You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2022/2023

TARIKH: 23 Mac 2022

MASA: 1.00 PETANG

TEMPAT: BILIK GERAKAN

KEHADIRAN:

Ahmad Nizam bin Dzulkifli - Guru Penolong Kanan Kurikulum


Naterah binti Serat - Ketua Panitia
Norrizah binti Lazin - BM tahun 5S, 4K
Anis Fatini binti Azami -Guru Pra Sarjana
Hasliyati binti Hasan -BM tahun 6S, 4S
Nor Aziati binti Mohamed Bukhari -BM tahun 3S
Norizah binti Ab. Karim -BM 2S
Nurdhiya Husna binti Baharin -Guru Pemulihan
Rohana binti A. Rahman -BM 1S, 1K
Siti Norhazanaton binti Jaafar -BM 3K
Muhammad Najib bin Alias -BM 2K

AGENDA MESYUARAT:

1. UCAPAN ALUAN
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU
3. ISU-ISU BERBANGKIT
4. LAPORAN PBD
5. LAPORAN PEMULIHAN
6. LAPORAN PRA SEKOLAH
7. ANALISA PENTAKSIRAN
8. TAKWIM DAN PERANCANGAN 2022/2023
9. DSKP/DOKUMEN PENJAJARAN/RPT/RPH/PKJR/CATCHUP PLAN TP1-3
10. PENGGUNAAN BUKU AKTIVITI DAN BUKU TULIS
11. HAL-HAL LAIN
12. UCAPAN PENANGGUHAN
1. UCAPAN ALUAN
1.1 Guru penolong kanan Kurikulum mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
dapat hadir ke mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali pertama untuk sesi 2022/2023
1.2 Mengucapkan syabas dan tahniah diatas segala usaha keras guru untuk meningkatkan
pencapaian Bahasa Melayu pada tahun lalu.
1.3 Menekankan mata pelajaran Bahasa Melayu, mata pelajaran paling penting sebagai
tunjang utama kepada mata pelajaran yang lain, dan berharap guru-guru dapat
melaksanakan pdpc mengikut skpmg2.
1.4 Guru perlu merangka perancangan untuk penambahbaikan tahun lalu.
1.5 Harapan guru penolong kanan agar guru-guru terus meningkatkan prestasi cemerlang
subjek Bahasa Melayu untuk sesi 2022/2023.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Pengesahan minit mesyuarat lalu : Rohana binti A. Rahman
2.2 Disokong oleh :Anis Fatini Binti Azami

3. ISU-ISU BERBANGKIT
3.1 Mesyuarat memaklumkan terdapat tiga orang murid 6 Kekwa masih memerlukan
bimbingan berfokus dalam menguasai bacaan dengan baik. Murid tersebut merupakan
Farish Iqbal, Aliff Irfan dan Muhammad Fauzee.
Tindakan : Guru BM 6K & Pemulihan

3.2 Mesyuarat memaklumkan seorang murid tahun 2 Kekwa (Putri Nurfarisha) mempunyai
masalah kehadiran dan guru-guru bimbang akan keciciran dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu sekiranya sentiasa tidak hadir ke sekolah. Kes tersebut akan dirujuk kepada GPK
HEM untuk tindakan selanjutnya.
3.3 Mesyuarat memaklumkan dua orang murid dari kelas 3K, Saifullah dan Ganesan akan
dirujuk ke PPKI dan telah diambil tindakan oleh Guru Pemulihan mengikut prosedur yang
ditetapkan.

Tindakan : Pemulihan, Guru BM 2K & 3K


4. LAPORAN PBD
4.1 Mesyuarat membentangkan Organisasi Panitia Bahasa Melayu sesi 2022/2023.
4.2 Semua guru perlu menyediakan dan melengkapkan rancangan pengajaran harian, DSKP
dan rancangan pengajaran tahunan. Semua guru diminta menghantar buku RPH, RPT
dan DSKP pada hari Isnin 04/04/2022.
Tindakan : Semua Guru

4.3 Mesyuarat membentangkan laporan dan analisa PBD akhir tahun 1 hingga 5 bagi
tahun 2021 untuk pelan tindakan dan perancangan seterusnya oleh panitia.

