You are on page 1of 23

PERKEMBANGAN KREATIVITI

DAN ESTETIKA

Oleh: Cik Shuriani Bt Mohd Noor


Pengenalan

Komponen kreativiti dan estetika memberi fokus


kepada memperkembangkan sifat kreatif dan
ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran.
Penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti seni, seperti
lukisan, kraf, muzik, nyanyian, drama dan puisi
membolehkan kanak-kanak menyatakan idea dan
ekspresi diri.
Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid
membina keyakinan diri dan mengenali cita rasa
sendiri.
Sambungan…

Komponen ini mengandungi lima aspek yang terdiri


daripada:
1. Persekitaran dan keindahan alam.
2. Lukisan dan kraf.
3. Muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif.
4. Drama dan puisi.
5. Warisan budaya.
 Kanak-kanak dibawa untuk memerhati, mengenali dan
menikmati keindahan alam sekeliling.
 Kanak-kanak juga diberi peluang untuk melahirkan
perasaan dan memperkembangkan daya kreativiti mereka
melalui lukisan, kraftangan, muzik, nyanyian, pergerakan
kreatif, puisi dan drama.
Sambungan…

Penglibatan aktif dalam aktiviti tersebut berupaya


mengalakkan perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor kanak-kanak di samping memupuk nilai
estetika.
Melalui komponen ini, kanak-kanak diberi
pendedahan kepada lagu dan muzik, permainan,
kraf dan peralatan tradisional agar mereka
mengenali dan menghargai warisan budaya bangsa
pelbagai kaum.
Matlamat

Bidang pembelajaran perkembangan kreativiti dan


estetika bagi kanak-kanak 0-6 tahun bermatlamat
mengembangkan keupayaan untuk:
1. meluahkan perasaan,
2. daya imaginasi,
3. melahirkann idea,
4. meneroka pelbagai bahan untuk menghasilkan
sesuatu yang baharu,
5. Meningkatkan kebolehan menghargai muzik, seni,
budaya dan alam sekitar dengan fikiran terbuka.
Objektif

Komponen kreativiti dan estetika membolehkan


kanak-kanak
1. Menikmati keindahan alam melalui persembahan
kreatif.
2. Menggunakan bahan semulajadi dan kitar semula
secara kreatif.
3. Melahirkan perasaan secara kreatif.
4. Menghargai warisan budaya.
Konsep kreativiti

Terminologi kreatif berasal dari perkataan Latin ‘creare’


yang bermaksud “membuat/ mencipta/ mereka cipta”.
Manakala Greek “creare” bermaksud
“memenuhi”.
Kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir
yang menerbitkan idea manakala pemikiran
kritis adalah pemikiran yang menilai ke atas sesuatu idea.
Oleh itu, pemikiran kreatif mestilah berasaskan
manipulasi dari pengalaman serta pengetahuan yangsedia
ada bagi membolehkan seseorang itu dapat mencetuskan
idea atau hasil ciptaan yang baru dan lebih baik daripada
yang sebelumnya.
Sambungan…

Kreativiti bersangkut dengan pemikiran kreatif.


Berfikiran kreatif bermaksud berfikir di luar kotak. Ia juga
berkait dengan keupayaan seseorang menyelesaikan masalah.
Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah
berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental
atau fizikal. Daya inilah yang membawa kita kepada satu cara
pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir diluar kotak).
Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan
kemahiran berfikir seseorang , maka itu ia dapat dibentuk,
dilatih menerusi ransangan tertentu.
Sambungan…

“Creativity has been considered in terms of process,


product or person and has been defined as the
interpersonal and intrapersonal process by means
of which original, high quality, and genuinely
significant products are developed”.

(Barron and Harrington, 1981)


Ciri-Ciri Kreativiti

1. Melibatkan pemikiran dan tingkahlaku imaginatif.


2. Aktiviti imaginatif (penghayalan) yang bertujuan,
iaitu terarah bagi mencapai satu-satu objektif.
3. Proses ini mesti menjana sesuatu yang asli
(original).
4. Nilai yang berkait dengan objektif yang
dikhayalkan itu
Gambar Kreativiti
Konsep Estetika

Perkataan estetika diambil dari perkataan Greek iaitu


aisthetikos yang merujuk kepada perkara yang
berkaitan dengan pancaindera atau deria.
Estetika sering dikaitkan dengan hasil karya seni, atau
pada sesuatu yang ada nilai seninya.
Bagi sebahagian besar kita menyatakan sebagai indah
atau cantik.
Hasil kerja seni mempunyai nilai seninya tersendiri .
Nilai itu terbitdaripada gabungan keunikan beserta
pelbagai elemen seni visual lain seperti rupa, bentuk,
jalinan (estetik) disertai dengan asimilasi idea, konteks,
sejarah, antropologi, emosi dan sebagainya.
Sambungan…

Menurut pandangan Al Ghazali:

“Keindahan ialah nikmat yang tersendiri, yang dihayati


kerana-Nya dan bukan kerana tujuan yang lain.
Keindahan tiap-tiap satu benda itu terletak pada
kesempurnaannya yang disedari melalui sifatnya. Justeru
itu, cetusan rasa keindahan yang diamati secara luaran
adalah pada tahap yang dialami oleh kanak-kanak dan
haiwan manakala rasa keindahan yang timbul dari dalam
diamati oleh mata hati dan cahaya penglihatan batin
manusia terdiri dari mereka yang dewasa”.
Gambar Nilai Estetika
Tahap Perkembangan mengikut
peringkat umur
Umur 0-6 bulan:

 Boleh mengeluar dan menghasilkan bunyi yang pelbagai.

