You are on page 1of 30

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

41

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

BUMI: Musim, Perubahan kepada iklim bumi, Memantau iklim bumi,


Kesan rumah hijau, Sistem cuaca dan pola sejagat,dan Ujikaji dalam
Kurikulum Sains Sekolah Rendah

TAJUK 5

5.1

Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui kejadian fenomenafenomena cuaca dan iklm alam sejagat, pengaruh perubahan cuaca dan iklim
juga akan dibincangkan.

5.2

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Menerangkan bagaimana terjadinya musim.


Menerangkan sistem-sistem iklim/cuaca dan pola-pola iklim/cuaca dunia.
Membentangkan data penyelidikan bagi isu-isu berkaitan kesan rumah hijau.
Menyiasat aktiviti yang berkesan untuk mencapai hasil pembelajaran
PPIK(PCK).
Menuliskan rasional pemilihan aktiviti bagi PPIK.

5.3 Kerangka Tajuk

5.3.1 Kejadian Musim


Kejadian 4 musim berlaku di sebabkan oleh peredaran bumi mengelilingi matahari.
Pergerakan bumi ini adalah mengikut lawan pusingan jam. Peredaran bumi mengelilingi
matahari mengambil masa kira-kira 365 hari atau setahun. Peredaran bumi ini
menyebabkan kejadian 4 musim.
42

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Kejadian 4 musim ini boleh di terangkan melalui gambarajah kedudukan bumi di 4


tempat yang membetuk kejadian 4 musim seperti rajah di bawah.

Pengaruh kejadian empat musim terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika


lembap dan sederhana dunia.
43

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

AKTIVITI
Pertanian

TROPIKA LEMBAB
SEDERHANA DUNIA
Dijalankan
sepanjang Bermula pada musim bunga dan
tahun
berakhir sebelum musim sejuk.
Pertanian terhad pada musim
sejuk
Perikanan
Dijalankan
sepanjang Terhenti pada musim sejuk
tahun
Pembalakan
Dijalankan
sepanjang Dijalan secara giat pada musim
tahun
sejuk
Perindustrian/IKS Dijalankan
sepanjang Industri pengeringan dijalankan
tahun
secara giat pada musim panas
Pelancongan
Dijalankan
sepanjang Terhenti pada musim sejuk
tahun
Penternakan
. Dijalankan sepanjang Temakan
dikandang
pada
tahun
musim sejuk dan dilepas bebas
pada musim panas.
Sukan
Dijalankan
sepanjang Sukan musim sejuk dijalankan
tahun
pada musim sejuk
Pemburuan
Dijalankan
sepanjang Dijalankan secara giat pada
tahun
musim sejuk

Sistem Cuaca dan Pola Sejagat


PEMBAHAGIAN JENIS-JENIS IKLIM DUNIA
44

5.3.2

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

AF iklim khatulistiwa
M Iklim Monsum tropika
Aw: Iklim Savana
BWh: Iklim jenis gurun Panas
Bwk: Iklim gurun sejuk
Bsh: Iklim panas sederhana
Bsk: Iklim sejuk sederhana (Steppe)
Csa: Iklim panas meditrrenean
Csb: Iklim Meditrrenean
Cwa: Iklim sub tropika Jenis China
Layari Internet
www.youtube.com/watch?v=Hr80uYylpxw

5.3.3.1

Perubahan kepada iklim bumi

45

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

El-Nino dan La-Nina


Apakah El Nino ?Setiap tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas
menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai Peru, Amerika
Selatan. Fenomena lautan yang diperhatikan ini dipanggil El Nino. Pemanasan lautan
ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta
mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempattempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di
Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal
berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya
lembap dialami.
Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9 ke 18 bulan. Biasanya ia mula
terbentuk pada awal tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah
pada awal tahun yang berikutnya. El Nino yang mempunyai keamatan yang sama tidak
semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.
Bagaimana El Nino dikaitkan dengan keadaan-keadaan atmosfera? Semasa El
Nino, perairan yang lebih panas di Pasifik tengah dan timur membekalkan haba dan
lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Ini mendorong
pergerakan menaik yang kuat dan dengan demikian merendahkan tekanan permukaan
di dalam kawasan pergerakan menaik itu. Udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu
membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Di
bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia, tekanan atmosfera meningkat,
menyebabkan cuaca menjadi lebih kering.

Rajah di atas, tekanan permukaan atmosfera rendah (L) terletak dalam permukaan
perairan lautan yang lebih panas. Semasa ketiadaan El Nino, tekanan permukaan di
Pasifik barat biasanya rendah manakala di tengah dan timur Pasifik adalah tinggi. Di
bawah keadaan ini, pada amnya Pasifik barat adalah lembap sementara Pasifik tengah
dan timur adalah kering.

46

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Corak tekanan permukaan yang berselang-seli di kawasan tropika Lautan Pasifik, yang
mana keadaan lautan bertukar dari El Nino ke normal dipanggil Ayunan Selatan (SO).
Hubungan di antara atmosfera dan lautan semasa kejadian El-Nino ini dikenali sebagai
El Nino-Ayunan Selatan (El-Nino Southern Oscillation, ENSO).
Adakah fasa yang berlawanan dengan fasa El Nino (La Nina) ?
Pada masa-masa tertentu, walaupun tidak selalu, suhu permukaan laut di Pasifik
tengah dan timur menjadi lebih rendah dari biasa. Fenomena ini di panggil La Nina keadaan bertentangan dengan El Nino. Dalam keadaan ini, tekanan atmosfera
permukaan di kawasan khatulistiwa Pasifik barat menurun, menyebabkan
pembentukkan awan yang lebih dan hujan lebat.

