You are on page 1of 12

Masjid Al-Umm

Sejarah Masjid Al-Uum

Setiap masjid mempunyai sejarah tersendiri. Masjid al-Haram di Makkah pembinaannya

dikaitkan dengan Nabi Allah Ibrahim al-Khalil bersama anaknya Ismail. Pembinaan Masjid

Nabawi di Madinah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dalam rangka hijrah Baginda ke Madinah.

Sebagaimana masjid-masjid yang lain, maka Masjid Al-Umm mempunyai latar sejarahnya

yang tersendiri. Masjid Al-Umm tidak terpisah dari sejarah pembinaan kampus Universiti

Kebangsaan Malaysia di Bangi. Pengwujudan Bandar Baru Bangi adalah sebagai pemangkin bagi

kemajuan UKM. Bandar Baru Bangi adalah diharapkan menjadi `Bandar Universiti` - UKM.

Sebab itu apabila tapak UKM dikenalpasti sejak 1972, turut dikenalpasti tapak bagi Bandar Baru

Bangi dan apabila kampus UKM mulai dibangunkan, maka turut dibangunkan ialah tapak

perumahan Bandar Baru Bangi

Pembangunan Baru Bangi 1975 adalah bermula dengan Seksyen Satu yang mana tapak

bagi sebuah masjid disediakan di Seksyen Satu, di pinggir bukit Bangi (bersempadan dengan

Seksyen 2). Perumahan awal dibangunkan ialah perumahan jenis semi D (8 lorong), rumah teres

dua tingkat (dua baris) dan perumahan teres setingkat type A dan B yang kesemua berjumlah 200

buah rumah.

Perpindahan ke kampus UKM dari Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur (kampus sementara sejak 18

Mei 1970) ialah pada bulan Oktober 1977 (berperingkat). Ppensyarah pada masa itu mula

menghantar buku-buku ke pejabat kampus Bangi pada 26 Oktober 1977, diikuti pemindahan

mereka yang membeli rumah di Bandar Baru Bangi ialah pada 30 November 1977. PKNS yang
berpejabat di Taman Mesra Kajang menyerahkan kunci rumah pada tarikh tersebut dibuat di tapak

perumahan BBB1.

Pada peringkat permulaan belum timbul tentang keperluan mendirikn masjid di Bandar Baru

Bangi, sedangkan di kampus UKM sendiri masih belum ada masjid. Pada peringkat permulaan

bagi penduduk Bandar Baru Bangi yang masih kecil bilangan itu dan juga bagi warga kampus

UKM bersolat Jumaat adalah di Masjid Kajang. Bagi penduduk awal Bandar Baru Bangi untuk ke

Kampus dan Masjid Kajang terpaksa melalui jalan teras jernang melalui jambatan kayu atau jalan

pintas melalui jalan tanah kebun getah dan kelapa sawit keluar melalui jambatan di West Country

ke Kajang. Jambatan ke UKM sebagaimana kini belum lagi dibina.

Apabila warga kampus makin ramai berpindah, maka pihak UKM mengadakan solat Jumaat di

hadapan foyer Pejabat Pentadbiran, UKM, tapi oleh kerana tempat ini kurang selesa, maka ruang

solat Jumaat dipindahkan ke ruang legar Fakulti FSKK2. Apabila bangunan Perpustakaan UKM

siap dibina. Rasmi pembukaannya pada 19 Sya`ban 1400 = 02 Julai 1980, maka solat Jumaat

dilakukan di tingkat bawah bangunan Perpustakaan Tun Seri Lanang tersebut hinggalah Masjid

UKM yang mula dibina pada 16 Mac 1979 itu siap dan mula digunakan pada 16 April 1982.

Dengan adanya Masjid UKM ini, maka solat Jumaat bagi penduduk BBB menunaikan solat Jumaat

di sini.

1
BBB : Bandar Baru Bangi
2
FSKK : Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan
Adapun bagi mendirikan solat berjamaah pada peringkat awal diadakan solat berjamaah dari

rumah ke rumah sebagai amalan usrah, namun selepas penduduk mengadakan AJK bagi

mengadakan aduan kerosakan kepada pihak PKNS3, maka AJK ini sebagai persatuan penduduk

yang diketuai oleh Encik Omar Jaafar dan disetiausahakan oleh Encik Salleh bin Kasim yang mana

Encik Omar Jaafar sebagai Pegawai Pentadbir UKM dilantik menjadi Ahli Ahli Majlis Daerah

