You are on page 1of 30

PERMARKAHAN

TAJUK ESEI ILMIAH

TUGASAN 1
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

KUMPULAN EL-A19 (A122PJJ)


NAMA TUTOR E-LEARNING:
TARIKH SERAH: 29 APRIL 2013

KANDUNGAN

MUKA SURAT
Pendahuluan

(a) Ciri-ciri dan penyebab ADHD

(b) Intervensi awal melalui Model Perubatan dan Model Sosial terhadap
9

Kanak-kanak ADHD
(c) Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak ADHD

16

Bibliografi

22

PENDAHULUAN
Menurut Beverly Davies (1988) ADHD, comprises a range of problem behaviours, including
implusiveness, inattentiveness, restlessness and hyperactivity. Mereka yang mengidap ADHD
mempunyai masalah tingkahlaku termasuklah impulsif (mengikut dorongan hati), inatensi
(kekurangan tumpuan), sukar berehat dan hiperaktif (terlalu aktif). Biasanya kanak-kanak
yang mengalami ADHD akan juga mengalami pelbagai masalah pembelajaran dan kesukaran
untuk tidur.

Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa masalah ini tidak

mempunyai kaitan dengan kepintaran seseorang kanak-kanak itu.

Kanak-kanak ADHD

sebenarnya mempunyai kepintaran yang tinggi, kreatif dan penuh dengan semangat. Oleh itu
kanak-kanak ini boleh menjadi seorang yang berjaya kelak sekiranya mereka diberi didikan
dan persekitaran yang sesuai dengan keadaan mereka. Namun begitu apa yang biasanya
berlaku ialah pengidap ADHD mengalami masalah pembelajaran dan sukar untuk bersosial.
Ini menimbulkan masalah kepada mereka sama ada di sekolah atau dirumah.

(a)

Ciri-ciri gangguan hiperaktif dan sebabnya


CIRI-CIRI KANAK-KANAK ADHD

Seorang

kanak-kanak

yang

mengalami

gangguan

hiperaktif

biasanya

akan

mula

mengalaminya sebelum berumur tujuh tahun. Kanak-kanak tersebut boleh dikategorikan


mengalami gangguan hiperaktif jika dia menunjukkan ciri-ciri hiperaktif selama enam bulan
berturut-turut sekurang-kurang di dua tempat yang berlainan seperti di sekolah dan di rumah.
Ciri-ciri tersebut boleh dikategorikan kepada tiga iaitu inattensi, impulsif dan hiperaktif.
Ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami ADHD adalah seperti berikut:
Kategori Inattensi
1.

Ingatan singkat terhadap sesuatu perkara


Terdapat kanak-kanak jenis ini yang mempunyai kadar ingatan jangka pendek. Dengan itu
mereka selalu kehilangan barang. Fikiran yang mudah terganggu juga menyebabkan kanak3

kanak ini mudah lupa. Sebagai contoh, setiap hari ibunya menyiapkan dan meletakkan
barang-barangnya disuatu tempat. Walaubagaimanapun kanak-kanak berkenaan tidak boleh
mengingatinya. Kanak-kanak ini mula mengingatinya selepas satu tempoh tertentu iaitu
selepas kanak-kanak ini bersusah-payah untuk mengingati tempat ibunya meletakkan bukubukunya.

Biasanya

kanak-kanak

yang

mengalami

ciri-ciri

ini

mempunyai

masalah pembelajaran. Kanak-kanak ini masih tidak boleh membaca walaupun selepas
satu jangka masa yang lama dan hanya dapat mengingati beberapa suku kata perkataan
sahaja.
2.

Mudah terganggu
Kanak-kanak

ini

mudah

terganggu

dengan

persekitaran

mereka

atau

dengan

pelbagai fikiran yang timbul di dalam kepalanya. Sebagai contoh, jika terdapat sedikit
bunyi bising yang mungkin disebabkan oleh rakan-rakannya berbisik antara satu sama lain
maka kanak-kanak ini akan terus hilang tumpuan terhadap apa yang sedang
dipelajarinya di dalam kelas.
3.

Kekurangan tumpuan
Kanak-kanak ini mudah hilang tumpuan semasa PdP dijalankan. Fikirannya melayang
kepada pelbagai perkara yang tidak ada kaitan dengan apa yang sedang diajar oleh guru.
Ini membuatkannya mengalami perasaan apati dan fikirannya juga penat lalu
menyebabkan anggota badannya bergerak-gerak.

Kanak-kanak ini apabila diminta

menjawab soalan mereka sukar melaksanakannya kerana hilang daya tumpuan


walaupun tiada gangguan persekitaran walaupun terdapat minat untuk melaksanakannya.
Mereka mula melihat-lihat disekeliling mereka dan akhirnya berkhayal. Daya tumpuan
yang sangat kurang ini juga menyebabkannya berasa marah dan risau kerana dia
tidak mendapat apa yang diinginkannya.
4.

Tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan


Kanak-kanak jenis ini hanya boleh menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh guru
semasa peringkat awal sahaja kerana mereka cepat merasa bosan.

Rasa bosan ini

menyebabkan mereka sukar untuk memberi perhatian lagi kepada kerja yang diberi oleh
guru. Oleh itu mereka akan berhenti membuat kerja itu. Walaubagaimanapun, Kanak-

kanak ADHD boleh


4

diberi aktiviti fizikal untuk mengurangkan rasa bosan tersebut memberi tumpuan yang
lebih baik untuk menyiapkan kerja atau tugasan yang diberi.
5.

