You are on page 1of 7

1.

PENGENALAN

Seni dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Ia tidak merujuk kepada bidang lain seperti seni teater, seni sastera dan sebagainya. Seni dalam Pendidikan ini lebih mengfokuskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Di sini, guru sentiasa digalakkan untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti penerokaan, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Melalui ini, ia dapat meningkatkan lagi kreativiti dan imaginasi murid-murid dalam subjek-subjek yang dipelajari dan sejurusnya mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

2.0

KONSEP SENI MUZIK

Menurut Campbell, muzik adalah sesuatu kesenian yang tertumpu kepada aspek pendengaran atau aural. Seni muzik ialah bunyi-bunyi indah yang disusun secara logik berdasarkan elemen-elemen muzik. Contohnya, irama, warna ton, mud, melodi, harmoni tekstur dan bentuk. Seni muzik juga merupakan satu dari seni luahan manusia yang menggambarkan identiti dan kemajuan sesuaitu bangsa . Oleh itu, pada umumnya, muzik diiktiraf sebagai satu bidang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vocal atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semulajadi atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika , corak pemikiran dan emosi manusia. Selain itu, seni muzik juga merupakan cetusan ekspresi perasaan atau fikiran yang terhasil dan dikeluarkan secara tersusun dalam bentuk bunyi. Melalui muzik, kanak-kanak mendapat kesenorokan , luahan perasaan, kesimbangan emosi, konsep kendiri yang positif, menghargai seni muzik dan kemahiran muzik. Plato, seorang ahli falsafah Yunani berpendapat bahawa sahsiah seseorang individu itu amat dipengaruhi oleh seni halus seperti muzik . Beliau berpendapat bahawa akhlak seseorang individu boleh diperbaiki jika individu itu didedahkan kepada seni muzik .

3.0

KONSEP SENI PERGERAKAN

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran. Ia memberi peluang kepada kepada kanak-kanak melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat non-verbal . Menurut Dalcroze (1950), cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara melakukan (learning by doing) kerana tubuh adalah alat paling utama dan merupakan keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintergrasikan telinga

(pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Pergerakan juga merupakan perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku secara automatik, spontan dan terurus. Ia juga merupakan aksi yang melibatkan ruang dan masa, pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor.

4.0

KONSEP SENI VISUAL

Konsep seni visual boleh difahami dan dialami melalui aspek seperti pernyataan diri, pengalaman dan sensasi visual dan sentuh , 2D dan 3D , kumunikasi visual , bahasa seni visual, isi dan mesej, imej, bentuk, bendasubjek, nilai estetik, ciri-ciri kreatif dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan , seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis. Takrifan yang berlainan adalah karya, termasuk sajak , lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan . Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak , iaitu boleh dilihat melalui deria penglihatan.

4.0

KEPENTINGAN

SENI

MUZIK

DALAM

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

4.1

Menjadikan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Menyeronokkan Salah satu kepentingan seni muzik dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah, menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan. Menurut Russel (1968), matlamat seorang guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialau untuk melatih dan membentuk kanak-kanak yang menpunyai kemahiran memerhati , sensitif terhadap pergerakan , bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Sebagai contoh, bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh membuat nyanyian bersama-sama sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, perhatian murid-murid dapat ditarik dan mereka berasa seronok semasa kelas tersebut.

4.2

Sebagai Salah Satu Bidang yang dapat Digabungjalinkan Seni muzik juga memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi subjek bukan pendidikan muzik, guru boleh menyerapkan serba sedikit kemahiran muzik dalam rancangan aktivitinya. Ini adalah supaya variasi aktiviti lebih kreatif dan dapat melibatkan semua murid. Contohnya, untuk mengajar tentang buah-buahan tempatan bagi subjek Bahasa Melayu, seseorang guru tersebut boleh mendedahkan murid-murid dengan jenis-jenis buahbuahan tempatan melalui nyanyian lagu Musim Buah-buahan. Dengan itu, impak yang diberi kepad murid lebih kukuh dan mereka akan sentiasa mengingati jenis-jenis buah-buahan tempatan.

4.3

Menjamin Pembelajaran yang Optima Seni muzik juga memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seni muzik merupakan satu bidang yang dapat menarik minat murid untuk belajar. Ia penting kerana ia merupakan bidang yang menggalakkan pembelajaran dua hala. Dengan menggunakan muzik atau lirik lagu untuk mengajar sesuatu topik, ingatan terhadap sesuatu topic akan lebih kukuh pada otak murid-murid. Ini kerana murid-murid dapat menyanyikan lagu tersebut, atau mendengar lagu tersebut secara berulangan sehingga lirik lagu kukuh diingati. Oleh itu, pembelajaran yang optima dapat dicapai.

