You are on page 1of 6

1.

0 Pengenalan

Sebagai seorang guru memasukkan unsur seni dalam pendidikan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan nilai-nilai estetika, daya imaginatif,
kreatif dan inovatif terhadap murid-murid. Menurut Salhah Abdullah (2009), pendidik
yang kreatif mampu membantu murid belajar dengan menggunakan gaya yang sesuai
dengan minat dan kemampuan mereka. Oleh itu, guru perlu melahirkan rasa minat
belajar kepada murid dengan memasukkan aspek seni dalam pendidikan contohnya
seni visual, seni musik dan seni pergerakan supaya murid dapat memaksimumkan
kecerdasan mereka dari segi fizikal, rohani, sosial dan emosi. Dengan adanya
kecerdasan, murid berupaya untuk belajar, berfikir dan menyesuaikan diri dengan
pengalaman serta mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah.

2.0 Laporan reflektif berdasarkan penilaian aktiviti

Sewaktu saya menjalankan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah di SKS7,


saya menemani seorang guru pendidikan islam untuk melihat suasana pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Saya memasuki kelas 4 Zamrud dan pada hari itu guru
mengajar tentang tajuk tayammum di dalam kelas tersebut. Semasa sesi pembelajaran
dijalankan, guru membawa speaker dan memperdengarkan lagu rukun tayammum
kepada murid-murid. Semasa aktiviti nyanyian dijalankan, guru menunjukkan cara
bertayammum kepada murid-murid melalui demonstrasi dan kemudian murid-murid
dikehendaki mengikut pergerakan guru tersebut. Melalui aktiviti nyanyian, saya
mendapati murid-murid dapat menggunakan deria pendengaran mereka dengan baik
kerana mampu menyanyi dengan rentak lagu yang sama. Aktiviti ini menyebabkan
murid bersemangat untuk menyanyi dengan nada suara yang kuat supaya dapat
mengelakkan murid daripada bosan di dalam kelas di samping dapat meningkatkan
motivasi murid untuk belajar. Menurut Hamisan Bin Salim (2010), penggunaan muzik
dalam pembelajaran dapat meningkatkan kecerdasan emosi menyebabkan murid

1
berasa seronok dan minat untuk belajar. Berdasarkan pemerhatian saya, semua murid
mempunyai kesihatan mental yang baik kerana mampu menunjukkan emosi yang
positif iaitu seronok dan minat dalam aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh guru
berkenaan. Daripada aktiviti nyanyian juga saya lihat murid lebih mudah untuk
menghafal rukun tayammum berbanding daripada aktiviti tanpa nyanyian. Daripada itu
saya mendapati bahawa semua murid 4 Zamrud mempunyai kecerdasan mental dan
intelek yang sihat kerana mampu mencapai daya ingatan yang tinggi dalam menghafal
rukun tayammum tanpa perlu mengambil masa yang lama. Penerapan muzik dan
nyanyian dalam pembelajaran adalah penting bagi membantu memperkembangkan
pengetahuan, idea, serta mengukuhkan ingatan murid semasa melagukan sesuatu lagu
(Abdullah, 1994).

Seterusnya semasa aktiviti nyanyian dijalankan, pergerakan tayammum juga


dilakukan dari muka hingga ke tangan, aktiviti ini mengajar murid untuk mempelajari
cara yang betul untuk melaksanakan tayammum. Sewaktu murid melakukan
pergerakan, saya melihat tidak ramai murid dapat bergerak mencontohi guru
bertayammum dengan betul. Dalam pergerakan motor kasar mereka dapat ikuti dengan
baik namun ada sesetengah murid lemah dalam menggerakkan motor halus mereka
iaitu jari mereka. Oleh itu, murid-murid yang lemah dalam menyeimbangkan pergerakan
anggota tubuh badan, mereka lemah dari segi kecerdasan fizikal. Menurut Noriati A.
Rashid et.al (2017), terdapat kecerdasan kinestetik di mana ia diukur dari segi
keupayaan individu dalam menggunakan anggota tubuh. Daripada pemerhatian saya,
murid-murid tersebut mungkin di rumah tidak dilatih dengan sempurna menggunakan
motor halus mereka menyebabkan mereka tidak dapat menyeimbangkan pergerakan
motor mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu melatih anak-anak untuk membuat kerja di
rumah seperti membasuh pinggan, menyuap makanan sendiri dan lain-lain. Aktiviti ini
dapat melatih mereka untuk menggunakan motor kasar dan motor halus mereka
dengan baik. Dari segi kecerdasan intelek mereka juga kurang dalam pergerakan
mereka kerana mereka tidak dapat mengikut pergerakan tayammum dan dilakukan oleh
guru dengan betul. Ini menunjukkan mereka tidak mampu untuk menafsirkan
kefahaman mereka tentang rukun tayamum melalui pergerakan dengan betul
menyebabkan mereka lemah dalam melaksanakan rukun tayammum.

