Professional Documents
Culture Documents
DISEDIAKAN OLEH :
MAZNAH BINTI ISHAK NORZULAIKA BINTI SABTU NUR SURAYA ASHIKIN BINTI ISA NUR ATIKA BINTI MOH NGALIMAN ALIZATUL AISYAH BINTI MOHAMMAD ALI
PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2012 IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
PENGENALAN
Terdapat beberapa teori huraian bahasa yang dapat kita kaji, iaitu : Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional
c. kajian bahasa dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman peraturanperaturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contoh-contoh. d. Menganggap bahawa bahasa-bahasa di dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri sejagat (seperti logik, falsafah dan sebagainya). Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa semua bahasa di dunia merupakan variasi daripada bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, menurut mereka semua bahasa dapat dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama.
Teori Tradisional oleh Panini (Ahli tokoh fonetik india) menganggap bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan. Semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Semua penutur diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan.
Asas pengkajian mereka berlandaskan pernyataan bahawa tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri. Bagi ahli-ahli bahasa struktural, bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep yang digunakan untuk berkomunikasi.
Sebagai rumusan dapat dikatakan bahawa; i. bahasa ialah satu sistem bunyi ii. bahasa bersifat arbitrari iii. bahasa ialah alat perhubungan
Ahli-ahli bahasa struktural membuat kajian huraian bahasa secara empirikal /saintifik. Setiap huraian yang dibuat berdasarkan contoh-contoh ujaran yang telah dikumpulkan melalui satu pemerhatian. huraian bahasa adalah semata-mata berdasarkan fakta-fakta bahasa yang dapat diperhatikan.
Mereka berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi dan mereka berpendapat bahawa huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran. Mereka juga menumpukan kajian terhadap morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat.
Pada peringkat sintaksis ahli-ahli bahasa struktural memberikan tumpuan pada perkembangan elemen-elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan kemudian mengaitkan setiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain. Cara pembahagian ini dikenali sebagai analisis konstituen terdekat.
Analisis TG bertujuan membentuk rumusrumus sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur natif sesuatu bahasa. Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang lain yang tidak tahu bahasa itu membentuk ayatayat dalam bahasa berkenaan. Rumus-rumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus transformasi. Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.
Ahli-ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu tentang bahasa, antara lainnya: i. Sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan statik sebaliknya terbuka dan dinamis. ii. Asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis. iii. Oleh sebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan bahasa. Variasi bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial. iv. Sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan fikiran tetapi juga dapat menggambarkan penuturnya.