You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan

Seni merupakan julat yang berlainan untuk aktiviti manusia, produk serta aktiviti
mereka. Seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap
sebagai keunggulan daya cipta manusia. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan
disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja
mereka, seni boleh dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran medium,
untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk
terbaik untuk saluran tersebut.

Seni Dalam Pendidikan merupakan satu kursus yang mendemonstrasikan kaedah


penggunaan sumber dan amalan seni estetik. Seni Dalam Pendidikan menjurus kepada
penggunaan seni visual, seni muzik danseni pergerakan sebagai satu pendekatan inter-
displin dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran. Seni Dalam Pendidikan
merupakan komponen yang penting kerana dapat membantu meningkatkan kreativiti dan
ekspresi kendiri, meningkatkan perkembangan minda seseorang secara holistik.

1
2.0 Konsep

Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan


individu terutamanya kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativiti
mereka. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan akan membantu pembentukan individu yang lebih bersifat holistik dan
menyeluruh. Integrasi seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dapat membantu
meningkatkan perkembangan sama ada individu dan minda secara menyeluruh dan holistik.
Seni Dalam Pendidikan dapat membantu dalam peningkatan dalam kreativiti dan ekspresi
kendiri seseorang terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan murid. Keluwesan Seni
Dalam Pendidikan sebagai kit (learning kit) yang membolehkan murid mempunyai pelbagai
kekuatan kecerdasan supaya menguasai sesuatu konsep secara lebih mudah dan senang.
Selain itu, teori pembelajaran yang menyokong terhadap Seni Dalam Pendidikan termasuk
Teori Kecerdasan Pelbagai, Teori Konstruktivism dan Teori Pembelajaran Vygotsky.

2
3.0 Matlamat

Matlamat Seni Dalam Pendidikan adalah untuk membentuk keperibadian generasi


negara kita yang bercelik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif,
kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kurikulum seperti Kurikulum PERMATA, Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) yang mempunyai kandungan berupaya membantu murid-murid meningkatkan
perasaan bersyukur terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran serta
menikmati keindahan seni dan warisan bangsa. Kandungan kurikulum tersebut dapat
membantu murid-murid supaya menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kabangsaan (FPK).
Seni Dalam Pendidikan menginteraksikan tiga komponen iaitu seni visual, seni muzik dan
seni pergarakan yang bertujuan untuk melengkapkan pembinaan otak kanak dan otak kiri.
Guru digalakkan supaya melaksanakan pelbagai aktiviti seni supaya murid-murid dapat
meneroka, mengalami, mengekspresi, meningkatkan kepekaan, kreativiti serta daya
imaginasi danmencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronkkan.

3
4.0 Objektif

Seni Dalam Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan pembelajaran yang optimum


dan secara menyeluruh dengan integrasi dalam mata pelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang
diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan negara kita. Selain
itu, Seni Dalam Pendidikan dapat meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi dan
kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dapat dipupuk
dalam proses penghasilan melalui penghayatan alam sekitar. Media-media seni visual
seperti catan, cat poster, cat guace, cat akrlik dan cat tempera serta teknik-teknik seperti
basah atas basah, basah atas kering dan kering atas kering boleh digunakan untuk
mengekspresikan hasil kerja melalui seni.

Seni Dalam Pendidikan telah mendorong rakyat negara kita supaya menghargai
sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Abdul
Latiff Mohiddin merupakan salah satu tokoh seni halus Malaysia. Karya cat minyak terkenal
seperti “Pago-pago” telah beliau hasilkan pada tahun 1964. Datuk Mohammad Nor bin
Mohammad Khalid merupakan seorang tokoh seni lukisan yang terkenal dalam Malaysia.
Nama umumnya diketahui sebagai Lat. Karya karton beliau yang paling terkenal adalah
“The Kampung Boy”. Tan Sri Dr. P. Ramlee merupakan seorang tokoh seni muzik terkenal
di Malaysia. Beliau merupakan pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis
lagu. Beliau telah mengambil bahagian dalam 66 buah drama, mencerita 359 buah lagu dan
telah mencipta 42 buah karangan lagu dalam sepanjang kehidupan beliau.

