You are on page 1of 14

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN ABDULLAH
MUNSHI
SEJARAH 2009

BANGUNAN BERSEJARAH DI
MALAYSIA.

MASJID KAPITAN KELING.

NAMA: MUHAMMAD DANIAL BIN SHAMSUDDIN

KELAS: 3 SETIA

NAMA GURU PENILAI: EN MUHAMMAD ASRI BIN MAHTER

-1-
TAJUK : BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA,MASJID KAPITAN

KELING

Bil Isi Kandungan Muka surat


I Tajuk Kajian
Ii Senarai kandungan
iii Penghargaan
iv Objektif kajian
V Kaedah kajian
Vi Hasil kajian
Vii Rumusan
Viii Lampiran
Ix Rujukan

-2-
Syukur kehadrat iIlahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya

menyiapkan kerja kursus Sejarah tingkatan tiga ini yang bertajuk bangunan bersejarah di

Malaysia, Masjid Kapitan Keling.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru panitia

sejarah iaitu Pn.Suhaila Begum dan rakan-rakan seperti Muhaimin,Hakimullah,Imran dan

Bishrul yang telah banyak membantu saya dengan memberi segala maklumat penting

yang berkaitan dengan kerja kursus ini. Sekalung penghargaan juga kepada bapa saya

bernama Shamsuddin bin Dollah dan ibu saya bernama Norlaila bte Ismalil serta ahli

keluarga saya yang telah memberi dorongan kepada saya sepanjang aktiviti ini

dijalankan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En

Muhammad Asri bin Mahter.yang sudi membantu saya dalam pencarian sumber-sumber

yang berkaitan dengan kerja ini melalui perbingcangan secara berkumpulan di kelas. Jika

tanpa bantuan kalian, saya mungin tidak dapat melaksanakan kerja ini dengan jayanya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah

sahaja dapat membalas budi kalian.Amin..

-3-
Kerja kursus ini berorientasikan beberapa objektif-objektif utama, iaitu;

1) Menama serta menghuraikan bangunan-bangunan lama dan bersejarah di

Pulau Pinang.

2) Mengenal pasti pengasas/tokoh Masjid Kapitan Keling.

3) Menyatakan keistimewaan terdapat dibangunan Masjid Kapitan Keling.

-4-
Bagi menyiapkan kerja kursus ini, saya telah melakukan beberapa kaedah. Antara

kaedah yang saya gunakan ialah;

1. Analisis Dokumen

Kaedah ini,amat mudah kerana maklumat mudah diperolehi dengan melayari

internet serta buku-buku ilmiah yang diperoleh daripada Arkib

Negara.Walaupun saya tidak dapat berkunjung ke tempat kajian dengan kerap,

tetapi dengan menganalisis maklumat, saya mendapat maklumat dengan cepat,

tepat dan padat.

2. Lawatan ke tempat kajian.

Saya juga telah membuat lawatan sekali bersama rakan-rakan untuk melihat

bangunan yang bersejarah ini dengan lebih dekat lagi.

3. Temu Bual

Di samping itu, saya juga mendapat maklumat malalui hasil daripada temu

bual. Oleh itu, saya dapat menyoal orang sumber secara berterus terang.

-5-
1.Latar Belakang.

I. ASAL USUL MASJID KAPITAN KELING

Masjid merupakan tempat beribadat bagi menunaikan solat lima waktu sehari dan juga

tempat mengadakan ceramah-ceramah agama bagi masyarakat Islam. Masjid Kapitan

Keling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid yang tertua dan pertama di dirikan di

Pulau Pinang. Masjid ini mula dibina oleh Tentera Syarikat India Timur apabila mereka

tiba di Pulau Pinang pada akhir abd ke-18.

Memandangkan penduduk India muslim di Pulau Pinang pada masa itu semakin

bertambah, maka sebuah masjid yang lebih besar adalah diperlukan. Pada masa itu ada

seorang ketua kaum India muslim iaitu Caudeer Mohudeen yang dikenali sebagai

Kapitan Keling, telah memohon tanah untuk mendirikan sebuah masjid yang baru. Tanah

seluas 18 ekar ini telah diperoleh pada bulan November 1801 dan pembinaan masjid telah

dimulakan dengan segera.

Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf

sebahagian daripada pemberian asal. Jalan-jalan awam dan rumah-rumah di sekeliling

kawasan masjid telah mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar pada tahun

1903. Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan

yang sebelumnya.