Semasa keadaan-keadaan La Nina, tekanan atmosfera yang tinggi (H) terbentuk di


Pasifik tengah dan timur manakala tekanan rendah (L) berkedudukan lebih ke arah
Pasifik barat.
Bagaimana kita memantau El Nino dan reaksi atmosfera? Parameter-parameter asas
yang digunakan untuk memantau El Nino dan reaksi atmosfera termasuklah suhu
permukaan laut di kawasan khatulistiwa Lautan Pasifik, suhu di bawah permukaan
lautan sehingga ke kedalaman 150m, keadaan awan serta corak hujan yang luar biasa.
Oleh kerana tekanan atmosfera dan suhu laut berkait rapat, suatu indeks atmosfera
yang dipanggil Indeks Ayunan Selatan (Southern Oscillation Index, SOI) juga digunakan
untuk mengukur reaksi atmosfera ini. Indeks ini dihitung dari perbezaan keadaan turunnaik tekanan udara bulanan antara Tahiti (mewakili Pasifik timur) dan Darwin (mewakili
Pasifik barat). Jika terdapat nilai negatif yang nyata bagi SOI, berpanjangan selama
sekurang-kurangannya 6 bulan, kita mengalami keadaan EL Nino. Lebih besar nilai
47

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

negatif lebih tinggi keamatan El Nino. Sebaliknya, nilai positif tinggi menunjukkan
keadaan
La
Nina.

48

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

49

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang
tinggi berbanding suhu normal.
Pemanasan berlaku di seluruh dunia yang diakibatkan oleh aktiviti manusia seperti
penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, penerokaan hutan,
pembangunan hutan batudan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas
atau di dalam perut bumi.
Kesan saintifik pemanasan global ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin
tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Kesan
material ialah kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala
kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan
Sebelum ini, kita pernah menyalahkan negara jiran kononnya menjadi punca keadaan
jerebu dan pemanasan kawasan hampir seluruh negara yang diakibatkan aktiviti
pembakaran hutan di negara tersebut.
Namun demikian, jika kita kaji dan teliti sebenarnya tidak banyak berlaku perubahan
pemanasan alam sekitar sama ada semasa jerebu ataupun tidak. Mengapa keadaan ini
berlaku? Faktor kebakaran hutan hanyalah sebagai sebahagian penyumbang kepada
pemanasan global. Banyak faktor lain yang mempengaruhi pemanasan alam sekitar ini.
Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global
ialah nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya
klorofluorokarbon (CFC).
Jika kita prihatin dan sedar, tahun 2005 adalah musim berlakunya ribut taufan yang
sangat aktif. Difahamkan sebanyak 26 kejadian ribut dan 14 kejadian puting beliung
telah berlaku. Buat pertama kali, taufan ganas iaitu Katrina, Rita dan Wilma terjadi
50

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

dalam satu musim. Kejadian ribut taufan ini bukan sahaja melanda Benua Amerika,
malahan menyerang juga negara China, Korea, dan pantai sekitar Laut China Utara.
Pada tahun lepas pula dikhabarkan penduduk di beberapa negara di Afrika yang
lazimnya terkenal sebagai negara panas kerana mempunyai kawasan gurun yang
sangat luas telah menyaksikan salji dalam tempoh 25 tahun. Di Eropah pula,
diberitakan bahawa banyak kematian berlaku yang berpunca daripada kepanasan
melampau pada bulan Julai lalu dan di Paris sahaja, seramai 29 orang telah maut.
Walaupun kejadian ini tidak tidak seburuk kepanasan yang berlaku pada tahun 2003
yang menyebabkan kira-kira 15,000 maut di Perancis dan 20,000 telah maut di Itali.
Sebuah jurnal terkenal melaporkan bahawa keadaan kemarau panjang
serta panas dan kering telah menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan lebih
daripada 8.5 juta ekar kawasan dunia dan menghapuskan lebih 1 juta spesies hidupan
di darat dalam jangka masa 50 tahun. Kejadian ini ada kaitannya dengan pemanasan
global.
Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan
pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian
pulau haba dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan
global.
Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas
seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera seumpama
pembebasan CFC. Pulau haba pula berlaku apabila pelepasan haba di kawasan
membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunanbangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu
akan membahangi kawasan sekitar.
Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di
negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap
sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal.
Kejadian banjir besar di Johor pada awal tahun lalu itu adalah antara kejadian yang
membuka mata banyak pihak di negara kita. Amaran Peristiwa banjir besar yang
menenggelamkan sebahagian petempatan di Lembah Klang seperti di Batu Tiga dan
Taman Tun Dr. Ismail juga memberi kesan mendalam dan seolah-olah mahu
memberikan amaran kepada negara kita bahawa peristiwa besar itu tidak akan berhenti
malah akan terjadi pada bila-bila masa.
Umpama peribahasa, sediakan payung sebelum hujan dan mencegah lebih baik
daripada mengubati, langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesannya
adalah perlu supaya kejadian seperti itu tidak memburukkan imej pengurusan alam
sekitar dan pembangunan negara.
Negara tidak boleh berkompromi dengan tanggungjawab sosial menjaga dan
memelihara alam sekitar. Pendidikan alam sekitar kepada generasi muda perlu
dimulakan sejak di rumah atau di bangku sekolah lagi.
Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan kerana ada golongan yang
kaya, mewah dan berpelajaran tetapi tidak mengambil berat soal alam sekitar.
Pusat pengajian tinggi atau jabatan-jabatan tertentu mesti melakukan kajian agar
kejadian yang disebabkan oleh fenomena alam termasuk pemanasan dunia dapat
boleh diminimumkan kesannya.
51

