You are on page 1of 10

5.

KEMAHIRAN ASAS KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN KHAS

5.3 KAEDAH KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN


AMERRUDIN OTHMAN
Jabatan Pendidikan Khas, IPPM

DEFINISI

Heward (1996)
Seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang
sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit yang
diameter kurang dari 20 darjah.

Hallahan & Kauffman (2002)


Kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya (kemampuan menyatakan kewujudan
pencahayaan dari kawasan gelap) mahupun unjuran cahaya (kebolehan untuk mengenalpasti
punca arah cahaya)

National Society for Prevention of Blindness (1990)


Ketepatan penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang terbaik setelah dilakukan
pembetulan atau mempunyai ruang penglihatan melebihi 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada
mata yang terbaik setelah dijalankan pembetulan.

Definisi Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan


Baldwin (1901) dalam Adeline (1977) mendefinisikan :
“Ketidakupayaan untuk bertindak atau memberi respon kepada rangsangan yang menghasilkan
penglihatan. Ia terbahagi kepada separuh buta (partial blindness) atau buta (total blindness).
Kecacatan ini mungkin disebabkan oleh kecederaan atau kerosakan di bahagian-bahagian
‘optical mechanism’, retina, saraf optik, ‘cortical’ atau di pusat ‘sub-cortical’ untuk penglihatan
ataupun bahagian-bahagian yang berkaitan dengannya”

Heward (1996)
Seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang
sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit yang
diameter kurang dari 20 darjah.

Hallahan & Kauffman (2002)


Kehilangan daya penglihatan tehadap cahaya (kemampuan menyatakan kewujudan
pencahayaan dari kawasan gelap) mahupun ukuran cahaya (kebolehan untuk mengenalpasti
punca arah cahaya)

1
National Society for Prevention of Blindness
Ketepatan penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang terbaik setelah dilakukan
pembetulan atau mempunyai ruang penglihatan melebihai 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70
pada mata yang terbaik setelah dijalankan pembetulan.

Definisi dari segi Pendidikan


Barangga (1992)
Sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan
adaptasi perlu terutama dalam kaedah menyampaikan pembelajaran, bahan bantu mengjar yang
digunakan dn persekitaran pembelajaran dapat membantu kanak-kanak bermasalah penglihatan
mengoptimaasan pembelajaran dan pencapaian mereka.

The World Council For The Welfare of the Blind


1. Tidak dapat melihat langsung (buta)
2. kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 dalam Ujian Carta E. Snellan
iatu kanak-kanak masalah penglihatan dapat melihat sejauh 20 kali, sedangkan kanak-
kanak normal dapat melihat sejauh 200 kali.
3. bidang penglihatan (field vision) yang terhad iaitu kurang daripada 20.

Rabun
Corn & Koenig (1996)
Jarak penglihatan yang terhad melibatkan lingkungan beberapa kaki, fungsi yang berubah-ubah
terhadap pencahayaan, tugas, ciri-ciri individu; penyesuaian mungkin diperlukan dalam aspek
pencahayaan, saiz atau kejelasan objek dan jarak.

DEFINISI DARI SEGI PENDIDIKAN

Barraga (1992)
Sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan.
Adaptasi perlu terutama dalam kaedah menyampaikan pembelajaran, bahan bantu mengjar yang
digunakan dan persekitaran pembelajaran dapat membantu kanak-kanak bermasalah
penglihatan, mengoptimasan pembelajaran dan pencapaian mereka

Terminologi bermasalah penglihatan mengikut sudut pendidikan ialah :


1. Cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untulk membaca
dan melihat huruf biasa.
2. Buta ialah mereka yang langsung tidak dapat melihat dan perlu menggunakan kod Braille
untuk membaca.

2
Rabun
Korn & Koenig (1996)
Jarak penglihatan yang terhad melibatkan lingkungan beberapa kaki, fungsi yang berubah-ubah
terhadap pencahayaan, tugas, ciri individu, penyesuaian mungkin diperlukan dalam aspek
pencahayaan, saiz atau kejelasan objek dan jarak

JENIS-JENIS MASALAH PENGLIHATAN

Myopia (Rabun Jauh)


Heward (1996)
Myopia atau rabun jauh (short-sightedness) - masalah yang biasa dialami orang muda.
Ia adalah suatu keadaan yang mana mata lebih besar berbanding normal dari hadapan ke
belakang menyebabkan imej yang terbentuk di atas retina adalah di luar titik fokus.

Seseorang yang mengalami masalah rabun jauh dapat melihat objek dekat dengan jelas
manakala objek jauh kelihatan kabur.

