You are on page 1of 8

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG SUNGAI WANGI II

SEKOLAH TS 25
32000 SITIAWAN, PERAK.

TEL:05-6923055 FAX: 05-6923055

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


KALI KEDUA TAHUN 2021
Tarikh :- 16.07.2021 (Jumaat)
Masa :- 2.00 – 3.30 petang
Tempat :- Kediaman masing-masing

Kehadiran :
1. Pn.M.Saraswathy ( Guru Penolong Kanan KoKurikulum )
2. Pn.D.Devamalar ( Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
3. Pn.A.Rajeswary (AJK)
4. Pn.T.Muveena (AJK)

AGENDA 1
Perutusan Ketua Panitia
1.1 Pn.D.Devamalar selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris mengalu-alukan dan
mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Inggeris yang dapat hadir
pada mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali kedua sesi 2021 yang diadakan secara
atas talian disebabkan oleh penularan COVID-19.
1.2 Ketua Panitia memaklumkan mesyuarat kali ini menekankan kepada Pelaporan
Pentaksiran Pertengahan Tahun dan Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun.
1.3 Ketua Panitia menjemput Puan M.Saraswathy Guru Penolog Kanan Kokurikulum
untuk memberikan ucapan.
Makluman : Semua Guru BI
AGENDA 2
Perutusan Guru Penolong Kanan Kokurikulum ( Pn.M.Saraswathy)
2.1 Pn.M.Saraswathy mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali
kedua bagi sesi persekolahan 2021.
2.2 Beliau berharap semua yang hadir dapat memberi tumpuan dan kerjasama
sepenuhnya sepanjang mesyuarat supaya semua maklumat yang disampaikan
dapat diterima dengan jelas.
2.3 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru kerana
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian sepanjang
pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), perintah kawalan pergerakan
bersyarat (PKPB) dan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) kini.

Makluman : Semua Guru BI

AGENDA 3
Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
3.1 Pn.D.Devamalar membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
3.2 Minit mesyuarat 1/2021 telah dicadang oleh Pn.T.Muveena dan disokong oleh
Pn.A.Rajeswary
Makluman : Semua Guru BI
AGENDA 4
Analisis Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pertengahan Tahun sesi 2021

4.1 Analisis Pentaksiran Bilik Darjah telah debentangkan oleh guru Bahasa Inggeris
masing- masing.
 Tahun 1 dibentang oleh Pn.D.Devamalar
 Tahun 2 dibentang oleh Pn.A.Rajeswary
 Tahun 3 dibentang oleh Pn.D.Devamalar
 Tahun 4 dibentang oleh Pn.T.Muveena
 Tahun 5 dibentang oleh Pn.T.Muveena
 Tahun 6 dibentang oleh Pn.M.Saraswathy
4.2 Berikut adalah Analisis Pelaporan PBD Pertengahan Tahun

TAHUN BIL TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6

MURID BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %

TAHUN 1 27 2 7.4 0 0.0 17 63 7 26 1 3.7 0 0.0

TAHUN 2 18 0 0.0 8 44.4 6 33.3 4 22.2 0 0.0 0 0.0

TAHUN 3 18 0 0.0 5 27.7 7 39 5 27.7 1 5.6 0 0.0

TAHUN 4 21 0 0.0 3 14.2 5 24 10 47.6 3 14.2 0 0.0

TAHUN 5 13 0 0.0 0 0.0 2 15.4 6 46.1 5 38.5 0 0.0

TAHUN 6 24 0 0.0 6 25.0 9 37.5 9 37.5 0 0.0 0 0.0

4.2.1 Perbincangan Analisis Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


Pertengahan Tahun.
4.2.2 Bilangan murid Tahap 1 adalah seramai 63 orang. Bilangan murid yang mencapai
tahap minimum (MTM) pula adalah seramai 48 orang murid dan seramai 15
orang murid pula tidak mencapai tahap minimum.(TMTM)
Bilangan murid mencapai tahap minimum : 48 orang murid (76.2%)
Bilangan murid yang tidak mencapai tahap minimum : 15 orang murid (23.8%)
4.2.3 Bilangan murid Tahap 2 adalah seramai 58 orang. Bilangan murid yang mencapai
tahap minimum (MTM) pula adalah seramai 49 orang murid dan seramai 9 orang
murid pula tidak mencapai tahap minimum.(TMTM)
Bilangan murid mencapai tahap minimum : 49 orang murid (84.4%)
Bilangan murid yang tidak mencapai tahap minimum : 9 orang murid (15.5%)
4.2.4 Murid hanya bersemuka dengan guru lebih kurang 3 bulan.
4.2.5 Dalam jangka masa 3 bulan ada dikalangan murid tahun 1 yang mengalami
jangkitan Covid-19 (positif) dan semua murid tahun 1 terpaksa dikuarantin.
Beberapa guru yang mengajar kelas tersebut juga turut dikuarantin.
4.2.6 Akibat daripada kes Covid-19 maka ada di antara ibubapa yang risau dan khuatir
serta tidak menghantar anak mereka ke sekolah. Maka kadar ketidakhadiran
murid meningkat dengan ketara. Masalah ini secara lansung memberi kesan
kepada pencapaian murid.