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Langkah-langkah lain boleh juga dilakukan seperti penanaman hutan semula, kitar
semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam.
Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan keselamatan
kepada penduduk. Langkah-langkah negara lain seperti sistem Green Dot di Jerman,
cukai bahan buangan di Denmark dan mengharamkan pengedaran beg plastik dan alas
meja pakai buang di Taiwan patut menjadi teladan dan dorongan ke arah mesra alam
sekitar di negara ini.
Green Dot di Jerman ialah sistem kitar semula bahan-bahan pembungkus. Bahanbahan pembungkus yang mempunyai green dot ini akan dikutip, diasingkan dan dikitar
semula.
Cukai bahan buangan di Denmark yang dihantar ke pusat pelupusan dan insinerator
akan dikenakan tetapi tidak kepada bahan buangan yang akan dikitar semula.
Pembuangan, dan pembakaran beg plastik pula memberi kesan buruk kepada
persekitaran kerana menjadi punca sampah dan kekotoran.
Isu pemanasan global adalah isu dunia dan bukan sahaja negara kita yang terlibat.
Sumbangan negara kita ke atas pemanasan global mungkin tidak seberapa namun,
sebagai satu sumbangan global, negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak
menyumbang untuk memanaskan alam sekitar.
Layari Internet
http://www.education.com/activity/weather-seasons/

5.3.3.3

Perubahan Iklim

Konsep Cuaca dan Iklim


Iklim lazimnya digambarkan sebagai unsur purata sesuatu fenomena cuaca
seperti suhu dan hujan, iaitu satu keadaan cuaca yang berbeza-beza mengikut
hari dalam suatu jangka masa yang panjang.
Taburannya dikatakan lebih meluas merangkumi skala dunia (pola iklim dunia)
dan selalunya digunakan bagi merujuk ciri iklim di sesebuah negara.
Cuaca secara umumnya lebih bersifat mikro dan tempatan.

Ia digambarkan melalui keadaan atmosfera pada waktu-waktu tertentu dalam


jangka masa yang singkat. Oleh itu, cuaca merupakan suatu perkara yang dinamik dan
kadang kala sukar diramal

52

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Fenomena Pemanasan Global


Pemanasan global adalah adanya proses peningkatan suhu rata-rata atmosfera, laut,
dan daratan Bumi. Suhu rata-rata global pada permukaan Bumi telah meningkat selama
seratus tahun terakhir. Sebagian besar peningkatan suhu rata-rata global sejak
pertengahan abad ke-20 kemungkinan besar disebabkan oleh meningkatnya
konsentrasi gas-gas rumah kaca akibat aktiviti manusia melalui kesan rumah kaca.
Peningkatan suhu global akan menyebabkan perubahan-perubahan yang lain seperti
peningkatan permukaan air laut, meningkatnya fenomena cuaca yang ekstrim, serta
perubahan jumlah dan populasi. Akibat-akibat pemanasan global yang lain adalah
kemusnahan hasil pertanian, hilangnya glester, dan pupusnya berbagai jenis hidupan.
Aktiviti pemanasan global meningkatkan suhu bumi hingga boleh menjejaskan
kesihatan manusia.
Definisi
Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu
yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas
walaupun pada waktu malam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang
dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran
terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan
lain-lain.
Ahli-ahli sains dan geografi bersependapat bahawa punca utama pemanasan global
ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (
CFC ). Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai
faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau
haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan
global. Proses-proses yang menyebabkan pemanasan global ialah :1) Jerebu
Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan
pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara
semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu,
jerebu juga boleh menjejaskan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.
2) Penipisan lapisan ozon
Klorofluorokarupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC
terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa
CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan
oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis. Penipisan lapisan ini akan
menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi
kesan negatif kepada manusia seperti kanser kulit dan katarak mata.

