You are on page 1of 25

Sains untuk kanak-kanak

berkeperluan khas:
Masalah fizikal
Yahya Sedik
IPGKBL
Kanak-kanak bermasalah fizikal
Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada
kanak-kanak kurang upaya fizikal dan
memerlukan perubatan atau peralatan khas
seperti pendakap atau kerusi roda.

Ia termasuk kurang upaya berbentuk
neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf
yang rosak serta kecederaan ortopedik yang
melibatkan tulang dan sendi.
Kecacatan fizikal (Ortopedik)
Spina bifina Kecacatan pada tulang belakang menyebabkan
kelumpuhan bahagian bawah badan.

Keadaan ini berlaku sejak lahir tetapi boleh dibantu
melalui pembedahan
Muscular
dystrophy
Kemerosotan kekuatan otot secara progresif
sehingga menyebabkan kanak-kanak
memerlukan kerusi roda.

Kecerdasan tidak terjejas.
Limb
defeciencies
Anggota badan tidak sempurna disebabkan
kemalangan atau kecacatan sejak lahir.

Kanak-kanak boleh dilatih menggunakan anggota
palsu.
Kurang upaya penglihatan

Dalam bidang pendidikan, kanak-kanak
kurang upaya penglihatan boleh dikelaskan
kepada empat kumpulan:

Separa rabun
Rabun
Masalah penglihatan terhad
Buta
Kurang upaya pendengaran

Murid kurang upaya pendengaran
dikategorikan kepada 2 kumpulan iaitu:

Pekak
Separa pekak
Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains
Kepada Kanak-Kanak Kurang Upaya Dari
Segi Fizikal (Ortopedik)

Memberi tumpuan kepada apa yang mereka
boleh lakukan pada setiap masa.

Mengetahui apa kekuatan kanak-kanak
kurang upaya fizikal dan gunakan sebagai
cara untuk mereka belajar sains.

Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains
Kepada Kanak-Kanak Kurang Upaya Dari
Segi Fizikal (Ortopedik)

Setiasa mempunyai jangkaan tinggi kepada
kanak-kanak kurang upaya dari segi fizikal
ini.

Hindari menerima panggilan atau usikan
negatif daripada kanak-kanak lain. Kanak-
kanak lain perlu dididik menghormati dan
menerima kanak-kanak kurang upaya fizikal.
Memberi pujian dari semasa ke semasa.

Sentiasa memberi sokongan kepada kanak-
kanak kurang upaya kerana mereka tidak
mahu simpati orang lain.
Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains
Kepada Kanak-Kanak Kurang Upaya Dari
Segi Fizikal (Ortopedik)

Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains
Kepada Kanak-Kanak Kurang Upaya Dari
Segi Fizikal (Ortopedik)

Hindari mengambil kesempatan apabila kanak-kanak
kurang upaya tidak hadir sekolah dengan
memaklumkan kepada seluruh kelas tentang
kecacatan fizikal mereka. Murid-murid lain
diharapkan dapat membantu dan memupuk
hubungan persefahaman dan kekitaan.

Sentiasa mengambil masa untuk bersama dengan
kanak-kanak kurang upaya dari segi fizikal supaya
mereka sedar bahawa mereka sentiasa mendapat
sokongan daripada guru dan rakan-rakan.
Strategi mengadaptasi pengajaran sains
kanak-kanak kurang upaya penglihatan

Murid kurang upaya penglihatan tidak dapat
belajar menggunakan semua deria seperti
murid normal.
Oleh kerana mereka tidak dapat
menggunakan deria penglihatan adalah perlu
bagi membantu mereka menggunakan deria
lain untuk belajar.
Mereka perlu diajar untuk memaksimumkan
penggunaan deria pendengaran, sentuhan,
bau dan rasa untuk menggantikan deria
penglihatan
Strategi mengadaptasi pengajaran sains
kanak-kanak kurang upaya penglihatan

Contoh:

Dalam mempelajari konsep berat atau ringan
murid boleh diajar untuk merasa,
mengangkat dan membuat perbandingan
antara objek.
Strategi mengadaptasi pengajaran sains
kanak-kanak kurang upaya penglihatan

Contoh:

Semasa membuat pengelasan bahan, murid
buat menjalankan aktiviti menggunakan deria
bau dan sentuhan.
Strategi mengadaptasi pengajaran sains
kanak-kanak kurang upaya penglihatan

Contoh:

Dalam mempelajari kedudukan matahari
pada waktu berbeza,murid boleh
membezakan dengan merasa kepanasan
pada tubuh mereka.
Strategi mengadaptasi pengajaran sains
kanak-kanak kurang upaya penglihatan

Di samping itu, penyediaan bahan pembelajaran juga
penting untuk membantu mereka.
Buku dalam bentuk pita rakaman perlu disediakan
kepada murid kurang upaya penglihatan.
Ini boleh dijadikan projek kelas di mana rakan
sekelas bergilir-gilir menyediakan bahan tersebut.
Murid kurang upaya penglihatan dibenarkan untuk
merakam pengajaran di dalam bilik darjah bagi
menggantikan nota catatan.
Strategi mengadaptasi pengajaran sains
kanak-kanak kurang upaya pendengaran

Bagi membantu murid kurang upaya pendengaran
membesar dan belajar secara optimum perlu
dirangsang menggunakan deria lain.

