You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU KAWAN

MINIT MESYUARAT PANITIA PSV BIL 1 / TAHUN 2022

Tarikh : 28 Mac 2022


Masa : 1.40 ptg – 3.00 ptg
Tempat : Bilik Peperiksaan
Pengerusi: Pn. Nor Atikah Binti Mat Nayan

Kehadiran: 1. Pn. Norhayati Binti Alias


2. Pn. Dazila Binti Daud
3. Pn. Nazarah binti Nawawi
4. Pn. Anita Binti Arsyad
5. En. Rakuraman a/l Kunasegaran

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat Panitia PSV kali pertama
untuk sesi 2022.
Tindakan: Pengerusi

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Cadangan – Pn Nazarah Nawawi
2.2 Sokongan – Pn Anita Arsyad
Tindakan: makluman

3. PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Semua guru perlu mengisi data guru pendidikan Seni Visual dan jadual waktu
untuk simpanan fail panitia
Tindakan: Semua ahli
3.2 Fail-fail di bawah panitia Pendidikan Seni Visual akan dikemas kini
Tindakan : Pengerusi
3.3 Papan kenyataan panitia Pendidikan Seni Visual dalam kelas perlu dikemaskini
dari semasa ke semasa dengan pelbagai hasil kerja murid
Tindakan : semua guru

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN

4.1.1 Rancangan Pengajaran Tahunan


Semua guru PSV perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan perlu
mengajar mengikut silibus yang terdapat dalam Rancangan Pengajaran Tahunan
tersebut.
Tindakan: Semua ahli

4.1.2 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Offline


Semua guru PSV harus menjalankan penilaian PBS kepada murid-murid dari darjah
1 hingga 6 secara offline . Guru juga perlu mencetak Rekod Perkembangan Murid
dan disimpan didalam fail panitia.
Tindakan: Semua ahli

4.1.3 Kualiti PKSR PSV


Semua guru PSV perlu berganding bahu untuk meningkatkan kualiti PKSR bagi
mata pelajaran PSV dengan mengadakan aktiviti melukis dan mewarna
poster, bengkel mewarna menggunakan teknik catan juga aktiviti menceriakan
bilik Seni. Selain itu, murid perlu diberi pendedahan secara berterusan dalam aktiviti
mengolah, melukis dan mewarna setiap kali kelas PSV berlangsung.
Tindakan: Semua ahli

4.2 Bilik PSV


4.2.1 Penggunaan Bilik PSV
Setakat sekarang, bilik PSV tiada bekalan air paip keran terdapat kebocoran.
Laporan telah dibuat dan kerja-kerja membaik pulih paip tersebut masih belum
selesai. Sekiranya Semua guru yang menggunakan bilik PSV perlu memastikan bilik
tersebut berada dalam keadaan bersih sebelum dan selepas PdPc berlangsung.
Guru juga perlu merekodkan penggunaan bilik PSV pada buku yang disediakan.
Selain itu, sebarang peminjaman juga pemulangan alat dan bahan dari bilik
PSV perlu direkodkan.
Tindakan: Semua ahli

HAL-HAL LAIN
5.1 Alat dan bahan untuk PdPc
Setiap guru diminta menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan untuk
PdPc bagi memudahkan Ketua Panitia untuk membeli barangan tersebut
melalui duit PCG yang disediakan.
Tindakan: Makluman

5.2 Minggu Panitia PSV peringkat akan diadakan pada bulan Ogos bersama
Bulan Kemerdekaan. Antara aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun ialah

5.2.1 Kolaj Bunga Raya


5.2.2 Melukis poster kemerdekaan atau kad kreatif kemerdekaan
5.2.3 Mewarna poster kemerdekaan
5.3.2 Mewarna poster sempena Minggu Pencegahan Dadah

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

....................................................
(Pn. Nohayati Binti Alias)
Setiausaha Panitia PSV
Tarikh: 29 Mac 2022

You might also like