53

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

3) Kesan rumah hijau


Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba
terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang
dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih
banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana
berlakunya peningkatan pelepasan gas karbon dioksida, nitrogen monoksida dan
metana ke atmosfera.
4) Pulau haba bandar
Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan
peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan
sekitarnya. ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di
bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar
langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan
sekitar. Akibatnya kita boleh mendapat sakit kepala.
5) Hujan asid
Di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang
mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap
air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia
dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh-tumbuhan,
merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia
terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.
6) Kemarau
Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan
tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuhtumbuhna ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan
kemarau pun berlaku.
Punca pemanasan global
Pemanasan Global didorong oleh aktiviti manusia yang rakus. Pemanasan yang
berterusan ini mencairkan bongkah-bongkah ais di kawasan kutub pada setiap hari dan
mengakibatkan peningkatan air laut di seluruh dunia. Adalah tidak mustahil jika
beberapa bandar, negara dan pulau di dunia bakal tenggelam selamanya jika air laut
terus meningkat. Selain itu, pemanasa global juga menyebabkan fenomena lain seperti
kemarau, hujan lebat, taufan, banjir dan ombak besar berlaku di beberapa bahagian
bumi.
Menurut Ahli kaji Iklim, menyatakan bahawa pemanasasn global bermula sejak 1800-an
lagi. Manusia merupakan penyebab utama pemanasan global melalui aktiviti yang
menghasilkan gas rumah hijau. Kesan rumah hijau ini memerlukan proses yang
kompleks yang membabitkan cahaya matahari, gas dan partikel di atmosfera. Gas
tersebut akan memerangkap haba atmosfera yang dikenali sebagai gas rumah hijau.
54

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Aktiviti utama manusia yang menyebabkan pemanasan global ini berlaku ialah
pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas asli. Pembakaran ini
kebanyakannya dilakukan oleh kenderaan, kilang dan loji jana kuasa elekrik. Bahan api
fosil ini membebaskan karbon dioksida yang merupakan gas rumah hijau yang akan
memperlahankan pembebasan haba ke atmosfera. Sebab yang kedua ialah
pembersihan hutan dan tanah. Hal ini terjadi kerana tumbuhan akan menggunakan
karbon dioksida untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis. Aktiviti
pembersihan hutan dan kawasan tanah yang berleluasa akan menyumbang kepada
peningkatan gas rumah hijau kerana tumbuhan semakin kurang menggunakan karbon
dioksida untuk proses fotosintesis. Proses semulajadi iaitu tenaga matahari yang
berlebihan juga merupakan penyumbang kepada pemanasan global ini.
Kesan Pemanasan Global
Pemanasan global ini telah memberi kesan secara langsung kepada bumi dan
hidupannya antaranya ialah pencemaran hidupan laut, perubahan habitat, kerosakan
cuaca,peningkatan paras laut, ancaman kepada kesihatan manusia dan perubahan
tuaian makanan. Pemanasan global ini menyebabkan air laut menjadi panas dan
meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang dan sekaligus
mengancam hidupan laut.
Selain daripada itu, perubahan cuaca daripada panas ke sejuk dan sebaliknya akan
menyebabkan hidupan di muka bumi ini akan berpindah ke habitat atau ke lokasi yang
lain dan akan membuatkan habitat tersebut tidak selesa dengan kehidupan mereka.
Keadaan suhu yang terlampau panas akan membawa kemusnahan dan menyebabkan
perubahan bentuk taburan hujan berubah sama sekali. Hal ini akan menyebabkan
banjir, kemarau yang panjang, taufan dan ribut tropika.
Peningkatan paras laut juga merupakan kesan yang paling berbahaya. Hal ini terjadi
kerana suhu yang panas secara berterusan akan memecahkan bongkah-bongkah ais
dann membawa kepada peningkatan suhu air laut serta akan menyebabkan kawasan
pantai mengalami banjir, hakisan tanah, kehilangan tanah lembap dan kemasukan air
masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.
Apabila suhu dunia semakin meningkat dari hari ke hari, maka ianya turut mengancam
kesihatan manusia secara sedikit demi sedikit. Antara penyakit yang dihidapi oleh
manusia kesan daripada pemanasan ini ialah katarak mata, kanser kulit dan juga
manusia terdedah kepada kematian.
Langkah-langkah mengatasi pemanasan global
Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Para-para saintis dan
pengkaji iklim juga sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini antaranya ialah
menghadkan penggunaan karbon dioksida dan menghalang karbon dioksida daripada
memasuki ruang atmosfera. Bahan api fosil yang sering digunakan oleh manusia perlu
diganti dengan sumber tenaga yang tidak menghasilkan oksigen dan kita seharusnya
menggunakan bahan api fosil dengan lebih cekap supaya alam ini terpelihara.
55

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Selain daripada itu, kita sebagai individu yang cintakan alam sekitar perlulah
menanamkan perasaan mencintai alam ini agar kita dapat memelihara alam ini
daripada sebarang masalah yang boleh menjejaskan persekitaran dan hidupan yang
tinggal di dalamnya. Sebagai seorang yang dikurniakan akal fikiran yang waras, kita
seharusnya peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita bagi menjamin
kesejahteraan bersama.
5.3.3.2

Memantau Iklim Bumi

Sistem Amaran Awal Tsunami


Komponen Pemantauan dan Pengesanan
Rangkaian Stesen Seismik di Malaysia

Aktiviti pemantauan gempa bumi di Malaysia telah bermula sekitar tahun 1976 dengan
perlaksanaan Program Seismologi Untuk Asia Tenggara yang ditaja oleh UNESCO.
Pada masa kini, JMM mempunyai 14 buah stesen seismologi di seluruh negara yang
digunakan bagi mendapatkan maklumat mengenai gempa bumi yang berlaku di seluruh
dunia. Terdapat 7 buah stesen seismologi yang menggunakan broadband sensor
manakala 7 buah stesen lagi menggunakan short period sensor. Data gelombang
seismik yang diterima adalah dalam masa sebenar dari semua stesen seismik melalui
komunikasi satelit VSAT yang disalurkan ke Ibu pejabat JMM di Petaling Jaya untuk
diproses dan dianalisis.
Rangkaian Pelampung Tsunami Nasional