Hulu Langat, maka beliau yang selaku YDP Persatuan Penduduk pertama BBB telah berusaha

mendapat sebuah bangunan yang dapat dijadikan surau bagi penduduk BBB yang pada masa itu

hanya mempunyai satu seksyen sahaja. Di atas usaha ini maka pihak PKNS bersetuju menyerahkan

sebuah rumah semi D beralamat No. 6, Jalan 1/3G sebagai surau bagi penduduk. Bangunan ini

secara rasmi diserahkan oleh pihk PKNS kepada Penduduk BBB pada 5 Ogos 1978. Penduduk

BBB mengadakan gotong royong membersih rumah tersebut yang secara kebetulan juga bagi

menyambut awal Ramadhan, maka pada 6 Ogos 1978 bersamaan 01 Ramadhan 1395 Surau mula

digunakan. Nama Surau Al-Umm diberi nama, kerana inilah surau pertama digunakan oleh

penduduk BBB. Nama Al-Umm bererti `Ibu` bagi surau BBB. Dengan adanya Masjid di UKM

dan Surau al-Umm di Seksyen Satu BBB, maka penduduk tidak memikirkan tentang mendirikan

masjid buat pada masa itu.

Walau bagaimana oleh kerana adanya tapak bagi masjid di Seksyen Satu, maka pada tahun-

tahun 1990an ada usaha untuk mendirikan surau dari AJK Surau al-Umm. Pihak Setiausaha Surau

pada masa itu Tuan Haji Hussein Yunus pernah membuat permohonan kepada pihak JAIS 4 bagi

mendapat kebenaran bagi mendirikan surau, dan pernah dilancarkan pemungutan derma, tetapi

usaha ini terhenti. Apa lagi pada awal 1990an selepas berlaku pertambahan perumahan seperti

3
PKNS : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
4
JAIS : Jabatan Agama Islam Selangor
jalan 1/7 hingga 1/9, maka timbul dari kalangan penduduk berkenaan usaha mendirikan surau yang

kini dikenali dengan Surau Al-Nur. Surau ini terkenal sebagai surau yang mengadakan solat

Jumaat dan banyak menjalankan kegiatan keilmuan dan mendapat sambutan dengan adanya guru-

guru setempat dan guru-guru yang didatangkan dari luar. Tenaga utama yang menggerakkan surau

ini yang asalnya AJK Surau Al-Umm ialah Tuan Haji Ghazali Abbas. Surau ini menjadi lebih

terkenal dengan adanya Dar al-Shifa` yang pusat kegiatannya berdekatan dengan Surau al-Nur dan

Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din yang asalnya tinggal di Taman Bangi Kajang berpindah dan

menetap di Jalan 1/9 BBB di sini. Perlu disebut selepas 1990an, kawasan BBB makin meluas,

beberapa seksyen bertambah seperti Seksyen 2, 3 dan 4, maka penduduk bagi seksyen-seksyen

berkenaan berusaha mendirikan surau bagi kawasan perumahan masing-masing, maka makin

bertambahlah surau-surau di BBB. Walau bagaimana hingga kepada masa tersebut belum ada

masjid khas bagi BBB hinggalah pada akhir 1990an ini pihak Kerajaan negeri Selangor melalui

PKNS mengadakan bangunan masjid, walau bagaimana pemilihan tapak tidak dilakukan pada

tapak asal yang disediakan untuk masjid di Seksyen Satu BBB, kerana pada masa itu dengan

bertambahnya berbagai seksyen di BBB – hingga Seksyen 9, maka tapak di Seksyen Satu BBB

dilihat tidak lagi strategik, lagi pula keluasan tapak berkenaan dilihat terlampau sempit bagi sebuah

masjid (1.93 ekar), sebaliknya sebuah tapak baru yang strategik yang berada di kawasan pusat

bandar di seksyen 9, telah dipilih bagi Masjid BBB. Adalah difahamkan pada asalnya dirancang

bagi mendirikan `Pusat Islam` BBB yang luasnya melebihi 10 ekar, tapi yang menjadi realiti hanya

Masjid BBB sahaja didirikan yang kemudiannya dikenali sebagai Masjid Al-Hasanah di atas tapak

lebih kurang lima ekar. Ini adalah merupakan masjid terawal didirikan di Bandar Baru Bangi dan

masjid yang terkenal dengan nama Masjid Al-Hasanah ini mula digunakan pada akhir tahun 2,000.

Maka dengan adanya Masjid Al-Hasanah, di samping penduduk juga boleh menggunakan Masjid
UKM, maka tiada timbul soal mau mendirikan Masjid di Seksyen Satu BBB. Namun tapak

berkenaan tetap kekal bagi bangunan masjid - kawasan yang berdekatan dengan sebuah padang

dan Sekolah Kebangsaan BBB itu ditumbuhi hutan kecil.