4
5.0 Cara Aplikasi Kepentingan Deria kepada Kanak-kanak dalam Meneroka dan Menimba
Pengalaman Pembelajaran Seni Dalam Pendidikan

Setiap kanak dan murid mempunyai amalan gaya pembelajaran yang berbeza. Guru
digalakkan memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka pengamalan dengan
menggunakan pelbagai deria seperti penglihatan, pengdengaran, rasa, hidu dan sentuhan
supaya gaya pembelajaran mereka menjadi lebih berkesan dan seronok.

5.1 Deria Penglihatan

Mata merupakan salah satu organ penting dalam badan manusia. Mata
membenarkan manusia untuk melihat. Melihat dengan menggunakan mata melibatkan
pengamatan dan pemerhatian secara visual dan mental. Penglihatan merupakan deria yang
penting dalam proses pembelajaran terutamanya bagi kanak-kanak yang kecenderungan
dalam seni visual. Penglihatan membenarkan kanak-kanak memproses maklumat supaya
dapat mengingati, memahami, mengapresiasi dan mengenali tentang sesuatu secara lebih
mendalam dan terperinci. Kanak-kanak yang bersifat ingin tahu sentiasa meneroka alam
persekitaran dengan menggunakan penglihatan visual mereka. Sebagai contoh, kanak-
kanak akan mudah ditarik minat dan perhatian apabila guru menggunakan sumber yang
digabungkan dengan penggunaan ruang, warna, bentuk dan jalinan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak dapat menimba pengamalan pembelajaran
dalam seni selepas melihat, memerhati dan menikmati sesuatu melalui mata mereka. Hal ini
dikatakan demikian kerana pengamatan dan pemerhatian uang teliti membolehkan kanak-
kanak memperoleh maklumat pembelajaran yang lebih berkesan.

5.2 Deria Pendengaran

Telinga yang terdiri daripada telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam dapat
membolehkan manusia supaya mendengar suara-suara atau bunyi. Pendengaran
merupakan satu deria merujakan kepada abiliti untuk menerima bunyi dengan mengesan
getaran yang berubah dalam alam persekitaran manusia. Pendengaran merupakan deria
penting kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak auditori dalam proses meneroka
persekitaran mereka. Bunyi yang diperdengarkan dapat membantu kanak-kanak memahami
dunia persekitaran dan menambah pemahaman tentang sesuatu yang tidak dapat dijelaskan
melalui penglihatan. Kanak-kanak dapat menimba pengamalan pembelajaran melalui
aktiviti-aktiviti yang melibatkan deria pendengaran. Contohnya, aktiviti meniru bunyi binatang
dapat mambantu kanak-kanak mengenali bunyi yang dikeluarkan oleh binatang tertentu.

5
5.3 Deria Rasa

Lidah merupakan salah satu organ manusia yang mempunyai reseptor rasa untuk
mengesan 4 jenis rasa seperti manis, masam, pahit, masin dan umami. Tusana rasa dapat
membezakan pelbagai rasa dengan mengesan interaksi molekul atau ions yang berbaza.
Kanak-kanak dapat meneroka rasa makanan atau minuman yang berbeza dengan deria
rasa. Kanak-kanak dapat memberi tanggapan mengenai makanan dan minuman yang telah
dirasa dengan menggunakan deria rasa. Kanak-kanak dapat menimba pengamalan
pembelajaran melalui aktivit-aktiviti berkaitan dengan deria rasa. Sebagai contoh, aktiviti
menikmati rasa dan memasak makanan merupakan aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak
supaya mereka dapat menimba pengamalan pembelajaran tersebut dalam kemahiran hidup
mereka.

5.4 Deria Hidu

Hidung merupakan salah satu organ penting yang dapat membantu pernafasan dan
menghidu bau. Deria hidu bergantung kepada saraf penerimaan yang bertindak balas
kepada kimia yang yang dibawa oleh udara. Pewujudan deria hidu apabila molekul odorant
terikat dengan saraf penerima yang digunakan untuk mengesan sesuatu bau. Bau boleh
dikaitkan dengan pelbagai benda, binatang, flora dan fauna. Kanak-kanak dapat menghidu
dan mengesan bau yang berbeza berdasarkan benda berbeza dengan menngaplikasikan
deria hidu mereka. Sebagai contoh, aktiviti meneka bau. Kanak-kanak disuruh menghidu
bau benda-benda seperti limau, bunga Rosa Chinensis, serbuk teh, serbuk kopi dan serbuk
kari yang diletakkan dalam botol. Kanak-kanak menggunakan deria hidu untuk meneka bau
benda dalam botol tersebut dan seterusnya mereka dapat menyebutkan nama benda
tersebut. Kanak-kanak juga dapat menimba pengamalan pembelajaran dalam mata
pelajaran Sains. Kanak-kanak akan memahami bahawa benda berbeza mempunyai bau
masing-masing setelah mereka telah menghidu bau tersebut.
6