Menghasilkan kerja yang tidak berkualiti


Kanak-kanak jenis ini cepat berasa jemu dan bosan dan inginkan perkara-perkara yang
baru. Biasanya mereka akan menyiapkan kerja yang diberi oleh guru dengan cepat oleh itu
kerja yang dihasilkan tidak berkualiti dan banyak kesalahan.

Kategori Hiperaktiviti
1.

Suka melakukan perkara yang berbahaya


Kanak-kanak ini tidak dapat membezakan aktiviti yang merbahaya atau tidak asalkan ianya
menggembirakannya. Biasanya ia berlaku diluar kawalan. Mereka sering berkhayal
dan kemudian cuba merealitikannya tanpa dapat membayangkan bahaya yang mereka
akan hadapi. Kadangkala mereka sangat agressif dan ini tentunya merbahaya kepada
kanak-kanak lain. Sebagai contoh mengambil kayu dan memenggalnya kepada kanakkanak lain, melompat tangga dan sebagainya.

2.

Agresif iaitu suka berlari-lari


Kanak-kanak jenis ini suka berlari-lari kerana aktiviti ini mengembirakan mereka. Mereka
tidak berkemampuan untuk memikirkan tentang masalah yang mereka akan hadapi akibat
berlari-lari. Menurut Beverly Davies (1989), kanak-kanak ADHD tidak berasa penat atau
letih walaupun mereka membuat aktiviti yang menggunakan banyak tenaga dalam jangka
masa dimana kanak-kanak normal akan berhenti berehat.

Bagi kanak-kanak ADHD,

aktiviti seperti ini juga akan membuatkan keadaan mereka lebih teruk lagi.
3.

Masalah tidak cukup tidur


Kanak-kanak ADHD memerlukan tempoh tidur yang sama seperti kanak-kanak lain tetapi
biasanya mereka tidak mendapat tidur yang cukup. Daya tumpuan yang tidak cukup
dan

sukar

keletihan

membawa

kepada

pergerakan anggota badan secara berlebihan.

Ini

mengakibatkan mereka sukar untuk tidur. Dalam pada masa yang sama masalah kurang
tidur menyebabkan ADHD mereka bertambah teruk.
4.

Tidak berhati-hati
Kanak-kanak ADHD tidak berhati-hati untuk melakukan sesuatu perkara dan mereka
sering terdedah kepada pelbagai bahaya. Sebagai contoh terdapat sebiji bola yang
menarik perhatiannya diseberang jalan maka kanak-kanak ini akan terus berlari
kearahnya tanpa mengira kenderaan yang menuju ke arahnya.

Kategori Impulsif
1.

Tindak boleh menunggu giliran


Kanak-kanak ADHD terdapat yang sukar untuk menunggu giliran. Sebagai contoh,
sebelum gilirannya tiba untuk menjawab soalan, murid ADHD itu menjerit menjawab
soalan tersebut terlebih dahulu yang sepatutnya dijawab oleh murid lain. Kanak-kanak
ADHD ini pula sukar memahami mengapa dia tidak boleh berbuat demikian. Perkara ini
kadangkala

berlaku

semasa

bermain

dengan

rakan-rakan

yang

akhirnya

menyebabkan berlaku pergaduhan di antara kanak-kanak ADHD tesebut dengan


kanak-kanak normal lain.

Biasanya kanak-kanak ADHD ini tidak dapat mengawal

diri sepenuhnya tentang perbuatan dan percakapannya.


2.

Suka bergaduh dengan rakan


Murid ADHD juga ingin mempunyai rakan-rakan seperti murid-murid normal yang lain.
Tetapi murid ini tidak sematang murid-murid lain yang sebaya dengannya.

Ini

menyebabkannya menjadi bahan ejekan rakan-rakan. Seterusnya murid jenis akan mudah
bergaduh dengan murid lain tanpa memikirkan masalah yang akan menanti akibat
tindakannya itu.

3.

Perlakuan secara tiba-tiba


Apa yang ingin mereka lakukan biasanya sukar dikawal dan diramal. Mereka
mempunyai mood yang menaik dan menurun yang melampau Mereka juga mungkin
berasa gembira tetapi selepas beberapa ketika berasa sangat terganggu dan kemudiannya
menjadi sangat marah. Sebagai contoh selepas berlari-lari kesana kemari murid ini
memukul kawan.

4.

Tidak mahu mendengar arahan


Murid jenis ini mudah diganggu oleh persekitaran dan terlalu banyak didatangi oleh
pemikiran-pemikiran yang datang secara rawak dan tidak diperlukan pada ketika itu. Ini
menyebabkan mereka mengabaikan arahan guru atau ibu bapa. Mereka juga tidak dapat
memikirkan masalah yang akan dihadapi apabila mereka ingkar kepada arahan.

5.

Suka membuat bising


Murid ADHD suka membuat bising dengan menjerit-jerit dan sebahagian besar daripada
masanya dihabiskan dengan bercakap.

Mereka juga suka mengganggu rakan-rakan

yang sedang bercakap. Ini disebabkan mereka cepat merasa bosan dan jemu serta daya
tumpuan yang pendek terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan oleh guru.

SEBAB GANGGUAN ADHD


Kajian menunjukkan ADHD boleh disebabkan oleh masalah genetik dengan gabungan beberapa
masalah yang lain:
1.

ADHD dan keturunan


Kajian saintifik telah menemui terdapatnya kaitan yang kuat antara ADHD dengan warisan
genetik. Bagi kanak-kanak kembar seiras, terdapat 73% hingga 83% probabaliti kedua-dua
kanak-kanak tersebut akan menerima ADHD. Sebaliknya bagi kembar tidak seiras tetapi
sama jantina probabalitinya adalah 21% hingga 45%.

