You are on page 1of 43

MODIFIKASI KAEDAH DAN TEKNIK

PdP KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN PENDIDIKAN
KHAS

ABDULLAH BIN CHIK


JABATAN ILMU PENDIDIKAN

1
PENGENALAN
• Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-
kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang
sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut.
• Murid berkeperluan khas yang berada dalam program
Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada;
(a) Murid Bermasalah Pembelajaran yang terdiri daripada
pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan
Lewat, Autisme, Hiperaktif, Cerebral Palsy, Epiletik, Masalah
Emosi dan Masalah Pertuturan,
(b) Murid Bermasalah Penglihatan dan
(c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran.

2
…sambungan
• Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan
khas berkenaan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang dibentuk adalah fleksibel selaras
dengan peraturan-peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “
guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau
teknik pengajaran atau pembelajaran (PdP),
masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan
bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan
matlamat Pendidikan Khas”.
3
DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
• Pendidikan khas merujuk pada pendidikan
bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu “kanak-
kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial
atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan
penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak
mendapat faedah sepenuhnya daripada
rancangan sekolah biasa” (Chua, 1982)

4
…sambungan
• Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem
pendidikan, yang bertanggungjawab
mengadakan peruntukan kemudahan dan
keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan
belia yang bersifat luar biasa. (Gearhart dan
Weishahn,1980)
• Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu
bentuk pendidikan yang disediakan untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan
khas (Hallahan dan Kauffman, 2006).
5
• Gargiulo (2003): Pendidikan khas merupakan
program pengajaran khusus yang direka bentuk
bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia
mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan,
peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
• Friend (2005): Pendidikan khas ialah pengajaran
yang direka bentuk khusus bagi memenuhi
keperluan kanak-kanak yang kurang upaya.
Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik
darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.
6
• Mansor (2005): Program pendidikan khas di
Malaysia merupakan satu usaha yang
berterusan untuk menggalakkan
perkembangan optimum seseorang sebagai
seorang yang berkemahiran.

7
Definisi Pendidikan Khas dalam konteks
Malaysia
• Menekankan kepada kebolehan, kefungsian,
kemahiran, perkembangan, penguasaan dan
pencapaian kanak-kanak tersebut dalam
kemahiran-kemahiran pengembangan
(development skill).
• Pendekatan baharu menolak pendekatan
tradisi yang menekankan kecacatan dan
ketidakbolehan (medical defict model).

8
• Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran
tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan
seseorang murid dan pelajar dengan keperluan pendidikan khas
seperti yang berikut:
– kebolehan kognitif
– perkembangan tingkah laku sosial/ perkembangan
kemahiran sosial
– penguasaan bahasa lisan/ pertuturan
– penguasaan membaca
– kemahiran matematik kemahiran pertumbuhan asas manusia
– kemahiran berdikari
– kemahiran keusahawanan
– kebolehan penglihatan kebolehan pendengaran

9
DEFINISI MURID BERKEPERLUAN
KHAS (MBK)
• Dalam Bahasa Inggerís istilah kanak-kanak atau murid
berkeperluan khas dinamakan ‘children with exceptional
needs’ atau secara ringkas ‘exceptional children’.
• Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk kanak-kanak
bekeperluan khas dan antaranya ialah;
– kanak-kanak istimewa (special children),
– kanak-kanak luar biasa,
– kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities),
– kanak-kanak cacat (handicapped children),
– kanak-kanak abnormal (abnormal children),
– kanak-kanak bermasalah (children with impairments) dan
– kanak-kanak terbantut pertumbuhan atau perkembangan
10
• Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi
dunia terdiri daripada individu luar biasa atau
kanak-kanak berkeperluan khas.
• Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh
mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang
dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk
melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa
sendiri.
• Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran
memberi tumpuan atau mengalami kerencatan
mental sejak lahir.
11
• Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan
khas berbeza daripada kanak-kanak normal
dari segi:
– ciri-ciri mental (pencapaian akademik),
– keupayaan deria (melihat dan mendengar),
– keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur),
– tingkah laku (mengawal diri)
– emosi (bercampur gaul), dan
– ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri
sendiri).
12
ISTILAH-ISTILAH PENDIDIKAN KHAS

• Handicap (Kecacatan}
– Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat
daripada sesuatu kekurangan yang mengehadkan atau
menghalang seseorang individu memenuhi peranan sebagai
seorang yang normal.  
– Sesuatu jenis kecacatan mungkin menjadi masalah dalam
satu persekitaran tetapi tidak menjadi penghalang dalam
persekitaran yang berlainan.
– Contohnya seorang pelajar pekak mungkin merasa cacat
kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah
dengan kanak-kanak biasa.  Sebaliknya kanak-kanak
yang sama tidak merasa tercacat ketika dalam makmal sains.

