You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL.

1/2022/2023

SK PANTAI REMIS, 34900 PANTAI REMIS.

Tarikh : 26 Februari 2022


Hari : Sabtu
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kediaman masing-masing
Kaedah : Virtual / google meet
Kehadiran :

1. En. Ahmad Fauzi Bin Mohd Zain - Guru Besar 8. Pn. Noor Hidayah Binti Din
2. En. Azmi Bin Hj. Ahmad– PK Kurikulum 10. Pn. Fakerah Binti Zuber
3. En. Rusli Bin Mansor – PK HEM 11. Pn Haimas Binti Mohamad
4. En. Mohd Halit Bin Abdul Ghani – PK Kokurikulum 12. En. Zaidi Bin Abdul Rahman
5. Pn. Shamsuriah Binti Ibrahim– Ketua Panitia 13. En. Abdul Rahman Bin Salleh
6. Pn. Siti Hajar Binti Yaacub- Setiausaha 14. Pn. Noor Asiah Binti Ahmad
7. Pn Zarina Binti Hussain 15. Pn. Hasliza Binti Hisamudin

Agenda :

1.0. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan memulai majlis dengan bacaan ummul kitab.
Beliau turut mengalukan kehadiran semua guru di mesyuarat kali pertama.
1.2 Pengerusi berharap agar semua guru bersikap positif dan dapat menyumbangkan idea
bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu.
1.3 Pengerusi memaklumkan tujuan dan agenda mesyuarat kali pertama.

2.0 Ucapan Wakil Pentadbir (Penolong Kanan Pentadbiran)

2.1 Encik Azmi mengucapkan salam dan tahniah kerana Panitia Bahasa Melayu dapat
mengadakan mesyuarat kali pertama. Beliau juga mendoakan supaya semua guru
selamat daripada wabak COVID 19, dan juga bersemangat untuk meneruskan
khidmat bakti dalam dunia pendidikan.

2.2 Ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru sebagai tanda komitmen untuk
menjayakan Mesyuarat Panitia Bil.1/2022/2023 bagi membincangkan beberapa
perkara berkaitan pengurusan panitia demi kejayaan sekolah dan seluruh warganya
pada tahun 2022/2023. Pelbagai perkara berkaitan panitia perlu diberi perhatian untuk

1
memudahkan tugas guru walaupun dalam suasana masalah wabak berbahaya
COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

2.3 Beliau berharap agar Panitia Bahasa Melayu dapat membincangkan rancangan
panitia pada tahun 2022/2023.

3.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Kali ke 4 / 2021/2022

3.1 Dibentangkan oleh : Pn. Siti Hajar Binti Yaacub


3.2 Dicadangsahkan oleh : Pn Haimas Binti Mohamad
3.3 Disokong oleh : Encik Zaidi bin Abdul Rahman

4.0 Perkara Berbangkit

Tiada

5.0 Pengesahan Lantikan AJK 2022/2023

5.2 Dibentangkan oleh : Pn. Siti Hajar Binti Yaacub


5.2 Dicadangsahkan oleh : Pn Zarina Binti Hussain
5.3 Disokong oleh : Puan Noorhidayah binti Din

6.0 Perancangan Panitia 2022/2023

6.1 Takwim (Sila rujuk Lampiran 1)

6.2 Agihan Belanjawan

6.2.1 Ketua Panitia mengedarkan Nota Minta untuk diisi oleh guru-guru dan
akan diserahkan kepada kerani kewangan berpandukan agihan belanjawan
panitia 2022/2023.

6.3 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

6.3.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa pendidikan Sivik, wajib diajar sekali
dalam sebulan iaitu di hujung bulan dan mesti ditulis dalam RPH dan
diajar selama 30 minit seminggu serta ditulis di dalam RPH.
6.3.2 RPH ditulis dengan cara CIDS, menggunakan fail atau pun penggunaan
Buku Rekod Mengajar.

2
6.4 Fail Panitia

6.4.1 Fail Panitia mesti dikemas kini dan mengandungi item yang telah
ditetapkan.
6.4.2 Semua guru Bahasa Melayu perlu mengisi maklumat peribadi dan jadual
waktu peribadi bagi sesi 2022/2023.

6.5 Latihan Murid

6.5.1 PK Pentadbiran mengingatkan, guru-guru harus menyemak buku latihan


murid selewat-lewatnya tiga hari selepas latihan diberi. Pembetulan mesti
ditegaskan kepada murid.
6.5.2 Panitia Bahasa Melayu telah bersetuju dengan latihan yang diberi kepada
murid bagi meningkatkan kemahiran dan kualiti bahasa murid, seperti
berikut:
6.5.3

Tahun Latihan yang diberikan Catatan


1 Bacalah Sayang Mengenal huruf, baca suku kata, perkataan
Bahasa Melayu Latih tubi (BM 1) Mencantikkan tulisan, kenal kosa kata
Bahasa Melayu Penulisan (BM 2) Latih tubi penulisan
Bahasa Melayu Tatabahasa (BM Latihan tatabahasa Pengukuhan tatabahasa
3)
2 Tatabahasa 30 soalan dalam seminggu
Pemahaman 2 kali seminggu, 10 ayat
Penulisan 2 soalan seminggu, salin semula
3 Tatabahasa 5 kali seminggu, 4 ayat.
Pemahaman 5 soalan, salin semula petikan
Penulisan 2 kali seminggu, tulisan berangkai
4 Tatabahasa 10 soalan dalam sehari
Pemahaman Ulasan petikan 5 kali seminggu
Penulisan 2 soalan seminggu, salin semula
5 Pemahaman Lisan dan tulisan, 2 kali seminggu, 10 soalan
Penulisan Dua kali seminggu, ulasan seminggu sekali.
Set Lengkap Menjawab UPSR Sebulan sekali
6 Pemahaman Bina ayat, ulasan 2 kali seminggu
Penulisan Salin karangan 2 kali seminggu
Set Soalan Objektif Ujian sumatif hujung bulan