5.5 Deria Sentuhan

Sentuhan diwujudkan dari lapisan bawah kulit manusia yang dikenali sebagai dermis.
Dermis mengandungi banyak saraf yang halus yang memberi informasi mengenai banhan
yang telah kita sentuh. Deria sentuhan merupakan salah satu deria yang amat penting
dalam kalangan kanak-kanak kerana deria ini membolehkan mereka supaya dapat
melaksanakan sesuatu aktiviti secara “hands-on”. Sebagai contoh, aktiviti sensori. Aktiviti
sensori seperti main pasir dapat membolehkan kanak-kanak merasakan pasir semasa
memijak di atas pasir atau bermain dengan pasir. Selain itu, permainan doh juga dapat
meningkatkan sensori sentuhan kanak-kanak semasa bermain doh. Kanak-kanak akan
menimba pengalaman pembelajaran melaui pelbagai aktiviti sensori seperti membuat paper
mache, menyentuh kertas pasir, plastisin yang terlibat dengan deria sentuhan mereka.

(1008 patah perkataan)


7

6.0 Kesimpulan

Secara keseluruhan, deria terbahagi kepada deria penglihatan, deria pendengaran,


deria rasa, deria hidu dan deria sentuhan. Kepekaan deria membolehkan murid-murid
membentuk satu persepsi secara menyeluruh mengenai sesuatu fenomena. Persepsi
tersebut juga dapat dipanggil sebagai pengamatan. Pancaindera manusia yang terdiri
daripada mata, telinga, hidung, lidah dan kulit memainkan peranan yang sangat penting
dalam memproses serta mengesan maklumat-maklumat yang diterima daripada rangsangan
alam sekitar. Pembelajaran multi-sensori digalakkan kerana pembelajaran tersebut
merupakan satu gaya pembelajaran yang melibatkan aktiviti yang menstimulasi penggunaan
semua deria. Guru-guru digalakkan mengamalkan pembelajaran multi-sensori supaya
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik serta menghasilkan
murid yang berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri seperti yang dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
8

7.0 Rujukan

Aiman Hamzah. (2017). Tokoh Seni Malaysia.

Bagaimana Rangsangan Deria Membantu Tumbesaran Anak Anda. (2020). Kuala Lumpur.

Retrieved from: https://www.aia.com.my/ms/what-matters/health-


wellness/rangsangan-deria-kanak-kanak.html

Hidayah. (2016). Permainan Sensori (Sensory Play): Terapi Carakerja yang Menyeronokkan
– Engku Nurul Hasanah Engku Kamal Bakri.

Retrieved from:

https://www.mmgazette.com/permainan-sensori-sensory-play-terapi-carakerja-yang
menyeronokkan-engku-nurul-hasanah-engku-kamal-bakri/

Jesma Binti Ismail. (2015). Seni Dalam Pendidikan: Perlis.

Safwan Yusuf. (2015). Dunia Melalui Deria Kita.

Retrieved from:

https://www.slideshare.net/SafwanYusuf/bab-1-dunia-melalui-deria kita

(2012). Tokoh Muzik Tanah Air dan Barat.

Retrieved from:

http://ngbeelang.blogspot.com/2012/12/tokoh-muzik-tanah-air-dan-barat.html

Wikipedia. Deria. Retrieved from: https://ms.wikipedia.org/wiki/Deria

Wikipedia. Lat (cartoonist). Retrieved from: https://en.wikipedia.org/wiki/Lat_(cartoonist)

Wikipedia. Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.

Retrieved from: https://zh.wikipedia.org/wiki/%E6%AF%94%C2%B7%E5%8D


%97%E5%88%A9
9

8.0 Lampiran

Teuku Zakaria bin Teuku


Nyak Puteh

“The Kampung Boy”

Deria Manusia
10

You might also like