Pembinaan Masjid Al-Uum

Pembinaan Masjid Al-Umm bermula. Kerja tapak telah dijalankan bermula 10 hb. Disember 2013.

Pada hari Khamis 02 Januari 2014 akan diadakah Majlis Doa Selamat dan Penentuan Arah Kiblat.

Bagi tujuan ini berbagai pihak yang terlibat bagi menjayakan pembinaan Masjid al-Umm dijemput

seperti pihak MAIS-JAIS, PAID, MPKj, Pejabat Daerah, Kerjaraya, Bomba, Polis, Masjid, Surau-

surau, Sekolah-sekolah dan orang ramai.

Kegiatan ke arah pembinaan Masjid Al-Umm bermula dengan pelancaran Tabung Pembinaan

Masjid Al-Umm pada 19 Mei 1012 dan Majlis Mesra Kenduri Kampung bersama Yang Amat

Berhormat Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor pada 6 hb. Januari

2013. Pada hari itu pihak Y.A.B. Dato` Menteri Besar berjanji akan memberi bantuan dana

berdasarkan ringgit ke ringgit kepada jumlah RM6 juta dari pihak Kerajaan Negeri Selangor. Kini

jumlah yang didapati adalah RM2.5 juta dengan Penasihat Ybhg. Dato` Dr. Haron Din berusaha

untuk mendapat RM1.5 juta. Mencukupkan insya Allah sebanyak RM4 juta. Ini bermakna pihak

AJK perlu mencari sebanyak RM2 juta lagi bagi menjadikan jumlah RM6 juta yang melayakkan

pihak AJK membuat tuntutan dari pihak negeri memberi bantuan RM6 juta. Orang ramai juga

telah dijemput menderma untuk mengisi jumlah yang diperlukan ini.


Rajah 1. Iklan Memohon Sumbangan Pembinaan Masjid Al Umm

Ada kekeliruan berhubung dengan nama Masjid Al-Umm yang dianggap sebagai masjid bagi

kariah Surau Al-Umm. Masjid al-Umm adalah merupakan ,masjid bagi penduduk di Bandar Baru

Bangi. Ianya merupakan masjid kedua selepas Masjid Al-Hasanah bagi penduduk Bandar Baru

Bangi yang kini berjumlah lebih kurang 100,000 penduduk. Nama Masjid Al-Umm memang

diambil dari nama Surau Al-Umm, iaitu sebagai surau pertama diwujudkan di Bandar Baru Bangi

berasaskan bangunan yang diberi oleh pihak PKNS bagi kegunaan surau sejak tahun 1978.

Sebelum ada surau yang lain penduduk seksyen 1, 2, 16 dan Jalan 6 menggunakan surau ini.

Kemudian masing-masing tempat mendirikan surau di bahagian dan Seksyen masing-masing

hingga kini jumlah surau di Bandar Baru Bangi mencecah 30 buah surau. Penggunaan nama Surau

Al-Umm ialah bagi mengekalkan nama surau pertama di Bandar Baru Bangi yang berhampiran

surau ini didirikan Masjid Al-Umm. Surau Al-Umm bila siap Masjid Al-Umm akan terus
digunakan yang kemungkinan menjadi rumah Imam atau asrama pelajar yang mengikuti pengajian

yang dianjurkan oleh Masjid Al-Umm.

Rajah 2. Gambaran Awal Bentuk Masjid Al-Umm

Masjid Al-Umm, insya Allah menyediakan ruang yang cukup bagi jamaah dan bagi mereka yang

mendalami ilmu-ilmu keislaman. Masjid al-Umm menyediakan ruang fizikal yang boleh memuat

secara serentak seramai 3.000 jamah, di samping menyediakan ruangan solat bagi muslimat pada

bahagian atas. Manakala di level bawah ruang multi-purpose seperti tempat ceramah, forum,

tahfiz, sambutan, acara aqad nikah dan jamuan perkahwinan. Masjid Al-Umm menyediakan ruang

fizikal bagi memudahkan semua orang menunaikan ibadat dan mendalami ilmu pengetahuan,

sesuai dengan slogan “Bangi Bandar Ilmu”.

Surau atau masjid Al-Umm?

Topik ini membincangkan cerminan proses pencarian ketepatan dan kesempurnaan antara

membina surau atau masjid bagi menggantikan Surau Al-Umm. Penduduk BBB berdepan dengan

antara prinsip penting Teori Takmilah bahawa kesempurnaan, ketetapan dan kebenaran tetap ada.