Pelampung Tsunami pertama telah berjaya dipasang di Laut Andaman, berdekatan


Pulau Rondo, Indonesia pada 30 Disember 2005. Pada 7 Mac 2006, sebuah lagi
pelampung tsunami telah berjaya dipasang berhampiran Terumbu Layang-Layang di
56

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Laut China Selatan. Pelampung yang dilengkapi dengan alat tsunameter ini amat
berguna untuk mendapatkan tekanan permukaan di dasar laut dan juga maklumat
ketinggian ombak tsunami di lautan.
Rangkaian Tolok Pasang Surut

Salah satu komponen di bawah SAATNM adalah rangkaian Tolok Pasang Surut (tide
gauge) yang telah ditempatkan di beberapa lokasi seperti di Porto Malai (Langkawi),
Pulau Perak dan Teluk Bahang di Utara Semenanjung Malaysia, Pulau Perhentian di
kawasan barat laut Semenanjung Malaysia dan di Kudat serta Lahad Datu di Sabah.
Ianya amat berfungsi di dalam mengesan ketinggian ombak tsunami di kawasan pantai
dan data yang diterima akan terus dipantau dan dijadikan panduan dalam menentukan
tahap amaran yang perlu dikeluarkan. JMM dalam usaha untuk mempertingkatkan
pemantauan keadaan laut serantau, turut mendapatkan data paras laut daripada
rangkaian serantau dan antarabangsa seperti GLOSS dan rangkaian di rantau Lautan
Hindi.
Rangkaian Kamera Pantai
Pada masa kini, terdapat empat buah kamera litar tertutup (CCTV) yang telah dipasang
di beberapa lokasi strategik di Utara Semenanjung Malaysia dan ia digunakan bagi
meninjau keadaan laut semasa yang berlaku di lokasi tersebut secara langsung.
Kamera Pantai Tsunami Malaysia pertama telah berjaya dipasang di Pantai Batu
Feringghi, Pulau Pinang.

ii) Komponen Pemprosesan Data

57

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Sistem Analisis Seismik - ANTELOPE ver4.10


Sistem ini telah dibeli dari Amerika Syarikat dan merupakan sistem pemprosesan
seismik yang terbaik pada masa kini. Ia digunakan bagi mengira latitud, longitud,
magnitud dan kedalaman sesuatu gempa bumi dengan menggunakan beberapa
kaedah secara automatik dan diikuti dengan pengiraaan manual bagi menentukan
ketepatan pengiraan..

Sistem pemprosesan Seismik lain- SEISCOMP 3.0. dan EARLY BIRD


Seiscomp 3.0 merupakan perisian yang digunakan untuk memantau perkembangan
seismik
serantau
dan
mengeluarkan
maklumat
gempa
bumi
secara
automatik.Seiscomp bermaksud Seismological Communication Processor merupakan
satu konsep baru dalam sistem rangkaian seismographic yang telah dibangunkan oleh
GEOFON/GFZ Potsdam dan ORFEUS. Sistem ini mempunyai beberapa fungsi seperti:1. Perolehan data seismik secara masa sebenar 2. Rekod data seismik 3. Komunikasi
masa sebenar 4. Pemprosesan data secara automatik dalam masa sebenar dari aspek
kawalan kualiti data gempa bumi serta pengesanan parameter gempa bumi dan lokasi
episenter.

Perisian Aplikasi NAMIDANCE (Permodelan Tsunami)


Perisian aplikasi permodelan tsunami ini dibeli dari Turkey dan ia dibangunkan
berasaskan kod TUNAMI-N2 dan TUNAMI-F1, Universiti Tohuku, Jepun. JMM
menggunakan perisian ini untuk membangunkan database permodelan tsunami iaitu
dari segi menentukan masa ketibaan dan ketinggian ombak tsunami di perairan pantai
Malaysia dan serantau.

58

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

iii) Komponen Penyebaran


Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), Talian Terus, Telefaks dan Laman
Web
JMM telah mengadakan beberapa saluran penyebaran amaran iaitu melalui sistem
SMS, talian terus (hotline), Internet, telefon dan telefaks untuk menghebahkan
maklumat gempa bumi dan amaran tsunami dalam tempoh 15 minit daripada masa
kejadian sesuatu gempa bumi kepada agensi-agensi pengurusan bencana dan media.
Rangkaian Radio dan Televisyen Kebangsaan seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM)
dan beberapa stesen televisyen telah juga mula membuat hebahan maklumat gempa
bumi melalui Berita Terkini dan mengeluarkan Crawlers.
iii) Komponen Penyebaran
Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), Talian Terus, Telefaks dan Laman
Web
JMM telah mengadakan beberapa saluran penyebaran amaran iaitu melalui sistem
SMS, talian terus (hotline), Internet, telefon dan telefaks untuk menghebahkan
maklumat gempa bumi dan amaran tsunami dalam tempoh 15 minit daripada masa
kejadian sesuatu gempa bumi kepada agensi-agensi pengurusan bencana dan media.
Rangkaian Radio dan Televisyen Kebangsaan seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM)
dan beberapa stesen televisyen telah juga mula membuat hebahan maklumat gempa
bumi melalui Berita Terkini dan mengeluarkan Crawlers.