Murid kurang upaya pendengaran belajar tentang
persekitaran menggunakan deria penglihatan.

Guru perlu membantu murid kurang upaya
pendengaran dengan menyediakan arahan dan
maklumat tentang sains.

Komunikasi utama bagi murid kurang upaya
pendengaran adalah menggunakan bahasa isyarat
dan bahan bertulis.
Strategi mengadaptasi pengajaran sains
kanak-kanak kurang upaya pendengaran

Murid kurang upaya pendengaran boleh mendapat
manfaat daripada pendekatan hands-on pelbagai
deria yang digunakan di dalam kelas berorientasikan
inkuiri penemuan.

Arahan bertulis atau bergambar, kad tugasan dan
lakonan dalam aktiviti boleh membantu murid belajar.

Bagi murid tahap dua, guru boleh meminta murid-
murid lain secara bergilir membuat nota untuk
membantu rakan mereka yang kurang upaya
pendengaran.
Strategi mengadaptasi pengajaran sains
kanak-kanak kurang upaya pendengaran
Semasa menjalankan demonstrasi atau
penerangan guru perlu memastikan kurang
upaya pendengaran berada di hadapan bagi
membolehkan mereka mendapat maklumat
melalui gerakan bibir dan ekspresi muka.

Guru perlu membantu mereka membina
keyakinan diri dengan menggalakkan mereka
memberi maklum balas secara lisan.
Pengubahsuaian di dalam bilik darjah yang boleh
dilakukan untuk pengajaran sains bagi murid-murid
kurang upaya dari segi fizikal

Membenarkan murid, keluarga dan rakan
sekelasnya untuk sama-sama membantu
memilih peralatan /teknologi yang
bersesuaian.

Merancang aktiviti yang bersesuaian untuk
murid bermasalah fizikal sebelum membeli
peralatan sedia ada.
Pengubahsuaian di dalam bilik darjah yang boleh
dilakukan untuk pengajaran sains bagi murid-murid
kurang upaya dari segi fizikal
Mendapatkan nasihat dan bantuan pakar
selain daripada pakar pendidikan.

Menyediakan kerusi meja seperti murid
normal yang lain tetapi menyediakan sudut
yang dilengkapkan kemudahan murid kurang
upaya fizikal seperti kusyen dan sofa
Pengubahsuaian di dalam bilik darjah yang boleh
dilakukan untuk pengajaran sains bagi murid-murid
kurang upaya dari segi fizikal

Guru mengajar menggunakan buku teks
mengikut kemampuan tahap murid kurang
upaya fizikal .

Bahan bantu mengajar boleh diubahsuai oleh
guru sumber dan guru-guru akademik
mengikut kesesuaian mereka.
Pengubahsuaian di dalam bilik darjah yang boleh
dilakukan untuk pengajaran sains bagi murid-murid
kurang upaya dari segi fizikal

Menyediakan Bilik Sumber - perlu diadakan untuk
tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan
kaunseling.

Menggalakkan penglibatan penuh murid kurang
upaya fizikal di dalam kelas dengan memastikan
tiada halangan seperti laluan pejalan kaki yang
sempit atau pintu berat supaya mereka bebas
bergerak di dalam kelas.
Pengubahsuaian di dalam bilik darjah yang boleh
dilakukan untuk pengajaran sains bagi murid-murid
kurang upaya dari segi fizikal
Perlu mengingatkan murid-murid lain
bahawa terdapat beberapa rakan mereka
yang berkerusi roda yang memerlukan
sokongan daripada rakan-rakan.
Peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak
belajar dan bersedia untuk sains

Menyediakan aktiviti yang dapat


mengukuhkan pembelajaran sains di rumah
di mana kriterianya seperti berikut :

Aktiviti mesti mengikut gred dan


perkembangan yang sesuai dengan murid.

Aktiviti perlu terdiri daripada bahan yang boleh


diperoleh di rumah.

Peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak
belajar dan bersedia untuk sains

Menyediakan aktiviti yang dapat


mengukuhkan pembelajaran sains di rumah
di mana kriterianya seperti berikut :

Aktiviti merupakan tambahan kepada


pengajaran di sekolah dan tidak mengulangi
aktiviti di sekolah.

Sediakan arahan yang jelas dan tepat


termasuk arahan keselamatan.
Peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak
belajar dan bersedia untuk sains

Menyediakan aktiviti yang dapat


mengukuhkan pembelajaran sains di rumah
di mana kriterianya seperti berikut :

Pilih aktiviti yang menerangkan konsep


ringkas dan tepat.

Pemilihan aktiviti yang menyeronokkan.

You might also like