You are on page 1of 29

EN.

MOHD RAFI BIN GHAZALI

PELAKSANAAN AKTIVITI P& P SECARA KONSTRUKTIVISME

KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masingmasing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Kamu mesti faham dan bina pengetahuan sendiri berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada Yalah..melalui pengetahuan dan pengalaman sedia ada saya boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru. Seronoklah cikgu, saya mudah faham, bertambah yakin dan akan belajar secara berterusan. Terima kasih, cikgu!

Ya! Saya tahu kamu mesti seronok belajar.

PRINSIP KONSTRUKTIVISME
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat. Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru & fenomena dengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut.

Pembelajaran dilihat sebagai:


Pengubahan idea, Pembinaan & penerimaan idea baru, Penstrukturan semula idea sedia ada

Pandangan Konstruktivisme
Murid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui.

Koperatif

STRATEGI P&P KONSTRUKTIVISME

Pembelajaran dalam kumpulan kecil Memerlukan murid bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi masalah, memberi maklum balas. Menggalakkan murid berinteraksi untuk kuasai konsep/kemahiran untuk diri/rakan KISSES
Perkongsian maklumat antara guru dengan murid dan murid dengan murid. (maklumat carian internet dikongsi bersama) Perkongsian kuasa antara guru dengan murid. (murid menentukan objektif tugasan)

Kolaboratif

Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai dan menghormati pandangan rakanrakan lain.

Mengajukan masalah dan persoalan serta membimbing murid menemui jawapan atau makna sendiri.

Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan aras tinggi, iaitu High Order Thinking Skill (HOTS) serta menggalakkan murid menyoal murid lain.

Menggalakkan murid membuat tugasan yang mencabar iaitu tugasan yang berbentuk penyelesaian masalah, menganalisis data, meramal, meneroka untuk mencari jawapan atau makna sendiri.

Mempunyai akauntibiliti dan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya - Kemukakan soalan, buat analisis dan jawab soalan secara individu

Murid menggunakan data dan bahan-bahan interaktif untuk menolong mereka menjanakan idea dan pengetahuan

PERANAN GURU

Berkongsi kecerdasan

- Murid selalu berbincang dengan guru dan rakanrakan tentang pengetahuan dan kemahiran baru.

PELAKSANAAN AKTIVITI P&P SECARA KONTEKSTUAL

KONTEKSTUAL
Cikgu hendak bawa kamu melawat Zoo Negara. Kita akan lihat pelbagai jenis binatang dan jangan lupa kamu mesti membuat catatan dan buat folio

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu masyarakat, dan alam pekerjaan. Disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan guru menghubungkan kandungan mata pelajaran dengan situasi sebenar. Ini akan memotivasi murid untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan kehidupan seharian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (aktiviti) dan pemikiran, iaitu minds-on (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), antara lain menegaskan pembelajaran kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut; R : (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup. E : (experiencing/mengalami), iaitu murid belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta. A : (applying/mengaplikasikan), iaitu mengaplikasikan konsep atau maklumat yang telah dipelajari dalam situasi lain C : (cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi. T : (transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang diketahui.

STRATEGI PENGAJARAN KONSTEKSTUAL


Contoh strategi konstekstual dalam kemahiran menulis Langkah 1 Murid dibawa melawat ke pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di putrajaya Murid membuat catatan tentang Putrajaya sebagai pusat pentadbiran.

Langkah 2 Murid mengakses maklumat tentang Putrajaya di laman web. Kelas dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap ahli kumpulan diminta membuat karangan berdasarkan tajuk yang diberikan yang mempunyai kaitan dengan lawatan tersebut Contoh : Laporan Lawatan Sambil Belajar. Tulis sepucuk surat kepada Pusat Pentadbiran Kerajaan, Putrajaya untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan.

Umumnya, pembelajaran kontekstual membolehkan:


(i) pengajaran dan pembelajaran lebih menarik; (ii) meningkatkan minat; (iii) pembelajaran realistik, praktikal; (iv) pengalaman konkrit, penglibatan langsung murid; dan (v) menyuburkan pemikiran kreatif.

Kelemahan pendekatan kontekstual


(i) tahap kefahaman dan kesediaan guru (ii) kekangan masa - persediaan dan mencapai matlamat (iii) sukar mendapatkan situasi pembelajaran sebenar bagi item pengajaran dan pembelajaran; (iv) kawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid menjadi semakin kompleks; (v) hanya sesuai dalam kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian tinggi

PELAKSANAAN AKTIVITI P&P SECARA MASTERI

MASTERI
Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.

Penentuan Hasil

Pengajaran & Pembelajaran

Penilaian

Tindakan susulan Aktiviti Pengayaan

Sudahkah murid menguasai?

Tindakan susulan Aktiviti Pemulihan

Unit Pembelajaran 2 MODEL PEMBELAJARAN MASTERI

Kriteria penentuan hasil pembelajaran:


Berdasarkan Sukatan Pelajaran Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diukur Secara eksplisit, jelas dan terperinci Dalam domain kognitif, efektif dan psikomotor

Faktor penentu pengajaran dan pembelajaran:


Kemudahan dan keupayaan murid yang berbeza Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran Kemudahan yang sedia ada. Masa yang diperuntukkan

Penilaian terhadap murid:

Mengesan pencapaian murid Mengenalpasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah. Mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai Mengenalpasti sebab kelemahan murid dalam satu unit pembelajaran. Menentukan pengayaan dan pemulihan Menentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran

Mengadakan tindakan susulan:

Pengayaan Pemulihan Pengukuhan

Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri


a) Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran. b) Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran masteri kerana langkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR, KBSM dan KSSR secara tersirat.

(c) Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran (c) Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteriialah: masteri ialah: Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai; Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai; Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaranuntuk pembelajaran masteri; pembelajaran untuk pembelajaran masteri; Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan Melatihpelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari; pelajar berdikari; Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian diagnostik; menguasai apa yang diajar melalui ujian diagnostik; Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif. Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.

(d) Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu. (e) Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran. (f) Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu (g) Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar menguasai sesuatu perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan.

Peranan dan Tugas Pelajar dlm Pembelajaran Masteri


Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan. Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari.

Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus: ~ tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai ~belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi ~betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar

~memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai


~membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like