Ia mencerminkan Hakikat Tertinggi. Menuju kepadanya adalah merupakan kewajipan. Dalam

Teori Takmilah bahawa `Jalan Ilmu` dan `Jalan Estetik` baik sendirian, tetapi seharusnya secara
serentak menuju kepadanya. Mungkin dalam perjalanan ada kekhilapan, tetapi usaha mestilah

dilakukan bagi mengatasi cabaran, bahkan sebagai jihad bagi mencapai objektif tertinggi

berkenaan.

Hingga Tahun 2000 Bandar Baru Bangi berkembang pesat, taman-taman baharu muncul, setiap

taman mempunyai surau sendiri yang dibina oleh penduduk sendiri atau oleh syarikat pemaju.

Keliling surau Al-Umm sendiri muncul surau-surau seperti Surau Al-Nur, surau Damai, Surau Al-

Ehsan, Surau Al-Ittihad, Surau Al-Istiqamah, Surau Al-Ridhwan dan Surau Al-Mawaddah.

Jamaah yang dari tempat ini dulu menggunakan Surau Al-Umm tidak lagi datang ke Surau Al-

Umm, kerana sudah mempunyai surau sendiri. Manakala taman-taman yang lain mempunyai surau

masing-masing. Jumlah surau-surau di BBB saja melebihi 40 buah dan di bawah Dun Bangi

melebihi 100 buah

Dengan pertumbuhan taman-taman dan pertambahan surau-surau, maka surau Al-Umm digunakan

oleh penduduk Jalan 1/3 sahaja. Dari satu segi pertambahan ruang tidak begitu diperlukan.

Sememangnya setakat ini untuk berjamaah dan mengadakan berbagai-bagai fungsi sambutan

keagamaan ruang masih cukup, kecuali awal Ramadhan kelihatan sesak, tetapi tidak sangat

terdesak. Walau bagaimana memikirkan bahawa bangunan surau adalah pemberian sementara oleh

pihak PKNS, lagi pula ianya berbentuk rumah berdekatan, bahkan bersambung dengan rumah-

rumah kediaman, kurang dari tempat pakir dan dari tapaknya menurun curam dari pinggir bukit,

maka kedudukannya kurang bersesuaian. Dengan melihat kepada surau-surau baru yang dibina

secara berasing di atas tapak khas surau lebih selesa dan lebih mudah mengadakan berbagai-bagai

kegiatan, apa lagi memang diketahui pihak PKNS berhasrat untuk mengambil balik rumah

pemberian sementara dan menggalakkan untuk membina bangunan tersendiri, kerana sudah ada

tapak, maka hasrat mendirikan surau sendiri bagi kawasan Seksyen satu, khususnya 1/3 & ¼ turut
timbul sejak 1980 dan AJK Surau Al-Umm yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Omar Jaafar telah

ditubuhkan dan penghimpunan dana telah dilakukan, tetapi hasrat yang boleh disifatkan kurang

bersemangat ini terhenti begitu sahaja.

Dalam hubungan mengenai pembinaan tapak masjid atau surau Al-Umm, persoalan kebebasan

turut timbul, bahawa jika masjid dibina, maka pihak anak kariah dan AJK akan kehilangan kuasa.

Urusan pentadbiran akan diambil alih oleh pihak JAIS, tetapi jika pembinaan surau dilakukan di

atas tapak tanah yang dicadangkan, maka ianya terlampau dekat dengan surau, iaitu surau Damai

dan Surau al-Ehsan, kerana lokasi ini terpinggir dari Seksyen Satu dan bersempadan dengan

Seksyen 2, lagi pula tanah dua ekar yang disediakan sebagai tapak agak luas dengan keperluan

surau bagi kawasan 1/3 dan ¼, kerana tempat-tempat lain sudah mempunyai surau masing-masing,

lantaran itu ada yang berpendapat alang-alang bina biarlah bertaraf Masjid bagi menampung

keperluan masjid yang memang kekurangan bagi sebuah Bandar seperti Bandar Baru Bangi. Soal

pentadbiran terpulang kepada pihak yang berkenaan. Namun ada yang membangkitkan juga

bahawa jika sudah ada Surau Al-Nur yang mendirikan Jumaat, maka apa perlu lagi mendirikan

masjid. Namun kalau kita hadiri solat jumaat di Surau Al-Nur, surau ini juga tidak dapat

menampung keperluan ruang bagi jamaah yang makin bertambah, sebab itu ianya memerlukan

kawasan yang lebih luas.

Prinsip dan perubahan masjid al umm

Satu prinsip Takmilah yang sepatutnya telah disebut sejak dari awal, sebagai Teori Sastera Islam

dan Seni-Seni Islam yang lain, bahawa segala prinsip Islam dan hukum-hukumnya adalah menjadi

prinsip dan hukum bagi Takmilah. Teori ini mestilah mendukung dan tidak mencanggahinya.

