You are on page 1of 8

PENGESANAN AWAL KANAK-KANAK

UNIT 2
BERKEPERLUAN KHAS

Hasil Pembelajaran Unit

Pada
Padaakhir
akhirunit
unitpelajar
pelajardapat
dapat: :
Mengenal pasti jenis-jenis kanak-kanak berkeperluan khas
Mengenal pasti jenis-jenis kanak-kanak berkeperluan khas
Menjalankan ujian saringan.
Menjalankan ujian saringan.
Menentukan teknik pengumpulan maklumat yang sesuai
Menentukan teknik pengumpulan maklumat yang sesuai
Menjalankan tindakan susulan.
Menjalankan tindakan susulan.

Jenis- Jenis Keperluan Khas

Kanak-kanak keperluan khas merangkumi kanak-kanak istimewa yang mempunyai


keperluan pembelajaran dan perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak
lain yang sebaya dengan mereka. Mereka memerlukan pengubahsuaian dalam
aktiviti pembelajaran dan aktiviti-aktiviti seharian yang lain untuk mencapai tahap
perkembangan yang optimum. Sebagai pendidik/pengasuh pendidikan awal kanak-
kanak, kita perlu mememahami ciri-ciri keperluan khas setiap kanak-kanak supaya
kanak-kanak ini boleh dibantu untuk berkembang secara optimum mengikut
keperluan masing-masing. Jenis-jenis keperluan khas boleh dibahagikan kepada
beberapa kategori kurang upaya fizikal, masalah deria, masalah komunikasi,
gangguan emosi, kurang upaya mental, masalah tingkahlaku, masalah
pembelajaran dan masalah kesihatan.

Kurang upaya fiizikal


Kanak-kanak dengan ketidakupayaan fizikal mengalami kecacatan anggota yang
mungkin disebabkan oleh kemalangan, kelahiran atau penyakit kronik. Kanak-kanak
ini biasanya mempunyai keperluan khas dari segi pergerakan atau mobility. Terdapat
beberapa penyakit yang boleh menyebabkan kanak-kanak diserang penyakit yang
merosakkan otak, otot dan tulang belakang dan menjadikan kanak-kanak Kurang
Upaya Fizikal. Contohnya, kanak-kanak cerebal palsy mengalami kesukaran untuk

9
menggerakkan anggota-anggota badan (kaki, tangan, leher) yang diakibatkan oleh
kecederaan pada otak yang mengawal fungsi motor/ pergerakan. Keadaan ini
bermula dari peringkat bayi dan awal perkembangan kanak-kanak tersebut.

Penyakit spina bifida merupakan satu lagi jenis penyakit yang boleh menyumbang
kepada ketidakupayaan fizikal kanak-kanak. Penyakit ini menyerang dan
merosakkan tulang belakang kanak-kanak . Badan menjadi bengkok dan akhirnya
lumpuh. Selain itu penyakit muscular dystrophy merupakan sejenis penyakit yang
boleh menyebabkan otot-otot menjadi lemah. Kanak-kanak yang mengalami
keadaan ini akan sukar bergerak lama kelamaan menjadi sukar bergerak dan perlu
menggunakan kerusi roda. Ramai dalam kalangan mereka yang akan meninggal
dunia pada usia yang muda. Keadaaan fizikal kanak-kanak seperti kecatatan
anggota tubuh badan atau sumbing juga menyebabkan mereka mempunyai
keperluan yang berbeza daripada kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka.

Masalah sensorial (deria)


Kanak-kanak yang dikategorikan dibawah keperluan ini adalah mereka yang
menghadapi masalah pancaindera seperti kanak-kanak (i) bermasalah penglihatan
dan/ atau (ii) bermasalah pendengaran.

(i) Kanak-kanak yang bermasalah pendengaran biasanya dapat dikesan apabila


mereka tidak memberi tindakbalas terhadap bunyi yang kuat/ apabila nama mereka
dipanggil. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran boleh dibahagikan
kepada beberapa kumpulan berdasarkan keupayan pendengaran mereka yang
dibezakan berdasarkan decibel (dB) yang berlainan (seseorang yang mempunyai
keupayaan mendengar bunyi dB 90 dan keatas di kategorikan sebagai pekak; 27-65
dB dikategorikan sebagai mengalami kesukaran pendengaran). Masalah
pendengaran dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya mereka yang pekak
sebelum umur 3 tahun boleh mempengaruhi keupayaan pertuturan dan kemahiran
bahasa yang lambat (contohnya, kemahiran membaca dan tatabahasa). Pada
lazimnya kanak-kanak masalah pendegaran akan mempunyai masalah komunikasi,
sosial dan akademik juga.

