You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL.

1/2022
TARIKH: 28 MAC 2022
HARI: ISNIN
MASA: 12.10 TENGAHARI
TEMPAT: BENGKEL RBT

Kehadiran:
1. En Ahmad Zakaria bin Mazlan – Ketua Panitia
2. En Syarafuddin bin Sazali - Setiausaha
3. Cik Analia Jasmine binti Muhammad Azian
4. En Mohd Hisham bin Haris
5. En Muhamad Rosleezan bin Arisan
6. En Muhammad Hazwan bin Othman
7. Pn Fatimatul Zahara binti Ghazali
8. Pn Kavitha A/P Ramachandran
9. Pn Khairunnisha’ binti Bais
10. Pn Santhini A/P Sivaguru
Turut hadir :
1. Pn Rosnani binti Jono – GPK Pentadbiran

1.0 KATA- KATA ALUAN KETUA PANITIA


1.1 Ketua Panitia merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru Bahasa
Inggeris pada mesyuarat kali pertama untuk tahun persekolahan 2022-2023 ini.

2.0 PENYELARAS SETIAP SUBJEK


2.1 Penyelaras untuk setiap subjek termasuk Bahasa Inggeris ialah guru-guru yang
mengajar subek berkenaan di kelas Cendekia.
Makluman : semua guru

3.0 ALAT BANTUAN MENGAJAR (ABM) & NOTA MINTA


3.1 Pengerusi meminta guru-guru memberitahu beliau jika ada tambahan ABM. Jika
tiada apa-apa tambahan, pengerusi mencadangkan agar pihak panitia menggunakan
nota minta pada tahun sebelumnya.
Makluman : semua guru.

4.0 PELAKSANAAN CATCH UP PLAN (CUP)


4.1 Pelaksanaan Catch Up Plan akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 15 April 2022
iaitu selama 4 minggu.
Makluman : semua guru
4.2 Setiap guru dikehendaki mempunyai senarai nama murid yang terkini bagi kelas
semasa yang diajar beserta keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi murid
yang mendapat Tahap Penguasaan (TP) 1 hingga 3 sahaja.
Makluman : semua guru
4.3 Guru dikehendaki menggunakan pendekatan terbeza berdasarkan tahap penguasaan
murid, iaitu;
4.3.1 TP 1 & TP 2 : Pemulihan
4.3.2 TP 3 : Pengayaan.
Makluman : semua guru
4.4 Guru diberi kebebasan untuk menggunakan cara yang sesuai untuk membimbing
murid seperti menggunakan modul atau sebagainya.
Makluman : semua guru
4.5 Guru boleh menggunakan templat CUP sesi 2021/2022.
Makluman : semua guru

5.0 PENGGUNAAN BUKU TULIS


5.1 Bilangan buku tulis untuk semua tahun ialah;
5.1.1 Tahap 1 : akan dibincangkan bersama guru-guru Tahap 1.
5.1.2 Tahap 2 : 1 buah buku garis satu dan 1 buku esei.
Makluman : semua guru
5.2 Agihan latihan yang dicadangkan bagi murid Tahap 2 ialah 2 hingga 4 karangan
sebulan.
Makluman : guru-guru Tahap 2

6.0 PENYELARASAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


6.1 Semua guru subjek akan menggunakan RPH yang telah dibeli oleh pihak panitia.
Makluman : semua guru

7.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)


7.1 Guru perlu melaksanakan PBD sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Makluman : semua guru
7.2 Borang transit hendaklah diletakkan dalam folder RPH sebagai bukti pelaksanaan
penilaian.
Makluman : semua guru
7.3 Guru perlu menggunakan buku PBD yang dibeli oleh murid di kedai buku. Guru juga
perlu mengutip buku tersebut dan disimpan di sekolah bagi mengelakkan murid
tercicir.
Makluman : semua guru
8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Pengerusi berharap segala perancangan yang telah diatur dapat dilaksanakan dengan
jayanya untuk tahun ini.
Makluman : semua guru
8.2 Mesyuarat ditangguhkan.

Disediakan Oleh,

………………………………………………….
(SYARAFUDDIN BIN SAZALI)
Setiausaha
Panitia Bahasa Inggeris
SK Kg Maju Jaya

You might also like