Hyperopia (Rabun dekat)


Heward (1996)
Rabun dekat (long-sightedness) adalah keadaan mata lebih kecil berbanding normal yang
menghalang sinar cahaya menumpu ke atas retina. Seseorang yang mempunyai kerosakan pada
matanya tidak dapat melihat objek yang dekat kerana kemampuannya untuk memfokuskan pada
objek yang jaraknya lebih jauh.

Refractive Errors (Kerosakan Biasan)


Miller (1979)
Biasanya adalah proses pembengkokan sinar cahaya apabila melalui dari satu medium kepada
medium yang lain. Penglihatan yang normal membiaskan sinar cahaya, dan jelas terbentuk di
atas retina.

Astigmatisma
Hallahan, P.D & Kauffman (2002)
Merujuk kepada penglihatan yang kabur atau berubah-ubah disebabkan masalah pada kornea
atau pada bahagian lain pada mata; objek yang jauh atau dekat terkeluar dari jarak fokus.
Masalah ini timbul apabila bentuk kornea mata tidak terbentuk sfera sebaliknya berbentuk seperti
telur.

Akibatnya mata tidak dapat bertumpu pada satu titik. Cermin mata atau kanta lekap boleh
membetulkan refrective errors dengan mengubah arah sinar cahaya untuk menghasilkan fokus
yang lebih jelas.

Ocular Motility
Ward (1986)

3
Kebolehan mata untuk bergerak terhalang. Kerosakan ini memberi masalah pada penglihatan
binokular yang mana kebolehan kedua-dua belah mata untuk memfokuskan ke atas satu objek
dan menyatukan dua imej kepada satu imej yang lebih jelas

Strabismus (Mata juling)


Heward (1996)
Kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza. Masalah ini adalah
ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana
penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata

Amblyopia (Lazy eye)


Batshaw & Perret (1992)
Salah satu mata tidak berfungsi dan perlu bergantung kepada sebelah mata yang sihat. Mata
malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa perkembangan penglihatan.

Nistagmus
Chase (1986)
Pergerakan bola mata yang kelihatan bergerak-gerak secara teratur tapi pergerakan itu terjadi
sendirinya. Pergerakan bola mata seperti menari-nari, begoyang atau melompat-lompat.
Biasanya merupakan salah satu tanda adanya masalah pada mata itu sendiri atau ada kelainan
di otak.

Istagmus Congenital
a. Nistagmus disebabkan penglihatan yang teruk biasanya terlihat antara usia dua hingga
empat bulan.
b. Nistagmus disebabkan oleh masalah pada otot mata dapat terjadi saat lahir atau
selepas lahir .

Photophobia
Ashley & Cates (1992)
Keadaan yang mana salah satu mata amat sensitif terhadap cahaya. Perlu memakai cermin mata
yang berwarna

Katarak
Heward (1996)
Sejenis kerosakan mata yang menyebabkan mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi
keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang
dan akan menjadi buta sekiranya lewwat atau atidak dirawat.

Glaukoma
Miller (1979)
Sejenis kerosakan mata disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola
mata.

Kesemua jenis glaukoma adalah disebabkan gangguan atau dihalang bendalir yanga
mengedarkan ke dalam mata. Pusat atau sempadan penglihatan akan rosak atau hilang
keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan saraf optik. Tekanan yang tinggi

4
akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar sesseorang itu
menjadi semakin sempit dan akhirnya akan teus menjadi buta.

Diabetis Retinopathy
Hallahan & Kauffman (2002)
Kerosakan disebabkan pada retina, tisu yang sensitif terhadap cahaya yang menghalang
penglihatan lebih jelas. Retina adalah kaya dengan salur darah dan boleh dikesan pada sistem
peredaran.

Retinitis Pigmentosa

Merupakan salah satu penyakit mata keturunan yang berkaitan dengan retina. Gejala-gejala
utama adalah buta senja (night blindness), penyempitan lapangan pandang (visual field) dan
akhirnya dengan kebutaan.

UJIAN MATA

Sneilen Test Chart


Carta Snellen adalah alat yang biasa digunakan untuk menyaring tahap penglihatan. Merupakan
barisan huruf-huruf yang pelbagai saiz dan perlu dkenalpasti daripada jarak yang ditentukan
(Lewis & Doorlag (2003).

Ujian Stycar
Bagi kanak-kanak yang tidak boleh melakukan ujian-ujian mata disebabkan kelemahan otak atau
kecacatan fizikal. Carta ini terdiri daripada 9 perkataan yang diuji dari jarak 20 kaki. Kanak-kanak
yang tidak dapat menamakan objek di atas carta boleh melukis objek tersebut di atas udara.

