You are on page 1of 3

LAMPIRAN A

PERTANDINGAN INOVASI PENYELIDIKAN 2016


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini bertemakan “ Inovasi Penjana Kecemerlangan Pendidikan“.


2. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori, seperti berikut:
a. Kategori pensyarah akademik.
b. Kategori pelajar.
3. Pertandingan ini terbuka kepada semua Jabatan/Unit/Pelajar IPG Kampus Perempuan
Melayu Melaka.
4. Penyertaan atas nama Jabatan/Unit/pelajar hanya terhad kepada satu atau dua
penyertaan sahaja.
5. Penyertaan adalah secara individu atau kumpulan.
6. Sebarang projek atau bahan yang berunsur inovasi mesti ada kaitan dengan
Pengajaran/ penyelidikan/pengurusan. Projek yang dicalonkan tidak semestinya
menggunakan ICT tetapi mestilah memenuhi kehendak kriteria penilaian seperti
di dalam Lampiran D.
7. Laporan projek / bahan mesti dihantar kepada Urusetia Pertandingan sebelum atau
pada tarikh tutup pertandingan. Format laporan adalah seperti Lampiran B.
8. Demonstrasi projek/bahan sebenar perlu dipersembahkan oleh peserta semasa sesi
penilaian diadakan.
9. Tarikh tutup serahan projek sebelum atau pada 7 Ogos 2018
10. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
11. Urusetia pertandingan ialah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme
Keguruan, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Sebarang pertanyaan sila
hubungi En. Zakariyah bin Julas( 017-2775493 )
12. Penilaian akhir untuk pemenang berdasarkan persembahan seperti poster, flyer,
laporan penuh dan persembahan multi media.
13. Hadiah akan di sediakan oleh penganjur berdasarkan peruntukan kewangan yang
diberikan.
14. Pertandingan akhir akan dilaksanakan pada 14 Ogos 2018

ZJ/Inovasi IPGKPM 2016/Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan


Lampiran D
PERTANDINGAN INOVASI PENYELIDIKAN

Kriteria-Kriteria Pemilihan

Kriteria-kriteria yang akan digunakan dalam penilaian hasil inovasi adalah seperti berikut:

1. Kreativiti
Inovasi yang diperkenalkan hendaklah kreatif sama ada yang baru atau yang telah diadaptasi.

2. Kesignifikanan
Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat member faedah yang jelas kepada peningkatan kualiti
atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan.

3. Kecekapan
Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat menyumbang kepada cara bekerja yang lebih cekap,
cepat, tepat dan mudah atau memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran dan
pembelajaran atau penyelidikan.

4. Replicability
Terdapat bukti inovasi boleh diguna pakai oleh pihak-pihak lain yang berkaitan secara terus atau
dengan diubahsuai mengikut keperluan.

5. Keberkesanan Kos
Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat meningkatkan produktiviti, mempermudahkan atau
memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan dengan
kos yang sama atau lebih rendah.

6. Potensi Pelaksanaan
Terdapat bukti inovasi telah berjaya dilaksanakan sama ada secara penuh atau percubaan dan
mencapai matlamat ianya diperkenalkan.

ZJ/Inovasi IPGKPM 2016/Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan


LAMPIRAN B

LAPORAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ATAU PENYELIDIKAN INSTITUT


PENDIDIKAN GURU

1. TAJUK INOVASI
Sila nyatakan nama inovasi dan butiran peribadi.

2. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN


Sila huraikan keadaan yang diramalkan sebelum inovasi diperkenalkan seberapa yang boleh.
Huraian hendaklah disokong dengan banner, gambar rajah, slaid, carta dan sebagainya tentang
keadaan sebelum inovasi dilaksanakan.

3. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI


Sila nyatakan dengan jelas masalah-masalah utama yang dihadapi sebelum inovasi
diperkenalkan.

4. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN


Sila terangkan inovasi yang telah dilaksanakan secara terperinci:
(a) Hubungkait dengan pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan.
(b) Deskripsi inovasi dari segi kandungan, strategi, keluaran atau perkhidmatan baru.
(c) Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi. Sebagai contoh, inovasi dalam bidang
pelajaran, teknologi maklumat atau pengurusan pengajaran dan pembelajaran atau
penyelidikan.
(d) Butir-butir lain seperti tarikh inovasi dimulakan, bilangan anggota dan jumlah kos operasi
terlibat.
(e) Keadaan pelaksanaan inovasi. Kemukakan juga gambar, gambar rajah, slaid, carta dan
sebagainya tentang inovasi tersebut atau keadaan selepas inovasi diperkenalkan.

ZJ/Inovasi IPGKPM 2016/Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

You might also like