Sebagai contoh Islam menggalakkan syura di dalam membuat keputusan (Al-Shura: 38 & Ali

Imran: 159), maka prinsip membuat keputusan melalui Shura adalah menjadi prinsip bagi
Takmilah. Dengan bermesyuarat mampu mencapai natijah yang lebih baik, maka ianya menepati

dengan konsep Takmilah yang seharusnya sentiasa bergerak kepada yang lebih baik di dalam

menuju Takmilah.

Prinsip Islam yang menjadi dokongan Takmilah dapat dilihat di dalam merangka dan penyediaan

pelan bagi Masjid Al-Umm. Membina sebuah bangunan yang mahal harga yang melibatkan firma

arkitek yang dilantik, melibatkan perunding-perunding dan kontrektor yang kerja-kerja mereka

dibayar menurut kadar sepatutnya, maka pembinaan seharusnya menurut pelan arkitek yang

disediakan oleh firma arkitek yang dilantik. Di dalam hal pembinaan Masjid Al-Umm

sememangnya pihak Firma Arkitek Urusbina diberi tugas bagi menyiapkan plan arkitek. Tetapi

jika dilihat pada lakaran gambaran awal bagi Masjid Al-Umm dengan lakaran gambaran akhir,

maka amat jauh berbeza dari segi dua bentuk lakaran gambaran.

Rajah 3. Lakaran Gambaran Awal Masjid Al-Umm

Lakaran Gambaran awal semacam sebuah surau sahaja. Ini berlaku, kerana jawatankuasa Induk

dan Teknikal yang terdiri dari para professional terus bermesyuarat dan terus membuat cadangan-

cadangan pembaikan pada pelan Masjid Al-Umm. Antara hasil yang utama dan penting natijah
dari perbincangan demi perbincangan ialah mengubah plan Masjid Al-Umm dari dua tingkat

kepada tiga tingkat.

Keputusan diambil berdasarkan faktor-faktor berikut:

1. Tanah seluas dua ekar (sebenarnya 1.89 ekar) kecil bagi sebuah masjid (seeloknya 5 – 8

ekar). Masjid perlu kepada ruang jamaah yang luas dan tempat parkir yang banyak.

2. Masjid Al-Umm tidak mempunyai keluasan yang ideal berkenaan dan tidak mempunyai

ruang untuk pembesaran pada masa akan datang.

3. Untuk mengelak masalah pembesaran pada masa akan datang, maka adalah lebih baik

untuk jangka panjang masjid Al-Umm perlu dibina sebanyak tiga tingkat yang

membolehkan Masjid menampung jumlah jamaah yang lebih ramai.

4. Masjid Al-Umm mempunyai program akan datang sebagai Induk Wadi Ilmu di Bangi

Bandar Ilmu yang memerlukan ruang bagi kegiatan terutama bagi bidang pendidikan dan

pengajian.

5. Ruang-ruang masjid dapat menyediakan keperluan bagi kegiatan keilmuan dan

kemasyarakatan.

Hasil dari perbincangan melibatkan perubahan pelan arkitek yang terpaksa diubah bagi kelulusan

pembinaan (ini antara faktor kelewatan lulus pelan). Perubahan:

1. Tingkat Utama (Tingkat Tengah), ialah ruang solat utama, tempat wudhu` utama dan

tandas (di belakang berasingan), tempat jenazah (berasingan), bilik mesyuarat, bilik imam

dan bilik tamu.

2. Tingkat Atas merupakan ruang solat wanita, bilik mesyuarat (2), kelas tahfiz, bilik IT dan

bilik Sumber (perpustakaan).


3. Tingkat Bawah adalah ruang sebaguna, ruang seminar, bilik Akad Nikah, bilik peralatan

dan bilik persediaan kenduri.

Tanpa merendahkan Firma Arkitek Urusbina, dapat dikatakan bahawa pelan arkitek Masjid Al-

Umm bukan merupakan idea dan rekacipta Firma Arkitek Urusbia sepenuhnya. Bahkan dapat

dikatakan bahawa pelan dan bentuk senibina Masjid Al-Umm adalah hasil gabungan idea,

rekacipta dan senibina jawatankuasa-jawatankuasa pembinaan (induk), teknikal dan perunding-

perunding bersama dengan Firma Urusbina. Sebenarnya ianya tidak menunjukkan kelemahan-

kelemahan mana-mana pihak, tetapi mengunggulkan prinsip syura yang menghasilkan natijah-

natijah yang lebih baik.

You might also like