Ujian Sheridan-Gardner
Digunakan ke atas kanak-kanak 5 tahun ke atas yang diiuji pada jarak 20 kaki. Bagi kanak-kanak
di bawah umur 2 tahun, ujian bola digunakan. Bola putih yang bersaiz besar akan berguling
dengan perlahan-lahan melalui penglihatan kanak-kanak pada jarak 10 kaki. Pada jarak 10 kaki,
bola tersebut bergerak ke atas, bawah dan dari sebelah belakang skrin di mana tempat duduk
bagi penguji yang boleh nampak kanak-kanak tersebut. Kawasan di belakang penguji adalah
gelap supaya bola dapaat dilihat dengan jelas.

Ujian Dichotomous
Ujian dicipta oleh Farnsworth dan digunakan untuk mengesan masalah rabun warna. Ujian
dijalankan dengan mengaturkan beberapa siri yang mempunyai 20 jenis cap warna yang dipilih
secara random. Mata normal akan dapat mengatur cap tersebut dalam keadaan yang teratur.
Sesetengah buta warna akan menghasilkan keadaan yang peraturannya tidak menentu.

5
Mengesan Ketidakfungsian Penglihatan

Tanda-tanda ketidakfungsian penglihatan ke atas kanak-kanak sekolah :


i. Ketidakbolehan untuk memberi tumpuan semasa melihat
ii. Memegang kepala dengan kuat
iii. Menyengetkan kepala
iv. Mengerutkan dahi semasa melihat objek yang jauh
v. Menggosok mata secara melampau
vi. Mengedip mata secara berterusan
vii. Mengadu kepeningan
viii. Sakit kepala
ix. Rasa mual selepas menumpukan penglihatan kepada sesuatu objek
x. Menutup sebelah mata dengan tangan
xi. Memasukkan jari ke dalam mata
xii. Keengganan untuk bermain
xiii. Ketidakbolehan mengambil bahagian untuk bermain
xiv. Gelisah

KAEDAH KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN

Bantuan Pendidikan

a. Braille
Braille adalah literasi yang pertama bagi individu bermasalah penglihatan (Schroeder 1989).
Braille adalah sistem bacaan dan tulisan yang mana perkataan, huruf, nombor daripada susunan
titik-titik yang timbul. Sistem ini dibina oleh Louis Braille tahun 1830 seorang pemuda Peranchis
yang buta.

Kependekan perkataan banyak membantu meningkatkan kecekapan membaca dan menulis


Braille (Schroeder 1989).

b. Low Vision Devices (LVD)


Penggunaan cetakan besar sebagai medium bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan.

Pelajar rabun menggunakan 3 pendekatan asas untuk membaca cetakan :


i. pembesaran mengurangkan jarak antara mata dan kertas dari 40cm ke 5 cm
ii. lensa
iii. tulisan yang besar

6
c. CCTV
Penggunaan TV menggunakan skrin yang boleh dikawal menggunakan alat bagi membesarkan
huruf / tulisan. Skrin akan memaparkan tulisan samada hitam-putih, putih-hitam dan terkini
adalah tulisan berwarna.

d. Bahan Sentuhan (Tactile)


Penggunaan bahan timbul sebagai bahan untuk berkomunikasi. Contoh peta timbul
menggunakan kertas tebal, kertas pasir, lidi dsb.

Tujuannya untuk memudahkan pelajar mempelajari sesuatu topik yang berkaitan dengan lebih
mudah dan berkesan.

e. Peralatan Audio
Penggunaan alat seperti radio keset, TV dan komputer sebagai alat bantuan semasa belajar.

f. Perisian dan Aksesori Komputer


Penggunaan media terkini berdasarkan perisian dan aksesori komputer yang diubahsuai bagi
memudahkan orang buta menggunakan alat tersebut. Komputer boleh menterjemahkan ke dalam
bentuk braille atau bentuk suara bagi memudahkan pengguna.

Penggunaan Computer Sythernizer (Komputer Bersuara) yang menggunakan perisian


“duxburry” yang boleh menterjemahkan tulisan dalam bentuk suara. Ini akan memudahkan
pengguna membaca sesuatu teks atau perkataan yang bertulis.

