You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT

PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL


KALI PERTAMA 2020

Tarikh : 22/01/2020
Masa : 2.00 ptg
Kehadiran :

1. En. Mohd Azizan bin Ghazali


2. Pn. Nor Ilyani binti Ibrahim
3. En. Mohd Asrol bin Mislim
4. Pn. Norzuhaslina binti Abdul Halim
5. Pn. Habibah binti Omur
6. Pn. Norliza binti Md Saad

1. Ucapan Alu-Aluan Pengerusi


Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan salam dan merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kerana kesudian hali-ahli Panitia Pendidikan Seni Visual yang dapat
menghadirkan diri pada mesyuarat Panitia kali pertama.
Makluman

2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat.


Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali ke 4 (2019) dan dicadangkan untuk
disahkan oleh Pn. Habibah dan disokong oleh Pn Norliza.
Makluman

3. Rancangan Tahunan Dan Borang Biodata Guru


Pengerusi meminta guru-guru menyediakan rancangan tahunan mengikut tahun yang
diajar dan berkongsi dengan guru-guru yang lain. Guru-guru juga diminta supaya
melengkapkan borang biodata diri dan menghantarnya kepada setiausaha supaya dapat
dimasukkan ke dalam fail panitia.
Tindakan : Semua guru PSV

4. Pameran Hasil Kerja Murid.


Hasil Lukisan dan kerja tangan pelajar perlu disimpan dan di letakkan di Bilik Seni untuk
dibuat rujukan dan dijadikan bahan pameran. Guru-guru juga boleh menayangkan hasil
kerja murid di papan kenyataan di setiap bilik darjah.

Tindakan : Ketua Panitia dan Guru PSV


5. Program Penambahbaikan Bilik Seni
Bilik Seni akan dibersihkan dan perlu menagadakan Program Gotong-Royong bagi
menambahbaik bilik tersebut. Guru-guru perlu berganding bahu bagi menghias bilik
seni.
Tindakan: Semua guru PSV

6. Hal-hal lain.
Semua guru seni boleh mencadangkan bahan-bahan keperluan yang akan digunakan
untuk matapelajaran seni.
Tindakan : Semua Guru PSV

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

............................. ...............................
(Nor Ilyani binti Ibrahim) (En. Mohd Azizan bin Ghazali)
Ketua Panitia PSV Penolong Kanan Pentadbiran

You might also like