You are on page 1of 6

PK07/3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG PAMOL

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL. 3/2018

Tarikh : 22 Julai 2018

Masa : 2.00 - 3.00 petang

Tempat : Bilik Komputer, SJK(T) Ladang Pamol

Pengerusi : En. Mohamad Azam bin Sadirin

Kehadiran : 11 orang guru

Turut Hadir :-

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 En. Mohamad Azam selaku pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-
alukan kehadiran guru-guru ke mesyuarat ini.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Dicadang untuk disahkan oleh En. S. Saravanan.
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. R. Punitha.

3.0 PERKARA BERBANGKIT


Tiada

4.0 FOKUS MESYUARAT

4.1 Analisis Pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2018


4.1.1 Pengerusi menerangkan tentang analisis PPT Bahasa Malaysia
bagi kertas pemahaman dan kertas penulisan Tahun 1 hingga
Tahun 6. Kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikkan
turut dibincangkan (Lampiran A).
4.1.2 Analisis pencapaian PPT 2018 bagi Tahun 1 hingga Tahun 6
adalah seperti berikut :

BIL A B C D E JUMLAH % %
Tahun 1 GPMP
MURID BIL BIL BIL BIL BIL LULUS LULUS GAGAL
Pemahaman 6 3 2 1 - - 6 100 - 1.67
Penulisan 6 4 1 1 - - 6 100 - 1.50
BIL A B C D E JUMLAH % %
Tahun 2 GPMP
MURID BIL BIL BIL BIL BIL LULUS LULUS GAGAL
Pemahaman 9 4 2 3 - - 9 100 - 1.89
Penulisan 9 5 3 1 - - 9 100 - 1.56

BIL A B C D E JUMLAH % %
Tahun 3 GPMP
MURID BIL BIL BIL BIL BIL LULUS LULUS GAGAL
Pemahaman 7 1 3 - 1 2 5 71.43 28.57 3.00
Penulisan 7 1 2 2 - 2 5 71.43 28.57 3.43

BIL A B C D E JUMLAH % %
Tahun 4 GPMP
MURID BIL BIL BIL BIL BIL LULUS LULUS GAGAL

Pemahaman 14 - 2 6 4 2 12 85.71 14.29 3.43

Penulisan 14 - 4 4 2 4 10 71.43 28.57 3.43

BIL A B C D E JUMLAH %
Tahun 5 % LULUS GPMP
MURID BIL BIL BIL BIL BIL LULUS GAGAL
Pemahaman 6 - - 1 1 4 2 33.33 66.67 4.50
Penulisan 6 - 1 3 1 1 5 83.33 16.67 3.33

BIL A B C D E JUMLAH %
Tahun 6 % LULUS GPMP
MURID BIL BIL BIL BIL BIL LULUS GAGAL
Pemahaman 3 - 2 1 - - 3 100 - 2.33
Penulisan 3 - 2 1 - - 3 100 - 2.33

4.1.3 Pengerusi berharap agar semua guru dapat meningkatkan


pencapaian akademik murid-murid bagi menghadapi peperiksaan
yang akan datang.
Tindakan : Makluman

4.2 Pembelajaran dan Pemudahcaraan / Pengurusan Kelas Abad ke-21


4.2.1 Guru-guru diminta untuk memantapkan lagi teknik penyoalan
semasa PdPc. Kaedah penyoalan harus merangsang pemikiran
bercapah murid.
4.2.2 Para guru perlu menerangkan objektif pembelajaran kepada murid
dan ditulis pada papan putih. Ini bagi memastikan murid-murid lebih
bersedia dan bersemangat untuk melibatkan diri dalam
pembelajaran.
4.2.3 Unsur-unsur KBAT perlu dititikberatkan oleh guru-guru semasa
menjalankan aktiviti dalam PdPc.
4.2.4 Para guru perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran
bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Tindakan : Makluman

4.3 Peperiksaan (SAPS)


4.3.1 Guru-guru diingatkan untuk menyediakan kertas soalan bagi Ujian
Bulan Ogos 2018. Guru-guru mata pelajaran teras dan elektif perlu
menyerahkan kertas soalan yang telah disemak oleh guru besar 1
minggu sebelum ujian bermula.
4.3.2 Semua guru diminta membuat analisa dan post mortem bagi kertas
soalan Ujian Bulan Ogos.
4..3.3 Markah murid hendaklah direkod dan disimpan oleh guru-guru mata
pelajaran masing-masing sebagai rujukan sekiranya diperlukan
pada masa akan datang.
Tindakan : Semua guru

4.4 Pencerapan dan Penyemakan Buku Latihan


4.4.1 Pencerapan kali kedua akan dilaksanakan oleh guru besar bermula
pada bulan Ogos 2018 pada bila-bila masa.
4.4.2 Semakan buku latihan murid juga akan dilakukan oleh guru besar
bagi semua kelas bermula pada bulan Ogos 2018.
4.4.3 Para guru perlu memastikan setiap latihan murid ditanda dan dibuat
pembetulan sekiranya terdapat apa-apa kesalahan.
Tindakan : Makluman

