You are on page 1of 16

TEORI HURAIAN BAHASA

PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2010

Daripada: ALLEN WAN (IPG KAMPUS BATU LINTANG)

TEORI HURAIAN BAHASA


Terdapat beberapa teori huraian bahasa yang

dapat kita kaji, iaitu:


(1) Nahu Tradisional (2) Struktural (3) Transformasi Generatif (4) Teori Fungsional

Teori Tradisional (PANINI)


Kajian ahli-ahli bahasa tradisional mempunyai

ciri-ciri yang berikut:


a. Kajian-kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa

tulisan.
b. Huraian

tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat.

kajian bahasa dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman peraturan- peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contohcontoh.
c.

d. Menganggap bahawa bahasa-bahasa di dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri sejagat (seperti logik, falsafah dan sebagainya). Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa semua bahasa di dunia merupakan variasi daripada bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, menurut mereka semua bahasa dapat dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama.

Teori Tradisional oleh Panini (Ahli tokoh fonetik

india) menganggap bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara.
Ciri nahu teori ini mementingkan bahasa

tulisan
Semua bahasa mempunyai peraturan yang

sama dengan bahasa Yunani.


Semua penutur diwajibkan untuk mematuhi

peraturan dan kesilapan yang dianggap sebagai kesalahan.

dilakukan

TEORI STURKTURAL (BLOOMFIELD)


Aliran linguistik ini muncul pada abad ke-20. Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward

Sapir, de Sausure dan Otto Jespersen.


Mereka menganggap bahawa struktur bahasa

merupakan kaitan antara fonem sebagai unit bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa.

Asas

pengkajian mereka berlandaskan pernyataan bahawa tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri. ahli-ahli bahasa struktural, bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep yang digunakan untuk berkomunikasi.

Bagi

Sebagai rumusan dapat dikatakan bahawa;

i. bahasa ialah satu sistem bunyi ii. bahasa bersifat arbitrari iii. bahasa ialah alat perhubungan

Ahli-ahli bahasa struktural membuat kajian

huraian bahasa secara empirikal /saintifik. Setiap huraian yang dibuat berdasarkan contoh-contoh ujaran yang telah dikumpulkan melalui satu pemerhatian.
huraian

bahasa adalah semata-mata berdasarkan fakta-fakta bahasa yang dapat diperhatikan.

Mereka

berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi dan mereka berpendapat bahawa huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran. dan sintaksis.

Mereka juga menumpukan kajian terhadap morfologi Pada

peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat.

Pada

peringkat sintaksis ahli-ahli bahasa struktural memberikan tumpuan pada perkembangan elemen-elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan kemudian mengaitkan setiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar.

Ini merupakan analisis ayat yang memecahkan

Konstituen

yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain. Cara pembahagian ini dikenali sebagai analisis konstituen terdekat.

Teori Transformasi Generatif (Chomsky)


Selepas aliran struktural, timbul pula satu

aliran baru dalam tahun 1950-an iaitu aliran TG. Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya Syntactic Structures (1957) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965).

Analisis TG bertujuan membentuk rumus-rumus

sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur natif sesuatu bahasa. Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang lain yang tidak tahu bahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan. Rumus-rumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus struktur frasa dan rumusrumus transformasi.
Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.

Teori fungsional (Halliday)


Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins, bukan sahaja

mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi.
kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk

bahasa bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.
Wujud pelbagai variasi bahasa dalam penggunaan bahasa.

Ahli-ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu

tentang bahasa, antara lainnya:

i. Sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan statik sebaliknya terbuka dan dinamis. ii. Asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis. iii. Oleh sebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan bahasa. Variasi bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial. iv. Sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan fikiran tetapi juga dapat menggambarkan penuturnya.

SEKIAN TERIMA KASIH

LAKE KAYAN BARAM ALLEN WAN ASIM MURIP MENG KAWAH TUSAH, METEI MENG KAWAH KENEP URIP ALEM TUHAN TUA

You might also like