II. Pengasas.

-6-
Memandangkan penduduk India muslim di Pulau Pinang pada masa itu semakin

bertambah, sebuah masjid yang lebih besar adalah diperlukan. Seorang ketua kaum India

muslim iaitu Caudeer Mohudeen yang dikenali sebagai Kapitan Keling, telah memohon

tanah untuk masjid yang baru. Caudeer Mohudeen adalah orang yang pertama

mengarahkan pembinaan masjid dan juga adalah pengasas Masjid Kapitan Keling bagi

kaum India muslim di Pulau Pinang.

III. Tarikh Pembinaan.

Masjid ini mula dibina oleh Tentera Syarikat India Timur yang merupakan antara

penduduk Ismalm yang mula-mula menetap di Pulau Pinang di penghujung tahun 1700.

Beberapa tahun kemudian penduduk India Muslim yang kian berkembang jumlahnya

memerlukan sebuah masjid tetap dan yang lebih besar. Pada tahun 1801, masyarakat

India Muslim ini yang diketuai oleh pemimpin mereka, Cauder Mydin Merican yang juga

bergelar ‘Kapitan Keling’ telah diberikan kawasan tanah seluas 18 ekar untuk membina

Masjid. Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan

yang sebelumnya

IV. Lokasi

-7-
Dengan menaiki bas di terminal, iaitu bas Weld Quay melalui Pengkalan Weld melintasi

jambatan. Belok ke kiri dan jalan sepanjang Pengkalan Weld sehingga ke simpang Gat

Lebuh Chulia. Belok ke kanan hingga ke Gat Lebuh Chulia akan melalui simpang Lebuh

Pantai, jalan Gat Lebuh Chulia ini akan menjadi Lebuh Chulia. Jalan sepanjang Lebuh

Chulia hingga ke simpang Masjid Kapitan Keling. Sekarang, belok ke kiri, jalan

sepanjang Jalan Kapitan Keling sehingga nampak Masjid Kapitan Keling di sebelah

kanan.

Sumber*laman web bas rapid penang*

V. Tujuan Penubuhan.

-8-
Penduduk Islam yang mula menetap di Pulau Pinang tiada Masjid yang besar untuk

menampung jumlah penduduk yang beragama islam untuk beribadat hinggalah semasa

kedatangan tentera East India Company pada masa itu. Apabila penduduk India Muslim

yang bermastautin di Pulau Pinang semakin bertambah maka mereka ini bercadang untuk

mendirikan sebuah Masjid yang besar bagi menampung jumlah penduduk islam maka

dengan pimpinan oleh ketua mereka yang bernama Kapitan Keling telah memohon dari

pihak kerajaan Inggeris sebidang tanah untuk membina masjid maka telah diibierikan

kawasan tanah seluas 18 ekar.

Tanah seluas 18 ekar ini telah diperoleh pada bulan November 1801 dan pembinaan

masjid telah dimulakan dengan segera. Pada mulanya bangunan asal yang dibina

merupakan bangunan satu tingkat yang diperbuat dari batu-bata tetapi setelah berabad

lamanya masjid ini telah banyak diubah suai dan telah dinaiktaraf mengikut arus

perkembangan semasa.

VI. Perasmian.

Y.B Tuan Mohd Zain Bin Haji Omar iaitu ahli Exco kerajaan negeri Pulau Pinang telah

merasmikan penukaran nama Jalan iaitu Lebuh Pitt ditukarkan ke Jalan Masjid Kapitan

Keling pada 26/12/1989.

Masjid Kapitan Keling telah dibuat pengubahsuaian untuk mengindahkannya lagi. Kali

pertama pengubahsuaian telah dilakukakn serta telah dirasmikan oleh YB SDR Anwar

-9-
Ibrahim selaku Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu. Ianya dirasmikan pada

29/6/1990.

Masjid Kapitan Keling telah dibuat pengubahsuaian kali kedua serta telah dirasmikan

oleh YAB DATO SERI Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana

Menteri pada masa itu. Perasmian ini telah disempurnakan pada 17/1/2003.

2. Keistimewaan masjid kapitan keling.

I. Pengubahsuaian

Bangunan asal yang dibina merupakan bangunan satu tingkat yang diperbuat dari batu

bata tetapi setelah berabad lamanya masjid ini telah banyak diubahsuaikan dan di

naiktaraf mengikut arus perkembangan arus semasa. Masjid yang sedia ada sekarang

telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya.

Masjid yang berwarna putih ini di kelilingi dengan tembok yang rendah dan dihiasi

dengan kubah dan menara yang berwarna kuning mengikut gaya senibina India Muslim.

Terdapat juga sebuah madrasah (tempat pembelajaran agama) di dalam perkarangan

masjid ini. Menara tinggi yang pernah digunakan ketika dahulu untuk bilal melaungkan

azan terletak di persimpangan di antara Jalan Buckingham dan Jalan Pitt.

