You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BELIMBING

17500 TANAH MERAH, KELANTAN.

LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI


BILANGAN SATU TAHUN 2021

Tarikh : 11 APRIL 2021


Masa : 12.45 – 1.45 PETANG
Tempat : BILIK KSSR
Pengerusi Mesyuarat : EN RIZALIMAN BIN ABD RAHIM (PK PENTADBIRAN)
Kehadiran :
1. EN. RIZALIMAN BIN ABDUL RAHIM
2. PN. ROHANI BT ISMAIL
3. PN. HAYATI BT JAAFAR
4. PN. SITI HAJAR BT AHMAD
5. PN. ZALINA BT MD SAID
6. PN. CHE MAZLIPA BT CHE AZIZ
7. PN. HASLINA BT HUSSIEN
8. PN. SAMIHA BT CHE MAMAT
9. PN. AZMAR BT YUNUS
10. PN. ASIAH BT GHANI
11. PN. HAMIDAH BT ISMAIL
12. PN. NOR HANAN BINTI CHE HUSIN

TIDAK HADIR:
1. PN. AZIZAH NACHAR BT AMINSA

AGENDA 1 : PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan kesyukuran kerana dapat mengadakan mesyuarat panitia buat
kali pertama bagi tahun 2021.

1.3 Pengerusi juga berterima kasih kepada guru-guru yang dapat menghadirkan diri ke
mesyuarat kali pertama ini, serta mengucapkan selamat menyertai panitia PSV kepada
guru yang baru mengajar PSV untuk tahun ini.

1.4 Pengerusi meminta guru-guru mengadakan aktiviti yang pelbagai dan menarik semasa
proses pdpc sebagaimana yang dirancang.
1.5 Pengerusi berharap agar guru-guru Pendidikan Seni dapat melaksanakan tugas mereka
dengan cemerlang di sepanjang tahun ini seperti atau lebih baik dari tahun-tahun yang
lepas.

1.6 Pengerusi juga berharap semua guru bersedia dengan kedatangan Pegawai PPD yang akan
memantau fail-fail kurikulum, HEM dan Ko-Kurikulum. Seterusnya menegaskan
kepentingan mengemaskini semua fail.

Tindakan : Semua guru Pendidikan Seni

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Dicadang oleh : Pn Hayati bt Jaafar


2.2 Disokong oleh : Pn Samiha bt Che Mamat

Tindakan : Semua guru Pendidikan Seni

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara berbangkit : Tiada


3.2 Tiada
Tindakan : Semua guru Pendidikan Seni

AGENDA 4 : PENGURUSAN PANITIA PSV

4.1 Dokumen Penjajaran PSV 2.0 dan RPT Penjajaran.


4.1.1 PKP memaklumkan sukatan penjajaran yang baru sudah dihantar kepada
beliau dan ini akan dipantau oleh PPD.
4.1.1 RPT Penjajaran 2.0 boleh dimuat turun dari laman web.

4.2 e-RPH
4.2.1 Penyediaan e-RPH hendaklah dilakukan oleh semua guru, mana-mana guru
yang belum mahir menggunakannya bolehlah belajar bersama rakan guru.
4.2.2 e-RPH hendaklah dihantar setiap minggu kepada pentadbir untuk disahkan.

4.3 Pdpr
4.3.1 Sekiranya sekolah ditutup lagi disebabkan covid-19, maka guru-guru
hendaklah membuat perancangan yang teratur dan sesuai dengan murid.

4.4 PBD
4.4.1 Perlu dibuat dalam templet yang disediakan.
4.4.2 Dihantar kepada setiausaha PBD

AGENDA 5 : Perancangan Aktiviti Panitia.


i) Antara aktiviti yang dirancang untuk sepanjang tahun 2021 adalah seperti
berikut:-
● Slot Dalam Kegiatan Ko-kurikulum
⮚ PLC / Kegiatan / Aktiviti yang melibatkan seni seperti melukis dan
mewarna.

● Sambutan Hari Raya


⮚ Pertandingan mencipta kad Hari Raya Gergasi
⮚ Pertandingan melukis dan mewarna tahap 1.

● Sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan


⮚ Pertandingan mencipta Jalur Gemilang yang kreatif untuk murid-
murid tahap 2 mengunakan gabungan kolaj dan montaj.
⮚ Pertandingan mewarna untuk tahap 1
⮚ Pertandingan Pakaian Beragam

● Pertandingan membina karya dari bahan terbuang.


● Pertandingan gubahan.
● Gotong-royong membersih dan menceriakan Studio Seni
● Pameran hasil karya murid.
⮚ Pameran ini dipaparkan di laluan pejalan kaki dan di bilik seni. Guru
yang terlibat dengan pertandingan atau pdp seni hendaklah
memaparkan hasil kerja murid.

AGENDA 6 : HAL-HAL LAIN


1. Pn Hayati memaklumkan bahawa beberapa buah meja di bilik seni sudah reput dan perlu
diperbaiki.
2. Pn Hayati juga memaklumkan beberapa alatan seni di bilik seni telah habis digunakan dan
akan dibuat order baru, jika ada guru yang perlukan bahan untuk pdp PSV bolehlah beritahu
kepadanya.
3. Penggunaan bilik seni; murid yang dibawa ke bilik seni hendaklah bersama-sama dangan
guru dan mematuhi SOP yang ditetapkan serta memastikan bilik dalam keadaan kemas
selepas digunakan.

AGENDA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN

1. Pengerusi berharap semua guru dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya.


2. Mesyuarat Panitia PSV ditangguhkan dengan bacaan surah Al-Asr dan tasbih Kaffarah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… ………………………………………
( Pn Zalina bt Md Said) (En Rizaliman b Abd Rahim)
Setiausaha Panitia PSV Pengerusi Mesyuarat Panitia PSV

You might also like