Kajian juga menunjukkan pengidap ADHD mempunyai ibu atau bapa, adik-beradik,
nenek moyang dan saudara rapat yang juga merupakan pengidap ADHD semasa kanakkanak dan mungkin juga sehingga dewasa.
Terdapat 2 jenis ketidak seimbangan kromososm iaitu autosomal dominant dan juga
autosomal excessive. Bagi autosomal dominant kanak-kanak itu akan mengidap ADHD
dan bagi autosomal excessive iaitu apabila ibu bapa memiliki pembawa gen cacat.
Apabila ibu bapa merupakan pembawa maka anak akan mendapat ADHD. Jika salah
seorang daripada ibu atau bapa memiliki gen cacat maka anak merupakan pembawa gen
cacat.
2.

ADHD dan otak


Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengidap ADHD mempunyai aktiviti otak yang
berbeza dengan mereka yang normal. Sejenis bahan kimia pembawa mesej yang terdapat
di dalam otak yang dipanggil neurotransmitter tidak dapat berfungsi dengan baik.
Oleh itu berlaku kekurangan aktiviti di bahagian otak yang mengawal bahagian otak
yang lain. Disini berlakunya ketidakseimbangan bahan-bahan kimia tertentu seperti
noradrenalin dan dopamine.
Kajian menunjukkan mereka yang mengalami ADHD mempunyai keabnormalan di
tiga bahagian otak iaitu prefontal cortex, basal ganglia dan sereblum yang
dipercayai mengawal fungsi eksekutif otak. Fungsi eksekutif merupakan aktiviti mental
yang spesifik yang menjurus kearah kawalan diri. Mengikut Dr Dan Rutherford,
masalah-masalah kawalan
menyelesaikan

diri

ini

adalah

seperti

menguruskan

masalah, mengingati sesuatu dan daya tumpuan.

rasa

kecewa,

Mereka yang

mengidap ADHD iaitu hiperaktif, inattensi dan impulsif disebabkan mereka menghadapi
masalah fungsi eksekutif ini.
Tahap aktiviti neurotransmitter juga memberi kesan terhadap tahap glukos di dalam
otak.

Bagi orang yang normal lebih banyak glukosa yang digunakan maka lebih

banyak tenaga dan aktiviti yang akan berlaku di dalam bahagian-bahagian otak
tersebut. Sebaliknya

mereka

yang

mengidap

ADHD

mempunyai

tahap

noradrenalin and
8

dopamine (sejenis neurotransmitter) yang rendah di dalam otak menyebabkan otak


mereka tidak dapat menggunakan glukosa.

Ini menyebabkan berlaku kekurangan

electrical activity dan kekurangan tindakbalas stimulasi dibahagian otak.


3.

Kecederaan otak semasa dalam kandungan ibu dan semasa dilahirkan


Kajian menunjukkan apabila otak bayi mengalami kecederaan sebelum ataupun selepas
dilahirkan akan menyebabkan bayi itu besar kemungkinan akan mengiadap ADHD.
Perempuan yang merokok, banyak mengambil minuman beralkohol atau mengalami
tekanan yang berat semasa mengandungkan anak boleh memeberi kesan kepada otak bayi.
Bayi yang dilahirkan dengan bacaan berat yang rendah didapati lebih cenderung
mengalami ADHD.

(b)

Intervensi awal atau model perubatan dan model social terhadap pengidap ADHD
INTERVENSI AWAL (MODEL PERUBATAN) BAGI ADHD

Sehingga kini masih lagi belum terdapat ujian ringkas untuk menguji kehadiran ADHD
seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak yang disyaki mengidap ADHD dibawa berjumpa dengan
paediatrik atau psikiatri kanak-kanak yang melibatkan pemerhatian ke atas kanak- kanak itu
selama enam bulan. Kanak-kanak diuji dalam sekurang-kurangnya dua keadaan iaitu seperti di
rumah dan juga di sekolah. Ujian tersebut juga melibatkan pelbagai criteria dan juga soalan.
Oleh itu proses mengenalpasti kanak-kanak yang dipercayai mengidap ADHD
mengambil masa selama enam bukan atau mungkin lebih. Tempoh yang panjang ini diperlukan
kerana mereka perlu menunjukkan sekurang-kurangnya 6 simtom sebelum mereka diberi
diagnosis ADHD.

Langkah-langkah awal penilaian


1.

Temuramah bersama paediatrk, psikiatri atau psikologi


Langkah ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah ADHD kanak-kanak berkenaan
termasuk sejarah keluarga yang berkemungkinan juga mengalami ADHD. Maklumat dari
segi kesihatan, sosial dan pendidikan keluarga kanak-kanak itu juga diambilkira.
Temuramah ini adalah diantara ibu bapa dan kanak-kanak itu dengan pakar-pakar
berkenaan secara bersama-sama dan secara individual. Temuramah ini boleh mengambil
sehingga dua kali perjumpaan.

2.

Pemeriksaan kesihatan
Pemeriksaan kesihatan ini dijalankan oleh paediatrik atau psikiatrik untuk memperolehi
maklumat tentang masalah kecacatan genetik yang lain yang belum pernah di diagnosis
seperti kecacatan pendengaran dan epilepsy.

