You are on page 1of 42

EDUP3043

PENGURUSAN BILIK DARJAH &


TINGKAH LAKU
TUTORIAL MINGGU 7

Disediakan oleh:
1. Nor Amalina binti Mohd Tamizi
2. Nor Hidayah binti Mohammad Azhar
Nama Pensyarah:
1. Pn. Zaidah binti Abu Bakar
2. Pn. Salinah binti Pit
RUJUKAN
Haliza Hamzah dan Joy N. S. (2016). Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Mok Soon Sang. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
https://www.slideshare.net/NdSaa/kanak-kanak-keperluan-
khas
Soalan:
Bincangkan aspek-aspek yang perlu diberi perhatian
dalam penguasaan bilik darjah inklusif. Berikan contoh
yang sesuai dan berkait dengan masalah murid
berkeperluan khas berikut:
 Masalah kecacatan fizikal

 Masalah penglihatan

 Masalah pendengaran

 Autistik

 Lewat perkembangan

 Hiperaktif

 Pintar cerdas

 Masalah emosi dan tingkah laku


BILIK DARJAH INKLUSIF

 Pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan


khas terletak di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dan Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
 KPM menyediakan perkhidmatan pendidikan
untuk murid-murid pemulihan khas dan
berkeperluan khas.
 PPKI ialah program pendidikan bagi murid
berkeperluan pendidikan khas yang hanya
dihadiri oleh murid bekeperluan khas di kelas
khas di sekolah-sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan.
BILIK DARJAH INKLUSIF

 Fungsi:
- Galakan untuk belajar di sekolah pendidikan
khas
- Menggunakan kurikulum yang dibina khusus
dengan memberikan kepada kemahiran asas,
kemahiran hidup dan kemahiran sosial
 Program pendidikan inklusif ialah program
pendidikan bagi murid berkeperluan khas yang
dihadiri oleh murid yang berkeperluan khas
bersama-sama dengan murid lain di dalam kelas
yang sama di sekolah kerajaan atau bantuan
kerajaan.
BILIK DARJAH INKLUSIF
 2 pendekatan program pendidikan inklusif:
Inklusif penuh:
- Murid berkeperluan khas belajar secara sepenuh masa bersama-
sama murid arus perdana dan mengikuti pembelajaran bagi semua
mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau
kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan bantuan atau tanpa
bantuan perkhidmatan sokongan.
Inklusif separa:
- Murid berkeperluan khas belajar bersama-sama murid arus perdana
bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti kokurikulum tertentu
sahaja mengikut keupayaan mereka dan berasaskan kurikulum
kebangsaan yang diubahsuai dengan sedikit atau tanpa
perkhidmatan bantuan sokongan.
- Bagi aktiviti kokurikulum adalah berdasarkan potensi, bakat dan
keupayaan mereka.
BILIK DARJAH INKLUSIF

 Inklusif :
- Penerimaan kanak-kanak berkeperluan khas ke
dalam kelas aliran perdana.
- Setiap kanak-kanak harus diberi peluang dan
pengalaman yang sama tanpa mengira tahap
masalah yang dihadapinya.
 Pendidikan inklusif:
- Membantu murid berkeperluan khas belajar dan
melibatkan diri dalam pembelajaran yang
bermakna.
- Membantu murid biasa menghargai dan
menerima perbezaan yang ada dalam kalangan
individu.
BILIK DARJAH INKLUSIF

 Konsep Pendidikan Inklusif :


