You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PA’ABAS

78000 ALOR GAJAH, MELAKA

Minit mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Kali Pertama.

Tarikh : 29 March 2023


Hari : Rabu
Masa : 1.05 petang
Tempat : Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Ayer Pa’abas

Kehadiran :

1. Puan Asmah binti Wahab - GPK Pentadbiran


2. Pn Suriati binti Johari - Ketua Panitia B.Inggeris
3. Cik Nur Anis Nabilah binti Ahmad
4. Puan Mas Elissa binti Wahit

1.0 Ucapan Ketua Panitia - Pn Suriati binti Johari

1.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih pada pentadbir dan semua guru kerana
menyertai mesyuarat panitia kali pertama sesi 2023/2024
1.2 Berharap semua guru terus bersemangat untuk menggalas amanah dan tanggungjawab
demi kemenjadian anak-anak murid SKAP.

Makluman

2.0 Ucapan alu-aluan GPK Pentadbiran Puan Asmah binti Wahab

2.1 Puan Asmah mengalu-alukan kehadiran semua guru.


2.2 Meminta guru mengemaskini fail panitia bagi tahun 2023/2024.
2.3 Meminta guru agar sentiasa komited dan bersedia membantu murid dalam sebarang
masalah berkaitan pelajaran.
2.4 Puan Asmah juga mengingkatkan guru-guru berkaitan CUP3. Intervensi-intervensi yang
telah disenaraikan, perlu dilaksanakan bagi meningkatan tahap penguasaan murid-murid
yang terlibat.

Makluman

3.0 Pengesahan minit mesyuarat.

Disahkan : Pn Mas Elissa binti Wahit


Disokong : Cik Nur Anis Nabilah bt Ahmad
4.0 Perbincangan Profesional

4.1 PBD

4.1.1. PBD perlu dilaksanakan sepanjang tahun oleh semua guru mata pelajaran setiap kali
selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.
4.1.2. Murid yang masih mendapat TP1,2 dan 3 perlu melalui intervensi (ReST dan I CAN)
4.1.3. Borang transit PBD wajib disediakan dan diletakkan di dalam fail RPH
4.1.4. Berikut merupakan analisa PBD mata pelajaran Bahasa Inggeris berakhir pada Februari
2023.

KELAS/ BIL MURID TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6


TAHUN KESELURUHAN
BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %
MURID MURID MURID MURID MURID MURID

1 USM 27 1 3.7 3 11.1 11 40.1 6 22.2 5 18.5 0 0

2 UIA 38 0 0 2 5.3 4 10.5 25 65.8 7 18.4 0 0

3 UPM 28 0 0 2 7.1 3 10.7 12 42.9 8 28.6 2 7.1

4 UTM 26 0 0 0 0 4 15.4 15 57.7 7 26.9 0 0

5 UKM 22 0 0 0 0 0 0 8 36.4 14 63.6 0 0

6 UM 22 0 0 0 0 0 0 10 45.5 9 40.9 2 9.1

Tindakan: Semua guru Bahasa Inggeris


4.2 Penggunaan Buku dan Penandaan Buku

4.2.1. Panitia Bahasa Inggeris telah berbincang dan menetapkan bahawa hanya dua buku
sahaja digunakan dalam sehari bag menangani masalah beg sekolah berat.
4.2.2. Bagi murid Tahap 1, mereka akan menggunakan buku teks dan buku aktiviti pada setiap
hari Isnin hingga Jumaat.
4.2.3. Bagi murid Tahap 2 pula, mereka akan menggunakan buku teks dan buku aktiviti pada
setiap hari Isnin hingga Khamis, manakala pada hari Jumaat mereka akan menggunakan
buku teks dan buku karangan.
4.2.4. Penulisan karangan Bahasa Inggeris wajib diajar sekurang-kurangnya seminggu sekali.
4.2.5. Latihan, buku kerja dan buku tulis murid wajib ditanda selewat-lewatnya 2 hari selepas
kerja dihantar oleh murid.
4.2.6. Semakan penandaan buku akan dijalankan oleh pentadbir sekurang-kurangnya 2 kali
setahun, oleh itu semua guru perlu mematuhi jadual penghantaran semakan buku
yang telah diberi.
Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

4.3 Pengumpulan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

4.3.1. Pengumpulan RPT telah dibuat oleh Ketua Panitia, Puan Suriati dan dihantar kepada GPK
Pentadbiran. Semua ahli panitia juga akan menerima RPT dalam bentuk imbasan QR
Code.
Makluman

4.4. Cara Penulisan RPH

4.4.1. Semua ahli Panitia Bahasa Inggeris akan menggunakan RPH bercetak dengan template
masing-masing yang dirasakan bersesuaian.
4.4.2. Penulisan RPH mestilah merujuk kepada DSKP, SOW dan RPT.
4.4.3. Penulisan refleksi dilakukan setelah selesai sesi pdpc.

Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris


4.5. Anggaran Belanjawan Panitia Bahasa Inggeris

4.5.1. PCG Panitia Bahasa Inggeris yang telah diluluskan (pecahan 42%) untuk tahun 2023
ialah sebanyak RM 254.43 Berikut ialah anggaran perbelanjaan yang akan digunakan:

Bil Perkara Anggaran


1 Minggu Bahasa & Aktiviti HIP (40%) RM 101.78
2 ABM (40%) -Barang habis guna RM 101.78
3 Kertas Ujian (10%) RM 25.44
4 Pelarasan (5%) RM 12.72
5 Baki Bawa ke hadapan (5%) RM12.72

Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

4.6 Guru-guru Bahasa Inggeris sesi 2023/2024

Tahun 1: Puan Mas Elissa binti Wahit


Tahun 2: Puan Suriati binti Johari
Tahun 3: Cik Nur Anis Nabilah binti Ahmad
Tahun 4: Cik Nur Anis Nabilah binti Ahmad
Tahun 5: Puan Suriati binti Johari
Tahun 6: Cik Nur Anis Nabilah binti Ahmad
Makluman

4.7 Tempahan Banner sudut Bahasa Inggeris dan HIP zone

4.7.1. Ahli panitia telah bersetuju untuk menempah banner panitia dan banner HIP zone. Sudut
HIP yang baru telah dikenalpasti iaitu di kawasan bawah tangga yang dahulunya
merupakan stor pekerja. Beberapa bahan HIP telah ditampal di sepanjang tangga tingkat
bawah menuju ke tingkat pertama dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Panitia
juga akan memulakan kerja-kerja menaiktaraf kawasan tersebut dengan bantuan pekerja
swasta sekolah serta ahli Kelab Bahasa Inggeris sekolah.

Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris


4.8 Program Panitia

4.8.1. Beberapa program di bawah panitia Bahasa Inggeris yang telah dipersetujui untuk
dijalankan sepanjang tahun 2023/2024 ialah:

1) Minggu Bahasa - Kerjasama bersama panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Tarikh
pelaksanaan adalah sekitar bulan Jun. Pengisiannya akan dibincangkan kemudian
dalam mesyuarat khas akan datang.
2) Catch That Words – melibatkan murid tahun 1,2 dan 3 dan dilaksanakan pada 5 minit
pertama proses pengajaran dan pembelajaran sekurang-kurangnya seminggu sekali.
3) Catch That Phrases – melibatkan semua warga SKAP. Setiap bulan, dua frasa dalam
Bahasa Inggeris akan ditampal di sudut HIP bermula Mei. Semua warga SKAP diharap
dapat mempraktikkan frasa-frasa yang ditampal dalam perbualan seharian.
4) MyV Book – melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6. Mereka akan menulis perkatan Bahasa
Inggeris yang tidak dfahami di dalam buku Myv, kemudian mencari maksudnya. Guru-
guru Bahasa Inggeris akan menyemak buku tersebut sekurang-kurangnya sebulan
sekali.
5) Nyanyian Lagu Sekolah dalam Bahasa Inggeris – dengan kerjasama Panitia Muzik,
murid-murid Tahun 5 & 6 akan dilatih untuk menyanyikan lagu sekolah dalam Bahasa
Inggeris dan rakaman akan dibuat dengan bantuan guru ICT sekolah. Lirik lagu telah
pun diedarkan kepada semua murid semasa minggu pertama persekolahan.
6) Penyertaan murid dalam pertandingan – panitia telah bersetuju untuk menghantar
penyertaan Choral Speaking bagi membolehkan lebih ramai murid mengambil bahagian
dalam Temasya Bahasa selain mempunyai potensi untuk mendapat tempat dalam
pertandingan tersebut.
Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

4.9 Analisis SWOT


4.9.1 Kekuatan
Terdapat seramai 3 orang guru yang berpengalaman dengan seorang major TESL dan dua
minor Bahasa Inggeris. Masing-masing telah mempunyai pengalaman mengajar antara 3-16
tahun. Bahan Bantu Mengajar juga mencukupi dan akan digunakan secara maksima.

4.9.2 Kelemahan
Kekerapan guru menghadiri kursus dan taklimat menyebabkan kekurangan masa untuk
menghabiskan Sukatan Pelajaran Tahunan. Murid lambat menguasai kemahiran yang diajar
kerana masalah 3M dan kegagalan menyiapkan kerja rumah yang diberikan.
Makluman
5.0 Hal-hal lain
5.1 Pn. Asmah bt Wahab berharap agar guru-guru Bahasa Inggeris dapat mempertingkatkan
usaha bagi memastikan pencapaian yang lebih cemerlang.
5.2 Pn. Asmah juga berharap agar guru yang akan menduduki peperiksaan CEFR pada tahun ini
akan lulus dengan cemerlang.
Makluman

6.0 Ucapan Penangguhan


6.1 Puan Suriati mengucapkan terima kasih di atas komitmen yang diberikan disepanjang
mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 petang.

Disediakan oleh,

Cik Nur Anis Nabilah binti Ahmad


Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan Ayer Pa’abas

You might also like