TAHUN TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6

1 SEROJA 0 0 0 13 14 0

1 KEKWA 3 5 4 17 0 0

2 SEROJA 0 0 0 22 8 2

2 KEKWA 1 0 14 15 4 0

3 SEROJA 0 0 3 10 8 7

3 KEKWA 0 0 1 7 18 0

4 SEROJA 0 0 0 8 24 0

4 KEKWA 0 0 4 19 8 0

5 SEROJA 0 0 0 0 24 7

5 KEKWA 0 0 2 23 4 0

4.4 Mesyuarat memaklumkan penguasaan murid dalam TP 1 dan TP 2 perlu diberi perhatian
dan bimbingan berfokus oleh guru-guru agar dapat mempertingkatkan lagi tahap
penguasaan murid tersebut. Tahap Penguasaan murid yang tidak menguasai sedikit
sebanyak boleh mempengaruhi peratusan bilangan murid yang menguasai.
4.5 Pemberian TP perlu diberi secara pertimbangan profesional semasa atau selepas pdpc
berakhir.
Tindakan : Semua Guru Bahasa Melayu

5. LAPORAN PEMULIHAN
5.1 Mesyuarat memaklumkan seramai 15 orang murid pemulihan dari tahun 2 dan 3.
5.2 Dua murid Tahun 3 di diagnos sebagai murid berkeperluan Khas dan masih dalam
rujukan ke pegawai perubatan.
5.3 Mesyuarat memaklumkan bahawa seramai 8 orang murid Tahun Dua dikenalpasti
sebagai murid pemulihan manakala 7 orang murid dari Tahun Tiga.
5.4 Mesyuarat memaklumkan perancangan tahunan Program pemulihan pada sesi
2022/2023.
5.5 Mesyuarat menyatakan hanya dua orang murid dari tahun 2 memerlukan bimbingan
berfokus kerana masih lemah dalam menguasai 3m.
Makluman dan Tindakan

6. LAPORAN PRA SEKOLAH


6.1 Mesyuarat menyatakan jumlah kapasiti maksimum murid pra adalah seramai 25 orang
murid.
6.2 Mesyuarat memaklumkan terdapat 23 orang murid berumur 6 tahun dan 2 orang murid
berumur 5 tahun pada sesi 2022/2023.
6.3 Mesyuarat memaklumkan 15 orang murid Pra Sarjana berumur 6 tahun melangkah ke
tahun 1 untuk sesi persekolahan 2021. 5 orang murid boleh membaca dengan lancar, 10
orang murid boleh membaca dengan sokongan, manakala 2 orang murid lagi perlu
dibimbing (mild autism).
Makluman dan tindakan

7. ANALISA PENTAKSIRAN
7.1 Mesyuarat membentangkan laporan dan analisa Pentaksiran Akhir Tahun 2021 (Tahap 2)
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu pemahaman dan penulisan.
BAHASA TAHUN A B C D E X
MELAYU TAHUN A B C D E X
4 SEROJA 18 12 4 0 2 1
4 SEROJA 16 13 4 2 1 1
4 KEKWA 7 4 7 6 7 4
4 KEKWA 7 7 10 3 4 4
5 SEROJA 16 10 3 4 0 0
5 SEROJA 22 7 3 1 0 0
5 KEKWA 5 2 6 7 4 7
5 KEKWA 2 5 6 3 8 7

PEMAHAMAN

BAHASA MELAYU PENULISAN

7.2 Mesyuarat menyatakan adanya peningkatan dalam pemahaman dan penulisan dalam
analisa pentaksiran berbanding dengan tahun sebelumnya.
Makluman : Semua Guru BM

8. TAKWIM DAN PERANCANGAN TAHUNAN 2022/2023


8.1 Mesyuarat membentangkan takwim dan perancangan tahunan bagi sesi 2022/2023.

8.2 Program dan Aktiviti 2022


8.2.1 Mesyuarat memaklumkan Program galakan membaca dilaksanakan bagi
mengenalpasti murid lemah dan bimbingan berfokus diberikan kepada murid
yang memerlukan khususnya murid Speech Delay (Khalish Rizqi)
8.2.2 Mesyuarat memutuskan program 2022 lebih berfokuskan untuk meningkatkan
kualiti dan kuantiti murid dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur,
membaca dengan lancar, dan menulis.
8.2.3 Pendekatan program juga lebih mengkhususkan kepada peningkatan kualiti dan
kemahiran guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pdpc mengikut Pelan
Strategi Organisasi (PSO) 2021-2026.
Makluman dan tindakan semua guru
BM

8.3 Perkembangan Staf (LDP/PLC) dan PdPc


8.3.1 Perlaksanaan pdpc mengikut standard yang ditetapkan dalam Skpmg2,
mempraktikkan abad ke 21 dan memperkasakan penggunaan ICT dalam pdpc.

