You are on page 1of 4

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN

Lebuh Sultan Abdul Samad,


42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR

KERTAS CADANGAN PEMBINAAN SURAU AN-NAJAH


SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN

Yang Berusaha,
Pengetua
SMK Bandar Baru Sultan Suleiman
Pelabuhan Klang

KERTAS CADANGAN PEMBINAAN SURAU AN-NAJAH


SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
_______________________________________________________________________________
_

2. PENGENALAN

Kertas cadangan ini disediakan untuk pertimbangan dan kelulusan Pengetua bagi Pembinaan Surau
An Najah SMK Bandar Baru Sultan Suleiman. Peruntukan yang dipohon adalah sebanyak RM 1 300
000.00

3. OBJEKTIF

a. Keadaan Musalla yang sedia ada amat sempit dan padat untuk kegunaan murid-murid
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 untuk solat dan juga aktiviti keagamaan.

b. Murid akan menunaikan solat fadhu zohor di surau sekolah dan terpaksa membuat jadual
penggiliran kerana tidak mampu menampung jumlah murid sekaligus.

c. Aktiviti keagamaan juga banyak diadakan di surau sekolah. Ini melibatkan semua murid
terutama nya pada sambutan Maulidur Rasul, sambutan Maal Hijrah, Ihya’ Ramadhan
Israk dan Mikraj serta Solat Hajat Perdana bersama ibu bapa.

d. Terdapat kira-kira 830 murid sekolah yang merupakan murid beragama Islam. Setiap
aktiviti keagamaan akan melibatkan semua murid dalam satu masa dan terpaksa dibuat
dengan memberikan keutamaan kepada sebahagian murid terutama murid menengah atas
kerana keadaan ruang surau yang sempit

e. Atas kesedaran dan tuntutan agama bagi menerapkan nilai-nilai islam yang murni , maka
guru-guru mengambil inisiatif mendekatkan murid-murid kepada surau dan solat
berjemaah bagi melahirkan generasi yang berdisiplin dan patuh kepada peraturan.

4. KUMPULAN SASAR

Murid dan staf sekolah.

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

a. Perbincangan dengan Pengetua.


b. Mendapatkan sebut harga daripada kontraktor
c. Penetapan had keperluan bajet.

1
Terdapat empat ( 4 ) fasa-fasa pembinaan iaitu :
FASA 1
1. Penentuan arah Qiblat dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Selangor
2. Permohonan kebenaran membina surau dan memohon derma dari Majlis Agama Islam
Selangor
3. Permohonan pengecualian cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri.
4. Penyediaan Dokumentasi Kertas Kerja Pembinaan Surau Al- Najah
5. Pengurusan pemilihan dan perlantikan kontraktor pembinaan.

FASA 2
1. Pengurusan memohon derma dari penduduk Islam Bandar Baru Sultan Suleiman
2. Pengurusan memohon derma dari Pusat Zakat Selangor, Kumpulan Dana
Wakaf, Baitumal, Perbadanan Wakaf Selangor dan sebagainya.
3. Pengurusan memohon derma dari tokoh-tokoh korporat, syarikat-syarikat,
Persatuan dan kelab dan sebagainya.
4. Pengurusan resit dan senarai penderma.
5. Pengurusan rekod dan pangauditan.

FASA 3
1. Pembinaan Surau SMK Bandar Baru Sultan Suleiman
2. Pemantauan dari Jawatankuasa Pembinaan

FASA 4
1. Pengurusan kelengkapan prasarana dan peralatan Surau An- Najah SMKBBSS
2. Pengurusan perasmian Surau An-Najah SMKBBSS
3. Pengurusan menceriakan surau An-Najah SMKBBSS.

6. JAWATANKUASA KERJA

Penaung : Encik Mohd Zulnizamriniudin Bin Md Suhaini (YDP PIBG SMKBBSS)


Pengerusi : Puan Hajah Mariati binti Abdullah (Pengetua)
Naib Pengerusi 1 : Puan Afishah Binti Musa (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : Puan Hajah Faeizah binti Jemali (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3 : Puan Siti Arbaiah binti Palil (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Puan Zainon binti Ibrahim (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
Penolong Setiausaha : Puan Norhafizah binti Mohd Rais (Setiausaha Fizikal Sekolah)
Bendahari : Puan Khairunnisa binti Fisol (Bendahari PIBG)
Penyelaras : Puan Eva Sornam A/P Langar@Gunasegaran
GKMP Bidang Bahasa
: En Sapuan bin Ahmad Khair
GKMP Bidang Kemanusiaan
: Pn. Mohd Zulkiflee bin Ibrahim
GKMP Bidang Teknik & Vokasional
: En Rafiuddin Al-Farabi bin Roosli
GKMP Bidang Sains & Matematik
Penyelaras Surau : Encik Salehhudin bin Yahya ( Penyelaras Surau)
AJK Teknik Menjawab SPM/ : Puan Jamaliah binti Ardali
AJK Kursus Kepimpinan Murid : Puan Norzulaikha binti Mohamad Azizan
AJK Aktiviti Penghayatan Islam : Puan Siti Wakhidah binti Ahmad Mahtar
AJK Program Penghayatan Islam : Puan Ilyani binti Saiman
AJK Pembinaa Surau : Tuan Haji Missanan bin Wahiddin
AJK Pelan Surau : Encik Muhammad Faez bin Ali

2
7. IMPLIKASI KEWANGAN

a. Peruntukan kewangan bagi kerja-kerja Pembinaan Surau An-berjumlah RM 1 300 000.00


b. Sumber kewangan: Pusat Zakat Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor / PIBG / sumbangan
luar
c. Anggaran perbelanjaan:

Jenis Perbelanjaan Kuantiti Kos Seunit Jumlah


(RM) (RM)
Penyediaan Tapak /Infrastruktur 40 000.00 30 000.00

Bangunan : 1 100 000.00 800 000.00


Kerja-Kerja Cerucuk
Pagar

Elektrik 40 000.00 30 000.00


Bekalan Air 40 000.00 30 000.00
Kelengkapan Masjid 80 000.00 50 000.00
Pa Sistem
Penghawa Dingin
Langsir
Mimbar
Papan Kenyataan
Karpet
JUMLAH BESAR 1 300 000.00

8. PENUTUP

Kertas cadangan untuk Pembinaan Surau An- Najah SMK Bandar Baru Sultan Suleiman untuk
pertimbangan dan kelulusan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………………………. …………………………………………………….
Nama : NORHAFIZAH BINTI MOHD RAIS Nama : SITI ARBAIAH BINTI PALIL
Jawatan : Setiausaha Fizikal Sekolah Jawatan : Penolong Kanan Kokurikulum
Nama Sek : SMK Bandar Baru Sultan Suleiman Nama Sek : SMK Bandar Baru Sultan Suleiman
Tarikh : 22.5.2023 Tarikh : 22.5.2023

3
KERTAS CADANGAN PEMBINAAN SURAU AN NAJAH
SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
_______________________________________________________________________________
___

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Pembinaan Surau An Najah


SMK Bandar Baru Sultan Suleiman

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Pembinaan Surau An Najah


SMK Bandar Baru Sultan Suleiman

Ulasan:

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

(HAJAH MARIATI BINTI ABDULLAH)


Pengetua
SMK Bandar Baru Sultan Suleiman
Tarikh:

You might also like