6.6 Sudut Bahasa Melayu dalam Kelas

3
6.6.1 Setiap kelas, wajib mengadakan sudut bacaan BM untuk meningkatkan
kemahiran bahasa murid.
6.7 Pencerapan Guru

6.7.1 Ketua Panitia mengingatkan guru, bahawa pencerapan oleh pentadbir akan
dilakukan dua kali setahun. Guru diminta merujuk buku Pengurusan.
6.7.2 Ketua Panitia meminta pihak pentadbir memberi ulasan selepas
pencerapan, agar guru boleh membuat penambahbaikan pengajaran dan
pembelajaran.

6.8 Kursus Dalaman

6.8.1 Kursus dalaman akan dilakukan bagi meningkatkan profesion keguruan di


samping pelbagai kursus yang telah dihadiri oleh guru-guru sepanjang
perintah kawalan pergerakan.

6.9 Pemulihan

6.9.1 Kelas Pemulihan melibatkan murid tahun 2 hingga 5, tetapi jika terdapat
keperluan murid tahun 1 dan 6 juga boleh dihantar.
6.9.2 Guru BM diminta menghantar murid yang akan dipulihkan mengikut
jadual waktu Kelas Pemulihan yang tertera.

Tindakan: Semua guru

7.0 Ko-akademik (Pertandingan)

7.1 Memilih peserta Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 serta Pidato.

Tindakan : Semua guru Bahasa Melayu

8.0 Hal-hal lain

8.1 Peruntukan bajet perlu dibuat dengan jelas bagi kegunaan aktiviti panitia.
8.2 Memilih satu bulan sebagai Bulan Panitia Bahasa Melayu.
8.3 Ketua Panitia mengingatkan guru-guru agar menyediakan Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT) untuk rujukan.

4
Tindakan: Semua guru

9.0 Ucapan Penangguhan

9.1 Berharap semua AJK Panitia Bahasa Melayu dapat memberi kerjasama dan
komitmen yang penuh sepanjang tahun 2022/2023 agar semua perancangan dapat
berjalan dengan baik.
9.2 Mesyuarat ditangguh pada 3.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………. ………………………………………

(SITI HAJAR BINTI YAACUB) (SHAMSURIAH BINTI IBRAHIM)

Setiausaha Ketua Panitia Bahasa Melayu

Disahkan oleh::

……………………………………

(ENCIK AZMI BIN AHMAD )

Penolong Kanan Pentadbiran

SK Pantai Remis

5
Lampiran 1

TAKWIM PANITIA BAHASA MELAYU 2022/2023

BIL AKTIVITI J F M A M J J O S O N TINDAKAN


1 Mesyuarat * * * * Pengerusi/
setiausaha

2 Ujian / PBD * * Semua guru

3 Bulan Bahasa Melayu * Semua guru

4 Program NILAM( tahun 1-6) * * * * * * * * * * Semua guru

5 Pertandingan Bercerita * Pn Sanaton

6 Bulan Kemerdekaan * EnAbd


Rahman
7 Sudut Bacaan Dalam Kelas * * * * * * * * * * Semua guru

8 Bersahabat dengan Kamus * * * * * * * * * * Semua guru

9 Kelas Pemulihan Pagi * * * * * * * * * * Semua guru

10 Kursus Dalaman * * * Guru


berkenaan
11 Program Peningkatan PSR * * * * * * * * * * Semua guru
- Kelas Bimbingan Bahasa
- Klinik PSR Melayu
-Gempur PSR
-MEKAP
-Motivasi
12 Tiru dan Tulis * * * * * * * * * * Semua guru

13 Semakan Buku Latihan * * GB/PK/KP

14 Pencerapan Guru * GB/PK

16 Program Selepas PSR * * * * * Guru

6
berkenaan
17 Postmortem * * Semua guru

CARTA ORGANISASI PANITIA BAHASA MELAYU


SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI REMIS
2022/2023

PENASIHAT
EN. AHMAD FAUZI BIN MOHD ZAIN
(GURU BESAR)

PENOLONG PENASIHAT
EN. AZMI BIN HJ. AHMAD
(PENOLONG KANAN 1)

KETUA PANITIA
PN. SHAMSURIAH BINTI
IBRAHIM

SETIAUSAHA

PN. SITI HAJAR BINTI


YAACUB

PN ZARINA BINTI HUSSAIN PN. NOOR HIDAYAH BINTI PN. FAKERAH BINTI ZUBER
DIN

EN. ZAIDI BIN ABDUL EN. ABDUL RAHMAN BIN


PN HAIMAS BINTI MOHAMAD
RAHMAN SALLEH

PN. NOOR ASIAH BINTI PN. HASLIZA BINTI HISAMUDIN


7
AHMAD

You might also like