You are on page 1of 3

REFLEKSI INDIVIDU

MOHD. SAIFUL AZWAN BIN SUNDIAN (930729-12-5133)


NO MATRIKS : 2013340143
PISMP 3G AMBILAN JANUARI 2013

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, maka
dapatlah saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini. Kerja khusus ini merupakan
Tugasan bagi subjek WAJ3073 Seni Dalam Pendidikan, di mana ianya terbahagi kepada
dua kategori iaitu berkumpulan dan individu. Secara berkumpulan, kami dikehendaki Menulis
dan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut pengkhususan
major/minor/elektif dengan menggabungkan seni muzik, seni visual dan seni pergerakan.
Seterusnya kami dikehendaki melaksanakan P&P di bilik kuliah dengan menekankan
pengintergrasian SDP berdasarkan RPH yang dibina dan membuat bahan bantu mengajar
berdasarkan RPH. Manakala tugasan individu pula dikehendaki untuk menghasilkan sebuah
penulisan refleksi sepanjang proses penyiapan tugasan ini.
Seni dalam pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah
perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan
kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan
mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan
mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan
yang lebih bersifat holistik.
Terdapat beberapa peranan SDP yang boleh dikaitkan dengan mata pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah rendah. Antaranya adalah SDP berperanan untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah menjadi lebih
seronok, menarik dan berkesan. Hal ini sangat penting dalam mewujudkan interaksi
positif dalam kalangan murid dan guru serta murid dan murid. Antara aktiviti yang
boleh dijalankan oleh guru dalam memastikan perintegrasian seni dalam pendidikan
ini, guru bolehlah mengadakan aktiviti nyanyian. Terdapat tiga unsur seni dalam
pendidikan iaitu seni muzik (irama), ruang dan warna. Unsur seni muzik terdapat
dalam aktiviti nyanyian yang dijalankan berikutan adanya irama yang dialunkan oleh
murid-murid dan guru. Misalnya, guru menyanyi bersama dengan murid-murid lagu
Pak Mamat Ada Kebun selepas mengajar teks cerita haiwan. Sesuatu irama itu
boleh dinikmati sewaktu guru dan murid-murid mendengar muzik. Irama yang
menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar
muzik tersebut berulang kali. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan
penggabungjalinan seni dalam pendidikan dalam P&P Bahasa Melayu, dapat
mewjudkan sesi P&P yang lebih menarik, seronok serta berkesan.
Di samping itu, SDP juga berperanan untuk menghargai keindahan ciptaan
Tuhan. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Warna juga turut
digunakan dalam SDP iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat
dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga
tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud di sekeliling kita. Contoh-contohnya
adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna-warni yang terdapat
pada pelangi dan sebagainya. Jika dikaitkan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu,
guru bolehlah mengintegrasikan unsur seni visual (warna) dalam sesi P&P di dalam
kelas. Sebagai contoh, selepas guru mengajar murid tentang jenis-jenis bunga
misalnya, guru bolehlah meminta murid mewarnakan gambar bunga tersebut
mengikut kreativiti masing-masing. Di sini, guru boleh menyelitkan nilai mensyukuri
ciptaan Tuhan yang indah lagi menakjubkan itu kepada diri murid-murid. Di samping
dapat mengintegrasikan unsur seni visual dalam P&P, guru juga dapat menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Jadi, di sini jelas menunjukkan
pengintegrasian SDP dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam
mewujudkan nilai menghargai keindahan ciptaan Tuhan dalam kalangan murid-
murid.
SDP juga berperanan dalam memupuk budaya pengamatan, persepsi dan
ekspresi dalam proses penghasilan. Ketiga-tiga budaya ini dapat diterapkan dalam
pengintegrasikan unsur seni pergerakan dalam sesi P&P di dalam kelas. Jika
dikaitkan dengan sesi P&P mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh menjalankan
aktiviti seperti aktiviti lakonan. Semasa berlakon, mereka akan menghayati lakonan
serta membuat ekspresi yang sesuai menggunakan anggota fizikal mereka.
Misalnya, selepas guru menerangkan konsep tatabahasa mengenai kata adjektif
yang menunjukkan sifat seperti marah, sedih, gembira dan sebagainya, guru boleh
meminta murid-murid melakonkan watak-watak yang menggambarkan perasaan-
perasaan tersebut. Mereka akan memikirkan gaya yang sesuai untuk
mengekspresikan perasaan-perasaan tersebut. Oleh yang demikian, jelas
menunjukkan pengintegrasian SDP dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat
mewujudkan budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam kalangan murid.
Selain itu, SDP berperanan dalam meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti,
inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
yang diamalkan dalam P&P. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang
bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen
irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi
meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Ketiga-tiga unsur SDP ini juga boleh diterapkan sekali gus dalam satu aktiviti semasa
sesi P&P. Misalnya, dalam sesi P&P Bahasa Melayu, guru boleh menjalankan aktiviti
menyanyi lagu warna pelangi sambil menari. Tarian yang dibuat adalah mengikut
kreativiti murid. Jadi, hal ini akan dapat membuatkan mereka lebih kreatif dalam
menghasilkan pergerakan yang sesuai dengan lagu yang dinyanyikan. Murid juga
akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif.
Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama iaitu pengajaran
yang lebih berpusatkan kepada guru. Oleh yang demikian, di sini jelas menunjukkan,
guru dapat meningkatkan pengetahuan murid-murid, daya kreativiti dan pemikiran
yang inovasi serta berkemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan yang diamalkan dalam P&P.
Tuntasnya, kesemua peranan SDP ini menunjukkan usaha guru dalam
membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

You might also like