59

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Rangkaian Siren Sebaran Awam


Rangkaian Siren telah dipasang di beberapa lokasi yang strategik di tepi pantai agar
dapat memberikan amaran awal kepada penduduk-penduduk di kawasan berkenaan
pada bila-bila masa, sekiranya terdapat ancaman tsunami di kawasan tersebut. Siren
pertama telah berjaya dipasang di Daerah Krian, Perak pada bulan November 2005 dan
kini terdapat 13 buah siren tsunami kesemuanya di seluruh negara

Sistem Waspada Bencana (Fixed Line Alert System FLAS)


Fixed Line Alert System yang dibangunkan bersama Telekom
Malaysia akan membolehkan penduduk di kawasan yang diancam
tsunami menerima nasihat dan amaran tsunami melalui telefon
talian tetap masing-masing.

Mini Studio
Terletak di Tingkat 6, Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia,
Petaling Jaya, yang membolehkan Pusat Amaran Awal Tsunami
Nasional Malaysia menyiarkan maklumat hebahan dan amaran
secara langsung ke semua rangkaian televisyen di Malaysia . Mini
Studio ini dilengkapi dengan peralatan studionya sendiri serta bilik
kawalan untuk suntingan dan penghantaran data video yang
dilakukan secara terus melalui streambox.
Sistem Hubungan secara langsung dengan Pusat Amaran Antarabangsa Gempa
Bumi & Tsunami
Malaysia telah mengadakan hubungan dengan Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC),
Hawaii dan Agensi Meteorologi Jepun (JMA), Tokyo. Pertalian dengan PTWC dan JMA
ini adalah melalui komunikasi terus-menerus di dalam penerimaan perkhidmatan
nasihat tsunami bagi sebarang tsunami yang berlaku di kawasan-kawasan Pasifik, Laut
China Selatan dan Lautan Hindi. Pertalian ini juga amat penting di dalam membantu
kerja-kerja memverifikasi kemungkinan terjadinya tsunami di rantau ini akibat sebarang
60

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

aktiviti gempa bumi yang telah berlaku.


5.3.3.3

Kesan Rumah Hijau

Lapisan Ozon
Ozon adalah salah satu daripada gas-gas yang membentuk atmosfera. Molekul
dwiatom oksigen (O2) yang kita bernafas membentuk hampir-hampir 20% atmosfera.
Pembentukan ozon (O3), molekul triatom oksigen kurang banyak dalam atmosfera yang
mana kandungannya hanya 1/3,000,000 daripada gas atmosfera.

Kepentingan Ozon
Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi
yang dikenali sebagai lapisan ozon. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia,
tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah
penyerapan tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada matahari.
Ozon (O3) dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran UV pada jarak gelombang 242
nanometer dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak
gelombang yang besar daripada 290 nm. O 3 juga merupakan penyerap utama sinaran
UV antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-proses ini adalah efektif dalam
mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinaran
UV.
UV dikaitkan dengan pembentukan kanser kulit dan kerosakan genetik. Peningkatan
paras UV juga mempunyai kesan kurang baik terhadap sistem imunisasi haiwan,
organisma akuatik dalam rantai makanan, tumbuhan dan tanaman.
61

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Penyerapan sinaran UV berbahaya oleh ozon stratosfera amat penting untuk semua
hidupan di bumi.
Keseimbangan Ozon
Jumlah ozon dalam atmosfera berubah mengikut lokasi geografi dan musim. Ozon
disukat dalam unit Dobson (Du) yang mana, sebagai contoh, 300 Du setara dengan 3
mm tebal lapisan ozon yang tulen jika dimampat ke tekanan paras laut
Sebahagian besar ozon stratosfera dihasilkan di kawasan tropika dan diangkut ke
latitud yang tinggi dengan skala-besar putaran atmosfera semasa musim sejuk hingga
musim bunga. Umumnya kawasan tropika memiliki ozon yang rendah.
Ancaman dari Kloroflorokarbon (CFC)
Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah pengenalan
kloroflorokarbon (CFCs) buatan manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran ozon
menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global.
CFCs digunakan oleh masyarakat moden dengan cara yang tidak terkira banyak, dalam
peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa dan bahan pelarut
terutamanya bagi kilang-kilang elektronik.
Hayat bagi CFCs bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh
wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan.
Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFCs bergerak naik dengan perlahan ke dalam
stratosfera (10 - 50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20 25 km, kurang UV diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas
dengan UV, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini berupaya untuk
memusnahkan ozon.

62

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Lubang Ozon
Lubang ozon di Antartik disebabkan oleh penipisan lapisan ozon antara altitud tertentu
seluruh Antartika pada musim bunga. Penipisan tersebut dikesan setiap tahun sejak
sedekad yang lalu. Pembentukan lubang tersebut berlaku setiap bulan September dan
pulih ke keadaan normal pada lewat musin bunga atau awal musim panas.
Dalam bulan Oktober 1987,1989,1990 dan 1991, lubang ozon yang dalam telah
diperhati bagi seluruh Antartika dengan kenaikan 60% pengurangan ozon berbanding
dengan paras lubang pra-ozon. Dalam Oktober 1991, paras terendah atmosfera ozon
yang pernah direkodkan telah berlaku di seluruh Antartica.
Terdapat dua sebab utama bagi peningkatan CFC dikesan di atmosfera, dan keunikan
persekitaran kajicuaca pada musim sejuk seluruh Antartica. Antara altitud tertentu di
Antartika, suhu stratosfera yang sejuk membenarkan kristal ais dibentuk.
Dalam awan tersebut, molekul klorin dibebaskan dari CFC semasa kegelapan kutub
sejuk. Apabila sinaran matahari bermula pada bulan September di seluruh Antartika,
bilangan molekul-molekul klorin ini akan berkurangan akibat tindakan UV kerana
pembentukan atom klorin pemusnah-ozon.