- Meneguhkan kepercayaan bahawa murid-murid
berkeperluan khas mempunyai keupayaan untuk
menjadi individu yang aktif, dihargai dan
merupakan sebahagian ahli komuniti di sekolah.
MURID BERKEPERLUAN KHAS
 Masalah kecacatan fizikal
 Masalah penglihatan
 Masalah pendengaran
 Masalah pembelajaran
 Autistik
 Lewat perkembangan
 Hiperaktif
 Pintar cerdas
MASALAH KECACATAN FIZIKAL
 Ketidakupayaan fizikal kanak-kanak dan
memerlukan perubatan atau peralatan khas
seperti pendakap (bracers), atau kerusi roda.
 Ketidakupayaan berbentuk neurologi yang
melibatkan otot dan urat saraf yang rosak serta
kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang,
sendi dan otot.
CEREBRAL PALSY
 Kecacatan yang melibatkan disfungsi pada otak
dan kerosakan fungsi psikomotor.
 Keadaan di mana individu menghadapi
kesukaran dalam pergerakan serta
mengkoordinasi tubuh badan mereka.
 Sederhana: menunjukkan kecemerkapan dalam
pergerakan
 Serius: menunjukkan ciri-ciri spastik seperti
kekejangan otot.
 Masalah pertuturan, bahasa, penglihatan dan
terencat akal.
Video
ASPEK-ASPEK YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
DALAM PENGUASAAN BILIK DARJAH INKLUSIF
(CEREBRAL PALSY):
 Guru peka kepada keperluan murid.
 Misalnya, seorang murid cerebral pulsy boleh
menggunakan komputer, pen atau pensil yang
tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya
ada tugasan melibatkan penulisan.
 Penggunaan pemegang buku ataupun buku teks
elektronik dapat membantu murid yang tidak
berupaya memegang buku.
MUSCULAR DYSTROPHY
 Kelemahan dan kemerosotan sel-sel otak.
 Bersifat progresif dan kanak-kanak
menghadapinya akan menjadi semakin lemah
sehingga keadaannya menjadi lumpuh.
Video
ASPEK-ASPEK YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
DALAM PENGUASAAN BILIK DARJAH INKLUSIF:

 Guru perlu mengetahui bahawa murid yang


berada dalam keadaan ini akan berasa letih dan
perlu diberikan masa untuk rehat.
 Guru perlu bersedia memberikan bantuan
apabila murid ini kehilangan fungsi-fungsi
psikomotor tertentu.
 Guru juga harus melengkapkan diri dengan
pengetahuan tentang penggunaan kerusi roda,
alat pendakap serta ubat-ubatan yang perlu
diberikan kepada murid.
SPINA BIFIDA
 Ketidakupayaan yang disebabkan oleh kecacatan
pada tulang belakang.
 Kecacatan ini disebabkan oleh perkembangan
fetal yang tidak normal.
 Kecacatan pada tulang belakang boleh
menyebabkan kelumpuhan pada bahagian
bawah badan.
 Terdiri daripada 3 keadaan iaitu spina bifida
occulta, meningocele dan myelomeningocele.
 Serius (myelomeningocele): boleh menyebabkan
kelumpuhan pada anggota kaki dan tubuh
badan.
Video
ASPEK-ASPEK YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
DALAM PENGUASAAN BILIK DARJAH INKLUSIF:

 Guru peka kepada keperluan murid.


 Guru perlu bersedia memberikan bantuan.

