You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM


SJK(T) LADANG PAMOL, KLUANG

(P) SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA


Yang berusaha,
Tuan Guru Besar, Pn. Devi a/p Palanisamy
Yang dihormati,
Guru Penolong Kanan 1, En. S. Saravanan,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. R. Mageswary,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. K. Thavamony,
Yang dihormati,
Guru-guru, SJK(T) Ladang Pamol.
Yang diingati,
Rakan-rakan sekalian.

Hari ini hari Ahad, ………………………. 2018.


Bersyukur kita kepada Tuhan kerana diberikan luangan waktu untuk sama-sama
berkumpul di tapak perhimpunan untuk Perhimpunan Bulanan Kokurikulum
SJK(T) Ladang Pamol.

(P) Sebelum memulakan majlis, marilah kita sama-sama menyanyikan Lagu Bangsa
Johor, Lagu Negaraku dan Lagu Tamil Thaivalthu dengan iringan muzik.

(K) (Ketua Perbarisan memberi arahan, “Baris, baris, sedia”)

********************* Selesai nyanyian *******************

(P) Bagi memulakan majlis, dengan hormatnya mempersilakan

Tuan Guru Besar, Pn. Devi a/p Palanisamy


untuk menerima tabik hormat daripada Ketua Perbarisan.

Dipersilakan tuan.
(Ketua Perbarisan Pergi Melapor)

SELAMAT PAGI, TUAN.


KAMI AHLI UNIT BERUNIFORM
SJK(T) LADANG PAMOL,
SIAP SEDIA UNTUK MAJLIS PERHIMPUNAN, TUAN.
MOHON KEBENARAN SENANG DIRI, TUAN.

TERIMA KASIH, TUAN.


(Ketua Perbarisan kembali ke tempat asal)

(K) (Ketua Perbarisan memberi arahan, “Baris….. senang diri”)

(P) Bagi memberkati majlis perhimpunan ini, kita mulakan dengan bacaan doa yang
akan dipimpin oleh ………………………………………………….

(K) (Ketua Perbarisan memberi arahan, “Baris, baris, sedia”)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada …………………………………….. atas


pimpinan bacaan doa itu tadi.

(K) (Ketua Perbarisan memberi arahan, “Baris….. senang diri”)

(P) Kita akan meneruskan majlis dengan melafazkan ikrar Rukun Negara dan Ikrar
Sekolah yang akan diketuai oleh ………………………………

(K) (Ketua Perbarisan memberi arahan, “Baris, baris, sedia”)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada …………………………………………….


atas pimpinan lafaz ikrar itu tadi.

(K) (Ketua Perbarisan memberi arahan, “Baris….. senang diri”)

(P) (Jika ada) Pada minggu ini, kita akan menyaksikan persembahan daripada
………………………………………………………………………………….

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada ………………………………………….. atas
persembahan itu tadi.

(P) Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian, kita teruskan majlis pada
pagi ini dengan mempersilakan guru bertugas pada minggu ini
………………………………………….. untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(P) Majlis merakamkan terima kasih kepada …………………………………………


atas ucapan itu tadi.

Jika terdapat sebarang masalah atau memerlukan sebarang bantuan, silalah


berjumpa dengan guru yang bertugas pada minggu ini.

(P) (Jika ada) Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah bagi
………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………

Bagi menyampaikan hadiah, majlis menjemput


Tuan Guru Besar, Pn. Devi a/p Palanisamy
untuk tampil kehadapan bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dijemput :
1. ……………………………………………………………………………………………
.
2. ….………………………………………………………………………………………..
3. ….………………………………………………………………………………………..
4. ….………………………………………………………………………………………..

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar, Pn. Devi a/p Palanisamy
atas kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.

(P) Sekarang, majlis dengan hormatnya sekali lagi menjemput,


Tuan Guru Besar, Pn. Devi a/p Palanisamy untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
(P) Terima kasih kepada Pn. Devi a/p Palanisamy atas ucapan beliau itu tadi yang
mengandungi nasihat dan teguran berguna buat kita semua. Apa-apa yang
disampaikan sebentar tadi diharap dapat dipatuhi, dituruti dan dijadikan iktibar
buat kita semua.

(P) Semua murid, sila berdiri tegak dan luruskan barisan masing-masing.

(P) Sebelum mengakhiri majlis perhimpunan pada pagi ini, marilah sama-sama kita
menyanyikan Lagu Aku Negaraku dengan iringan muzik.

(K) (Ketua Perbarisan memberi arahan, “Baris, baris, sedia”)

********************* Selesai nyanyian *****************

(P) Bagi menangguhkan majlis, dengan hormatnya majlis mempersilakan Tuan Guru
Besar, Pn. Devi a/p Palanisamy untuk mengambil tempat bagi menerima tabik
hormat dan mohon izin menjalankan tugas-tugas lain.

(K) (Ketua Perbarisan membuat tabik hormat)

SELAMAT PAGI, TUAN.

MOHON IZIN UNTUK MENJALANKAN TUGAS-TUGAS LAIN


TUAN.

TERIMA KASIH TUAN.

(Ketua Perbarisan kembali ke tempat asal)

(P) Semua murid boleh masuk ke kelas masing-masing dalam keadaan beratur dan
senyap.

Sekian, Terima kasih.

(K) (Ketua Perbarisan memberi arahan, “Baris, keluar baris”)

You might also like