Kemerosotan Ozon Global


Pengukuran latar dan satelit menunjukkan pengurangan signifikan terhadap jumlah
kolum ozon pada musin sejuk dan panas bagi kedua-dua hemisfera utara dan selatan
pada garis lintang tengah dan tinggi. Di dapati aliran ke bawah ini pada tahun1980 agak
besar bila berbanding tahun 1970. Tiada statistik aliran signifikan dapat ditentukan bagi
kawasan tropika semasa tahun 1980. Dengan kemajuan komputer model bagi
pemusnahan stratosfera ozon dapat menjelaskan pemerhatian aliran jumlah ozon di
latitud pertengahan pada musim panas, tetapi hanya sebahagian daripadanya pada
musin sejuk. Ini bermakna bahawa pada masa hadapan perubahan global ozon belum
boleh diramalkan lagi.
63

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Pengukuran Ozon
Jumlah ozon diukur dengan beberapa cara:
Satelit
Penggunaan satelit mengelilingi kutub seperti Satelit NASA Nimbus7 yang membawa
peralatan Total Ozone Mapping Spectrometer (TOMS) telah merevolusikan pemantauan
ozon sejak 20 tahun yang lalu. Kedudukan yang baik di atas cakerawala dan
keupayaan setiap satelit untuk perjalanan mendatar seluruh glob, menyediakan liputan
yang lebih baik dari stesen daratan. Ini sangat tinggi nilainya bagi menentukan aliran
global. Ketepatan sensor satelit menggunakan prinsip yang sama dengan
spektrofotometer Dobson.
Spektrofotometer Dobson
Spektrofotometer pertama direka pada tahun 1920 oleh Gordon Dobson bagi tujuan
mengukur jumlah ozon. Kini terdapat lebih kurang 80 jenis alat ini digunakan di seluruh
dunia untuk mengukur jumlah ozon. Spektrofotometer Dobson mengukur ozon dengan
membanding jumlah sinaran pada jarak dua ultraungu. Satu jarak gelombang terjejas
kuat dengan ozon manakala yang satu lagi tidak. Perbezaan antara jumlah dua sinaran
secara langsung berhubungkait dengan jumlah ozon.

Ozon sonde
Ozon sonde adalah sel elektrokimia dan penghantar radio yang dilekatkan kepada
belon yang berisi gas hidrogen yang mana boleh mencapai ketinggian kira-kira 35 km.
Udara dimasukkan ke dalam sel kecil dengan pam. Pelarut dalam sel bertindakbalas
dengan ozon, menghasilkan arus eletrik yang mana berkadar dengan jumlah ozon.
Isyarat dari sel ditukarkan kepada kod dan dihantar melalui radio kepada penerima
stesen. Dari pelepasan belon sehingga kegagalan, lazimnya kira-kira 35 km, sonde ini
menyediakan taburan menegak ozon.

64

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Tindakan Dunia
Dalam tahun 1975, dikhuatiri bahawa aktiviti manusia akan mengancam lapisan ozon.
Oleh itu atas permintaan United Nations Environment Programme (UNEP), WMO
memulakan Penyelidikan Ozon Global dan Projek Pemantauan untuk mengkoordinasi
secara jangka panjang pemantauan dan penyelidikan ozon.
Kesemua data dari tapak pemantauan di seluruh dunia dihantar ke Pusat Data Ozon
Dunia di Toronto, Kanada, yang mana tersedia kepada masyarakat saintifik
antarabangsa.
Dalam tahun 1977, mesyuarat pakar UNEP mengambil tindakan Perancangan Dunia
terhadap lapisan ozon; dalam tahun 1987, UNEP mengambil Protokol Montreal ke atas
bahan yang mengurangkan lapisan ozon.
Protokol ini memperkenalkan siri sukatan, termasuk jadual tindakan, mengawal
penghasilan dan pembebasan CFC ke alam sekitar. Ini membolehkan paras pengunaan
dan penghasilan berkaitan CFC untuk turun ke paras semasa 1986 pada tahun 1989,
dan pengurangan sebanyak 50% pada 1999.

