You are on page 1of 18

1.

0 Pengenalan Tadika

1.1 Pengenalan/Definisi

Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali


sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi
peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.

Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan
sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut
kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira
dan Menaakul).Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-
kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka
menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.

Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-


kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-
kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni
melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur.

Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan
dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama
erat dengan ibu bapa.

Latar belakang tadika

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum


sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan
pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada
program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan
pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk
menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan
masyarakat luar bandar.

Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya
kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-
usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

1
1.2 Sejarah penubuhan tadika

Jenis Tabika : Balai Raya


Status Bangunan : Balai Raya
Status Tanah : Kerajaan
Tahun Siap Di Bina :1983
Tarikh Mula Beroperasi : 2012
Kos Banguna : Tiada Rekod
Tahun Bangunan Ditubuhkan : Tiada Rekod
Dirasmikan Oleh : Tiada Rekod
Alamat : Kg Telok Jering
Parlimen : Tumpat
Dun : Pengkalan Kubor

2
1.3 Logo, Misi, Visi dan Moto Tadika

Misi
 Meningkatkan kompetensi masyarat luar Bandar supaya mampu berdikari
untuk meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan social dan
ekonomi.
 Memperkukuhkan organisasi dan masyarat desa dengan nilai-nilai murni
kea rah pembangunan yang seimbang.
 Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.
 Memberi kefahaman dan menjayakan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
 Mewujudkan masyarakat berilmu melalui pendidikan sepanjang hayat.

Visi
Nadi pembangunan dan perubahan masyarakat luar bandar

Moto tadika
Cerdas, cergas, semangat

3
Objektif penubuhan tadika

1. Menggalakkan perkembangan Sosial, Emosi, Fizikal, Intelek dan Rohani (SEFIR) kanak-
kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi ;
2. Menyedia dan mengembangkan kemahiran asas 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan
Menaakul) sebagai persediaan ke alam persekolahan ;
3. Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-
kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat
umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak ;
4. Membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi
warganegara yang patriotik ;
5. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan
mengembangkan sifat ingin tahu ; dan
6. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan
dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal
dan rutin harian.

4
1.4 Alamat, Peta dan Lokasi Tadika

Alamat

Tbk Muhibah 2 Nkra Kg.Telok 16200 Tumpat Kelantan

Peta

5
Lokasi

6
Carta organisasi

Jawatankuasa Tabika Kemas Muhibah 2

Pengerusi Tabika
Setiusaha tabika

Siti suhaila bt seman

Penyelaras tabika Setiusaha tabika Bendahari tabika


Mohamed Bin Mamat
Fatin ameerah bt mohd Siti suhaila bt seman Fatin ameerah bt mohd
yusri yusri

Ajk tabika Ajk tabika Ajk tabika

Siti aisyah bt ismail Hamid bin abdullah Saliah bt musa

Ajk tabika Ajk tabika Ajk tabika

Nazma bt abd rahman Muhammad bin amin Che aziz bin jusoh

7
2.0 Aktiviti Harian Tadika

2.1 Pengenalan/Definisi

Aktiviti Kokurikulum

 Kokurikulum Mingguan ;
 Masa – 2 jam seminggu (1 jam setiap sesi selepas waktu kelas)
 Aktiviti :
 Kelas Fardhu Ain/Iqra'
 Kelas Bahasa Inggeris
 Kompang/Percussion
 Seni mempertahankan diri
 Seni Tari/senamrobik
 Kokurikulum Tahunan :
 Hari Potensi/Hari Kecemerlangan
 Hari Sukan/Sukaneka/gotong royong
 Lawatan Pendidikan/3K
Aktiviti dan Penglibatan ibu bapa

Ibu bapa digalakkan melibatkan diri secara aktif melalui kerjasama yang erat sebagai rakan
kongsi dengan Tabika bagi tujuan meningkatkan kualiti dan kecemerlangan pendidikan
anak-anak. Ibu bapa digalakkan terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut :-
Pendidikan

Membantu memperkukuhkan pendidikan anak-anak di rumah supaya terdapat


kesinambungan pendidikan antara Tabika dan rumah, termasuk membantu membina bahan
bantu mengajar untuk guru.

