You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

NAIK TARAF KEMUDAHAN MUSOLLA ATTAQWA SK SIMPANG


PELANGAI
28740 BENTONG, PAHANG

1. PENDAHULUAN

Musolla adalah rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat Islam.
Musolla menjadi nadi utama bagi program-program keagamaan,, kemasyarakatan yang
dilaksanakan di Musolla Attaqwa di SK Simpang Pelangai, Bentong. Ceramah-ceramah
agama , program bina insan, program bacaan Yasin pada setiap hari Jumaat, program-
program Solat Hajat , Amali Pengurusan Jenazah , Amali Haji dan Umrah dan lain-lain.
Surau yang selesa adalah penting untuk mencapai objektif program-program yang
dijalankan. Maka program untuk menaik taraf Musolla Attaqwa telah mula dijalankan mulai
tahun 2022 secara berperingkat.
Musolla ini merupakan Musolla hasil sumbangan orang perseorangan, ibu bapa dan
guru-guru SK Simpang Pelangai yang menelan belanja hampir RM10,000. Buat masa
sekarang surau ini mampu untuk menampung seramai 60 orang sahaja pada satu masa.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak AJK Musolla untuk mencari dana dan
memperbaiki prasarana di surau. Walau bagaimana pun , masih terdapat kekurangan yang
perlu diperbaiki , maka usaha menaik taraf Musolla perlu diteruskan lagi.

2. MATLAMAT
2.1 Mewujudkan satu tempat medan dakwah yang selesa bagi warga muslim .
2.2 Mewujudkan tempat ibadah yang selesa dan lengkap dengan prasana yang
diperlukan untuk sesebuah Musolla.
2.3 Menjadikan kawasan yang selesa kepada warga muslim untuk mengadakan
perbincangan, majlis ilmu, PdPc atau aktiviti kokurikulum

3. OBJEKTIF
3.1 Memasang sistem penghawa dingin serta kemudahan lengkap LCD Projector
dan pembesar suara

3.2 Memasang karpet keseluruhan dalam Musolla


4. AHLI JAWATAN KUASA
Pengerusi
Encik Ahma Yusdi bin Ahmad Yusuf (Guru Besar)

Naib Pengerusi
Encik Nor Hazlan bin Mohd Harith @ Md Kharis (PK Pentadbiran)

Setiausaha
Ustazah Huda Adila binti Che Muhamad

Bendahari
Ustazah Muniroh binti Mohd Salleh

Ahli Jawatankuasa
Encik Nik Anuar bin Nik Hassan (GPK Hal Ehwal Murid)
Encik Mohd Shaleh bin Brahim (GPK KoKurikulum)
Encik Ahmad Hakim bin Kastawi (Setiusaha PIBG)
Encik Nazri bin Halim (Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam dan
Penyelaras Musolla Attaqwa)

5. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. KETERANGAN ITEM ANGGARAN HARGA
(RM)
1. 3 UNIT PENGHAWA DINGIN SERTA PENDAWAIAN
5,400.00
(SEBUT HARGA DISERTAKAN)
2. 1 UNIT LCD PROJECTOR 1,600.00
3. 1 UNIT PROJECTOR SCREEN 6’X6’ 170.00
4. 1 UNIT PEMBESAR SUARA 1,500.00
5. KARPET MUSOLLA (750kbps) 3,500.00
JUMLAH 12,170.00

6. SUMBER KEWANGAN
MEMOHON SUMBANGAN PUSAT KUTIPAN ZAKAT DAN WAKAF PAHANG
PENUTUP

Naik taraf surau ini memang ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua warga muslim
sekolah ini, serta ibu bapa. Ini kerana, dengan adanya penghawa dingin, karpet, LCD Projector
serta set lengkap pembesar suara ini maka murid akan mendapat keselesaan semasa mengadakan
sesi PdPc , aktiviti kokurikulum, perbincangan sewaktu petang dan aktiviti boleh dilaksanakan di
sini dengan lebih baik serta selesa. Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-alukan demi
mencapai impian warga sekolah ini. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya
berusaha agar naik taraf Musolla ini dapat disiapkan dengan seberapa segera demi kemudahan
semua murid muslim khususnya dan warga sekolah amnya. Pihak jawatan kuasa mengucapkan
setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan hasrat murni ini. Adalah diharapkan segala sumbangan yang disalurkan mendapat
kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Disediakan oleh Disahkan oleh

………………………………. ……………………………………..............
(NAZRI BIN HALIM ) (AHMA YUSDI BIN AHMAD YUSUF )
Penyelaras Musolla Attaqwa Guru Besar
SK Simpang Pelangai SK Simpang Pelangai
LAMPIRAN

You might also like