4.3 Rancangan peningkatan dan tindakan susulan


4.3.1 Guru perlu kreatif mentaksir murid dalam Norma Baharu.
4.3.2 Guru boleh memilih pentaksiran alternative yang dapat disesuaikan berdasarkan
kaedah PdPR.
4.3.3 Antara pentaksiran alternatif yang boleh dilaksanakan secara talian ialah kuiz
dalam talian, e-permainan dan aktiviti soal jawab semasa kelas dalam talian.
4.3.4 Ketua Panitia meminta para guru untuk menyediakan Rancangan Intervensi untuk
mendapatkan TP 3 dalam Pantaksiran Akhir Tahun.
4.3.5 Guru perlu teliti dengan DSKP dan pernaytaan TP sebelum memberi TP kepada
murid.
4.3.6 Guru tidak boleh beri TP 1 dan TP 2 sewenang-wenagnya. Perlu ada eviden yang
secukupnya. Eviden secara verbal tidak mencukupi.
4.3.7 Guru perlu menghubungi murid yang langsung tidak memberi respon dalam PdPR.
4.3.8 Guru sentiasa perlu memberi tumpuan khas kepada murid pasif yang tidak dapat
mencapai tahap minimum.

Makluman : Semua Guru BI

AGENDA 5
Analisis Bahasa Inggeris PKSR 1 sesi 2021

5.1 Ketua Panitia telah membentangkan analisa PKSR 1 Bahasa Inggeris pemahaman
dan Penulisan.

BAHASA INGGERIS (PEMAHAMAN)

T                            
A Bil. Bil. Bil   Bil   Bil   Bil   Bil.   Bil  
H     . % . % . % . %   % . %
U Muri Hadir           ABCD LULU   GAGAL
N d A B C   D S E
 
4 21 20 3 15 4 20 7 35 2 10 16 80 4 20
5 13 12 2 16.6 3 25 3 25 1 8.3 9 75 3 25
6 24 23 2 8.7 5 21.7 2 8.7 4 17.4 13 56.5 10 43.5

BAHASA INGGERIS (PENULISAN)

T                            
A Bil. Bil. Bil   Bil   Bil   Bil   Bil.   Bil  
H     . % . % . % . %   % . %
U Muri Hadir           ABCD LULU   GAGAL
N d A B C   D S E
 
4
5
6 24 23 5 21.7 3 13 4 17.4 4 17.4 16 69.6 7 30.4

Makluman : Semua Guru BI

5.2 Perbincangan tentang Analisa PKSR 1


5.2.1 Ketua Panitia menjelaskan bahawa secara keseluruhannya keputusan
pemahaman Bahasa Inggeris adalah memuaskan tetapi masih perlu
dimantapkan lagi dalam beberapa kelas terutamanya tahun 6.
5.2.2 Beliau juga memberitahu bahawa keputusan kertas penulisan Bahasa
Inggeris Tahun 6 lebih baik daripada kertas pemahaman.
5.2.3 Beliau juga menjelaskan bahawa Tahun 4 dan Tahun 5 tidak mempunyai
markah asing bagi kertas penulisan dalam Peperiksaan Pertengahan
Tahun 2021.

Makluman : Semua Guru BI

5.3 Kekuatan, Kelemahan dan tindakan susulan

Kekuatan
5.3.1 Guru sentiasa bersedia memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada murid
yang memerlukan bantuan.
5.3.2 Murid menunjukkan minat dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.
5.3.3 Murid-murid dapat menjawab soalan 21 dalam kertas pemahaman
dengan menggunakan teknik yang telah diajar oleh guru.
5.3.4 Murid-murid dapat menulis ayat-ayat mudah dalam kertas penulisan
dengan menggunakan teknik yang telah diajar oleh guru.

Kelemahan
5.3.5 Kesemua guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris merupakan
guru bukan opsyen.
5.3.6 Sebilangan murid masih menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan
24 dan 25.
5.3.7 Terdapat segelintir murid masih tidak memahami kehendak soalan.
5.3.8 Murid kurang berkeyakinan diri.
5.3.9 Tempoh pembelajaran secara bersemuka yang singkat.
5.3.10 Latihan tidak mencukupi.
5.3.11 Murid masih lemah dalam pengurusan masa semasa peperiksaan.
5.3.12 Masalah ketidak hadiran ke sekolah disebabkan penularan Covid-19.

Tindakan Susulan
5.3.13 Mempelbagaikan kaedah PdPC.
5.3.14 Sentiasa memberi ganjaran dan semangat kepada murid.
5.3.15 Mengadakan projek, tugasan dan pertandingan untuk menarik minat
murid.
5.3.16 Memperbanyakkan latihan berbentuk karangan dan bina ayat.
5.3.17 Pengaplikasian PdPC PAK21 masih perlu ditingkatkan.
5.3.18 Murid-murid perlu diberi ujian topikal dari semasa ke semasa untuk
melatih mereka lebih peka semasa menjawab soalan.
5.3.19 Murid-murid diberi latih tubi menulis ayat yang lengkap.
5.3.20 Mengadakan PLC untuk menggalakkan koloborasi yang lebih aktif dan
efektif dalam kalangan guru yang mengajar Bahasa Inggeris untuk
penambahbaikan kualiti PdPC di dalam bilik darjah.

Makluman : Semua Guru BI

AGENDA 6
Perkara Berbangkit
6.1 Tiada perkara berbangkit.
Makluman : Semua Guru BI
AGENDA 7
Hal-hal lain

7.1 Diharap pencapaian Bahasa Inggeris dapat ditingkatkan pada masa akan datang.
7.2 Semua guru Bahasa Inggeris diminta melaksanakan aktiviti atau program yang telah
dirancang pada awal tahun mengikut kesesuaian semasa agar pencapaian prestasi
Bahasa Inggeris dapat dipertingkatkan lagi.

AGENDA 8
Penutup
Akhir sekali Ketua Panitia mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan
kerjasama semua guru dalam menjayakan mesyuarat kali kedua ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

________________ ______________ ________________


(PN.D.DEVAMALAR) (PN.M.RAJAMANI) (PN.N.KAMALASELVI)
KETUA PANITIA BI PK PENTADBIRAN GURU BESAR
SJKT LDG SG WANGI II SJKT LDG SG WANGI II SJKT LDG SG WANGI II

You might also like