You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PA’ABAS

78000 ALOR GAJAH, MELAKA

Minit mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Kali Pertama.

Tarikh : 17 Februari 2021


Hari : Rabu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran :

1. Puan Asmah binti Wahab - GPK 1


2. Pn Suriati binti Johari - Ketua Panitia B.Inggeris
3. Cik Nur Anis Nabilah binti Ahmad
4. Puan Mas Elissa binti Wahit

1.0 Ucapan Ketua Panitia - Pn Suriati binti Johari

1.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih pada pentadbir dan semua guru kerana
menyertai mesyuarat panitia kali pertama.
1.2 Berharap semua guru dapat terus menjalankan PDPR walaupun sekolah ditutup untuk
PDP secara bersemuka.

2.0 Ucapan alu-aluan GPK 1 – Puan Asmah binti Wahab

2.1 GPK1 mengalu-alukan kehadiran semua guru.


2.2 Meminta guru mengemaskini fail panitia bagi tahun 2021.
2.3 Meminta guru agar sentiasa komited dan bersedia membantu murid dalam sebarang
masalah berkaitan PDPR yang sedang dijalankan.

Tindakan : Guru matapelajaran

3.0 Pengesahan minit mesyuarat.

Disahkan : Pn Mas Elissa binti Wahit


Disokong : Cik Nur Anis Nabilah bt Ahmad
4.0 Analisis PBD Tahun 2020

4.1 Berdasarkan data akhir PBD tahun 2020, semua ahli panitia bersetuju bahawa tiada sisipan
diperlukan bagi modul PDPR tahun 2021.
4.2 Ini kerana, semua murid Tahap 2 berjaya melepasi tahap penguasaan 3 dan ke atas, manakala
hanya terdapat seorang murid tahun 1 di TP1, seorang murid tahun 2 di TP1 dan seorang
murid tahun 3 di TP 2.
4.3 Oleh hal yang demikian, rancangan pengajaran tahunan dan dokumen penjajaran kurikulum
2.0 adalah sama dan tiada sebarang perubahan.

5.0 PDPR

5.1 Puan Asmah, GPK 1 menerangkan mengenai jadual waktu PDPR yang terbaru di mana
terdapat pembahagian untuk setiap subjek yang memerlukan pengajaran dan tutorial.
5.2 Bagi bahagian pengajaran, guru-guru disarankan untuk membuat video pengajaran yang
ringkas atau berkongsi pautan video dan menghantarnya ke group watsapp kelas.
5.3 Bagi bahagian tutorial pula adalah waktu yang dicadangkan untuk murid-murid menyiapkan
modul yang telah diserahkan. Guru- guru dinasihatkan agar sentiasa bersedia untuk
membantu murid walaupun tidak dapat bersemuka.
5.4 Guru-guru juga diminta menyediakan fail rekod bahan PDPR bagi setiap subjek yang diajar, di
samping diingatkan untuk menanda lembaran kerja yang telah dihantar semula oleh murid
agar penilaian dapat dilakukan. Hal ini penting bagi menentukan tahap penguasaan murid
yang akan di catatakan di dalam rekod PBD.
5.5 Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan kepada ibu bapa, masalah peranti dan capaian
internet yang lemah menyukarkan sesi PDPR untuk dijalankan secara atas talian. Oleh itu,
pihak sekolah mengambil keputusan untuk menjalankan PDPR secara luar talian.
5.6 Puan Asmah, GPK 1 turut mengingatkan murid agar menyelitkan nilai sivik di dalam pdp
masing-masing mengikut tema yang ditetapkan.

6.0 Perancangan Tahun 2021

6.1 Pihak panitia akan terus komited untuk memastikan murid-murid diberi peluang menyertai
pertandingan ko akademik seperti Public Speaking , Story Telling dan sebagainya mengikut
norma baharu.
6.2 Program Phrases of The Month juga akan diteruskan dengan menambah baik sudut HIP
sekolah.
6.3 Program MyV Book pula akan diperluaskan kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6.
6.4 Pihak panitia juga berhasrat untuk menjalankan aktiviti 3 minutes with English bagi setiap kali
Perhimpunan rasmi sekolah.
7.0 Hal hal lain:

7.1 Bagi memudahkan urusan penyerahan dan pemulangan modul PDPR, pihak sekolah
telah menyediakan beberapa set loker mengikut kelas yang akan diletakkan di pondok
pengawal.
7.2 Loker-loker tersebut adalah sumbangan daripada murid-murid Tahun 6 2020 yang telah
meninggalkan sekolah.
7.3 Selain itu, pihak PIBG juga telah berbesar hati menyumbangkan sejumlah wang untuk
pembelian fail plastik bagi mengisi modul PDPR. Setiap murid akan mendapat dua buah fail
plastik beserta label nama.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.

Disediakan oleh,

Pn Suriati Binti Johari


Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan Ayer Pa’abas

You might also like