Masaalah yang sedia ada juga dibuat

pemeriksaan lagi seperti kesukaran tidur. Sekiranya kanak-kanak itu disahkan mengalami
ADHD maka pemeriksaan diteruskan dengan mengukur tinggi, berat, tekanan darah dan
kadar nadi. Pemeriksaan ini diambil secara berkala sepanjang tempoh perubatan.
3.

Pemerhatian
Pemerhatian juga dibuat terhadap pencapaian dari segi pendidikan seperti perkembangan
kemahiran membaca dan menulis.

Kesemua perkara ini dijalankan sehingga satu tempoh tertentu bagi mendapatkan keadaan
sebenar dan tepat tentang kanak-kanak ADHD itu.
Kanak-kanak pra sekolah sukar untuk di diagnosis kerana biasanya mereka berkelakuan
nakal dan ADHD boleh jadi salah satu daripada penyebabnya. Terdapat lain-lain kecacatan
yang menunjukkan simtom yang sama seperti masalah pembelajaran. Walaubagaimanapun
sekiranya tiada

penyebab

kepada

perlakuan-perlakuan

negetif

seperti

itu

contoh masalah kekurangan disiplin maka kanak-kanak itu perlu menerima rawatan.

10

sebagai

Kanak-kanak yang berusia 6 tahun adalah paling sesuai mendapatkan rawatan ADHD.
Usia yang paling optimal adalah usia seawal mungkin. Simtom ADHD semakin jelas di awal
persekolahan kanak-kanak.
Semasa ibu bapa berjumpa dengan doctor, beberapa maklumat penting akan diperolehi seperti:
1.

Sejarah keluarga sekiranya mengidap ADHD dan juga masalah tingkah laku yang lain
seiranya ada.

2.

Tingkah laku seharian kanak-kanak itu.

3.

Masa-masa tertentu apabila masalah tingkah laku semakin sukar.

4.

Tahap daya tumpuannya

5.

Tindakan ibu bapa menangani masalah tingkah laku kanak-kanak itu.

6.

Sekiranya terdapat sesuatu dirumah yang menyumbang kepada maslah tingkahlakunya.

7.

Pola tidur dan diet kanak-kanak itu.

8.

Aduan guru tentang masalah tingkahlakunya sekiranya kanak-kanak itu sudah bersekolah
Semasa penilaian dibuat perkara diatas juga diambil kira selain daripada simtom-simtom

ADHD iaitu kanak-kanak tersebut mungkin mengidap ADHD sebagai satu-satunya kecacatan
atau terdapat kecacatan lain seperti masalah kognitif dan masalah mental yang juga sebagai
penyumbang masalahnya.
Pakar tersebut akan membuat ujian untuk mencari punca kepada ADHD kanak-kanak
tersebut atau membuat rawatan lanjut. Pakar tersebut juga mungkin akan menggunakan ujian
fizikal untuk menilai tahap kemahiran motornya seperti kebolehan menulis atau menangkap bola.
Selain daripada itu kanak-kanak itu juga diuji dengan kebolehan memahami apa yang
dikatakan padanya.
Kanak-kanak yang telah disahkan mengidap ADHD akan dicadangkan dengan rawatan
yang sesuai. Kaedah rawatan perubatan hanya akan diberi sekiranya keadaanya memberi kesan
terhadap pembelajaran. Walaubagaimanapun ubat-ubatan diberi apabila umurnya 6 tahun dan ke
atas selepas satu penilaian extensif diadakan yang mengambil masa 6 bulan.

11

Kaedah-kaedah Terapi
Terdapat beberapa kaedah terapi yang boleh diberi kepada kanak-kanak ADHD. Antaranya ialah
Kaunselling, Psikoterapi, Terapi Tingkahlaku Kognitif, Terapi Tingkahlaku dan Terapi
Keluarga.
1.

Kaunselling
Kaedah ini diberi oleh orang yang terlatih untuk mendengar masalah kanak-kanak tanpa
memberi sebarang kritikan agar mereka dapat meluahkan perasaan mereka serta
membincangkan cara mengatasinya dan membantu mereka mengambil keputusan yang
betul.

2.

Psikoterapi
Kaedah ini mempunyai banyak persamaan dengan kaedah kaunselling termasuk kemahiran
yang digunakan.
kaunselling.

Kaedah ini mungkin mengambil masa yang lebih lama daripada

Ianya

melibatkan

eksplorasi

yang

lebih

jauh

terhadap

pengalaman-pengalaman yang lalu.


3.

Terapi Tingkahlaku Kognitif


Kaedah ini membolehkan kanak-kanak ADHD membicarakan tentang pandangan mereka
terhadap diri dan kehidupan mereka.

Kaedah ini juga membantu kanak-kanak ini

memahami pandangan orang yang normal terhadap tingkahlaku mereka. Ianya


menggunakan fokus terhadap keadaan pada masa itu dan tidak menyentuh perkara-perkara
yang telah lepas. Biasanya kanak-kanak ADHD yang menerima kaedah ini kurang
memberi respon terutamanya kanak-kanak lelaki.
4.

Terapi Tingkahlaku
Kaedah ini memberi tumpuan terhadap tingkahlaku sebenar kanak-kanak ADHD sama ada
disekolah ataupun dirumah. Terapi ini adalah untuk mengubah tingkahlaku kanak-kanak
ADHD agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang menyukarkan
mereka. Ahli terapi ini membuat analisis mendalam terhadap tingkahlaku kanak-kanak
itu dalam

12

situasi yang berlainan dan membuat perancangan yang baik untuk kanak-kanak tersebut
untuk mengatasi masalahnya. Selain kanak-kanak yang bermasalah ahli terapi ini juga
membuat perancangan berkenaan untuk ibu bapa dan penjaga.
5.

