You are on page 1of 2

Sekolah Kebangsaan Pantai Remis

34900 Pantai Remis


Perak Darul Ridzuan

MINIT MESYUARAT PANITIA PSV KALI PERTAMA 2023/2024

Tarikh : 04 Mei 2023


Hari : Khamis
Masa : 1.10 petang
Tempat : Makmal Komputer
Kaedah : Bersemuka
Kehadiran :

1. Ustad Mahadi Bin Ibrahim (Penolong kanan Ko-kurikulum)


2. Pn Saridah (Ketua Panitia PSV)
3. Pn. Siti Hajar Binti Yaacub (Setiausaha)
4. En
Tidak Hadir: Tiada

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat Panitia PSV kali pertama untuk sesi
2023/2024..
Tindakan: Pengerusi
2.0 Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
Dibentangkan oleh : Puan Siti Hajar Binti Yaacub
Cadangan disahkan oleh : Pn. Fatimah
Disokong oleh : Pn.
Tindakan: makluman
3.0 Perkara-Perkara Berbangkit:
3.1 Semua guru perlu mengisi data guru pendidikan Seni Visual dan jadual waktu untuk
simpanan fail panitia.
Tindakan: Semua ahli
3.2 Fail-fail di bawah panitia Pendidikan Seni Visual akan dikemas kini.
Tindakan : Pengerusi & Setiausaha

3.3 Papan kenyataan panitia Pendidikan Seni Visual dalam kelas telah dikemaskini dari semasa
ke semasa dengan pelbagai hasil kerja murid
Tindakan : semua guru

4-0 Pembentangan Kertas Kerja/Laporan


4.1 Kurikulum
4.1.1 Rancangan Pengajaran Tahunan Semua guru PSV perlu menyediakan Rancangan
Pengajaran Tahunan dan perlu mengajar mengikut silibus yang terdapat dalam
Rancangan Pengajaran Tahunan tersebut.
Tindakan: Semua ahli
4.1.2 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan dicetak oleh semua guru PSV
dan harus menjalankan penilaian PBS kepada murid-murid KSSR dari darjah 1 hingga 6.
Guru juga perlu mencetak Rekod Perkembangan Murid dan disimpan didalam fail
panitia.
Tindakan: Semua ahli
4.2 Kualiti Penilaian Pentaksiran Sekolah Rendah (PKSR) PSV
4.2.1 Semua guru PSV perlu berganding bahu untuk meningkatkan kualiti PKSR bagi mata
pelajaran PSV dengan mengadakan aktiviti melukis dan mewarna poster, bengkel
mewarna menggunakan teknik catan juga aktiviti menceriakan bilik Seni. Selain itu,
murid perlu diberi pendedahan secara berterusan dalam aktiviti mengolah, melukis dan
mewarna setiap kali kelas PSV berlangsung.
Tindakan: Semua ahli
5 Hal-Hal Lain
5.1 Alat dan bahan untuk PdP Setiap guru diminta menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan
untuk PdP bagi memudahkan Ketua Panitia untuk membeli barangan tersebut melalui duit PCG
yang disediakan.
Tindakan: Makluman
5.2 Minggu Panitia PSV peringkat akan diadakan pada bulan Ogos bersama Bulan Kemerdekaan.
Antara aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun ialah
 Mewarna poster kemerdekaan
 Melukis poster kemerdekaan atau diorama kemerdekaan
 Mewarna poster sempena Minggu Pencegahan Dadah
 Melukis poster sempena Minggu Pencegahan Dadah
Tindakan: Makluman

6 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,

…………………....................................................
(SITI HAJAR BINTI YAACUB)
Setiausaha Panitia PSV
Tarikh: 08 Mei 2023

You might also like