You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum,
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan laporan Program Bina Insan Guru Fasa 6 ini dengan sempurna. Tanpa rahmat dariNya, sudah tentulah saya menghadapi pelbagai kesukaran dalam menyempurnakan laporan ini.
Ucapan terima kasih diucapkan kepada Dr. Hjh. Maskiah binti Hj. Masrom selaku tutor
kelas 6 PISMP BM/PJ/PM kerana telah banyak memberikan maklumat, panduan, sokongan dan
dorongan sepanjang menjalani program ini dan juga sepanjang proses menyiapkan laporan ini.
Sesungguhnya kesediaan beliau dalam memberikan tunjuk ajar serta kesabaran beliau dalam
melayan kerenah saya dalam usaha menyelesaikan laporan ini amatlah dihargai.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Sekolah Kluster Kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Taman Rinting (2) yang telah memberikan kami peluang dan ruang untuk
hadir ke sekolah bagi membuat pemerhatian terhadap iklim, suasana, berkongsi pengalaman
dan ilmu bersama guru-guru cemerlang seterusnya bagi memenuhi keperluan program ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan sekelas yang telah sama-sama mengharungi
suka dan duka program ini. Sesungguhnya kerjasama yang diberikan daripada kalian amatlah
dihargai.
Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung dalam Program Bina Insan Guru Fasa 6 ini. Sesungguhnya
jasa kalian semua amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

You might also like