 Guru juga harus melengkapkan diri dengan


pengetahuan tentang penggunaan kerusi roda
dan ubat-ubatan yang perlu diberikan kepada
murid.
SAWAN (EPILEPSY)
 Melibatkan serangan atau pergerakan badan
yang tersentap-sentap dan di luar kawalan.
 Disebabkan oleh aktiviti neurokimia yang tidak
normal pada bahagian otak.
 Serangan ini berbeza dari segi kekerapan,
tempoh dan juga pergerakan yang terlibat.
 Kanak-kanak yang telah mengalami serangan
tersebut mungkin akan berasa penat, keliru dan
memerlukan tidur.
Video
ASPEK-ASPEK YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
DALAM PENGUASAAN BILIK DARJAH INKLUSIF
(MURID SAWAN)
 Guru harus tenang dan meyakinkan murid-murid di
dalam bilik darjah tentang keadaan rakan di
samping menggalakkan kerjasama mereka.
 Guru perlu sentiasa menyoal dan mengulang agar
murid tersebut boleh mengikuti perkembangan di
dalam bilik darjah.
 Murid yang mengalami serangan epilepsi perlu
diletakkan di atas lantai dan kepalanya disendeng ke
tepi. Guru boleh meletakkan selimut atau kain di
bawah kepala murid berkenaan.
 Guru perlu mengalihkan semua objek di sekitar
murid tersebut untuk mengelakkan murid daripada
mencederakan diri.
TERENCAT AKAL
 Penggunaan skala Intelligent Quotient (IQ)
mengklasifikasikan masalah terencat akal
kepada ringan, sederhana dan teruk.
 American Association of Mental Deficiency
(AAMD) merujuk kepada terencat akal sebagai
batasan dalam fungsi intelek dan kemahiran-
kemahiran penyesuaian seperti komunikasi,
penjagaan diri, kehidupan harian, sosial,
kesihatan dan keselamatan, akademik, riadah
dan kerja.
 AAMD mencadangkan supaya klasifikasi dibuat
mengikut kebolehan individu menyesuaikan diri
dan berfungsi.
ASPEK-ASPEK YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
DALAM PENGUASAAN BILIK DARJAH INKLUSIF
(TERENCAT AKAL)
 Arahan yang diberikan sama ada untuk tugasan atau
aktiviti kelas mesti ringkas, jelas dan langkah-
langkah harus dinyatakan dalam urutan yang
logikal.
 Arahan-arahan ini boleh dipecahkan kepada
bahagian-bahagian kecil dan mungkin perlu diulang.
 Kemahiran-kemahiran baharu yang dipelajari perlu
sentiasa diulang dan dipraktikkan.
 Menyediakan aktiviti yang memberi murid
pengalaman menggunakan deria sensori dan
kemahiran motor.
 Guru menyediakan RPI untuk memenuhi keperluan
khas murid tersebut.
MASALAH PENGLIHATAN
 Kerosakan visual yang boleh menjelaskan
pembelajaran
 Mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta.
 Visual seorang dengan penglihatan normal direkod
sebagai 20/20.
 Masalah penglihatan terbatas: tahap penglihatan
kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200
dengan penggunaan lensa.
 Penglihatan kanak-kanak terhad pada objek yang
dekat sahaja.
 Seseorang dikategorikan buta jika visualnya adalah
20/200 walaupun dengan bantuan alat penglihatan.
 Kanak-kanak kategori buta tidak dapat
menggunakan penglihatan untuk pembelajaran
tetapi bergantung pada pendengaran dan sentuhan.
ASPEK-ASPEK YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM
PENGUASAAN BILIK DARJAH INKLUSIF (MASALAH
PENGLIHATAN)

 Susunan di dalam bilik darjah harus konsisten agar murid-


murid ini mengetahui kedudukan bahan-bahan dan alatan di
dalam kelas.
 Perabot atau alatan yang mungkin menghalang atau
membahayakan pergerakan murid-murid ini harus
diletakkan di tempat yang sesuai.
 Murid dibekalkan dengan bahan bacaan yang mempunyai
kualiti cetakan yang baik dan besar, hurufnya mempunyai
perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas
serta tidak terlalu banyak perkataan atau ayat di dalam satu
muka surat.
 Tempat duduk murid berhampiran dengan pappan putih atau
skrin OHP.
 Murid-murid lain digalakkan untuk membantu murid
bermasalah penglihatan pada masa-masa tertentu.
 Menggalakkan murid menggunakan pita rakaman atau
komputer
 Guru dan murid didedahkan kepada sistem braille.
MASALAH PENDENGARAN

Masalah pendengaran separa: penggunaan


alat pendengaran akan membolehkan kanak-
kanak ini menerima pendidikan secara
audio.

Masalah pendengaran pekak: kerosakan


pendengaran yang menghalang seseorang
daripada memproses maklumat linguistik
walaupun dengan alat bantuan pendengaran.
ASPEK-ASPEK YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM
PENGUASAAN BILIK DARJAH INKLUSIF (MASALAH
PENDENGARAN)