8.3.2 Mesyuarat memaklumkan LDP kaedah akan dilaksanakan bagi guru tahap 1
dalam mempertingkatkan kemahiran terutamanya menggunakan kaedah digital
supaya mempunyai impak dalam peningkatan kualiti pdpc guru.

8.3.3 Mesyuarat memaklumkan, PLC - perkongsian pdpc dan ilmu dalam pedagogi akan
diperkasakan dalam kalangan ahli panitia untuk memantapkan lagi kemahiran
guru Bahasa Melayu.
8.3.4 Mesyuarat memutuskan pentaksiran akan dilaksanakan dua kali setahun,
mengikut takwim kurikulum sekolah dan penetapan pbd adalah sepanjang tahun.

8.4 Perbelanjaan Panitia (PCG), mesyuarat memaklumkan ahli panitia disarankan untuk
merancang dan mengisi nota minta untuk memohon pembelian BBM atau pelaksanaan
program bagi peningkatan akademik Panitia Bahasa Melayu.

Makluman dan tindakan ahli panitia

9. DSKP/DOKUMEN PENJAJARAN/RPT/RPH/PKJR/CATCHUP PLAN TP1-3


9.1 Mesyuarat memutuskan DSKP digunakan untuk sesi 2022/2023, dan bukan lagi
menggunakan DSP.
9.2 Mesyuarat memutuskan jumlah waktu bagi PKJR adalah sebanyak 1 masa dalam
seminggu.
9.3 Mesyuarat memaklumkan isu jadual anjal memberi penambahan waktu pengajaran guru
dan mempengaruhi silibus pembelajaran.
Makluman : Ahli Panitia Bahasa Melayu

9.4 Catch up plan 3


9.4.1 Mesyuarat memaklumkan “Catch Up Plan 3” dilaksanakan bermula 21 Mac 2022
sehingga 1 April 2022. Kumpulan sasaran yang terlibat terdiri daripada murid yang
mendapat Tahap Penguasaan (TP) 1, TP 2, TP 3 dan murid yang tidak ditaksir
menggunakan kaedah pedagogi terbeza, dengan intervensi berfokus kepada 3
bidang kemahiran Mendengar dan bertutur, membaca, menulis dan Aspek
tatabahasa. Perlaksanaan dijalankan sewaktu pdpc.
9.4.2 9.4.2
TAHUN TP 1 TP 2 TP 3 Jumlah

Tahun 2 3 5 4 12
Tahun 3 1 0 14 15
Tahun 4 0 0 4 4
Tahun 5 0 0 4 4
Analisa Murid Mencapai TP 1 hingga TP 3 untuk program CUP 3 (2022)

9.4.3 Mesyuarat memutuskan, TP murid-murid tersebut akan dinaikkan setelah


selesainya “CUP 3” dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat.

Makluman dan Tindakan: Guru Bahasa


Melayu

10. PENGGUNAAN BUKU AKTIVITI DAN BUKU TULIS


10.1 Mesyuarat memutuskan penggunaan buku tulis dan buku garis 3 adalah seperti
ketetapan yang berikut.
10.1.1 Tahun 1: 2 buku
10.1.2 Tahun 2s: 3 Buku
10.1.3 Tahun 2k: 2 Buku
10.1.4 Tahap 2: 2 buku garis 1, 1 buku karangan dan 1 buku aktiviti.

Makluman : Semua guru BM

11. HAL-HAL LAIN


11.1 Mesyuarat memaklumkan agar buku rekod PDPc perlu dikemaskini dan mengikut
dskp
yang ditetapkan dalam Mesyuarat Pengurusan Kurikulum bil 1/2022-20203.
Makluman semua ahli Panitia
11.2 Mesyuarat memaklumkan terdapat empat orang murid tahun 1 yang masih tidak
memahami dan lancar dalam pertututran menggunakan Bahasa Melayu dengan baik
atas faktor persekitaran dan penggunaan bahasa ibunda. Tindakan susulan akan
dibuat.
11.3 Mesyuarat menyatakan guru-guru Bagi kelas 2 Kekwa dan 3 Kekwa boleh
mengaplikasikan teknik membina ayat yang mudah khususnya murid yang masih
lemah dalam menguasai bacaan dan penulisan.
Makluman dan tindakan : Guru BM dan
Pemulihan

12. UCAPAN PENANGGUHAN


Mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dan berharap
AJK Panitia Bahasa Melayu dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Mesyuarat ditangguh pada pukul 3.30 petang.

DISEDIAKAN OLEH,

Setiausaha Panitia Bahasa Melayu

SK Tengku Zainun

You might also like