You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAWAS

TAJUK:

KERTAS KERJA
MENAIK TARAF SURAU AS-SYAKIRIN SMK LAWAS
TAHUN 2020

“SURAU KONDUSIF JEMAAH AKTIF”

JAWATANKUASA SURAU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAWAS
98850 LAWAS,
SARAWAK.

1.0 MUKADDIMAH

Surau adalah rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat Islam. Surau
menjadi nadi utama bagi program-program keagamanaan dan pendidikan yang
dilaksanakan di sekolah seperti Sambutan Maal Hijrah, Program Maulidur Rasul,
Sambutan Peristiwa Isra’ Mikraj, Program Solat Hajat, dan program-program motivasi
seperti Kem Motivasi Solat, Amali Pengurusan Jenazah , Amali Haji dan Umrah dan
lain-lain.

Surau yang selesa dan kondusif adalah penting untuk mencapai objektif – objektif
program yang dijalankan di surau. Maka projek untuk menaiktaraf surau Sekolah
Menengah Kebangsaan Lawas telah dirancang. Sehubungan itu, Jawatankuasa
Lembaga Surau Sekolah berusaha untuk mencari dana bagi memperbaiki segala
kekurangan dan kerosakan yang berlaku.

2. 0 MATLAMAT

2.1 Projek menaiktaraf ini dapat menjadi medan dakwah yang selesa bagi
warga Muslim SMK Lawas.
2.2 Memberi keselesaan kepada guru dan murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.3 Aktiviti-aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan lebih baik.
2.4 Menjadi tempat ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap
kepada murid-murid Islam
2.5 Tempat Wuduk yang lebih selesa untuk kegunaan murid terutama bahagian paip.

OBJEKTIF

Di antara objektif Projek Menaiktaraf Surau ialah :


3.1 Mewujudkan tandas surau untuk kegunaan dan kemudahan guru ,murid serta pelawat
luar.
3.2 Menambahbaik PA System yang ada kerana masalah bunyi yang tidak jelas.
3.3 Memasang awning bahagian tempat wuduk murid perempuan.
3.4 Mewujudkan tempat pelupusan ayat Al-Qur’an yang lama.
3.5 Menaiktaraf stor dan kelengkapan almari,rak dan lain-lain.
3.6 Memasang pintu dan tingkap sliding.

NAMA PROJEK

”PROJEK MENAIKTARAF SURAU AS-SYAKIRIN


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAWAS.”

TEMA

“SURAU KONDUSIF JEMAAH AKTIF”.

CARTA ORGANISASI INDUK

PENGERUSI:

EN MOHD ZAIN B. MATUSIN (PK PENTADBIRAN)

TIMBALAN PENGERUSI:

EN WAQIYUDDIN B. MOHAMAD

PENGARAH:

US. MOHD ALIFF BIN ZAKARIA

PENOLONG PENGARAH:

US AWANGKU ROSMAFILANA B. AWANGKU MATUSIN


SETIAUSAHA:

USTZ. NURASHIKIN BINTI NASSIM

BENDAHARI:

TUAN HAJI ALI USIN B. HJ MATJISIN

AJK:

PUAN HJH SALMAH BINTI BAKAR


CIK MASITAH BINTI SIDEK
PUAN AZILIA BINTI JULAIHI
EN. AZMI B. HALEH
EN. NUR HISYAM B. BUJANG

ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA JUMLAH

1 Tandas RM 15,000.00

2 Pa System RM 2,000.00

3 Menaiktaraf stor (kelengkapan almari, rak dan lain-lain) RM 3,000.00

4 Memasang pintu dan tingkap sliding RM 7,000.00

5 Bumbung surau (siling) RM 2,000.00

6 Awning bahagian wuduk murid perempuan RM 2,000.00

7 Tempat pelupusan ayat Al-Qur’an RM4,000.00

JUMLAH RM 35,000.00

SUMBER PENDAPATAN
8.1 Program infak daripada orang ramai
8.2 Kutipan derma berkala daripada guru-guru dan murid SMK Lawas
8.3 Memohon sumbangan dana daripada pelbagai agensi kerajaan dan
swasta.

PENUTUP

Akhir kalam , adalah diharapkan agar Projek Menaiktaraf Surau ini diluluskan supaya
berupaya mencapai objektif yang telah digariskan demi menjaga kepentingan serta
kemaslahatan murid-murid dalam meningkatkan syiar Islam. . Sumbangan YB. Dato’,
Tuan dan Puan boleh dibuat secara tunai / cek atas nama Akaun BANK SURAU ASY-
SYAKIRIN SMK LAWAS : 5610 4200 3326 Semoga sumbangan YB. Dato’, Tuan dan
Puan diberkati Allah S.W.T, Insyallah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................... ................................................
(NURASHIKIN BINTI NASSIM) (MOHAMAD ALIFF BIN
ZAKARIA) Setiausaha, Pengarah,
Projek Menaiktaraf Surau As-Syakirin Projek Menaiktaraf Surau As-Syakirin
SMK Lawas . SMK Lawas.

Diluluskan oleh,

.......................................................
( MOHAMAD ZAIN B MATUSIN)
PK Pentadbiran,
SMK Lawas.

LAMPIRAN
KEADAAN SURAU AS-SYAKIRIN SMK LAWAS YANG UZUR
PAIP TEMPAT WUDUK
SURAU ASY SYAKIRIN BAHAGIAN LUAR

You might also like