Pendidikan Keibubapaan

Bengkel dan kursus untuk ibu bapa yang dianjurkan oleh Tabika untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran ibu bapa berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.

Aktiviti Kokurikulum

Membantu guru dalam aktiviti kokurikulum, pelaksanaan Hari Potensi, sukaneka,


penyampaian sijil dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian dengan masyarakat setempat.

8
2.2 Jadual Aktiviti Harian Tadika

Masa
8.00-8.20 8.20-8.50 8.50-9.20 9.20-9.40 9.40-10.10 10.10-10.50 10.50-11.30 11.30-11.50 11.50-12.00
Hari (20 minit) (30 minit) (30 minit) (20 minit) (30 minit) (40 minit) (40 minit) (20 minit) (10 minit)

Ahad PA BM AP MB R P MA AP PENUTUP

Isnin PA FIZIKAL BM AP E PI AP PENUTUP

Masa
8.00-8.20 8.20-9.00 9.00-9.30 9.30.10.00 10.00-10.20 10.20-11.50 11.50-12.00
(20 minit) (40 minit) (30 minit) (30 minit) (20 minit) (80 minit) (10 minit)
Hari

Selasa PA PI AP H MB AP PENUTUP

Masa
8.00-8.20 8.20-8.50 8.50-9.20 9.20-9.40 9.40-10.10 10.10-11.50 11.50-12.00
Hari (20 minit) (30 minit) (20 minit) (30 minit) (30 minit) ( 1 jam 40 minit ) (10 minit)

Rabu PA BI AP MB A AP PENUTUP

Khamis PA FIZIKAL BI AP T AP PENUTUP

9
2.3 Diskripsi Aktiviti Harian Tadika

Perancangan aktiviti harian di prasekolah haruslah berdasarkan peruntukan waktu


yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, guru diberi kebebasan dalam menyusun
jadual waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) mengikut keperluan murid. Di dalam
perancangan aktiviti harian, item yang perlu ada ialah peruntukan waktu minimum.
Perruntukan waktu minimum pendidikan prasekolah hendalah dipatuhi sebagaimana berikut
iaitu prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya empat jam sehari ( termasuk
masa rehat), iaitu sejumlah 20 jam satu imnggu. Untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun
keatas. Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya tiga setengah jam
sehari(termasuk masa rehat) iaitu sejumlah 17 setengah jam satu minggu untuk kanak-
kanak yang berumur 4 tahun.

Selain itu, Bahasa hendaklah digunakan sebagai Bahasa instructional sekurang-


kurangnya 600 minit seminggu di kelas prasekolh yang menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar. Bahasa Melayu hendaklah digunakan sebagai bahasa
instructional sekurang-kurangnya 400 minit seminggu di kelas prasekolah yang tidak
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Bahasa Inggeris pula
hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 600 minit seminggu
di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Bahas
Inggeris henndaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 400 minit
seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar.

Jika di dalam sesuatu prasekolah terdapat lima orang murid atau lebih yang beragama
islam, maka murid-murid itu hendaklh diberikn pengajaranPendidkan Islam oleh guru yang
bertauliah, sekurang-kurangnya dua jam seminggu. Seterusnya,jika di dalam sesuatu tadika
terdapat terdapat lima orang murid atau lebih yng bukan beragama islam, maka murid-
murid itu hendaklah diberikan pengajaran Pendidikan Moral sekurang-kurangnya dua jam
seminggu.

Di tabika kemas menjalankan pengajaran dan pembelajaran pada hari Isnin, guru akan
bermula mengajar pada jam 8.00 pagi murid diberi masa untuk perbualan awal selama 20
minit. Seterusnya pada pukul 8.20 pengajaran dan pembelajaran bermula sehingga jam
9.40 pagi. Seterusnya, pada jam 9.40 murid-murid akan diberi rehat selama 30 minit.
Selepas rehat, pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung seperti biasa selama 80
minit. Akhir sekali, pada jam 11.50 guru melakukan rutin harian iaitu penutup sebelum
mereka pulang ke rumah.