Terapi keluarga
Ahli terapi ini memerlukan penglibatan keluarga kanak-kanak tersebut bagi membantunya.
Terapi ini biasanya dijalankan sebelum kaedah rawatan ubat-ubatan diberi kepada
kanak-kanak ADHD.

6.

Pengambilan ubatan
Ubat-ubatan yang diambil hanya memberi kesan sementara sahaja. Walaubagaimanapun
mereka yang mempunyai ADHD akan berasa lebih tenang, dapat memberi tumpuan dan
kurang agresif. Di Malaysia terdapat beberapa jenis ubat yang digunakan seperti
Amphetamine, Ritalin dan Haloperidol. Ubat-ubat ini adalah terkawal. Kanak-kanak
ADHD akan diberi dos yang kecil dahulu kemudian dos akan ditingkatkan dari semasa ke
semasa jika perlu. Jika keadaan bertambah baik dan stabil, pengambilan ubat akan
diberhentikan untuk sementara waktu bergantung kepada sejauh mana tingkahlaku kanakkanak ADHD itu tanpa ubat.

MODEL SOSIAL
Model Sosial bagi masalah kecacatan yang merangkumi masalah ADHD merupakan satu
pandangan daripada perpekstif yang berbeza tentang kecacatan menggantikan pandangan lama
iaitu Model Perubatan. Ianya telah diperkembangkan dari semasa ke semasa oleh ahli-ahli
akademik sejak bertahun-tahun lamanya.
Sebab-sebab keperluan Model Sosial
Pandangan lama tentang kecacatan dikenali dengan Model Perubatan. Ianya masih diperlukan
oleh pengamal perubatan tetapi bagi mereka yang lain ianya sudah kurang sesuai. Model
Perubatan memberi tumpuan terhadap penyakit dan kecacatan.
perbezaan

Ianya melihat kepada

13

seseorang itu berbanding dengan orang lain. Oleh itu ianya lebih menjurus kepada mencari
punca-punca penyakit. Ianya juga mendefinisikan dan mengkategorikan keadaan yang
dialami oleh seseorang pesakit dan kemudiannya membuat penilaian yang pelbagai.
Kesemua ini perlu didalam mendiagnosis, prognosis, rawatan dan pencegahan.
Walaupun begitu ianya kurang relevan kepada kehidupan seharian seseorang yang mengalami
kecacatan seperti ADHD.

Mereka yang mengidap ADHD mengetahui bagaimana rasanya

mengidap ADHD. Mereka tidak perlu mengetahui sama ada ADHD mereka itu ditahap rendah,
sederhana atau kuat. Model Perubatan lebih kepada perkara-perkara yang praktikal.
Model Perubatan memberi penekanan untuk menjadikan seseorang yang mengalami
ADHD itu sama seperti orang yang normal. Oleh itu Model Perubatan ini kurang bersifat
kemanusiaan tetapi lebih kepada simtom dan rawatan. Model Perubatan menyebabkan manusia
takutkan ADHD kerana ianya memberi penekanan terhadap keadaan mereka dan bukan siapa
mereka. Perbezaan yang terdapat pada Model Sosial
Model Sosial meletakkan seseorang itu di bahagian yang paling hadapan. Ia menekankan
kemuliaan, ketidakbergantungan dan pilihan. Konsep Model Sosial ialah kekurangan disebabkan
oleh kecacatan seperti ADHD berpunca daripada masyarakat itu sendiri dan bukannya orang
yang mengalami ADHD itu atau kecacatan lainnya. Adakah kelainan yang terdapat
pada seseorang menyebabkan kecacatan.

Jawapannya tidak.

Tetapi pilihan masyarakat

terhadap keadaannya meletakkannya dalam kategori cacat atau sebaliknya.

Apabila

kehidupan mereka berbeza daripada orang normal, maka dianggap cacat. Sebagai contoh
remaja yang mengidap ADHD yang belajar di dalam kelas normal, dia memerlukan kaedah
pengajaran yang berlainan tetapi

guru

tidak

berkemampuan

untuk

itu,

maka

dia

dikatakan mengalami masalah pembelajaran.


Bagi Model Sosial ini, kecacatan seperti ADHD masih lagi merupakan satu masalah.
Daya tumpuan yang lemah, bersifat agresif dan lain-lain memberi kesan negetif kepada
orang lain disekeliling mereka.

Walaubagaimanapun

mereka

yang

mengalami

kecacatan seperti ADHD sedikit sebanyak masih boleh lagi membuat apa yang orang normal
boleh buat sekiranya

14

mereka diberi peluang. Idea utama Model Sosial ini adalah kepada memberi peluang terhadap
golongan ini dan mengenepikan halangan yang dibuat oleh masyarakat. Halangan-halangan
ini membentuk diskriminasi terhadap golongan malang ini.

Penghapusan diskriminasi ini

pula memerlukan banyak pendekatan dan pandangan yang bersesuaian dengan cara
sesebuah masyarakat

itu

di

organisasikan.

