You are on page 1of 2

Confucius

Latar belakang:

- Tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka di negeri China di dinasti Chou pada
zaman Chunqiu.

- Berasal dari keluarga kecil Lu di wilayah Shantung.

- Dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pemerintahan.

- Nama sebenar: Kong Fu Tze.

- Sejak kecil lagi minat membaca mengenai Sejarah, Matematik dan tradisi orang Cina.

- Orang Cina yang pertama memperkenalkan pendidikan.

- Pengikut: Mengzi, Xunzi, Hanyu.

Konsep Pendidikan:

- Pendidikan adalah untuk semua tanpa mengambil kira status sosioekonomi atau kedudukan
sosial.

- Matlamat: menghasilkan individu berkebolehan serta bermoral tinggi, membimbing dan


mendidik agar sentiasa bersedia menjadi generasi-generasi penerus bangsa.

- Aspek kurikulum berfokus kepada buku-buku Confucius dan Pendidikan Moral.

- Pendidikan Moral - penekanan nilai seperti kesetiaan, tolak ansur dan hormat kepada orang
yang lebih tua.

- Buku-buku Confucius – merangkumi bidang falsafah, politik, ekonomi dan kebudayaan seperti
Muzik, puisi dan kesusasteraan.

- Fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati – diperkembangkan melalui proses
pendidikan.

- Setiap individu mempunyai potensi berbeza – beliau mengajar mengikut kebolehan individu.

- Menekankan bahawa pendidikan bukan hanya sebagai suatu kewajipan semata-mata,


melainkan suatu cara untuk menjalani kehidupan ini.
Buku / Kitab ajaran Confucius:

1. Lima Kitab (Wu Jing)


- Berasal dari era sebelum Confucius.
- Terdiri daripada Ching (Kitab tentang Kejadian), Shang Shu (Sejarah), Shi Jing
(Sajak), Li Ji ( Rangkaian Upacara) dan Chun Qiu (Riwayat Chun Qiu)
2. Empat Buku (Shi Shu)
- Merupakan suatu ajaran pokok yang ditulis oleh para pengikut Confucius.
- Antaranya ialah Zhong Yong (Buku tentang Jalan Tengah), Da Xue (Buku tentang
Jalan Besar), Lun Yu (Buku Kumpulan Ujaran) dan Meng Zi (Pokok Pelajaran
Mencius).
3. Buku tentang Jalan Besar (Da Xue)
- Da Xue menyatakan bahawa keamanan dunia tidak akan tercapai apabila seorang
pemimpin negara tidak terlebih dahulu mengaturkan negaranya sendiri secara
teratur.
4. Buku Analects ( Buku Kumpulan Ujaran / Lun Yu)
- Belajar lebih intensif
- Mengajar tidak memandang keturunan
- Mengajar harus sesuai dengan kecekapan para murid
- Mengajar hendak dianggap sebagai media hiburan
- Mengajar menggunakan kaedah yang tepat

You might also like