13
• Disability (Kurang Upaya)
– Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau
tugas tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal
seperti berjalan kaki, melihat, mendengar ataupun
menyelesai masalah matematik yang mudah seperti 10 + 5.
– Individu kurang upaya tidak cacat, kecuali kekurangan itu
membawa kepada masalah pembelajaran, masalah peribadi,
masalah bercampur gaul masalah melakukan pekerjaan dan
masalah-masalah lain (Heward, 2003).
– Contohnya, seorang kanak-kanak yang lumpuh pada kedua-
dua kakinya tetapi boleh pergi ke sekolah menggunakan
kerusi roda dan belajar bersama pelajar lain tidak cacat.

14
• Impairment
– Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi
dan anatomi.
– Ia juga berkaitan ketidaknormalan struktur atau
fungsi dari segi psikologi, fisiologi dan anatomi.
– Contohnya kekurangan dari aspek tuna
pendengaran atau tuna penglihatan

15
KONSEP PENDIDIKAN KHAS
• Pendidikan Khas boleh diertikan sebagai kaedah-
kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai
kecacatan atau kurang upaya.
• Pendidikan ini dirancang secara tersendiri,
dilaksanakan secara teratur serta dinilai
keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid
dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari
yang tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.

16
• Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-
aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan
jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan
rumah, hospital, dan institusi.
• Kurikulum untuk Pendidikan Khas ini juga
merupakan sebahagian daripada kurikulum
biasa yang diubah suai dengan tujuan
memenuhi keperluan-keperluan khas bagi
murid-murid yang mengalami pelbagai jenis
kecacatan atau kurang upaya.
17
Kanak-Kanak Berkeperluan Pendidikan
Khas

 Kategori kanak-kanak yang bermasalah


pembelajaran merangkumi:
• sindrom down
• autisme ringan
• attention defict hyperactivity disorder
(ADHD)
• disleksia.

18
…sambungan

Sindrom down
• Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat,
lidah yang tebal, kasar dan pendek serta
cenderung untuk terjelir.
• Mata sentiasa berair dan merah, sepet dan
bentuk muka yang kecil.
• Berbadan gempal dan pendek serta badan yang
agak bongkok.
• Sukar untuk memahami arahan dan perkataan
19
…sambungan
Autisme:
• Merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar
untuk dipulihkan.
• Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi
kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka,
gerak isyarat atau nada suara yang berlainan.
Disleksia:
• Merupakan masalah pebelajaran yang berkaitan dengan bahasa,
membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut.
• Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca
dengan perlahan kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan
serta mencampuradukkan perkataan yang berbunyi sama.

20
…sambungan
Attention Defict Hyperactivity Disorder (ADHD)
• Tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah
mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu
tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan
penyeliaan.
• Bersikap impulsif dan sering menggangu
perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu
tanpa berfikir.
• Hiperaktif dan pergerakan fizikal yang
keterlaluan.
21
Pintar Cerdas

• Kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih


cepat jika dibandingkan dengan rakan sebayak
• Keinginan untuk mengetahui yang lebih jika
dibanding dengan rakan sebaya.
• Menetapkan matlamat yang tinggi untuk
pencapaiannya.
• Motivasi yang tinggi
• Kemahiran berbahasa, membaca dan
perbendaharaan kata yang luas 

22
Modifikasi dalam PdP
 Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga
jenis program:
i. Pengasingan,
ii. Pemecutan (acceleration)
iii. Pengayaan
 Kaedah dan teknik yang boleh digunakan:
• Libatkan dalam pembelajaran penyelesaian masalah
• Mereka cipta
• Program pengayaan
• Pembelajaran kendiri
23
Contoh Kaedah Khas

• Kaedah bacaan khas untuk mengajar kanak-


kanak disleksia, pemulihan, dan berkeperluan
khas.
• Antara kaedah bacaan tersebut ialah:
a) kaedah VAK
b) kaedah VAKT
c) kaedah Fernald
d) kaedah Gillingham,
Semua kaedah ini digolongkan sebagai pendekatan
kinestetik. (Margaret, Lynne, Janet, 1989).
a)Kaedah VAK
• Menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran
dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan).
• Melalui kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan
sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.
• Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti
berikut:
i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari
ii. menyebut perkataan itu
iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan
iv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal
• Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkataan dapat
ditulis dengan betul.
b) Kaedah Membaca Pelbagai Deria – VAKT
(Multisensory Reading Method)

• Kaedah VAKT yang bermaksud:


– V – visual (penglihatan)
– A – audio (pendengaran)
– K – kinesthetic (pergerakan)
– T – tactile (sentuhan)
……sambungan
• Berpegang kepada prinsip “rangsangan” dan berdiri atas
premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang
sensitif akan mengukuhkan pembelajaran
• Langkah-langkah pengajaran:
i. Kaedah ini menggunakan surihan (tracing)’ untuk mengajar
bacaan.
ii. Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x 10”
(menggunakan krayon).
iii. Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu.
iv. Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan,
huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam
berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang
besar dan lain-lain.
……sambungan
iv. Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid
hendaklah:
– Lihat huruf (V)
– Dengar guru sebut huruf (A)
– Menyebut huruf (A)
– Dengar huruf yang disebut (A)
– Rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
– Rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T)
– Lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
– Dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat
surihan (A)
c) Kaedah Fernald
• Diperkenalkan oleh Fernald G. M. dan Helen,
B. K. (1943, 1988)
• Membantu kanak-kanak yang mengalami
masalah bacaan yang teruk.
• Gabungan pendekatan pengalaman bahasa
dan pembelajaran berasaskan pendekatan
pelbagai deria (VAKT).
• Dibentuk untuk pengajaran secara individu.
……sambungan
• Terdapat empat peringkat pengajaran:
i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan
ingatan satu perkataan yang diberi;
ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang
diberi;
iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang
dijumpai dalam petikan;
iv. Belajar melalui perkataan asas (sight words)
yang terdapat dalam teks.
Peringkat 1
• Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan
krayon di atas kertas.
• Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T–K) sambil
menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A).
• Pelajar memandang perkataan itu semasa membuat
surihan (V).
• Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis
perkataan tanpa melihat contoh.
• Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang
telah dipelajari.
Peringkat 2
• Pelajar tidak perlu surih setiap perkataan,
tetapi hanya melihat perkataan yang guru
tulis, menyebut, dan menulis perkataan
tersebut.
• Pelajar meneruskan menulis cerita dan
menyimpan fail perkataan.
Peringkat 3
• Pelajar belajar perkataan baharu dengan
melihat, menyebut, dan menulisnya terus
daripada perkataan-perkataan bercetak (teks).
• Guru tidak perlu menulis perkataan kerana
pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca
daripada buku.
Peringkat 4
• Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan
baru berdasarkan persamaannya dengan
perkataan-perkataan yang tercetak, atau
bahagian-bahagian perkataan yang sudah
dipelajari.
• Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran
bacaan untuk mengembangkan minat
membaca.
……sambungan
• Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu
yang perlu dipatuhi, iaitu:
– Kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi
pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan;
– Keempat-empat peringkat perlu dikuasai
mengikut urutan; dan
– Hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi
masalah bacaan yang teruk sahaja seperti
disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP.
d)Kaedah Gillingham
• Diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970-an.
• Difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang
menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk.
• Mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran
hendaklah dipatuhi dengan ketat.
• Memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun
(minimum)
• Menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan
berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik
surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang
bersamaan dengannya.
• Menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam
kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan
mengajar huruf –huruf:
……sambungan
i. V-A (Visual-Auditory)
– Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan dengan
bunyinya.
– Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu.

ii. A-V (Auditory-Visual)


– Bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual.
– Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja.

iii. A-K (Auditory – Kinesthetic)


– Bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan pergerakan
otot semasa menyebut dan menulis.
……sambungan
iv. K-A (Kinesthetic – Auditory)
– Tangan murid dibantu untuk menyurih atau menulis bentuk
huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut.

v. V-K (Visual – Kinesthetic).


– Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan
otot semasa bertutur dan menulis.

vi. K-V (Kinesthetic – Visual).


– Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan
dengan bentuk visual huruf-huruf.
Langkah-langkah pengajaran;
Langkah 1:
• Dengan menggunakan kad latih tubi, tunjuk
satu huruf kepada murid.
• Guru menyebut nama huruf dan murid
mengikut sebutan guru.
• Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf
dan murid mengikutnya.
• Soalan guru , “Apakah bunyi huruf ini?”
……sambungan
Langkah 2:
• Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru
membunyikan mengikut huruf.
• Soalan guru, “Berikan nama huruf yang
bunyinya [ĉ].
• Guru menggunakan strategi ejaan lisan.
……sambungan
Langkah 3:
• Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya.
• Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar,
pandang, dan membunyikan huruf itu.
• Guru mula memperkenalkan tulisan sambung.

Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan


vokal), mereka mengadun huruf-huruf menjadi
perkataan.
Kanak-Kanak Berkeperluan Pendidikan
Khas
Implikasi dalam PdP:
Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan:
• Pengajaran secara langsung.
• Pedagogi terbeza
• Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang
perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut.
• Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai
kemahiran dan meningkatkan emosi mereka yang mereka
juga berupaya untuk berjaya.
• Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan
rapi.
• Bimbingan rakan sebaya.
42
SEKIAN, TERIMA
KASIH

43

You might also like