65

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Rangkaian stesen jumlah ozon di seluruh dunia


Isu tenaga dan alam sekitar mula diminati pada awal tahun 1980 apabila penggunaan
tenaga didapati berkait rapat dengan peningkatan suhu dunia. Suhu purata permukaan
bumi meningkat sebanyak 0.6 oc dari tahun 1960-1990 berbanding 0.2 oc dari tahun
1860-1960 dan 0.1oc seratus tahun sebelumnya. Ahli sains membuktikan bahawa
kebanyakan gas yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil seperti karbon
dioksida adalah penyebab utama penongkatan suhu yang menyebabkan berlakunya
pemanasan global.
Faktor dan Kesan
Bumi bersuhu purata 15 darjah Celcius walaupun matahari bersuhu purata 6000 darjah
Celcius. Imbangan di antara sinaran yang diterima dan dipantulkan oleh bumi
bergantung kepada atmosfera. Awan dan permukaan bumi akan memantulkan kembali
sinaran matahari ke angkasa lepas menjadikan bumi sedikit dingin.
Kehadiran gas rumah hijau (CO2, wap air, metana, nitrat, dll) menyebabkan
penyerapan cahaya yang tinggi dalam atmosfera menjadikan bumi bertambah panas.
Komponen gas rumah hijau yang paling banyak dalam atmosfera ialah CO 2. Dikatakan
kehadiran gas-gas rumah hijau ini adalah hasil daripada perbuatan dan aktivit manusia
sendiri demi pembangunan global.
Komponen Gas -gas Rumah Hijau

Karbon dioksida (CO2): CO2 memasuki atmosfera melalui pembakaran bahan api
berfosil (HC seperti petroleum, gas asli, dan arang batu), sisa pepejal, hutan,
sisa-sisa kimia yang aktif (i.e. pembuatan simen). CO 2 dikitarkan semula di
dalam atmosfera sebagai salah satu komponen dalam Kitaran Biologi Karbon.
66

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Metana (CH4): Metana dibebaskan semasa penjanaan, produksi, dan


penghasilan arang batu, gas asli, dan minyak HC, juga daripada aktiviti pertanian
serta emisi gas daripada haiwan perternakan seperti kambing biri-biri dan
sebagainya.
Nitrat oksida (N2O): Nitrat oksida dibebaskan ke atmosfera melalui emisi gas
daripada aktiviti pertanian, perternakan, industri serta pereputan sisa pepejal.
Gas berfluorin: Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon, dan sulfur hexafluorida
adalah sintetik, dan merupakan gas-gas rumah hijau yang teremisi daripada
pelbagai proses industri. Gas-gas berfluorin dibebaskan ke atmosfera dan
menjadi punca penipisan lapisan ozon (i.e. CFC, HCFC, and halon). Gas-gas ini
umumnya teremisi dalam kuantiti yang kecil, namun kemudaratan gas-gas ini
kadang-kala diklasifikasikan sebagai High Global Warming Potential gases
(High GWP gases).

Impak Rumah Hijau

Kenaikan suhu bumi


Perubahan cuaca yang melampau (taufan, banjir, tanah runtuh, dll.)
Peningkatan aras laut akibat pencairan glasier, akibat pemanasan global
Kemarau
Kandungan CO2 yang tinggi dalam atmosfera
Peningkatan emisi gas-gas rumah hijau di negara-negara yang sedang
membangun
Penipisan lapisan ozon

67

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

5.3.4.

Ujikaji dalam Kurikulum sekolah rendah

Seasons Experiment
To understand how season can make it hotter or colder, try the following experiment.
You will need:
1.
A piece of card 15cm X 15cm in size.
2.
A ruler.
3.
A bright torch (a slide projector or overhead projector would be even better).
4.
A screen, large piece of white paper or card, or a plain white wall.
5.
A small toy figure, such as a toy soldier.
6.
Step 1:
Point the torch or projector straight at the screen from about 5 or 6 metres away. You
may need to darken the room.
Step 2:

The piece of card and its shadow


Hold the small square piece of card about 20 cm from the screen so that it casts a
square shadow.
Measure the size of the shadow. What is the area of the shadow?
Remember:
The area of a square or rectangle is the width times the height.
Step 3:

Tilting the piece of card


Now tilt the card so that it is at an angle of about 45 to the screen.
68

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Measure the size of the shadow again. What is the area now?
Step 4: Let's think about things
Is the area now larger, smaller or the same?
Imagine that the light was coming from the Sun, not from a torch or projector. Do you
think the card would get hotter, colder or stay the same when you tilt the card?
Hint: Is the card getting in the way of more light or less light? Remember that heat
comes from the Sun in the same way as light does.
Step 5:

Beware Dinosaur!
Now stick the toy figure on to the card and hold the card to give a square shadow. Make
sure that the figure is on the lit side of the card.
If you were the figure and the light was the Sun, where would the Sun seem to be?
Would it be:
1.
Near the horizon?
2.
Straight over your head?
3.
Somewhere in between?
Step 6:

Where is the Sun?


Now tilt the card again.
Where would the Sun seem to be now?
Step 7: Conclusions
You should now see that the amount of light that hits something depends upon how
tilted it is. (Steps 2 and 3)
Because the heat and light from the Sun come in the same way, when something is
tilted, it will be colder. (Step 4)
69

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

If you are on a part of the Earth that is tilted away from the Sun, it will make the Sun
seem to be closer to the Horizon. (Steps 5 and 6)
Layari Internet
http://www.juliantrubin.com/fairprojects/earthsciences/meteorology.html

Selesai bahagian ini.

Rehatlah dulu.

Rujukan
Lutgens,
Lutgens,F.F.K.K.&&Tarbuck,
Tarbuck,E.J.
E.J.(2005).
(2005).Foundations
Foundations
ofofearth
earth
h
science.
h
science.4t4tEdition,
Edition,New
NewJersey:
Jersey:Pearson
PearsonPrentice
Prentice
Hall.
Hall.

70

You might also like