Mesin pencetak Beryl sejenis peralatan bersuara digunakan untuk menterjemahkan


atau mengimbas bahan bercetak dengan menggunakan mesin pengimbas yang diimbas dan
disimpan dalam cakra keras atau cakra liut.

g. Latihan Mobiliti
Keupayaan untuk bergerak adalah terhad maka latihan mobiliti adalah perlu bagi menggelakkan
pergantungan berlebihan kepada orang lain untuk bergerak. Ada 4 cara untuk memudahkan
mobiliti iaitu :
i. Panduan manusia
ii. Panduan anjing
iii. Penggunaan tongkat
iv. Alatan elektronik

h. Bantuan Untuk Melihat

Kanta Pembesar
Kanta yang terdapat dalam pelbagai bentuk dan pelbagai kuasa pembesar seperti Calmp
Magnifier, Bar Magnifier, Tweezer, Finger Magnifier dan Setero Binocular Magnifier.

Kanta Teleskopik
Untuk membesarkan jarak objek dan biasanya hanya diperlukan untuk jangkamasa pendek. Ia
selamat dan berkesan terutamanya mengawal penggunaan penglihatan tengah. Dipakai secara
berterusan kerana ia mengurangkan keluasan pandangan dan mudah menilai jarak. Ia digunkan
untuk penglihatan jangka masa pendek seperti melihat nombor bas.

Kanta Mikroskopik (untuk pandangan dekat sahaja)

7
Didapati dalam 2 atau lebih kanta penambah dan digunakan untuk pandangan dekat sahaja. Ia
digunakan dengan diletakkan di hadapan mata sahaja kerana ia mempunyai pembesaran yang
tinggi dan lengkap. Digunakan semasa membaca.

Kanta Sesentuh
Digunakan untuk membetulkan masalah rabun, masalah kornea dan rabun dekat. Ia biasa dan
mudah didapati serta merupakan salah satu daripada alat pembesar.

Cermin mata
Kanta yang biasanya digunakan untuk membaca adalah cermin mata yang mempunyai saiz yang
tertentu yang boleh ditambah. Cermin mata mempunyai unifokal, difokal dan trifokal. Unifokal
digunakan untuk melihat satu tujuan sahaja seperti membaca. Difokal digunakan untuk membaca
tetapi juga digunakan untuk pandangan terus. Trifokal digunakan untuk mengukur jarak
pertengahan.

Sejarah Perkembangan Masalah Penglihatan

1. Luar Negara

Di Eropah, golongan ini dilayan dengan buruk dan sering menjadi ejekan dan sampah
masyarakat. Mula mendapat perhatian oleh golongan agama kristian dan menempatkan di hostel
sebagai tempat tinggal.

Hostel pertama dibina di Peranchis diberi nama L’Hopital des Quinze-Vignts pada tahun 1920
oleh Raja Louis IX untuk askar yang buta setelah perang.

Valentin Hauy (1745-1822) adalaha pengasas kepada dunia pendidikan bagi golongan masalah
penglihatan. Minat bermula semasa menyaksikan sekumpulan lelaki buta dari Quinze-Vingts di
sebuah pertunjukan di Saint Ovid’s Fair.

Murid Hauy yang pertama adalah Francois Lesueur yang berjaya menguasai ilmu pendidikan
dengan baik. Pada tahun 1784, Lesueur secara tidak sengaja telah mengesan bahawa dia boleh
membaca huruf timbul dan kemudian dikenali sebagai tulisan braille.

Pendidikan yang teratur bermula pada tahun 1785, menerusi kerjasama French Academy of
Sciences dibuka di Paris iaitu Institution National Des Jeunes Aveugles dan Hauy sebagai
pengarah pertamanya.

Pada tahun 1786, Valentien Hauy telah menulis sebuah buku bertajuk “An Essay on the
Education of the Blind” yang dihadiahkan kepada raja Peranchis.

Perkembagan Pendidikan Golongan Bermasalah Penglihatan dari 1745 hingga 1927

Tahun Perkembangan
1745 Penerbitan Diderot Letter on the Blind
1784 Sekolah pertama untuk golongan bermasalah penglihatan dibuka di
Paris
1791 Sekolah pertama dibuka di England
1802 Sekolah pertama dibuka di Austria
1806 Sekolah pertama dibuka di Jerman
1829 Penubuhan New England asylum for Blind-Bosron
1830-1833 Pembukaan sekolah di New York dan Philidephia
1837 Pembukaan sekolah pertama di Ohio
1858 Penubuhan American Printing House di Louisville Kentucky
1895 American Assocation of workers for the blind ditubuhkan

8
1913 Kelas pertama untuk masalah penglihatan di sekolah awam dibuka di
Chicago
1921 Penubuhan American Foundation for the blind
1924 Penubuhan Bereau of research an education, American Foundation
1927-1932 Penubhan Department of special studies.