 Kanak-kanak ini harus diberikan tempat duduk di baris


hadapan supaya dia dapat melihat gurunya dengan jelas.
 Semasa mengajar atau memberikan arahan, guru harus
memandang ke arah murid, bercakap dengan jelas dan tidak
membelakangkan kelas.
 Maklumat yang disampaikan boleh disokong dengan bahan
bantu visual.
 Maklumat yang penting, kata kunci atau frasa-frasa ataupun
apa-apa ringkasan yang akan diajar boleh ditulis pada papan
putih.
 Galakan buddy system supaya seorang rakan boleh membantu
menyampaikan maklumat tentang aktiviti kelas.
 Menyediakan aktiviti sosial seperti bermain untuk
meningkatkan kemahiran sosial murid.
 Murid dilatih membaca ucapan (lip reading) dan
menggunakan bahasa isyarat.
 Menggunakan teknologi seperti komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran.
MASALAH AUTISTIK
 Masalah yang berlaku semasa proses perkembangan
kanak-kanak.
 ASD terdiri daripada sekumpulan masalah,
manakala autistik ialah salah satu daripadanya.
 Seseorang yang mengalami masalah autistik akan
menunjukkan masalah interaksi, komunikasi dan
tingkah laku.
 Masalah perkembangan yang mengakibatkan
masalah komunikasi lisan dan bukan lisan serta
interaksi sosial seseorang individu.
 Muncul pada peringkat awal kanak-kanak, iaitu
antara umur satu hingga tiga tahun.
 Autistik mengganggu bahagian perkembangan otak
yang memberikan kesan kepada tingkah laku,
bahasa dan interaksi sosial individu.
ASPEK-ASPEK YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
DALAM PENGUASAAN BILIK DARJAH INKLUSIF
(AUTISTIK)
 Guru perlu menyediakan murid-murid lain untuk
menerima kehadiran murid yang autistik.
 Guru juga perlu menyediakan diri dengan menyiasat
tingkah laku murid tersebut, perkembangannya serta
rawatan yang telah diterima setakat ini.
 Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang
berstruktur kerana murid autistik selesa dengan keadaan
yang rutin.
 Menggunakan strategi pengurusan tingkah laku iaitu guru
menyediakan peluang untuk kejayaan dan memberikan
ganjaran untuk tingkah laku yang diingini.
 Guru perlu menggunakan kaedah kumpulan kecil atau
pengajaran individu.
 Mendapatkan bantuan dan nasihat pakar serta guru
pendidikan khas yang mempunyai pengalaman dengan
kanak-kanak ini.
LEWAT PERKEMBANGAN
 Apabila perubahan fizikal, kognitif, emosi, sosial
dan tingkah laku tidak berlaku pada masa-masa
yang telah diterima sebagai norma dan akan
memberikan kesan kepada perkembangan
bahasa, pertuturan, kemahiran sosial dan
psikomotor kanak-kanak tersebut.
 Misalnya, pada kebiasaan seseorang kanak-
kanak seharusnya boleh mula berjalan apabila
mencapai umur antara 9-15 bulan. Seandainya
kanak-kanak tidak dapat berjalan apabila
mencapai umur tersebut, maka dia mungkin
mengalami lewat perkembangan.
ASPEK-ASPEK YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
DALAM PENGUASAAN BILIK DARJAH INKLUSIF
(LEWAT PERKEMBANGAN)
 Penggunaan teknologi
 Perubatan

