You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL.

1/2023

SK TEMONG, 33600 ENGGOR, PERAK DARUL RIDZUAN

Bil Mesyuarat : 01 Tahun 2023

Tarikh : 28 Mac 2023 (Rabu)

Masa : 1.00 petang – 2.00 petang

Tempat : Makmal Komputer SK Temong

Hadir :

1. Pn. Hartini binti Mohd Sirat ( Pengerusi )


2. En. Zainuddin bin Abdul Malek (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. En. Ahmad Ridzuan bin Kamaruddin (Setiausaha)

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan surah Al-Fatihah.
Pengerusi juga mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke
mesyuarat panitia kali pertama sesi 2023.
Makluman

1.2 Encik Zainuddin mengucapkan tahniah kepada Panitia Bahasa Inggeris kerana mengadakan
mesyuarat panitia kali yang pertama. Beliau meminta guru panitia Bahasa Inggeris agar
sentiasa meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris murid-murid SK Temong.
Makluman

1.1 Encik Zainuddin juga meminta agar guru-guru menggunakan kaedah pengajaran Abad ke 21
semasa PdP. Guru-guru Bahasa Inggeris boleh menggunakan IT bagi meningkatkan minat murid
dalam PdP Bahasa Inggeris.
Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 3/2022

2.1 En. Ahmad Ridzuan bin Kamaruddin membentangkan minit mesyuarat Panitia Bahasa
Inggeris Bil 3/2022 kepada ahli mesyuarat. En. Zainuddin bin Abdul Malek mencadangkan
agar minit mesyuarat disahkan dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit


Tiada perkara-perkara berbangkit. 6 maklum balas telah selesai dijawab
4.0 Gerak Kerja Kurikulum Semasa

4.1 Post Mortem Bahasa Inggeris SK Temong 2022


4.1.1 Analisis UASA Bahasa Inggeris SK Temong 2022/2023. Berdasarkan analisis, pencapaian
Bahasa Inggeris SK Temong masih boleh ditingkatkan. Masih ada murid yang
memperoleh TP 1 dan TP 2 terutamanya kelas Tahun 5 dan Tahun 6.
Makluman

TP TP TP TP TP % TP TP TIDAK % TIDAK
MENGUASAI JUMLAH
KELAS 6 5 4 3 MENGUASAI 2 1 MENGUASAI MENGUASAI
TH 6 0 3 7 4 14 73.7 5 0 5 26.3 19
TH 5 2 3 2 3 10 47.6 5 6 11 52.4 21
TH 4 0 1 2 6 9 42.9 8 4 12 57.1 21
TH 3 0 4 11 5 20 87.0 3 0 3 13.0 23
TH 2 0 7 4 8 19 100.0 0 0 0 0.0 19
TH 1 0 5 8 4 17 89.5 2 0 2 10.5 19

4.1.2 Guru hendaklah melakukan intervensi agar pencapaian murid yang tidak menguasai
Bahasa Inggeris dapat dipertingkatkan.
Tindakan: Semua Guru Bahasa Inggeris

4.1.3 Berikut adalah factor-faktor yang dikenalpasti menyebabkan sasaran yang ditetapkan
tidak dapat dicapai.
a. Murid tidak biasa dengan format soalan UASA.
b. Guru kurang sumber soalan memandangkan format UASA tidak sama dengan
format UPSR. Soalan dengan format UASA masih kurang dalam pasaran
menyebabkan guru tidak dapat melaksanakan latihtubi untuk murid.
c. Terdapat murid yang ada masalah kehadiran.
d. Murid kurang kosa kata menyebabkan mereka tidak faham kehendak soalan. Ini
juga menyebabkan mereka tidak dapat membina ayat walaupun ayat ringkas.
e. Murid tidak dapat menulis dengan baik kerana tidak hafal ejaan.
f. Murid tidak menyiapkan tugasan yang diberikan guru.
g. Ibubapa tidak mahir Bahasa Inggeris dan tidak dapat membantu kerja rumah
Bahasa Inggeris di rumah.
Makluman

