You are on page 1of 2

ACARA BALAPAN

Hadirin sekalian,
Marilah kita beralih ke acara yang dinanti-nantikan, acara balapan iaitu
acara

Perhatian - Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang


untuk bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi

Selingan majlis penyampaian hadiah

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.


Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan hormatnya mempersilakan
_________________________________ dengan diiringi oleh
______________________________ untuk menyampaikan sijil dan hadiah.
Dipersilakan.

Kini diumumkan pemenang-pemenang bagi acara-acara balapan yang telah


dipertandingkan sebentar tadi.

Dimulakan dengan acara ____________________ :


Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen ___________________________

Dipersilakan untuk menerima sijil dan hadiah.

Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen ____________________________


Dipersilakan untuk menerima sijil dan hadiah.
dan Johan dimenangi oleh Kontinjen _______________________________

Majlis penyampaian hadiah keseluruhan

Hadirin yang dikasihi sekalian, kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu.


Dengan bangganya majlis mengumumkan Johan Keseluruhan Kejohanan
Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Zon Kluang Timur Kali ke-48 bagi
Tahun 2017 diungguli oleh ______________________ ( 41 mata ). Tahniah
diucapkan!
Penyampaian cenderamata kepada VIP

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


______________________________ kerana sudi menyampaikan sijil dan
hadiah kepada para pemenang. Sebagai tanda terima kasih, majlis dengan
hormatnya mempersilakan _______________________________________
kepada _________________________________ . Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada


__________________________ atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Ucapan penutup kejohanan

Demikianlah tadi berakhirnya majlis penyampaian sijil dan hadiah bagi


Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Zon Kluang Timur Kali
ke-48 bagi Tahun 2017. Tahniah diucapkan kepada kontinjen yang berjaya
meraih kemenangan pada kejohanan kali ini, dan kepada yang tewas, cuba
lagi pada masa akan datang. Kami mewakili seluruh ahli jawatankuasa
pengelola Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Zon Kluang
Timur Kali ke-48 bagi Tahun 2017 mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua pihak atas kerjasama dalam menjayakan kejohanan
ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Atas segala
kelemahan dan kekurangan sehingga menimbulkan kesulitan, maaf jua kami
pohon. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang.

Jemput VIP makan (kalau ada)

Seterusnya, dijemput _______________________________ untuk mengiringi


_________________________ serta para jemputan menikmati juadah yang
disediakan.

Sekian sahaja majlis pada pagi ini. Wabillahitaufik Walhidayah


Wassalamualaikum WBT dan terima kasih.

You might also like