5.0

KEPENTINGAN SENI PERGERAKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.1

Melibatkan Murid-murid Secara Aktif Seni pergerakan memainkan peranan penting untuk melibatkan muridmurid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kanakkanak pada peringkat sekolah rendah merupakan insan-insan yang sentiasa aktif. Oleh itu, sekiranyan sesebuah subjek melibatkan pergerakan, ia secara tidak langsung dapat melibatkan murid-murid secara aktif. Contohnya, dalam subjek Bahasa Melayu, guru A hendak mengajar tentang tarian joget. Di sini, guru tersebut boleh

menayangkan video dan meminta semua murid untuk mengajuk langkah-langkah berjoget. Dengan itu, murid berpeluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancang oleh guru.

5.2

Mendedahkan Murid-murid kepada Pergerakan Asas Seni pergerakan juga memainkan peranan penting untuk

mendedahkan murid-murid kepada pergerakan-pergerakan asas. Pergerakan-pergerakan asas adalah seperti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Contohnya, murid-murid dapat membezakan

pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Secara tidak langsung, mereka telah menimba ilmu yang berkaitan dengan pergerakan asas.

5.3

Menarik Minat Murid-Murid untuk Belajar Selain itu, seni pergerakan juga penting bagi menarik minat muridmurid untuk belajar. Seperti yang dinyatakan di atas tadi, kanak-kanak sekolah rendah merupakan golongan insan yang suka bergerak atau menggerakkan menyerapkan tubuh unsur badan. kinestatik Sekiranya atau terdapat subjek dalam yang proses

pergerakan

pengajaran dan pembelajaran, minat untuk belajar dalam kalangan murid-murid akan meningkat. Contohnya, dalam kelas Pendidikan Muzik, sekiranya dapat membuat nyanyian sambil membuat

pergerakan, murid-murid akan berasa seronok dan minat mereka terhadap pendidikan muzik akan meningkat.

6.0

KEPENTINGAN SENI PEMBELAJARAN

VISUAL DALAM PENGAJARAN DAN

6.1

Mengamalkan Nilai-Nilai yang Baik Seni visual berperanan penting untuk menerapkan nilai-nilai estetika Sekiranya murid-murid dapat menghargai hasil-hasil karya yang dicipta sendiri, mereka akan tahu betapa pentingnya nilai estetik seseuatu

objek. Dengan itu, nilai-nilai murni seperti menghargai, kasih saying dan sebagainya dapat diterapkan dalam kehidupan masing-masing. Sekiranya adanya nilai-nilai murni dalam diri, maka mereka akan sentiasa mengamalkan amalan yang baik semasa berada dalam bilik darjah. Contohnya, memastikan bilik darjah adalah dalam keadaan bersih, menghormati guru dan menjaga kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan baik.

6.2

Sebagai Variasi untuk Menyediakan Lembaran Kerja Seni visual juga memainkan peranan penting sebagai variasi untuk menyiapkan lembaran kerja. Contohnya, selain daripada hanya menjawab soalan dengan tulisan semata-mata, murid-murid boleh menggunakan warna yang berlainan untuk mengklasifikasikan jawapan yang diberi. Dengan itu, murid-murid tidak berasa bosan dengan lembaran kerja yang diberi oleh guru.Malahan, mereka akan sentiasa beria-ria untuk menyiapkan kerja yang diberi. Ini secara tidak langsung dapat memudahkan urusan guru terhadap kerja yang diberi kepada murid-murid.

6.3

Sebagai Bidang yang boleh Digabungjalinkan Seni visual juga berperanan sebagai bidang yang boleh

digabungjalinkan. Seni visual sebenarnya dapat diterapkan dalam semua mata pelajaran. Contohnya, dalam subjek pendidikan moral, terdapat lembaran kerja di mana murid-murid diminta untuk

mewarnakan gambar dan sebagainya. Bagi pendidikan sivik, muridmurid pula berpeluang untuk melukis mural di sekeliling sekolah. Oleh itu, ia memainkan peranan yang sangat penting terrutamanya bagi murid-murid di sekolah.

7.0

KESIMPULAN Kesimpulannya, penggabungjalinan ketiga-tiga bidang kesenian ini memainkan peranan penting dalam pendidikan, terutamanya bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Antara tujuan-tujuan penggabungjalinan adalah satu jaringan yang berkait antara satu sama lain, memudahkan pelajar untuk mengingat topik yang dipelajari, melatih minda pelajar supaya sentiasa kreatif dan aktif dan menjamin pembelajaran yang berkesan. Dengan itu, boleh dirumuskan bahawa penggabungjalinan ini penting bagi melahirkan insan-insan yang sihat dan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Oleh itu, kita sebagai guru harus pandai menggunakan kemahiran-kemahiran ini untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat.

You might also like