Halangan-halangan

ini

wujud

didalam

pendidikan, system teknologi dan maklumat, persekitaran pekerjaan, khidmat sokongan


kesihatan dan social, kenderaan, perumahan dan bangunan awam. Nilai yang begitu
rendah diletakkan terhadap golongan ini di dalam filem-filem di televisyen dan juga di
dalam media cetak lainnya juga merupakan halangan. Model Sosial juga mengambilkira
kewujudan golongan ini sebagai sebahagian daripada isi sektor ekonomi, persekitaran dan
juga kebudayaan sesebuah masyarakat itu.
Sebagai contoh, bagi mereka yang mengalami ADHD, tanpa kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang betul mereka akan mengalami masalah pembelajaran dan dianggap lemah.
Mereka sukar mendapat rakan sebaya yang baik kerana mereka dianggap mengalami masalah
pembelajaran seperti masih sukar membaca walaupun sudah di Tahun 4. Mereka juga tidak
mampu untuk memasuki pelbagai pertandingan yang memerlukan keupayaan membaca dan
menulis yang baik di sekolah. Kadangkala ADHD ini juga membahayakan mereka semula.
Tetapi apabila guru biasa di beri pendekatan untuk mengajar murid yang bermasalah
pembelajaran di sekolah Aliran Perdana, maka mereka akan dapat mencapai tahap yang sama
dengan murid lain di Aliran Perdana. Oleh itu dapatlah mereka kehidupan seperti yang
mereka mahukan. Mereka juga dapat melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti dan membuat
pilihan tentang kehendak mereka sendiri.

15

(c ) Kaedah pengajaran dan pembelajaran


Dibawah adalah beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
mengandalikan murid ADHD:
1.

Menggunakan kaedah interaksi yang sesuai untuk murid ADHD


Guru perlu menyatakan cara-cara berinteraksi yang diterima oleh guru dan murid-murid
lain. Walaubagaimanapun guru tidak boleh menyatakan perkara ini secara bersemuka
dengan murid itu tetapi hendaklah menyatakannya dihadapan murid-murid lain. Ini
untuk mengelakkan rasa tidak puas hati yang mungkin akan membangkitkan emosi yang
tidak sepatutnya. Tekanan yang diterima memungkinkannya untuk melakukan sesuatu
secara agresif tanpa disedarinya.
Jika tahap ADHD yang lebih tinggi di alami oleh kanak-kanak itu, guru bolehlah
duduk disebelahnya dan menyatakan apakah tingkah laku yang diterima dan tingkah laku
yang tidak diterima di dalam kelas dan juga di sekolah secara keseluruhannya. Pada
masa ini guru bolehlah menyatakan sejelas mungkin matlamat yang perlu dicapai oleh
murid ADHD berkenaan disekolah. Disini guru bolehlah menyatakan kepada murid agar
dia mengawal tingkahlakunya semampu boleh agar matlamatnya datang ke sekolah setiap
hari tercapai.
Guru hendaklah menggunakan pujian yang jelas ke atas sesuatu kejayaan yang
ditunjukkan oleh murid. Sebagai contoh, murid ADHD yang dapat menjawab soalan
yang dengan betul, kata-kata pujian atau hadiah kecil yang murah diberi
kepadanya. Guru juga hendaklah menerapkan rasa penghargaan kepada murid ADHD
bahawa pujian dan hadiah yang diberikan sungguh bermakna di dalam hidupnya. Oleh
itu dia hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkannya.
Semasa PdP di dalam kelas guru hendaklah memasukkan murid ADHD ini ke
dalam satu kumpulan kecil sekiranya PdP guru memerlukan murid duduk di dalam
kumpulan. Guru juga perlu menjelaskan kepada murid matlamat yang perlu dicapai oleh
murid ADHD itu semasa duduk di dalam kumpulan. Guru juga perlu mengulanginya
16

beberapa kali sepanjang PdPnya kerana murid ADHD mudah diganggu oleh persekitaran
dan mudah lupa dengan apa yang dikehendaki oleh guru. Guru juga boleh mengingatkan
murid-murid lain di dalam kumpulan itu agar bekerjasama dengannya dan tidak membuat
perkara-perkara yang akan menyebabkannya hilang tumpuan. Oleh itu guru perlu mahir
dalam menetapkan peserta di dalam kumpulannya yang mempunyai tingkah laku yang
sesuai dengan tingkah laku murid ADHD tersebut. Sebagai contoh murid ditempatkan
bersama beberapa orang murid yang boleh memberi bimbingan kepadanya tetapi pasif di
dalam kelas. Mereka juga diingatkan agar sentiasa berinteraksi dengannya kerana murid
ini mudah berkhayal dan tidak dapat menyiapkan kerja.
Sepanjang PdP, guru perlu mengenalpastikan kekuatan murid ADHD tersebut dan
memastikan agar murid lain mengetahuinya agar murid ADHD itu tidak diketepikan oleh
murid lain kerana adanya tanggapan positif.
Guru juga boleh menggunakan kaedah main peranan sebagai salah satu daripada
aktiviti PdPnya dan guru hendaklah menekankan kemahiran spesifik yang dikehandaki
kepada murid ADHD itu.
2.

Kemahiran pengurusan
Guru bolehlah menyediakan tugasan murid dan memintanya membawa pulang ke rumah.
Jika murid berkeupayaan untuk menyalinnya daripada papan putih maka bagi
pelajaran bahasa, cara ini lebih berkesan.
Guru juga bolehlah menyediakan senarai semak kepada ibu bapa tentang persediaan
murid untuk ke sekolah keesokan harinya. Guru juga perlu pastikan ibu bapa atau
penjaga murid mempunyai Jadual Waktu Kelas.
Murid ADHD juga tidak boleh diberi pebagai arahan tugasan. Mereka hanya
boleh diberi satu arahan tugasan sahaja. Apabila tugasan itu berjaya disiapkan maka
arahan tugasan yang lain dikemukan kepadanya.

