You are on page 1of 32

Menurut Kamus Dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.

Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada Kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan, kaedah serta teknik mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan, kaedah dan teknik itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Terdapat dua jenis pendekatan bahasa iaitu : - Pendekatan pengajaran bahasa - Pendekatan pembelajaran bahasa

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA

Induktif Deduktif Eklektik Komunikatif

INDUKTIF
Menggunakan kaedah pencarian dan penemuan. Memerlukan penaakulan yang tinggi. Murid-murid tidak diajar secara langsung. Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum. Membentuk kesimpulan umum daripada contoh-contoh. Pengajaran berbentuk konkrit. Spesifik kepada umum.

DEDUKTIF
Merupakan suatu pendekatan kognitif. Konsep melihat keseluruhan sebelum membuat kesimpulan-kesimpulan. Mempelajari sesuatu berdasarkan hukum. Membuat pencerakinan terhadap aapa yang dipelajari.

Membawa maksud pemilihan. Merupakan gabungan pendekatanpendekatan sebagai strategi pengajaran. Sesuai digunakan dalam aktiviti berkumpulan (pemulihan dan pengayaan). Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik.

Eklektik

Mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Proses pemerolehan bahasa, murid menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif ialah penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan sebagainya.

KOMUNIKATIF

PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA

Berpusatkan murid Berpusatkan bahan Pembelajaran berasakan projek Pembelajaran berasaskan masalah

BERPUSATKAN MURID
Murid main peranan Komunikasi dua hala Utamakan objektif pencapaian murid Kepimpinan demokratik
Projek Inkuiri Penemuan Perbincangan Penyoalan Simulasi Main Peranan Kumpulan

Pembelajaran bermakna
Kaedah kumpulan

BERPUSATKAN BAHAN
Bahan pelajaran main peranan Komunikasi gurubahan, murid bahan

Utamakan kemahiran menggunakan bahan


Pembelajaran bermakna dan menarik Kaedah kumpulan kecil

Komputer Bahan cetak Modul Buku Teks Carta Graf Slaid

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK


Guru bertindak .
sebagai pembimbing. Komunikasi dua hala. Utama objektif pencapaian murid. Kepimpinan demokratik. Pembelajaran jenis inkuiri penemuan. Kaedah kumpulan. Mengkaji teks Mengkaji ciriciri pantun

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH


Guru sebagai .

fasilitator. Guru sebagai pencetus situasi, keadaan dan fenomena untuk merangsang fikiran murid untuk menyelesaikan masalah. Guru menentukan tujuan atau objektif pembelajaran yang dingin dicapai.

Permainan bahasa Lakonan Menyambung karangan Simulasi

Mangantar Simanjuntak (1982) : Satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan. Parera (1986) : Satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagianbahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan Ishak Ramly (2006) : Satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

1. Kaedah Terus :
Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu: 1. Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. 2. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalamanpengalaman sedia ada. 3. Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan. 4. Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

2. Kaedah Semulajadi : Hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan. 3. Kaedah Oral-Aural : Kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur. Menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik Memberi perhatian kepada intonasi yang betul. 4. Kaedah Linguistik : Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).

Kamus Dewan (edisi ketiga) : Kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony : Satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan pengendalian suatu cara yang benarbenar berlaku dalam bilik darjah dan digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik yang dicadangkan seperti: Berbincang Brainstorming Soal jawab Berbincang Bercerita Tunjuk cara / demonstrasi Penyelesaian masalah Latih tubi Permainan bahasa

1.

Teknik berbincang Teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Teknik Brainstorming Teknik yang berbentuk perbincangan Kanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk menghuraikan pendapatnya. Teknik soal jawab Teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan murid, murid dengan guru serta murid dengan murid. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan kanak-kanak akan menjawab soalan tersebut. Mempunyai aras kesukaran soalan

2.

3.

4. Teknik main peranan


Teknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Pengalaman secara spontan. Guru memilih cerita yang sesuai dengan kanak-kanak dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan.

5. Teknik bercerita

6. Teknik tunjuk cara


Sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan kanak-kanak bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, kanak-kanak diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum kanak-kanak menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkaraperkara yang harus dicakapkan.

7. Teknik penyelesaian masalah Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliyaan guru. Kanak-kanak diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut. 8. Teknik latih tubi Pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan Kemahiran tersebut dan di samping itu, untuk menjamin kekekalannya. 9. Teknik permainan bahasa Guru membentuk satu situasi yang memerlukan kanak kanak menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.

STRATEGI

PENDEKATAN

KAEDAH Siri tindakan guru yang sistematik berdasarkan pendekatan yang dipilih juga bertujuan mencapai objektif. Mengantar Simnajuntak (1982) : Satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang digunakan.

TEKNIK Merujuk kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang telah dilaksanakan. Kamaruddin Hj.Husin: Pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah bagi mencapai sesuatu objektif.

Kebijaksanaan Pemilihan memilih pengajaran guru pendekatan, dan pembelajaran kaedah dan teknik murid berdasarkan pengajaran objektif berdasarkan pengajaran. objektif Kamarudin pengajaran. Hj.Husin (1998): Kamus Dewan 3 Andaian yang (1998) : saling berkaitan, Rancangan yang mencerminkan teratur untuk suatu pandangan mencapai atau falsafah matlamat atau yang berkaitan kejayaan. dengan proses Berasaskan objektif pengajaran dan pengajaran dan pembelajaran. pembelajaran(PNP)

STRATEGI

PENDEKATAN

KAEDAH

TEKNIK

Lebih mengambil kira objektif jangka panjang.

Berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu.

Lebih bercorak jangka pendek.

Pengendalian yang benarbenar berlaku dalam bilik darjah.

STRATEGI

PENDEKATAN

KAEDAH

TEKNIK

Mengambil kira aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan dan masa. Langkah pertama dalam memulakan sesi PNP

Beraksiomatik iaitu kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti atau alasan.

Merupakan usaha Digunakan dalam keseluruhan langkah terdiri daripada pengajaran. prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih.

STRATEGI

PENDEKATAN
PENDEKATAN PEMBELAJARAN i. Berpusatkan guru ii. Berpusatkan murid iii. Berpusatkan bahan iv. Berpusatkan tema PENDEKATAN PENGAJARAN
i. ii. iii. iv. Induktif Deduktif Eklektif Komunikatif

KAEDAH

TEKNIK

Objektif pembelajaran Langkah utama sebagai rujukan untuk membina pendekatan, kaedah dan teknik

i. ii.
iii. iv. v. vi. vii. viii.

Natural Tatabahasa terjemahan Terus Ajuk hafaz Linguistik KodKognitif Bahasa komuniti Oral-Aural

i. ii. iii. iv. v.

Menyoal Bermain Kuiz Drama Permainan bahasa vi. Latih tubi vii. Bercerita

Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru mampu menanam dan membina keinginan untuk belajar selain memupuk minat murid. Secara tidak langsung, ia juga dapat meningkatkan pencapaian dalam pelajaran.

Menurut Edward M. Anthony, strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Ia merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam menentukan

pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan


teknik mengajar secara logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum.

Sekian, Terima kasih

ANISAH

FARHANIS

AZIE

WANN

You might also like