You are on page 1of 31

DISEDIAKAN OLEH: LAM PUI YEE TAN ZING MIN 3 PISMP RBT 2

DEFINISI CIRI-CIRI PRINSIP TUJUAN LANGKAH-LANGKAH KELEBIHAN & KELEMAHAN

Definisi Sumbang Saran

Satu teknik perbincangan yang kreatif untuk mendapatkan beberapa idea daripada sesuatu kumpulan dalam masa yang terkawal.

CIRI-CIRI SUMBANG SARAN


aktiviti perbincangan yang kreatif
ahli dalam kumpulan besar mengemukakan seberapa banyak idea

Idea yang paling sesuai


(diterima sebagai rumusan perbincangan)

keputusan yang dicapai merupakan keputusan kumpulan

PRINSIP-PRINSIP SUMBANG SARAN


Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar
Suasana perbincangan kondusif dan tidak formal untuk menggalakkan perbincangan
Dilarang membuat kritikan idea semasa perbincangan. Penilaian idea dibuat pada peringkat akhir

Diberi peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea / pendapat

Semua pendapat / idea dicatat dan huraian idea orang lain dibenarkan

Digalakkan untuk mengembangkan idea (untuk melahirkan pandangan yang baharu)

Masa untuk mengemukakan idea adalah terkawal (ahli digalakkan untuk berfikir secara pantas)

TUJUAN SUMBANG SARAN


Melatih pelajar mengemukakan idea / pandangan yang bernas. Memberi peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah secara bersama. Meningkatkan keyakinan pelajar dalam mengemukakan pendapat di hadapan orang ramai.

Memupuk semangat berkongsi idea serta menerima pendapat orang lain.

Memupuk sifat-sifat sosial (bekerjasama, saling membantu, menghormati pandangan orang lain)

Menggalakkan perkembangan mental pelajar


.

LANGKAH-LANGKAH SUMBANG SARAN


Membahagikan kelas kepada kumpulan kecil (8-12 orang).

Tajuk perbincangan dikemukakan oleh ketua kumpulan (dengan jelas). Setiap ahli kumpulan berpeluang untuk mengemukakan idea secara bergilir-gilir.

Selepas sesi sumbang saran, setiap idea dibincangkan.

Idea yang kurang sesuai diketepikan.

Rumusan idea dibuat hasil daripada persetujuan semua ahli kumpulan.

KELEBIHAN SUMBANG SARAN


Semua pelajar melibatkan diri dalam mengemukakan idea.
Pelajar berpeluang untuk berkongsi idea, pandangan, pengalaman dan pengetahuan baharu.

Menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis.


Gerak balas yang spontan daripada pelajar boleh melahirkan idea yang baharu dan kreatif.

Digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif.


Pelajar yang malu dan pasif dibenarkan untuk memberi idea dan sumbangan mereka diterima oleh ahli kumpulan.

Nilai-nilai murni dipupuk.


Saling menghormati semasa mengemukakan idea dan pendapat.

KELEMAHAN SUMBANG SARAN


Kurang sesuai untuk pelajar lemah. Tidak dapat memberikan idea (sekiranya topik di luar pengalaman). Banyak masa dan tenaga digunakan. Pelajar akan kecewa dan berasa rendah diri (sekiranya idea ditolak pada akhir sesi sumbang saran).

Masalah kritik-mengkritik wujud (sekiranya guru tidak dapat mengawal situasi).

Susah untuk membuat rumusan yang baik (sekiranya kekurangan pengalaman dalam kalangan pelajar).

Tunjuk cara/ demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur.

Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, KH, lukisan, jimnastik dan sbg.

CIRI-CIRI TUNJUK CARA


Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yg ditunjukkan.

Memudahkan pelajar menguasai sesuatu

konsep dan prinsip sesuatu pengajaran

Meningkatkan ingatan pelajar terhadap


langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen.

Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti.

Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.

Prinsip Tunjuk Cara


SEBELUM SEMASA

SELEPAS

SEBELUM
Menentukan objektif, topik dan aktiviti/kandungan Menyediakan tempat, peralatan dan bahan. Prosedur keselamatan

SEMASA
Menerangkan objektif , aktiviti serta langkahlangkah dengan jelas, sistematik dan menarik perhatian. memastikan murid dapat melihat, mendengar guru dengan jelas supaya mereka peka apa yang perlu dilakukan oleh mereka.

Guru menunjuk cara, membimbing dan memerhati murid-murid.

Semua murid akan dibenarkan mencuba langkah-langkah yang ditunjuk, dan pemerhatian diteruskan sehingga muridmurid telah 100% mahir.

SELEPAS
Berbincang. rumus objektif dan bahagian penting. jawab soalan (soal-jawab) dan selesaikan kerumitan murid (jika ada). cadangkan aktiviti pengukuhan; murid kemaskan tempat tunjuk cara dan tempat kerja masing-masing.

TUJUAN TUNJUK CARA


Pelajar dapat melihat dengan jelas perkara yang berlaku.

Pelajar dapat melakukan semula langkahlangkah yang ditunjuk dengan cara yang betul.

LANGKAH-LANGKAH
a. Guru merancang bagaimana dan di mana hendak mengadakan tunjuk cara ini.

b. Pastikan semua pelajar dapat melihat pertunjukkan itu dengan jelas. Jika pelajar ramai, pecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil supaya semuanya dapat melihat dengan jelas.

c. Guru tunjuk atau lakonkan dengan betul supaya dapat dilihat dan difahami oleh pelajar

d. Bertanya jika ada yang kurang jelas atau tidak faham, jika perlu tunjuk semula
e. Minta beberapa orang pelajar melakunkan semula untuk menguji kefahaman mereka

KELEBIHAN
Memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran. Pelajar-pelajar boleh menguasai kemahirankemahiran melalui demonstrasi yang ditunjukkan. Pengajaran melalui demonstrasi dapat mengekalkan perhatian pelajar

Memberi peluang untuk pelajar mengapliksikan pengetahuan yang dipelajari. Model yang berkesan dapat memotivasikan pembelajaran pelajar kerana konsep dan prinsip diilustrasikan dengan jelas serta pelajar dapat menguasai perlakuan yang diingini.

Memudahkan pelajar menguasai sesuatu konsep dan prinsip sesuatu pengajaran. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.

KELEMAHAN
Memerlukan perancangan dan persediaan yang sungguh teliti. Jika tdk, pengajaran akan gagal mencapai objektif. Kaedah ini kurang berkesan sekiranya guru tidak dapat menerangkan prosedur dengan bersistematik.

Menggalakkan peniruan tanpa memahami dengan betul tentang prosedur yang diperhatikan.

You might also like