You are on page 1of 6

KERTAS KERJA CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH BANGUNAN

SURAU AL-EHSAN, DI ANJUNG BEMBAN MAJU, MUKIM SUNGAI TERAP, DAERAH


KINTA, BATU GAJAH, PERAK DI ATAS TAPAK HARTANAH YANG DIKENALI
SEBAGAI LOT 310414, MUKIM SUNGAI TERAP, DAERAH KINTA, BATU GAJAH,
PERAK DARUL RIDZUAN

Disediakan oleh :
Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Ehsan,
Anjung Bemban Maju

1. OBJEKTIF

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan mengenai usaha bersama penduduk Islam untuk
membina sebuah bangunan surau di Anjung Bemban Maju, Mukim Sungai Terap, Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas untuk tujuan sebagai
tempat solat berjemaah, majlis-majlis kuliah, pembelajaran al-Quran dan fardhu ain, qiamullalail,
kenduri, ibadat korban dan sebagainya.

Kertas kerja ini akan menjelaskan betapa pentingnya perlaksanaan projek ini dan seterusnya sokongan
daripada semua pihak berhubung dengan usaha pengumpulan dana untuk mencapai tujuan tersebut.

2. Carta Organisasi
Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Ehsan
PENGERUSI
EN. KAMARUL AZMAN BIN DESA

TIMBALAN PENGERUSI
EN. SYED ROZI BIN SYED ISHAK

SETIAUSAHA
EN. MOHAMAD RAFIUDDIN BIN MHD SHARIPUDDIN

BENDAHARI
EN. NADZRI BIN SHAMSUDIN

AHLI JAWATANKUASA
EN. REDZUAN BIN MOHAMED RAMLY
EN. AHMAD RADZI BIN MOHD SAID
EN. MD RAUB BIN ABD RAHMAN
EN. JAAFAR BIN ALIAS
EN. MAT SAAD BIN CHE HAT
EN. MOHD ASRI BIN AHMAD
EN. TAJUDIN BIN HJ. AHMAD
EN. AZMER BIN AZAR ALI
EN. MOHAMAD NURANI BIN ABDULLAH
EN. MOHD JAMAL BIN RAMLI
EN. MOHD USRI BIN JAMAL

PERMASALAHAN

Keperluan kepada satu tempat ibadat dan pusat sehenti bagi masyarakat di taman ini bagi penduduk
Islam di Anjung Bemban Maju adalah merujuk kepada permasalahan berikut :

i. Penduduk Islam di taman ini tidak mempunyai sebarang tempat bagi menjalankan aktiviti-
aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan secara berkumpulan. Antara masalah yang timbul apabila
pada tahun 2010 terdapat 1 kematian di taman ini. Akibat daripada insiden tersebut, penduduk Islam
di Taman ini terpaksa mendapatkan bantuan serta khidmat dari luar bagi membantu pengurusan
jenazah di taman ini. Amat menyedihkan sekali kerana akibat daripada ketiadaan tempat khusus
seperti tempat urusan mandi jenazah serta satu pusat sehenti bagi memaklumkan apa-apa
perkembangan semasa menjadikan ramai warga taman ini yang tidak mengetahui hal-hal yang berlaku
di taman ini;

ii. Penduduk perumahan Anjung Bemban Maju yang ingin berjemaah di surau berhampiran iaitu surau
Al-Ittifaqiyyah terpaksa menyeberangi pembahagi jalan dua lorong lumut-batu gajah. Manakala
masjid siputeh yang terletak kira-kira 3.0 km dari perumahan Anjung Bemban Maju akan melalui
expressway Ipoh-lumut dan ini akan mendatangkan kesukaran dan bahaya kepada penduduk yang
ingin solat berjemaah. Tambahan pula, pertambahan penduduk semakin bertambah dengan telah
wujudnya sebuah perumahan terdekat iaitu Taman Bemban Setia jaraknya kira-kira 1.2 km.

iii. Dengan ketiadaan tempat yang khusus serta pengisian program dan aktiviti yang baik dan
berkesan, masaalah perpecahan dalam masyarakat sukar diatasi dan dibendung. Selain itu juga,
dengan wujudnya surau di taman ini, penduduk Islam akan dapat saling mengenali di antara satu sama
lain dan ini tentu sekali akan mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif kepada penduduk
setempat.

iv. Majoriti penduduk Islam di taman ini adalah merupakan golongan umur muda dan pertengahan yang
mana kebanyakannya mempunyai akan-anak kecil yang masih bersekolah. Dengan adanya satu
tempat ibadah khusus seperti surau, maka anak-anak kecil tadi akan mendapat manfaat secara
langsung seperti adanya kelas-kelas pendidikan agama dan Al-Quran serta cadangan untuk
mewujudkan perpustakaan sebagai tempat rujukan ilmu. Ini secara langsung akan dapat
mengelakkan anak-anak kita daripada terjebak kepada aktiviti-aktiviti lain yang tidak sihat
seperti terlibat di dalam gejala-gejala sosial yang amat mengancam generasi muda pada masa kini.

