You are on page 1of 9

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG STLP 2018

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG PAMOL
TAHUN 2018

1. NAMA PROGRAM

Majlis Anugerah Cemerlang SJK (Tamil) Ladang Pamol Tahun 2018.

2. PENGENALAN

Sekolah amat mementingkan kecemerlangan murid dari segi akademik dan bukan
akademik. Oleh itu, segala kecemerlangan yang dicapai wajar diberi pengiktirafan oleh
pihak sekolah. Hari Anugerah Cemerlang yang diadakan pada setiap tahun merupakan
satu medium yang digunakan oleh pihak sekolah untuk meraikan murid-murid yang
menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri. Adalah
menjadi harapan, pengiktirafan ini dapat menjadi pendorong dan motivasi kepada setiap
murid untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada
tahun-tahun akan datang.

3. MATLAMAT

3.1 Melahirkan murid yang berkeyakinan diri yang tinggi, semangat kerjasama, tolong-
menolong dan bertanggungjawab serta mempunyai semangat tidak mudah putus asa,
ingin mencuba, rajin berusaha, berani dan bersedia untuk mencapai kecemerlangan
diri.
3.2 Memberi galakan kepada ibu bapa agar terus memberikan sokongan kepada anak-
anak mereka dalam mencapai kejayaan serta mengeratkan hubungan dan memupuk
kerjasama antara warga sekolah dengan masyarakat setempat.

1
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG STLP 2018

4. OBJEKTIF

Antara objektif penganjuran Majlis Anugerah Cemerlang :

4.1 Mengumpulkan warga sekolah dan ibu bapa untuk meraikan para murid yang
mencapai kecemerlangan dari segi kurikulum dan kokurikulum..

4.2 Memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran dan memberi sumbangan kepada sekolah.

4.3 Mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan warga sekolah..

4.4 Memberi penghargaan kepada guru-guru yang telah mengorbankan masa bagi melatih
murid-murid sama ada dalam bidang akademik mahupun ko-akademik.

4.5 Memenuhi keperluan dan perancangan pihak kementerian dalam melaksanakan


aktiviti dengan sepenuhnya.

5. TARIKH

21 November 2018.

6. TEMPAT

Dewan Pamol Timur, Kluang

7. KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6.

8. AHLI JAWATANKUASA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

8.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Rujuk Lampiran 1 (a).

8.2 AHLI JAWATANKUASA KERJA

Rujuk Lampiran 1 (b).

9. ATUR CARA PROGRAM

Rujuk Lampiran 2.

2
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG STLP 2018

10. SUMBER KEWANGAN

10.1 Sumbangan PIBG

Rujuk Lampiran 3.

11. PENUTUP

Melalui program ini diharapkan dapat memberikan banyak manfaat kepada warga
sekolah SJK Tamil Ladang Pamol yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam melaksanakan program ini. Semoga apa-apa yang diharapkan dapat diaspirasikan
melalui program ini dengan jayanya demi meningkatkan lagi potensi dan kecemerlangan
murid-murid.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

.............................................................. ................................................................
(THAVAMONY A/P KARUPPANAN)
Setiausaha,
Majlis Anugerah Cemerlang 2018,
SJK (Tamil) Ladang Pamol.

Disahkan Oleh :

……………………………………………

3
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG STLP 2018

Lampiran 1 (a)

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tn. Hj. Ishak bin Mahbob


(Pegawai Pendidikan Daerah Kluang)

Penasihat : En. Mohamad Nasir bin Maskan


(Penolong PPD Rendah Daerah Kluang)

Pengerusi : Pn. Devi a/p Palanisamy


(Guru Besar SJK(T) Ladang Pamol)

Penyelaras : Pn. Jayalatchmee a/p Muthusamy

Setiausaha : Pn. Thavamony a/p Karuppanan


(GPK Kokurikulum SJK(T) Ladang Pamol)

Bendahari : Pn. Mageswary a/p Rajagopal


(GPK Hal Ehwal Murid SJK(T) Ladang Pamol)

Ahli Jawatankuasa : 1) Pn. Selva Mani a/p Veerappan


2) En. S. Berapu a/l Sanasi
3) Pn. Thulasi a/p Dorasami
4) Cik Yasota a/p Kavari
5) Pn. Logeswari a/p Suparamaniam
6) Pn. Punitha a/p Rathnam
7) En. Mohamad Azam Bin Sadirin