2
Selepas aktiviti nyanyian dijalankan, murid-murid dikehendaki melukis semula
rukun-rukun tayammum dengan meniru semula gambar yang terdapat dalam buku teks.
Berdasarkan pemerhatian saya, murid-murid 4 Zamrud mampu melukis dengan baik
kerana lukisan mereka dapat difahami dengan betul walaupun lukisan mereka tidak
secantik gambar dalam buku teks. Daripada aktiviti lukisan yang dijalankan, murid
mampu mencapai kesihatan dari aspek emosi dan sosial. Dai segi kecerdasan sosial,
lukisan murid tersebut mampu menyampaikan mesej iaitu rukun tayammum dengan
betul dan tepat disamping dapat difahami, ini kerana lukisan merupakan bentuk
komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya bertutur (Luquet, G.H.,2001).
Dari segi aspek kecerdasan intelek, murid dapat menghasilkan lukisan mengikut apa
yang dikehendaki oleh guru disebabkan mereka melukis apa yang mereka nampak dan
bukan melukis mengikut kehendak dan gerak hati sendiri. Berdasarkan pemerhatian
saya, murid dapat meluahkan segala kefahaman mereka berkaitan rukun tayammum
dengan tepat tanpa memasukkan unsur-unsur lain dalam lukisan mereka. Murid juga
mampu menyeragamkan warna dalam lukisan mereka, contohnya tangan dan tanah
diwarnakan dengan warna coklat, awan diwarnakan biru dan lain-lain. Menurut Norjietta
Julita (2018), melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat mempelajari untuk menguasai
konsep paduan. Ini bermaksud penggunaan warna yang pelbagai merupakan satu
kesepaduan untuk kanak-kanak ini melengkapkan lukisan mereka dari segi
mewarnakan lukisan yang berwarna-warni. Oleh itu, murid kelas 4 Zamrud menguasai
kecerdasan intelek kerana mampu melukis mengikut kefahamannya dengan betul serta
dapat menyeragamkan warna yang betul terhadap sesuatu lukisan.

3
3.0 Penutup

Daripada keseluruhan pemerhatian saya terhadap murid kelas 4 Zamrud, saya


mendapati mereka lebih cenderung kepada seni visual dan muzik kerana mereka
mampu meluahkan emosi mereka dengan baik daripada aktiviti tersbut. Namun dari
segi pergerakan mereka kurang menguasai pergerakan anggota tubuh mereka lebih-
lebih lagi dalam menggerakkan motor halus mereka. Di samping itu, mereka juga
mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik kerana mereka bersemangat dan
bersungguh-sungguh untuk belajar subjek ini apabila guru memasukkan unsur seni
dalam pendidikan islam. Oleh itu, guru perlulah memasukkan unsur seni dalam
pendidikan supaya murid dapat menguasai kecerdasan mereka melalui aktiviti dalam
kelas.

4
Rujukan

Buku

Abdullah al-Amin an-Na’miy. (1994). Kaedah dan Kaedah Pengajaran Menurut Ibn
Khaldun dan al-Qabisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Luquet, G.H. (2001). Children’s drawing. London: Alan Costal.


Noriati A. Rashid, Boon. P.Y & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd

Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan


Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Jurnal

Hamisan bin Salim. (2010). Penggunaan Muzik Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran.
Johor: University Teknologi Malaysia.
Norjietta Julita Taisin. (2018). Aktiviti Melukis Meningkatkan Keyakinan Diri Dalam.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak , 19-29.

5
6

You might also like