Cadangan Aktiviti:

 Meniru tingkahlaku dan pergerakan dengan menggunakan keseluruhan


badan.
 Menggunakan jari dan tangan untuk membuat sesuatu bentuk.
 Menyediakan pelbagai alat yang merangsangkan bayi mengecam pelbagai
bunyi.
 Mendedahkan bayi kepada pelbagai bunyi yang ada di persekitaran.
 Mendedahkan dan mengalakkan bayi membuat pergerakan badan mengikut
bunyi.
 Menggayakan pergerakan kreatif mengikut alunan zikir dan lagu kanak-
kanak dan bunyi haiwan.
Tahap Perkembangan mengikut
peringkat umur
Umur 6-12 bulan:

 Suka melihat wajah dan gambar-gambar yang berwarna-warni.


 Suka kepelbagaian bunyian muzik dan nada suara.
 Boleh mengenal lagu ringkas dan liriknya berulang-ulang.
 Boleh menghasilkan bunyi yang pelbagai.
 Boleh mengecam pelbagai rentak bunyi.
 Boleh melakukan gerak badan mengikut rentak bunyi.

Cadangan Aktiviti:

 Mendedahkan pelbagai objek yang menghasilkan sesuatu bunyi yang berlainan.


 Menyediakan pelbagai bahan supaya dapat dilihat, didengar, disentuh, dihidu dan dirasa.
 Mendedahakan dan memperdengarkan bayi kepada pelbagai bunyi muzik dengan
menggunakan pelbagai alatan.
 Mendedahkan bayi kepada pelbagai bunyi dipersekitaran.
 Mendedahkan bayi dengan pelbagai rentak bunyi.
 Mendedah dan menggalakan bayi membuat pergerakan badan mengikut bunyi.
Tahap Perkembangan mengikut
peringkat umur
Umur 1-2 tahun:

 Suka permainan atau aktiviti kreatif.


 Boleh menconteng atau melakar di atas kertas atau tanah.
 Boleh menghasilkan pelbagai bentuk dengan tanah liat atau playdoh.
 Suka menyanyi pelbagai lagu walaupun sekadar meniru gerak mulut atau membisikkan perkataan.
 Suka bersolek dan bermain olok-olok.

Cadangan Aktiviti:

 Membuat pelbagai jenis aktiviti seperti lakaran contengan menggunakan krayon, catan, permainan pasir,
air dan doh.
 Meneroka pelbagai pergerakan untuk menghasilkan bentuk yang berbeza.
 Mengguna pelbagai bahan yang berbeza dari segi warna, tekstur dan bentuk.
 Melakukan aktiviti untuk meningkatkan deria melihat, menyentuh dan merasa.
 Mencampur warna untuk menghasilkan warna baru.
 Membuat lakaran orang, binatang, bunga, daun, rumah, kereta dan lain-lain.
 Membaca crita bersama pendidik.
 Menggunakan pelbagai alat atau benda untuk menghasilkan pelbagai rentak.
 Mendengar pelbagai bunyi alat muzik.
Tahap Perkembangan mengikut
peringkat umur
Umur 2-3 tahun:

 Suka main olok-olok


 Boleh mengimaginasi sesuatu blok sebagai kereta dan keretapi.
 Boleh menghasilkan rekaan sendiri menggunakan alat mainan.
 Suka bertanya banyak soalan.
 Suka cerita fantasi.
 Mendengar dengan teliti sesuatu bunyi atau percakapan yang menarik minat kanak-kanak.

Cadangan Aktiviti:

 Meneroka pelbagai bahan yang mempunyai warna, tekstur, bentuk dan ruang yang berbeza.
 Meneroka dan mencampur pelbagai warna untuk menghasilkan warna baru.
 Menghasilkan sesuatu daripada bahan yang terdapat di persekitaran.
 Menghasilkan contengan yang mewakili sesuatu.
 Mencipta pelbagai model daripada pelbagai bahan.
 Memerhati hasil karya yang berbentuk lukisan,buku dan lain-lain.
 Mendengar lagu dan muzik dari pelbagai alat muzik.
Tahap Perkembangan mengikut
peringkat umur
Umur 3-4 tahun:

 Boleh menunjukkan kreativiti melalui lukisan, catan, kraftangan, muzik, lakonan dan pergerakan badan.
 Boleh mera cipta dan menghasilkan sesuatu rekaan.
 Menunjukkan daya imaginasi dan estetika yang tinggi melalui permainan.
 Mengumpul, memilih dan menyusun bahan yang berlainan bentuk, warna dan tekstur mengikut kreativiti
sendiri.

Cadangan Aktiviti:

 Meneroka dan membanding pelbagai bahan


 Melakukan aktiviti mengasingkan bahan mengikut saiz, warna, tekstur, dan bentuk.
 Mencampur warna daripada pelbagai bahan untuk menghasilkan warna baru dengan menggunakan warna
air, pensel berwarna, krayon, cat dan lain-lain.
 Menggunakan bahan semulajadi dan kitar semula untuk digubah sebagai kraftangan.
 Melahirkan idea dalam bentuk gambar.
 Bermain dengan alat muzik untuk menghasilkan bunyi muzik tertentu.
 Mendengar tentang pelbagai jenis alat dan bunyi muzik.
 Bermain dengan alat muzik.
Aktiviti 1:

Berdasarkan kepada bahan yang dibekalkan, sila


buat satu kraftangan (tikar) yang kreatif.
Aktiviti 2:

Sila buat satu lukisan yang kreatif


Tema lukisan adalah bebas.
Aktiviti 3:

Berdasarkan kepada bahan yang dibekalkan, sila


hasilkan bahan yang kreatif yang mempunyai nilai
estetika yang tinggi.
Kerja adalah secara berkumpulan.
SEKIAN, TERIMA KASIH…

You might also like