4
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG STLP 2018

Lampiran 1 (b)
AHLI JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA / TINDAKAN / GARIS PANDUAN GURU


CATATAN
NAMA BIDANG TUGAS BERTUGAS
Menyambut tetamu di tempat pendaftaran VIP dan AJK
dan mengiringi ke tempat duduk. PIBG (Buku
PENYAMBUT Mendapatkan buku program dari Program -
TETAMU jawatankuasa berkaitan. GB Mages,
Guru Besar dan semua Lain-lain yang difikirkan perlu untuk Semua GPK Rozet,
Penolong Kanan melancarkan lagi perjalanan majlis pada Jambak
hari tersebut. Bunga) –
Pn.Selva
Menyediakan skrip mengikut susunan
aturcara majlis.
Memastikan senarai penerima hadiah
yang dipanggil selaras dengan AJK
PENGACARA
Hadiah. Cik.Yasota
MAJLIS
Memastikan majlis berjalan dengan baik
dan lancar.
Menyelaras perjalanan raptai.

Menentukan kandungan buku progaram.


Mendapatkan senarai penerima hadiah
daripada Pn.Jaya.
Menyemak dan menyediakan buku
program.
Menyerahkan kepada Pn.Jaya untuk
BUKU PROGRAM Pn.Mageswari
semakan terakhir.
Menyiapkan buku program sebelum raptai
penuh.
Menyerahkan buku program AJK
pendaftaran.

Menyediakan backdrop.
Keceriaan pentas dan susun atur
penerimaan hadiah.
Hiasan bunga dan yang berkaitan.
PERSIAPAN
Mengemas pentas sebelum majlis 150 kerusi
PENTAS / En. Berapu
berlangsung. Gazebo - 1
BACKDROP / En. Fauzan
Menyedia dan menyusun kerusi VIP, Lampu
KAIN RENTANG /
tetamu dan ibubapa. (Spotlight)
GIMIK
Memastikan kerusi mencukupi untuk
semua.
Menyediakan gimik untuk perasmian
majlis.
5
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG STLP 2018

Memastikan kebersihan dewan dan


keperluan asas berfungsi.
Memastikan lampu di belakang dewan
Mengemas dan memulangkan semula
peralatan yang digunakan ke tempat asal.

BANNER Mereka banner & membuat tempahan En. Berapu


PRISHA STUDIO Mengambil dari Studio Pn.Jaya
Menyediakan slides persembahan yang
PERSEMBAHAN merangkumi aktiviti-aktiviti sekolah tahun Skrin
En. Fauzan
MULTIMEDIA 2018. Projector

Menyediakan 10 persembahan sebagai


selingan antara ucapan dan penyampaian
hadiah.
Memilih dan melatih murid berkenaan
mengikut keperluan. Semua guru
Memastikan persembahan berjalan dengan yang
baik dan terkawal. bertanggungj
PERSEMBAHAN & Pn. Thava
Menyediakan lagu Thamil thai valthu awab untuk
MUZIK IRINGAN Pn. Mages
untuk permulaan majlis. setiap
Menyediakan muzik iringan semasa persembahan
ketibaan tetamu VIP. (Jika perlu) .

Menyediakan muzik iringan semasa


penerimaan hadiah.

Menentukan menu dan persiapan tempat.


Menguruskan hidangan VIP,tetamu serta
ibubapa.
Mengurus kudapan murid-
JAMUAN DAN Pn. Punitha Air & cawan
murid(penerima hadiah,persembahan)
KUDAPAN Pn. Mimi untuk VIP
Menyediakan gelas & air mineral untuk
tetamu VIP,pengacara majlis dan AJK
bertugas

Menyediakan mikrofon mengikut


keperluan.
Memastikan PA sistem berfungsi dengan
En.Azam
PA SISTEM baik.
Memulangkan semula peralatan yang
digunakan ke tempat asal.

HADIAH/SIJIL Menyediakan senarai hadiah dan Pn.Thulasi Jambak


DAN cenderamata. En.Azam (Sijil) Bunga untuk
CENDERAMATA Menyusun hadiah mengikut tatacara Cik Devi

6
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG STLP 2018

majlis.
Menghias meja hadiah.
Mengemas semula tempat hadiah selepas
majlis berakhir
Mengurus penerimaan hadiah waktu
raptai.

Mengurus raptai penyampaian hadiah.