4.5 Penggunaan ICT / VLE / ABM / BBM


4.5.1 Penggunaan bahan dan kemudahan ICT adalah amat digalakkan
sewaktu proses PdPc dijalankan.
4.5.2 Guru-guru perlu memanfaatkan kemudahan ICT yang telah
disediakan seperti penggunaan netbook dan penggunaan bilik ICT.
4.5.3 Guru-guru disarankan mengaktifkan penggunaan VLE sebagai
medium sokongan bagi bahan-bahan pembelajaran tambahan bagi
murid-murid.
Tindakan : Makluman

4.6 Program dan Aktiviti Panitia


4.6.1 Pengerusi telah memaklumkan program-program panitia yang telah
berjaya dilaksanakan sepanjang pertengahan Tahun 2018. Pengerusi
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama
yang diberikan.
4.6.2 Beberapa program panitia khusus bagi Tahun 6 yang telah dirancang
akan terus dilaksanakan sehingga Peperiksaan UPSR iaitu Program
BINA, Kelas Sinaran Pagi, ujian tambah nilai, gerak gempur dan latih
tubi.
Tindakan : Makluman

4.7 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


4.7.1 Guru-guru perlu melaksanakan PBD sepanjang proses PdPc.
4.7.2 Semua guru diharapkan telah mengisi perekodan PBD dan
menghantarnya kepada penyelaras PBD sekolah pada bulan Julai
bagi data perekodan PBD penggal yang pertama. Manakala data
perekodan yang kedua perlu dihantar pada bulan November.
4.7.3 Pelaporan PBD murid yang telah lengkap akan disemak dan
ditandatangan oleh guru besar kemudian disimpan dalam Fail
Peribadi Murid dan Fail PBD sekolah.
4.7.4 Satu salinan pelaporan PBD murid bagi mata pelajaran yang diajar
hendaklah disimpan oleh guru mata pelajaran masing-masing.
Tindakan : Semua guru Bahasa Malaysia

4.8 LINUS
4.8.1 Pn. V. Selva Mani (Penyelaras LINUS) membentangkan laporan
ringkas mengenai keputusan Saringan 1 LINUS yang telah selesai
dijalankan mengikut tarikh yang telah ditetapkan dengan baik dan
lancar tanpa sebarang masalah.

TIDAK MENGUASAI MENGUASAI JUMLAH


TIDAK MURID
TAHUN K1-K2 K3-K12 K1-K12
HADIR
BIL % BIL % BIL %
1 0 0 0 0 0 9 100 9
2 0 0 0 0 0 7 100 7
3 0 0 0 0 0 7 100 7

Jadual 1 : Keputusan Saringan 1 membaca dan menulis (LBM) LINUS 2.0

4.8.2 Penyelaras LINUS memaklumkan bahawa Saringan 1 LINUS LBM


2018 hanya melibatkan murid Tahun 3 sahaja.
4.8.3 Semua murid Tahun 3 telah menguasai 100% dalam Saringan 1
LINUS LBM 2018 dengan baik.

PERKARA SARINGAN 2
MEMBACA/ LISAN 01 OGOS 2018 - 14 SEPTEMBER 2018
MENULIS/BERTULIS 30 SEPTEMBER 2018- 12 OKTOBER 2018
PENGISIAN DATA 14 - 26 OKTOBER 2018
Jadual 2 : Tarikh pelaksanaan Saringan 2 LINUS LBM 2.0

4.8.4 Penyelaras LINUS memaklumkan secara ringkas tarikh


pelaksanaan saringan 2 LINUS seperti di jadual 2.
4.8.5 Saringan 2 LINUS akan melibatkan semua murid Tahap 1 iaitu
Tahun 1, 2 dan 3.
4.8.6 Penyelaras juga menyatakan bahawa sebelum saringan 2 LINUS
bermula, satu taklimat ringkas mengenai pelaksanaan saringan
akan disampaikan kepada semua guru LINUS Tahap 1.
Tindakan : Semua Guru LINUS

4.9 Kewangan Panitia


4.9.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan kewangan panitia
telah pun digunakan bagi Minggu Bahasa Melayu yang telah
dilaksanakan pada bulan Mei 2018.
4.9.2 Sebahagian lagi peruntukan panitia telah digunakan untuk membeli
peralatan dan bahan bantu mengajar bagi kegunaan guru-guru.
Tindakan : Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Ucapan Balas Guru Besar

5.1.1 Guru besar berharap agar semua guru memberikan kerjasama


dan melakukan yang terbaik bagi meningkatkan pencapaian
akademik murid-murid.
5.1.2 Guru besar turut berharap agar pencapaian 100% dapat dikekalkan
dalam saringan 2 LINUS 2.0 yang akan datang.
Tindakan : Makluman

6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan
kerjasama yang diberikan oleh semua guru bagi memastikan
kecemerlangan kurikulum sekolah khususnya dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

..........................................……….
(LOGESWARI A/P SUPARAMAIAM)
Setiausaha,
Panitia Bahasa Melayu,
SJK(T) Ladang Pamol.
Tarikh :

You might also like