10
(ii)Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya boleh dikategorikan kepada mereka
yang berpenglihatan terhad atau rabun, dan mereka yang buta. Kanak-kanak
berpenglihatan terhad biasanya mempunyai keupayan untuk melihat sesuatu atau
membaca dengan menggunakan alat khas seperti cermin mata, kanta pembesar
dan lain-lain. Cahaya yang sesuai juga penting untuk membantu penglihatan
mereka.

Kanak-kanak yang buta pula adalah mereka yang tidak dapat melihat apa-apa
termasuklah objek dan sumber cahaya. Kanak-kanak buta biasanya belajar dengan
mengumpul maklumat melalui deria sentuhan, pendengaran, hidu dan rasa. Mereka
juga memerlukan bantuan dari segi orientasi dan mobiliti.

Masalah komunikasi
Kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas dari segi komunikasi terdiri daripada
mereka yang lambat bercakap, menghadapi masalah artikulasi, gagap, pelat dan
sebagainya. Biasanya kanak-kanak yang ada masalah kecelaruan komunikasi akan
turut mempunyai masalah bahasa dan pertuturan yang menyebabkan bunyi yang
dihasilkan oleh mereka sukar difahami oleh pendengar.
Gangguan emosi
Sesetengah kanak-kanak tidak menunjukkan emosi manakala ada pula kanak-kanak
yang mempamerkan emosi mereka melalui sesuatu tingkahlaku. Gangguan emosi
kanak-kanak boleh mempengaruhi keupayaan mereka untuk belajar, untuk membina
dan mengekalkan hubungan interpersonal yang baik, murung, mudah sedih,
ketakutan yang melampau, memencilkan diri dan kadang-kadang suka mengganggu
orang lain.

Kurang upaya mental


Kanak-kanak yang kurang upaya mental mempunyai keupayaan intelek yang
rendah, iaitu IQ dibawah 70. Mereka tidak dapat belajar secepat rakana-rakan
sebaya mereka, sukar memahami maklumat, dan sukar menggunakan/
memindahkan maklumat dari satu situasi ke situasi yang lain. Mereka juga

11
menghadapi masalah dalam mengurus diri, kemahiran social , keselamatan dan
kesihatan.

Masalah tingkah laku


Terdapat juga kanak-kanak yang memerlukan pengurusan tingkahlaku untuk
membantu pembelajaran dan perkembangan mereka dalam kehidupan seharian
secara optimum. Ini termasuklah kanak-kanak autistik, kanak-kanak attention deficit
hyperactive disodrer (ADHD), dan mereka yang attention deficit disorder (ADD)
biasanya tergolong dalam kategori ini. Pengesanan awal amat penting dalam
membantu kanak-kanak menangani masalah ini.

Masalah pembelajaran
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang telah dikenalpasti
sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu keupayaan pembelajaran mereka.
Mereka biasanya mempunyai keupayaan mental dan pengubahsuaian tingkah laku
yang rendah. Contohnya, kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri disleksia (masalah
membaca), diskalkulia (masalah mengira), dysgraphia (masalah menulis) dan
dyspraxia/ apraxia (masalah pertuturan) biasanya menunjukkan masalah
pembelajaran spesifik. Kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak ini biasanya
mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkahlaku sosial, penguasaan bahasa lisan dan
pertuturan, kemahiran membaca dan kemahiran matematik mereka.

Masalah kesihatan
Kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan, contohnya kanak-kanak
thalesemia dan leukemia juga memerlukan pemerhatian bagi membolehkan mereka
membesar dengan sempurna.

Ujian Saringan
Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak seharusnya ditentukan sebelum intervensi
awal bermula. . Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak
sangat nyata dan pengujian tidak diperlukan. Contohnya, sindrom Down dan kurang
upaya fizikal boleh ditentukan dengan memerhati ciri-ciri fizikal kanak-kanak

12
berkenaan. Bagi sesetengah kanak-kanak pula adalah sukar untuk menentukan
masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyaringan (screening) perlu dilakukan.