v. Selain itu juga, keyakinan masyarakat setempat kepada kerajaan juga boleh terjejas jika
ketiadaan komitmen serta sokongan padu yang tinggi daripada pihak kerajaan dalam menyokong
penduduk setempat demi untuk meningkatkan syiar Islam didalam soal kemudahan beribadah yang
selesa.

vi. Masalah semasa yang dihadapi oleh para penduduk Islam di Taman ini adalah ketiadaan tempat
beribadah yang khusus dan ini nyata sekali akan menghalang jemaah daripada meningkatkan program
dan aktiviti pengimarahan surau. Pada bulan Ramadhan yang lalu, pihak Jawatankuasa Surau
Sementara Anjung Bemban Maju telah secara bergotong -royong dan muafakat, berusaha untuk
melakukan solat terawih secara berjemaah. Para penduduk setempat telah berusaha dengan
perbelanjaannya sendiri, menyewa rumah setingkat di taman ini dan telah berjaya
menjalankan program solat terawih secara berjemaah walaupun di dalam keadaan yang serba
kekurangan.

FAEDAH PEMBINAAN SURAU AL-EHSAN

Berdasarkan kepada perkara-perkara yang disebutkan di atas, cadangan pembinaan Surau Al-Ehsan
ini adalah di atas beberapa tujuan utama iaitu:

   i.                  Dapat memberikan kemudahan kepada penduduk Islam setempat untuk menunaikan
tanggungjawab fardu kifayah.

ii.                  Dapat mendorong penduduk Islam setempat meningkatkan perpaduan dan persefahaman
melalui aktiviti yang dijalankan secara bersama.

iii.                  Mencerminkan komitmen kerajaan dan tanggungjawab sosial bagi meningkatkan syiar Islam
seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga dasar kerajaan.

iv.                  Untuk membolehkan penduduk dan para jemaah agar dapat bersembahyang secara berjemaah
terutamanya di dalam bulan Ramadhan.

v.                  Membolehkan pihak AJK membuat perancangan strategi jangka panjang agar program-program
ilmu dapat dijalankan dengan teratur, berkesan dan selesa.

Mengikut perancangan, setelah siap kelak bangunan surau baru ini juga akan dilengkapi dengan ruang
solat (lelaki dan wanita secara berasingan), kelas mengaji, tempat mengangkat wudhu' lelaki dan
wanita, ruang mesyuarat/perpustakaan dan stor. Cadangan bangunan Surau ini akan dapat memuatkan
lebih daripada 500 jemaah pada satu-satu masa.
5. CADANGAN SPESIFIKASI BANGUNAN SURAU AL-EHSAN

BIL PERIHAL KEPERLUAN DAN CATATAN


1. Kapasiti Jemaah 500 Orang Jemaah
2. Jenis Bangunan Bangunan Satu Tingkat
3. Keluasan Bangunan 744.6 meter persegi : (20.8 x 35.8) meter
4. Keluasan Dewan Solat 196.5 meter persegi : (12.6 x 15.6) meter
5. Struktur Konkrit Tetulang
6. Binaan bangunan Batu bata berplaster (reinforced)
7. Kemasan dinding Lepaan simen (Plaster luar dan dalam)
8. Bumbung Conrete tile dan Metel deck
(Kerangka Bumbung jenis kayu/besi)
2 x 4 asbestos

10. Kemasan cat Emulsion – Kelas sederhana putih


11. Pintu Pintu Gelungsur aluminium
12. Tingkap Tingkap aluminium berkaca jernih
13. Kemasan lantai i. Dewan solat – karpet
ii. Teres koridor – jubin seramik
iii. Bilik pentadbiran – jubin seramik
iv. Kelas – seramik
v. Stor Barangan – jubin seramik

14. Bilik air/wuduk a. Simpanan Air


b. Tandas Lelaki – 2 unit
c. Tandas Perempuan – 1 unit
d. Tempat Wudhu’ Lelaki – 1 unit
e. Tempat Wudhu’ perempuan – 1 unit

15. Pendawaian letrik Single phase – 60 Amphere


(Punca Utama)
a. Punca lampu – double fluorescent with reflector
b. Punca kipas – kipas siling dan dinding
c. Punca kuasa 13A –domestik
d. Punca kuasa 15A – penyaman udara

KOS PEMBINAAN
Kos keseluruhan pembinaan Surau Al-Ehsan ialah RM300,000.00 (Ringgit Malaysia :Tiga Ratus Ribu
Sahaja)

You might also like