You are on page 1of 1

Cara Rasulullah Berdakwah Dalam Peristiwa Terbenamnya Kaki Kuda Suraqah bin

Malik

Jelas kepada kita, peristiwa Suraqah menemui Rasul SAW. namun tidak berupaya
menangkap Baginda menjadi satu bukti kenabian Rasul SAW. Kaki kudanya telah terbenam
ke dalam tanah ketika ia menuju ke arah Rasul s.a.w. Apabila Suraqah turun
danmenghalakannya ke arah Makkah, kuda itu kembali bangun daripada tersungkur.
Apabila dia ingin menghalakan kembali ke arah Rasul SAW., kudanya kembali lemah dan
tidak bermaya.

Dalam kejadian ini, Rasullah tetap berdakwah dengan cara yang lemah lembut walaupun
Suqarah mempunyai niat untuk membunuh Baginda pada awalnya. Apabila Suqarah
mamanggil Rasulullah untuk meminta keamanan, dia dapat mengetahui bahawa Rasulullah
mempunyai penjaga Tuhan yang tidak mampu diketahui oleh keupayaan manusia.
Rasulullah berjanji akan memberikan dua gelang Kisra kepada Suqarah apabila dia rela
menangung kerugian kerana terlepas habuan hadian daripada kaum Quraisy.

Janji Rasulullah kepada Suraqah ini benar-benar terjadi. Suraqah meminta Umar bin al-
Khattab untuk menunaikan janji Rasulullah kepadanya apabila dia terlihat kedua-dua gelang
Kisra adalah antara harta rampasan perang. Oleh itu, Umar memakaikannya kepada
Suraqah di hadapan sekumpulan sahabat, seraya berkata: "Segala puji bagi Allah yang
merampas gelang daripada Kisra dan memakaikannyakepada Suraqah bin Jasyam al-
Arabi."

Demikianlah mukjizat berlaku berturut-turut dalam hijrah ini. Sesungguhnya kejadian demi
kejadian adalah untuk menambahkan keimanan orang-orang mukmin. Ia juga bertujuan agar
menimbulkan keyakinan kepada ahli Kitab yang ragu atau ingkar bahawa Baginda
adalahrasul daripada Tuhan sekelian alam

You might also like