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan
ciri-ciri berikut:

Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu


dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan
sebaya.
Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang
lebih jika dibanding dengan rakan sebaya.
Menetapkan matlamat yang tinggi untuk
pencapaiannya.
Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan
yang mencabar.
Kemahiran berbahasa, membaca dan
perbendaharaan kata yang luas.
Kebolehan untuk memimpin.
Mengambil berat dan menunjukkan empati
terhadap orang lain.
Implikasi kepada P&P
Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga
jenis program:
i. Pengasingan,
ii. Pemecutan (acceleration)
iii. Pengayaan
Pengasingan
Dalam program pengasingan, kanak-kanak
diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka
disediakan kurikulum khas yang mampu
menggalakkan kebolehan istimewa mereka.

Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-


kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat
membantu perkembangannya secara optima.
Pemecutan
Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini
dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk
subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke
kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan
belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua
daripada mereka.

Cara kedua ialah di mana murid tersebut


disediakan dengan rancangan khas dalam kelas
yang sama. Rancangan ini membantu mereka
belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada
kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.
Penggayaan
Program pengayaan melibatkan pendekatan yang
menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di
dalam atau di luar kelas.

Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke


muzium atau perpustakaan negara.

Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti


lain yang memerlukan murid mencari maklumat
yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan
dilakukan oleh murid secara bersendirian.
Kesimpulan
Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak
keperluan khas ialah sikap guru serta kemahiran
guru dalam membantu kanak-kanak ini.

Guru perlu percaya bahawa pendidikan adalah


untuk semua kanak-kanak.

Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru


kelas biasa amat penting.

Guru-guru ini seharusnya mempunyai


kesanggupan untuk berkongsi kemahiran demi
kebaikan kanak-kanak tersebut.
Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu
bapa, pihak hospital dan kebajikan masyarakat juga
penting dalam usaha membantu kanak-kanak ini.

Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluan


kanak-kanak.

Misalnya, guru tidak harus membuat perbandingan


antara kanak-kanak.

Dapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluan


khas dengan menghampiri mereka dan bukan
dengan memanggil namanya beberapa kali secara
negatif.
Gunakan bahasa isyarat jika hendak menyuruh
kanak-kanak supaya bertenang atau jangan bising.

Seterusnya guru boleh menggunakan pelbagai


kaedah dan ransangan misalnya kad-kad yang
mudah untuk menarik minat dan perhatian murid.

Kanak-kanak berkeperluan khas khas boleh


dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan
yang dapat menerima dan membimbing mereka.
Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat
nota atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas
itu boleh diberikan kepada rakan sekelas untuk
membantu.

Kesimpulannya, interaksi dengan persekitaran


yang menyokong dan pembelajaran yang aktif
boleh membantu perkembangan kanak-kanak ini.
DA LAGI ???
Down Syndrome Chromosomes
Down Syndrome
Fetal alcohol syndrome (FAS)
A therapist works with an autistic boy in a public school.
Teaching Deaf Students
American lecturer and writer Helen Keller
a.Hearing Impairment b. Expressive Language Delay

c.Attention Deficit Disorder


Implikasi Bermasalah Pembelajaran
@ Fizikal
FINE MOTOR
SKILLS
Hydroponics Project
Wiping & Clearing
Cleaning & Arranging
Laundry, Ironing,bed
making
Food
Preparation
Floor Mat
& Beading
Art
P a in ting
Bicara Agung

Untuk mendapatkan hasil jangka pendek,


tanamlah sayur-sayuran. Untuk mendapat
hasil dalam masa sepuluh tahun, tanamlah
pokok buah-buahan. Untuk mendapat
hasil selama-lamanya, didiklah
manusia.
Sekian

You might also like