 Fizikal terapi

 Makanan seimbang

 Perkhidmatan psikologi

 Penyediaan Rancangan Pengajaran Individu


(RPI)
HIPERAKTIF

 Tingkah laku (tidak memberikan perhatian, aktif


dari segi fizikal dan bersikap impulsif)
ditunjukkan dengan lebih kerap dan pada tahap
yang serius.
 Kesukaran dalam mengekalkan perhatian,
tingkah laku yang hiperaktif dan impulsif.
ASPEK-ASPEK YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
DALAM PENGUASAAN BILIK DARJAH INKLUSIF
(HIPERAKTIF)
 Memberikan pertimbangan khas semasa memilih
tempat duduk bagi murid ini.
 Memastikan murid-murid ini jelas tentang peraturan
dan prosedur di dalam bilik darjah.
 Mewujudkan rutin di dalam bilik darjah.
 Memberikan kanak-kanak ini arahan, tugasan atau
masalah yang ringkas dan memberitahu mereka
akibat sekiranya tugasan tersebut tidak
dilengkapkan.
 Menyediakan peluang untuk murid-murid ini terlibat
dalam aktiviti yang aktif dalam bilik darjah.
 Murid-murid ini boleh diajar mengawal tingkah laku
sendiri dengan melaksanakan pemantauan,
penilaian, pengukuhan dan arahan kendiri.
MASALAH PINTAR CERDAS
 Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan
potensi pada tahap tinggi dibandingkan dengan
rakan sebaya yang mempunyai pengalaman dan
persekitaran yang sama.
 Menunjukkan keupayaan intelek, kreativiti, daya
kepimpinan serta prestasi akademik yang cemerlang.
 Hasil kerja yang menampakkan keaslian serta
menunjukkan kemajuan yang menjangkau peringkat
umur mereka.
 Mereka juga menunjukkan azam dan komitmen yang
tinggi dalam usaha mencapai sesuatu.
 Memerlukan sokongan yang lebih daripada apa yang
sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk
membantu mereka merealisasi sepenuhnya potensi
yang ada dalam diri mereka.
ASPEK-ASPEK YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
DALAM PENGUASAAN BILIK DARJAH INKLUSIF
(MURID PINTAR CERDAS)
Program pengayaan:
 pendekatan yang menyediakan pengalaman
pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas.
 Melibatkan pembelajaran arahan kendiri, aktiviti
yang bersifat penyiasatan, misalnya projek,
permainan berbentuk simulasi atau permainan yang
bertujuan meningkatkan kreativiti atau kebolehan
menyelesaikan masalah.
 Melibatkan aktiviti yang dapat memberikan
kefahaman kepada murid yang mendalam berkaitan
dengan sesuatu topik.
 Guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang
memerlukan murid mencari maklumat yang lebih
mendalam tentang sesuatu topik yang boleh dibuat
secara bersendirian.
Program Ekspres:
 Dilaksanakan dengan 2 cara

 Murid dikeluarkan dari bilik darjah mereka


untuk subjek-subjek yang spesifik.
 Mereka dimasukkan ke kelas pada peringkat
lebih tinggi yang sesuai dengan perkembangan
mereka untuk subjek tersebut.
 Murid disediakan dengan rancangan khas di
dalam kelas yang sama.
 Rancangan ini membantu mereka belajar
sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar
yang lebih cepat berbanding dengan rakan
sebaya.
MASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKU
 Tidak dapat mengawal emosi dan tingkah laku
melepasi tingkah laku murid-murid biasa.
 Memberikan kesan kepada prestasi murid iaitu
boleh menjejaskan keupayaan belajar serta
hubungan interpersonal dengan orang lain.
 Cenderung menunjukkan tingkah laku yang
kurang sesuai dalam situasi normal dan tidak
mengikuti normal seperti kanak-kanak pada
peringkat umur yang sama.
 Sentiasa kelihatan tidak bahagia dan murung.
ASPEK-ASPEK YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
DALAM PENGUASAAN BILIK DARJAH INKLUSIF
(MASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKU)
 Guru kelas perlu bekerjasama dengan ibu bapa dan
guru kaunseling dalam usaha membantu murid
tersebut. Maklumat tingkah laku murid di dalam
kelas mesti direkodkan dengan jelas untuk
dimaklumkan kepada semua pihak berkenaan.
 Peraturan kelas harus jelas dan dimaklumkan
kepada semua murid, misalnya dipaparkan pada
papan kenyataan di dalam kelas.
 Peraturan-peraturan juga harus sesuai dengan umur
murid.
 Hukuman yang diberi mestilah setimpal dengan
kesalahan yang dilaksanakan secara adil.
 Memberikan peneguhan yang positif, misalnya
memuji murid yang menunjukkan tingkah laku yang
baik.
 Guru boleh mengajar teknik mengurus diri
misalnya membantu murid mengenal pasti
tingkah laku yang dikehendaki serta tingkah
laku yang perlu dikurangkan.
 Murid harus diberi peluang memperbaiki
kesilapan mereka.
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like