Terdapat juga murid ADHD yang

mempunyai kemampuan yang baik tetapi terhalang dengan kecacatan mereka. Oleh itu
17

guru bolehlah memberi tugasan pada aras yang sesuai dengan murid tersebut. Tugasan
yang rendah daripada tahap kemampuan akan menyebabkan murid cepat berasa bosan
dan meninggalkan tugasan tersebut.
Murid ADHD boleh digalakkan menggunakan computer untuk membuat sesuatu
tugasan dan mencetaknya juga. Penggunaan computer menjadikan murid ini memeberi
lebih tumpuan dan menyebabkannya berasa lebih menyeronokkan.
3.

Masalah tumpuan murid ADHD


Daya tumpuan yang sukar diberikan oleh murid ADHD menyebabkannya mudah
berkhayal atau beralih kepada perkara-perkara lain. Oleh itu guru boleh meminta murid
untuk menyiapkan semua tugasan di sekolah. Walaubagaimanapun adalah penting untuk
guru memberitahu ibu bapa atau penjaga tentang perkara ini.

Ini penting bagi

mengelakkan ibu bapa atau penjaga daripada berasa bimbang dan membuat aduan kepada
guru besar. Lagipun disebabkan ianya menjadi rutin murid untuk balik lambat setiap hari
maka dapatlah ibu bapa atau penjaga menyediakan pengangkutan balik kepada anaknya.
Semasa membuat kerja di dalam kelas, guru perlu menetapkan jangka masa yang
sesuai untuk murid ini menyiapkan tugasan yang diberi. Sekiranya masa yang diberi
tidak sesuai guru perlu memberi masa tambahan kepadanya. Guru boleh menggunakan
kata-kata motivasi agar murid ADHD lebih cepat menyiapkan tugasan tersebut. Sebolehbolehnya guru perlu membuat murid ADHD tersebut tidak berasa rendah diri dengan
kelembapannya dan juga cuba menutup kelembapan itu daripada menjadi bahan ejekan
murid-murid lain.
Soalan-soalan yang diberikan perlulah ringkas. Ini kerana daya tumpuan yang
singkat menyebabkan murid ini tidak mampu memberi konsentrasi terhadap soalansoalan aras tinggi. Soalan yang ringkas memungkinkan mereka merasai kejayan tetapi
perlu diberi dengan kerap. Bagi yang mempunyai masalah ADHD diperingkat yang lebih
kritikal, satu soalan sudah mencukupi dan apabila soalan itu sudah dijawab guru bolehlah
meneruskannya dengan soalan yang lain.
18

Bagi memastikan perkembangan murid ADHD ini, soalan yang diberi perlu
diulang-ulang dalam bentuk yang lain. Soalan yang berulang-ulang membolehkan mereka
memahami sesuatu konsep yang diberikan.
Guru juga boleh menyediakannya seorang rakan untuk membantunya menjawab
soalan sekiranya murid ini menghadapi masalah mencatat. Perkara paling penting ialah
guru sentiasa berada berdekatan dengannya bagi membolehkan objektif murid itu
tercapai.
4.

Sikap impulsif
Guru hendaklah bersikap realistik terhadap tingkah laku murid ADHD. Guru juga tidak
boleh mengharapkan murid ini menjadi seperti kanak-kanak lain kerana kelainan yang
ada padanya. Bagi mengajar murid mengulangi tingkah laku yang baik, maka guru
bolehlah memberi puji-pujian dan hadiah seperti gula-gula kepada murid.

Sebagai

contoh, guru memberikan hadiah sebatang pensel kepada murid sekiranya murid itu tidak
berjalan-jalan di dalam kelas dan duduk di tempatnya dalam tempoh masa yang tertentu
atau sehingga kerjanya siap.
Guru juga tidak boleh begitu memberi tekanan terhadap perkara-perkara kecil
yang dilakukan oleh murid ADHD tetapi lebih memberi focus terhadap perkara-perkara
yang lebih menganggu seperti bergadoh atau cuba mencederakan murid lain. Jika guru
tidak mengabaikan perkara-perkara kecil yang dilakukannya maka seluruh proses PdP
guru akan terganggu kerana masa banyak digunakan untuk memberi perhatian
kepadanya.

Dengan itu guru-guru perlu mendidik murid-murid normal yang lain

terhadap tindakan yang boleh mereka buat selagi tidak menyentuh anggota badan murid
ADHD tersebut bagi mengatasi tingkahlaku negetif murid ADHD yang mengganggu
tumpuan mereka terhadap PdP. Walaubagaimanapun memulaukan murid ini bukanlah
satu langkah yang bijak kerana ianya akan mendatangkan kesan emosi yang buruk
terhadap kanak-kanak yang bertindak luar kawalan ini.

19

Walaupun terdapat tingkah laku murid yang diluar kawalannya, tetapi guru tidak
tahu tingkah laku yang manakah yang berada dibawah kawalannya atau diluar
kawalannya. Oleh itu respon negatif terhadap tingkahlaku yang tidak diingini sedikit
sebanyak diharapkan dapat membantu murid ini tidak lagi mengulangi tingkahlaku itu.
Respon negetif seperti dendaan perlu diberi secara langsung sebaik sahaja murid ini
melakukannya. Penangguhan membuatkan murid mungkin lupa dengan kelakuannya dan
memungkinkan dia berasa dirinya teraniaya dengan dendaan yang diberi oleh guru.
Guru juga boleh membuat sedikit jadual atau memberitahu murid ADHD itu
tentang bilakah dia boleh meninggalkan tempat duduknya untuk melepaskan tenaganya.
Murid boleh dibenarkan untuk berada diluar kelas selama beberapa minit kemudian guru
hendaklah memanggilnya semula untuk berada didalam kelas. Guru boleh juga meminta
murid itu naik dan turun tangga beberapa kali apabila murid kelihatan gelisah dan tidak
mampu lagi berada ditempat duduknya. Selain daripada itu murid ADHD tersebut boleh
diminta untuk menyapu kelas, mencuci papan putih dan sebagainya.
5.