Proses saringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara,


contohnya kemahiran bahasa. Lazimnya, teknik saringan dapat dilakukan dengan
cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan pelajar yang ramai. Setelah dikenal
pasti, guru akan membuat pengubahsuaian pengajaran sesuai dengan pelajar
berkenaan. Sekiranya pengubahsuaian tersebut tidak membantu, maka guru akan
merujuk pelajar itu untuk menjalani pengujian diagnostik yang lebih terperinci.

Apabila proses penyaringan menunjukkan bahawa terdapat sesuatu masalah atau


beberapa masalah di kalangan kanak-kanak yang diuji, kanak-kanak berkenaan
dirujuk untuk pengujian diagnostik. Ujian diagnostik khusus yang digunakan tertakluk
kepada jenis masalah yang
dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik dilakukan
terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu
menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003).

(a) Perkembangan Motor

Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran.


Pengujian tentang perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan,
kelenturan, ketahanan lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak.
Pergerakan otot besar (seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek) dan
pergerakan otot halus (seperti mengambil sesuatu objek permainan, mengikat tali
kasut) menunjukkan tahap perkembangan motor seseorang kanak-kanak
.
(b) Perkembangan Kognitif

Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti


kemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa
lampau, merancang dan membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada
masa depan. Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari

13
dengan maklumat sedia ada, menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru
adalah petanda-petanda perkembangan kognitif.

(c) Komunikasi dan Perkembangan Bahasa

Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan,


keperluan, pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan
menggunakan bahasa untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima
maklumat daripada orang lain. Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan,
frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukan lisan melibatkan gerak-geri tangan dan
anggota badan, penumpuan mata, riak air muka dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri
tersebut dapat mengesan tahap keupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa
kanak-kanak berkeperluan khas.

(d) Perkembangan Emosi dan Sosial

Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang


permainan dan tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka
tahu pentingnya mengikut giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka
juga dapat meluahkan perasaan dan emosi dengan cara teratur. Pengujian terhadap
ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap perkembangan emosi dan sosial kanak-
kanak berkeperluan khas.

(e) Kemahiran Adaptif

Perkembangan kanak-kanak juga ditentukan sama ada mereka mempunyai


kemahiran adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain, makan
sendiri tanpa disuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi
dengan sendiri, membasuh tangan dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui
pemerhatian dapat mengesan tahap kemahiran adaptif kanak-kanak berkeperluan
khas.

Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang boleh
diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan dengan
14
umur tertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan dan
keupayaan yang patut dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur tersebut.
Oleh itu, perbandingan boleh dibuat dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang
diuji. Perlu ditekankan bahawa kelima-lima domain ini tidak berasingan tetapi banyak
bertindih. Contohnya, kanak-kanak yang bermain bola sepak menggunakan kelima-
lima domain: kemahiran motor (berlari dan menendang bola), kemahiran kognitif
(dapat meramal gerak-geri pemain), kemahiran berkomunikasi (menerima dan
memberi arahan), kemahiran sosial (mematuhi peraturan permainan) dan kemahiran
adaptif (memakai kasut bola tanpa bantuan).

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang kanak-kanak berkeperluan


khas dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain
sumber rujukan serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang
lain.

Carian
Carianperlu
perlumeliputi
meliputijenis-jenis
jenis-jeniskeperluan
keperluankhas
khas
dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas
dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas

15
AKTIVITI 2 :

Hasilkan
Hasilkansebuah
sebuahpeta
petakonsep
konsepi-Think
i-Thinktentang
tentang
Teknik-teknik
Teknik-teknik pengumpulan maklumat yangsesuai
pengumpulan maklumat yang sesuai
Untuk
Untukkanak-kanak
kanak-kanakberkeperluan
berkeperluankhas
khas

Refleksi :

Berdasarkan
Berdasarkan pengalaman
pengalaman anda
anda sebagai
sebagai guru
guru tabika,
tabika,
bincangkan
bincangkan tindakan
tindakan susulan
susulan yang
yang sesuai
sesuai untuk
untuk
dibincangkan
dibincangkanbersama
bersamaibu ibubapa
bapatentang
tentanganak
anakmereka
mereka
yang
yangmenunjukkan
menunjukkanciri-ciri
ciri-cirikeperluan
keperluankhas
khas

16

You might also like