2. Dalam Negara

Penubuhannya ada kaitan dengan penjajahan oleh Inggeris di Tanah Melayu. Penubuhannya
ada kaitan dengan penubuhan negeri-negeri selat terdiri daripada Melaka, Pulau Pinang dan
Singapura. Sekolah moden pertama dibina iaitu Penang Free School pada tahun 1816
seterusnya Mallaca Free School pada tahun 1826.

St. Nicholas School for Blind merupakan institusi pertama bagi memberikan pendidikan kepada
kanak-kanak bermasalah penglihatan.

St. Nicholas’ Home tertubuh hasil usaha pihak gereja Anglican yang menjalankan mission
perubatan berpusat di Singapore Anglican Diocese.

Pada tahun 1926, St Nicholas Home telah ditubuhkan di bawah penyeliaan Miss Satchell di
Melaka. Rumah melayu 3 bilik diguna di mana 2 bilik bagi kanak-kanak dan sebuah untuk
penyelia.

Pada tahun 1929, pihak gereja berpindah menyewa sebuah rumah di Kalabang dan St Nicholas
Home telah berpindah dan berada berasingan dari kawasan hospital.

Perkembangan Pendidikan Untuk Golongan Bermasalah Penglihatan


dari 1926 hingga 2000

Tahun Peristiwa
1926 St Nicholas For Blind di buka di Melaka
1931 St Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948 SRPK Princess Elizabeth dibuka di Johor Bharu oleh JKM
1951 Malaysian Association for the Blind (MAB) ditubuhkan oleh JKM
1953 Institut Berasrama Pusat latihan Gurney dibuka oleh JKM di Brickfield,
KL
1956 MAB memulakan perkhidmatan penempatan (mencari pekerjaan)
1958 Kem Pelajaran mengambilalih kelas dan sekolah pendidikan khas dari
Kem Kebajikan Malaysia
1958 MAB dirikan Pusat Latihan Pertanian Taman Harapan, Temerloh,
Pahang
1959 MAB membuka Pusat Sumber Braille di Wisma MAB KL
1962 Kem Pendidikan memperkenalkan Rancangan Percantuman bagi
pendidikan cacat penglihatan. Pilot projek telah dilaksaanakan di SK St
Gabriel, KL

9
1962 MPIK telah memulakan kursus perguruan khas dalam bidang cacat
penglihatan
1962 Penubuhan JK Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk
mengembangkan sistem kod Braille BM
1964 Unit Pendidikan Khas, Bahagian Sekolah ditubuhkan
1967 MAB membuka Pusat Rotan dan Kraftangan Brickfields, KL
1973 Hostel menempatkan pelajar bermasalah penglihatan yang bersekolah
sekitar KL dibuka di Setapak, KL
1974 SK St Nicholas telah membuka ‘talking library’ yang pertama di
Malaysia
1975 MAB mendirikan sebuah asrama untuk pekerja iaitu Asrama Rotary di
PJ
1976 Hostel ditukar menjadi SM Pendidikan Khas Setapak
1978 SRPK Princess Elizabeth dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan
1979 Perakuan 169, Laporan Kabinet diperkenalkan
1979 Penubuhan society of the Blind Malaysia (SBM)
1979 MAB lancarkan kempen derma mata
1980 Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS) ditubuhkan
1983 JK Kod Braille Al-Quran ditubuhkan
1984 Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille /
Kerabunan oleh Kem Pendidikan
1985 Program Pemulihan Dalam Komuniti (Community Based Rehabilitation
Programe) dilancarkan sebagai projek rintis oleh MAB
1986 Penggabungan organisasi utama iaitu MAB, St Nicholas Home, Sabah
Society for the Blind, Sarawak Society for the Blind dan SBM
membentuk National Council for the Blind Malaysia (NCBM)
1993 UKM memulakan program pendidikan khas
1995 Jabatan Pendidikan Khas menggantikan Unit Pendidikan Khas
1996 St Nicholas Deaf Blind Centre mula beroperasi
1996 Kompleks MAB yang baru siap menempatkan semua pentadbiran MAB
di bawah satu bumbung
1997 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) diperkenalkan
1997 SRPK St Nicholas berpindah ke Jalan Alma Bukit Mertajam
1998 Sistem Kod Braille Al-Quran dibenarkan penggunaannya oleh Lembaga
Teks Al-Quran
1998 Kemasukan pelajar bermasalah penglihatan ke program Diploma
Perguruan Malaysia di maktab-maktab perguruan
1998 National Advisory and Consultative Council for the Disabled ditubuhkan
secara rasmi
1998 Malaysian Braille Press ditubuhkan untuk menghasilkan bahan dalam
bentuk Braille
1998 Kamus Dewan Edisi Ketiga Braille diperkenalkan oleh DBP

10

You might also like