Ekspresi Emosi
Dalam hal ini guru bolehlah berbincang dengan ibu bapa tentang perasaan kecewanya.
Bagi masalah tumpuan dan perhatian boleh diperhatikan sendiri oleh guru yang mengajar.
Apabila guru telah mengetahui bila fokusnya akan hilang maka guru bolehlah
menyediakan aktiviti lain
mengenakan

denda

tidak

kepada kanak-kanak
akan

membawa

ADHD tersebut.

apa-apa

Ini kerana

perkembangan

kepada

pendidikannya sebaliknya akan membuatkannya rasa gagal dan kecewa. Apabila murid
berasa kecewa maka guru boleh membuat sesuatu tindakan agar rasa kecewanya
hilang ataupun terus berbincang dengan murid.

Membuat murid itu suka dengan

guru adalah penting agar pengajaran guru menjadi lebih berkesan.


Rasa kecewa murid ADHD ditunjukkan melalui rasa tingkahlakunya atau melalui
perkataannya.

Guru boleh menyediakan satu label iaitu kecewa dan memintanya

menunjukkan label itu setiap kali dia berasa kecewa. Apabila murid menunjukkan label
tersebut guru perlu mengambil tindakan yang wajar dan jangan membiarkannya kerana
20

perasaan kecewanya boleh mengubahnya menjadi agresif. Cara ini dapat mengurangkan
tekanannya secara lisan dan bukan tingkahlaku.
Guru perlu mengajar murid ADHD tentang konsep marah yang sihat. Murid jenis
ini perlu didedahkan dengan peraturan marah yang baik seperti berbincang dengan orang
yang dimarahinya dengan segera dan menggunakan perkataan yang baik apabila
berhadapan dengan orang yang dimarahinya. Perkataan kamu hendaklah digantikan
dengan saya atau kami. Ini akan mengurangkan rasa marahnya.
Kehilangan kawalan membawa kepada tekanan dan seterusnya pemprotesan.
Oleh itu guru perlu membimbing murid terhadap semua aspek kehidupan yang dapat
dikawalnya seperti memilih tugas-tugas kecil di dalam kelas yang diminatinya.
Sebagai contohnya menghantar buku latihan kepada guru, menyapu sampah dan lainlain yang boleh dikawal.

Rasa

kawalan

membantu mereka menstabilkan emosi mereka.

21

terhadap

persekitaran

dapat

Bibliografi
Buku Ilmiah
1. Davies B., 2011. How To Help Your Child With ADHD, Surrey : Crimson Publishing
2. Bull, S.L., and Solity, J.E., 1987. Classroom Management Principles To Practice, London :
Croom Helm.
3. Aird, R. 2001. The Education And Care Of Children With Severe, Profound And Multiple
Learning Difficulties, London : David Fulton Publishers.
4. Edward M.H., 2007. John J.R., Driven To Distraction : Recognizing and Coping
with Attention

Deficit Disorder from Childhood Through Adulthood, London :

Touchstone Publishing
5. Pamela P., Marta F., Meg P., 2009. I Can't Sit Still!: Living with ADHD, Hampshire :
Published by Barrons Educional Series
6. Sam G., Allie D., 2009. Some Children Just Cant Sit Still!, Essex : Published by Specialty
Press/A.D.D. Warehouse
7. Annette U.R., 2007. Attention Deficit Hyperactivity Disorder in Children And Adults,
Yorkshire : Hogrefe And Huber Publishing
Jurnal
1. Phillips A. et. All, 2005. Unravelling the complexity of attention-deficit hyperactivity
disorder: a behavioural genomic approach. The British Journal of Psychiatry.
2. Sydney C., Francis L., 2007. Occupational Therapy for Children with Attention Deficit
Hyperactivity Disorder (ADHD), Part 1: A Delineation Model of Practice. British Journal of
Occupational Therapy September 2007 70(9).
3. Sanford N., 2013. Are ADHD Medications Overprescribed? The Wall Street Journal.
4. Mohammed M. Alqahtani, The Comorbidity of ADHD in the General Population of Saudi
Arabian School-Age Children. Journal Of Attention Disorders.

22

Sumber Internet
1. Jim H., Treatment Of ADHD In Children (laman web), diambil pada Mac 2013 daripada
http://psychcentral.com/lib/2012/treatment-of-adhd-in-children/
2. Causes Of ADHD (laman web), diambil pada Mac 2013 daripada
http://www.myadhd.com/causesofadhd.html
3. Possible Causes Of ADHD (laman web), diambil pada Mac 2013 daripada
http://www.adhd.org.nz/cause1.html
4. Martin B., Causes of Attention Deficit Disorder (ADHD), diambil pada Mac 2013 daripada
http://psychcentral.com/lib/2007/causes-of-attention-deficit-disorder-adhd/
5. Pamela D.W., Attention Deficit Disorder in Children: Developmental, Parenting, and
Treatment isssues, diambil pada Mac 2013 daripada
http://www.wrightslaw.com/advoc/articles/ADD_in_Children_Developmental_Issues.html

23

You might also like