Memastikan disiplin dan keselamatan
murid.
Melabel kerusi penerima hadiah.
Memastikan kebersihan tempat/dewan
semasa majlis berlangsung
PENGAWAS Memastikan murid yang menerima hadiah
Pn.Jaya
PESERTA / duduk di tempat yang telah ditetapkan dan
Pn. Punitha
KAWALAN MURID bersedia untuk menerima hadiah.
(Selaraskan dengan pengacara majlis)
Menyediakan pengganti sekiranya
penerima hadiah tidak hadir dan pastikan
hadiah diambil semula oleh guru dan
disimpan.

Merakamkan gambar sepanjang majlis


berjalan mengikut kesesuaian dan
keperluan sekolah.
DOKUMENTASI /
Gambar yang telah dirakam hendaklah En.Fauzan
FOTOGRAFI
diserahkan kepada Pn.Jaya untuk tujuan
laporan program.

PERSEMBAHAN Melatih murid untuk tarian vilaku dan


VILAKU & melatih murid membaca doa di awal Pn.Punita B.Thiviya
BACAAN DOA majlis.

Menyediakan borang pendaftaran.


Menyediakan 2 kaunter (meja) Goody Bag
pendaftaran. (Satu untuk
PENDAFTARAN Pn.Thulasi
Mencatat kehadiran ibu bapa. satu
Mengedarkan buku program kepada ibu keluarga)
bapa yang hadir.

7
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG STLP 2018

Lampiran 2

ATUR CARA PROGRAM

21 November 2018

7.00 malam - Pendaftaran


7.30 malam Kehadiran Tetamu Khas
- Tarian Pelita
- Iraivalthu dan Tamilvalthu
- Persembahan Multimedia
Ucapan aluan Guru Besar
Gimik Perasmian
- Penyampaian Cenderamata VIP
Ucapan Perasmian YDP PIBG
Penyampaian Cenderamata kepada Cik.Devi
- Persembahan Murid 1 : (Tarian English)
- Persembahan Murid 2 : (Odissi)
- Persembahan Murid 3 : Kavithai ( Kiran Raj)
- Persembahan Murid 4 : Kathai ( Lishantika)
- Persembahan Murid 5 : (Fesyen Show)
- Persembahan Murid 6 : (Choral Speaking Bahasa Melayu)
- Persembahan Murid 7 : Nyanyian Lagu (Mekalah & Yashini)
- Penyampaian Anugerah (Guru & Staf)
- Graduasi Murid Tahun 6
- Penyampaian Cenderamata
Majlis Penyampaian Hadiah
- Ucapan Terima Kasih
- Persembahan Murid 8 : Penutup (Tarian Kolattam)
- Majlis Bersurai

* Tertakluk kepada apa-apa perubahan.

8
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG STLP 2018

Lampiran 3

KEWANGAN : ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Kuantiti Jumlah

1. Makanan & Minuman (Murid) 50 x RM4.00 RM200.00


2. Makanan & Minuman (Guru) 15 x RM5.00 RM75.00
3. Makanan & Minumana (VIP) 25 x RM6.00 RM150.00
4. Hadiah (Murid Tahun 6) 10 x RM60.00 RM600.00
5. Hadiah Murid 24 x RM8.00 RM192.00
9 x RM10.00 RM90.00
1 x RM20.00 RM20.00
1 x RM30.00 RM30.00
6. Hadiah Guru 12 x RM50.00 RM600.00
7. Cenderamata VIP 2 x RM150.00 RM300.00
8. Roset (Guru) 15 x RM1.00 RM15.00
9. Roset (VIP) 2 x RM3.80 RM7.60
10. Sticker Cop Mohor 2 x RM10.00 RM20.00
11. Perhiasan Latar Pentas & PA Sistem - RM500.00
12. Hadiah Sumbangan 20 x RM20.00 RM440.00
13. Kain Sutera 2 x RM13.00 RM26.00
14. Santhana Mazhai 2 x RM18.00 RM36.00
15. Kain Anugerah YDP PIBG 1 x RM45.00 RM45.00
16. Kertas Pembalut Hadiah 35 x RM1.00 RM35.00
17. Beg Hadiah 13 x RM2.00 RM26.00
18. Hadiah (En.Mageeswaran) 1 x RM110.00 RM110.00
19. Sewa Jubah (Murid) 10 x RM20.00 RM200.00
20. Sewa Jubah (Guru Besar) 1 x RM25.00 RM25.00
21. Jambangan Bunga 2 x RM35.00 RM70.00
22. Sijil Murid 1 x RM28.00 RM28.00

JUMLAH RM3840.60

You might also like