- 10 -
Pada tahun 1905, kerajaan telah mengurniakan tanah Masjid Kapitan Keling diistiharkan

tanah wakaf. Masjid Kapitan Keling telah menerima peruntukan sebanyak RM 5 juta

untuk membaik pulih sistem perairan dan bengunan tanpa mengubah bentuk asal masjid

tersebut.

Masjid Kapitan Keling telah dibuat pengubahsuaian untuk mengindahkannya lagi. Kali

pertama pengubahsuaian telah dilakukakn serta telah dirasmikan oleh YB SDR Anwar

Ibrahim selaku Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu. Ianya dirasmikan pada

29/6/1990.

Masjid Kapitan Keling telah dibuat pengubahsuaian kali kedua serta telah dirasmikan

oleh YAB DATO SERI Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana

Menteri pada masa itu. Perasmian ini telah disempurnakan pada 17/1/2003.

II. Hiasan Dalaman.

Pembinaan masjid ini banyak dipengaruhi oleh senibina barat. Jika dilihat pada

pembinaan tiang seri (pillar) lebih tertumpu kepada senibina Eropah (rome). Pembinaan

kubah dibina meluas pada bahagian masjid ini. Sementara reka bentuk dalaman (interior)

masjid jika dilihat dan dikaji ianya banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur senibina barat

terutamannya pembinaan Vault dan Dome. Rupabentuk Vault dan Dome banyak

persamaanya dengan gereja-gereja di Eropah.

- 11 -
Dari segi pencahayaan, masjid ini banyak menggunakan sumber asli (nature light). Ini

kerana pada binaan masjid ini terdapat banyak ruang bukaan yang membolehkan

pencahayaan semulajadi. Di samping itu, pencahayaan tiruan (artificial light) juga

digunakan seperti lampu. Selain itu, bukaan –bukaan ini membantu sistem pengudaraan

dalam masjid ini. Bukaan-bukaan ini mempengaruhi faktor, arah, dan kuntiti

pengudaraan yang terhasil di dalam kawasan masjid.

Ruang dalaman masjid ini yang ruang dan terbuka menepati ciri-ciri ruang bagi sesebuah

masjid dimana ruang dalaman masjid ini terutama tempat berjemaah luas yang boleh

menimbulkan rasa ketenangan di dalam setiap jiwa ahli jemaah. Selain itu,rekabentuk

corak yang menghiasi masjid ini lebih bermotifkan bentuk geometri. Bentuk geometri ini

manyerupai rekaan senibina islam yang lebih tertumpu kepada rekabantuk berasakan

bentuk geometri.

Selain itu, pembinaan masjid ini berorientasikan arah kiblat yang menjadi teras

pembinaan masjid dari dulu hingga sekarang. Selain itu, bangunan di sekeliling kawasan

ini juga mempunyai kesan pengaruh barat. Ini dapat dilihat pada penggunaan tiang seri

(pillar), penggunaan gerbang dan juga terdapat ruang-ruang ukaan seperti mana bangunan

di kawasan barat. Pengaruh ini terhasil dari kesan penjajahan British ke atas Tanah

Melayu pada suatu ketika dahulu (colonial).

Dari segi bentuk perancangan dan susun atur masjid ini mempunyai cirri-ciri

perancangan di Bandar-bandar Eropah. Terdapatnya lorong-lorong/jalan kecil daiantara

- 12 -
blok bangunan. Banyak pokok ditanam dibahagian penjalan kaki sebagai peneduhan dari

kepanasan matahari.

III. Kegunaan Dahulu dan Sekarang.

Masjid Kapitan Keling dari dahulu hingga sekarang masih terkenal sebagai bangunan

warisan dimana ianya dimana dari zaman penjajah dan menjadi salah satu daripada

tarikan pelancong untuk melawat sambil itu mengambil peluang mendirikan solat di

masjid tersebut. Oleh sebab itu,Masjid Kapitan Keling ini telah diiktiraf sebagai

bangunan warisan dunia, dan sebagai tempat pelancongan disamping itu sebagai

berkumpul untuk menunaikan solat. Masjid Kapitan Keling juga telah mendapat

mengikhtirafan dari UNESCO sebagai bangunan bersejarah..

Disamping itu jika dahulu masjid ini merupakan masjid yang pertama dan tertua di Pulau

Pinang untuk penduduk-penduduk Islam Pulau Pinang mendirikan solat hingga sekarang

ianya masih lagi terkenal dikalangan umat islam. Masjid Kapitan Keling, pada masa kini

sangat dikenali sebagai Bangunan Warisan/Sejarah dan menjadi salah satu tempat untuk

pelancong datang berkunjung untuk mengenali senibina dan keindahannya.

- 13 -
- 14 -

You might also like