10
3.0 Pengurusan sumber manusia tadika

3.1 Pengenalan/definisi

1.1 PENGENALAN

Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat
dalam sesebuah organisasi. Tidak mungkin sesebuah organisasi boleh wujud tanpa sumber
manusia yang membantu atau mengendalikannya. Walaupun perniagaan lain sekalipun
memerlukan kerjasama dari sumber manusia dari luar atau rakan-rakan perniagaan lain
untuk wujud.

Tujuan diwujudkan pengurusan sumber manusia adalah untuk memastikan bahawa


manusia yang diambil bekerja oleh organisasi digunakan dengan cekap dan berkesan dan
mereka berupaya menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. Dahulu, sumber
manusia dikenali sebagai ‘kos’ kepada organisasi kerana perlu dibayar gaji, diberi berbagai
bentuk faedah dan cuti, bonus dan faedah kesihatan. Kini, mereka dikenali pula sebagai
‘aset’ kepada organisasi. Pada hakikatnya, manusia adalah nadi utama dalam sesebuah
organisasi agar ia dapat bergerak dengan lancar. Anjakan paradigma inilah yang
mencetuskan betapa pentingnya sesebuah organisasi menghargai hasil kerja yang berkualiti
yang ditunjukkan oleh kakitangan dan pekerja mereka. Pengurusan tertinggi organisasi juga
memastikan tenaga kerja yang menerajui organisasi mereka mampu memanifestasikan misi,
objektif dan saranan korporat, dengan kata lain ‘making things happen’. Oleh itu,
pengurusan sumber manusia perlu untuk menentukan pencapaian objektif dan matlamat
organisasi.

Pengurusan sumber manusia merupakan satu bahagian dalam pengurusan yang


mempunyai hubungan yang rapat sesama individu. Di samping itu juga, ia menumpukan
terhadap pencapaian dan kehendak serta keperluan kepada pelanggan, di mana ia boleh
membantu organisasi memberi kepuasan kepada keperluan luaran pelanggan. Pengurusan
sumber manusia merupakan aspek penting dalam strategi pembangunan sumber manusia
yang merupakan kunci kepada kejayaan organisasi. Pekerja merupakan harta yang penting
dan berharga berbanding dengan sumber lain dalam organisasi.

11
3.2 Syarat pengambilan kanak-kanak

1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja.

2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak


berumur 5 dan 6 tahun).

3. Permohonan kemasukan ke Tabika KEMAS tahun 2018 akan dibuka mulai Jun hingga
Oktober 2017.

4. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portak Jabatan Kemajuan Masyarakat
(http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.

5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang
sahaja.

6. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah
dihantar terus ke Tabika KEMAS yang berdekatan.

7. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak


kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.

8. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewatlewatnya pada


minggu kedua bulan November 2017. Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran :-

1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.

2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.

3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.

4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.

5. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

12
3.3 Syarat pengambilan kakitangan

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia;

2. Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-

a. Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi


tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon
yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); atau

b. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan; dan

c. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM)

13
4.0 Alat bantu mengajar ( abm )
4.1 Pengenalan/definisi

Alat bantu mengajar (ABM) yang mana juga dikenali sebahagian daripada media
pengajaran yang ditakrifkan sebagai audia visual dan bahan-bahan yang berkaitan
dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran( Heinich et.al tahun
2002 ). Berdasarkan definisi di atas, jelas menekankan alat bantu mengajar sebagai satu
elemen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kita selalu
beranggapan, penggunaan perkataan di dalam kelas sudah memadai untuk menyampaikan
mesej dalam sesuatu pengajaran. Seringkali ramai guru yang berpegang kepada
kepercayaan tersebut, ini menyebabkan timbulnya masalah komunikasi guru dengan
pelajar. Justeru itu, penggunaan ABM adalah berkesan jika pengajaran berdasarkan
perkataan bersama-sama dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya
kepada pemahaman para pelajar. Misalnya untuk menyatakan konsep “besar”, guru
bolehlah menunjukkan satu objek atau gambar yang bersaiz lebih besar daripada gambar
atau objek lain. Ini dapat digunakan untuk menunjukkan konsep “besar” yang
dimaksudkannya. Sekiranya menggunakan perkataan semata-mata, maka sesuatu proses
pengajaran tersebut akan lebih bersifat abstrak dan sukar difahami serta tidak dapat
memberikan gambaran yang jelas kepada para pelajar.

Dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) segala bentuk simbol dan
komunikasi verbal yang abstrak dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar
memahami isi kandungan sesuatu pelajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul
dan bervariasi juga dapat mengatasi sikap pasif dikalangan para pelajar kerana ia akan
menimbulkan minat pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar
tentang realiti suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan
menyeronokan. Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap
pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula persekitaran yang
berbeza . Ini akan membuatkan guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkara
tersebut.

Keadaan itu dapat diatasi dengan penggunaan Alat Bantu Mengajar kerana
kemampuannya dalam memberikan pengalaman dan persepsi yang sama serta
tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada semua pelajar. Selain itu, pencapaian
para pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan Alat Bantu Mengajar. Ini
kerana murid dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu konsep dan secara tidak
langsung dapat memperbaiki keputusan penilaian di dalam kelas.

14
4.2 Senarai alat bantu mengajar (abm)

1. alat bantu mengajar elektronik


2. alat bantu mengajar bukan elektronik

alat bantu mengajar


 buku
 papan putih
 alat tulis
 kad imbasan
 sudut bacaan
 alat matematik
 laptop
 speaker

15
4.3 Diskripsi alat bantu mengajar (abm)

BIL ALAT BANTU PERKARA DAN KEGUNAANYA


. MENGAJAR
1. BUKAN ELEKTRONIK 1. Papan putih :

Untuk kegunaan guru-guru untuk mengajar murid-


murid berkaitan dengan sesi pembelajaran seperti
tarikh dan hari.
2. kad imbasan

Untuk memudahkan murid-murid untuk lebih


memahami ketika sesi pembelajaran berlangsung.

2. ELEKTRONIK 1. Komputer riba

Untuk menonton video-video yang berkaitan dengan


mata pelajaran yang hendak dibelajar.

2. Pembesar suara

Untuk membolehkan murid-murid mendengar dengan


jelas ketika guru memasang video di komputer riba.

16
5.0 PENUTUP

5.1 KESIMPULAN

Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak guru memainkan peranan yang sangat penting
dalam memastikan arah tuju masa depan seseorang kanak-kanak. Pengetahuan dan ilmu
yang mencukupi amatlah perlu supaya kanak-kanak akn memperolehi yang terbaik dalam
kehidupannya.

Terdapat pelbagai pendekatan yang dapat diamalkan oleh guru atau pengasuh dalam
menyediakan aktiviti dan jadual untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial,
perkembangan kognitif dan afektif kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, para pendidik
perlu memainkan peranan penting dalam membina dan mempromosikan motivasi untuk
kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang berada di tabika.

5.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan dan penambahbaikan yang harus dibaiki lagi pada tabika tersebut ialah
haruslah memperluaskan lagi struktur tabika untuk senang kanak-kanak melakukan aktiviti
mereka. Selain itu, suasana tadika dan taska haruslah persekitarannya selesa, tenteram,
mesra, riang untuk kanak-kanak lebih bersemangat di dalam tabika. Seterusnya, perlu
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan aktiviti bagi menarik minat kanak-kanak untuk
melakukan aktiviti.

17
Rujukan/Lampiran

http://thestorytellingmyworld.blogspot.my/2011/07/pengenalan-pengurusan-sumber-manusia.html

http://www.kemas.gov.my/index.php/my/sppa/43-pra-sekolah/tabika/169-pengenalan

http://www.kemas.gov.my/index.php/my/sppa/43-pra-sekolah/tabika/170-objektif

http://www.kemas.gov.my/index.php/my/sppa/43-pra-sekolah/tabika/174-aktiviti

https://www.scribd.com/doc/49104121/alat-bantu-mengajar

18

You might also like