4.1.4 Langkah-langkah yang diambil oleh guru bagi mengatasi tersebut adalah seperti
berikut:
a. Mendapatkan set-set soalan dengan format UASA agar murid menjawab dengan
baik mengikut kehendak soalan.
b. Guru menyediakan set kosa kata Bahasa Inggeris untuk dihafal oleh murid.
c. Meningkatkan latihtubi Bahasa Inggeris agar murid biasa dan faham kehendak
soalan.
d. Guru bertegas dengan murid yang tidak menyiapkan tugasan yang diberikan.
e. Guru membiasakan murid dengan cerita-cerita Bahasa Inggeris agar mereka boleh
membina ayat dan karangan Bahasa Inggeris yang baik.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris


4.2 Penetapan Buku Tulis dan Aktiviti/RPH Guru
4.2.1 Guru hendaklah mendapatkan Standard Prestasi subjek yang terkini melengkapkaN
Rancangan Pengajaran Tahunan. Cara penulisan buku rekod pengajaran harian perlu
selaras mengikut lampiran dan contoh yang telah diedarkan. CIDS adalah salah satu
cara guru menyediakan Rancangan Pengajaran Harian.
Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

4.2.2 Buku tulis murid hendaklah ditanda setiap kali selepas latihan murid. Murid tahap 1
mempunyai sekurang-kurangnya 2 buku tulis. Murid tahap 2 sekurang-kurangnya
mempunyai 2 buah buku tulis dan 1 buku tulis karangan.
Makluman

4.2.3 Guru hendaklah memberikan kerja rumah sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.


Makluman

4.2.4 Mana-mana guru yang membuat fotokopi boleh membuat tuntutan bayaran
daripada guru kelas.
Makluman

4.3 Program-Program Panitia Bahasa Inggeris Tahun 2023


4.3.1 Program-program yang akan dilaksanakan pada tahun 2023 adalah seperti berikut:
a. Melaksanakan MBMMBI dan juga HIP seperti mana tahun-tahun sebelumnya.
b. Bacaan dan hafalan kosa kata Bahasa Inggeris 5 minit sebelum guru Bahasa
Inggeris memulakan PdP.
c. Minggu Bahasa Inggeris
d. Alunan lagu-lagu Bahasa Inggeris pada waktu rehat sepanjang tahun.
e. Pertandingan Spelling Bee.
f. English Movie.
g. Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

4.3.2 Setiausaha akan mengedarkan takwim panitia dan guru Bahasa Inggeris boleh
merujuk kepada takwim pantia tersebut untuk mengetahui masa program tersebut
akan dijalankan.
Makluman

4.4 Penilaian Prestasi Murid.


4.4.1 Guru-guru hendaklah sentiasa melaksanakan PBD. Sekiranya ada masalah
berkenaan PBD, guru hendaklah merujuk SU PBD.
Makluman

4.4.2 Guru mestilah menyediakan pelaporan PBD terutamanya pada pertengahan dan
akhir tahun.
Makluman
4.4.3 Guru-guru juga hendaklah maklum pelaksanaan UASA. SK Temong akan
mengadakan dua kali ujian dengan format UASA iaitu pada pertengahan sesi dan
akhir sesi. Guru-guru hendaklah prihatin dengan soalan format UASA yang baru
diperkenalkan agar pencapaian murid dalam Bahasa Inggeris dapat ditingkatkan.
Guru juga perlu peka dengan pelaporan yang dikehendaki oleh JPN dan PPD.

Makluman
5.0 Hal-hal Lain
Tiada

6.0 Ucapan Penangguhan


6.1 Pn. Hartini menangguhkan mesyuarat pada pukul 2.00 ptg dengan surah al-asr dan tasbih
kifarah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………. …..…………………………………………….
(Ahmad Ridzuan bin Kamaruddin) (Puan Hartini binti Mohd Sirat)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan Temong. Sekolah Kebangsaan Temong.

You might also like