You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL


SEKOLAH KEBANGSAAN (1) BATU 4 JALAN IPOH
BIL 2/2022
MASA : 2.00 PETANG
TARIKH : 18/10/2022
TEMPAT : BILIK GERAKAN
KEHADIRAN :

HADIR
1) EN WEN BENG HENG ( Wakil Penasihat )
1) PN SYAZA AMALIN BINTI MOHAMAD NAJIB (Ketua Panitia)
2) PN. SHARIFAH NUR FARHANI BINTI SYED AHMAD
3) PN FARIZAM BT YAAKUB

Tidak Hadir (Bersebab) :


1) - PN NUR AZIZUN BT MOHAMED ABD KODIR ( Hospital)

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana hadir ke
Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual Bil 2/2022.
Tindakan: Makluman

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU


2.1 Cadang :Pn Sharifah Nur Farhani Bt Syed Ahmad
Tindakan: Makluman
2.2 Sokong : Pn Syaza Amalin Bt Mohamad Najib
Tindakan: Makluman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada perkara berbangkit
Tindakan: Makluman
3.0 PERBINCANGAN / LAPORAN AKTIVITI

3.1 Program Panitia.

Ketua Panitia menyatakan bahawa Minggu Panitia Pendidikan Seni Visual akan dijalankan
semasa sambutan Bulan Kebangsaan. Aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut :

Tahun Aktiviti Guru Penyelia

Tahun 1 Pertandingan Mewarna Puan Syaza Amalin

Tahun 2 Kolaj Bendera Puan Syaza Amalin

Tahun 3 Capan Bendera Puan Nur Azizun

Tahun 4 Kolaj Logo Merdeka Puan Syaza Amalin

Tahun 5 Melukis Poster Merdeka Puan Sharifah Nur


Farhani

Tahun 6 Melukis Poster Merdeka Puan Sharifah Nur


Farhani

(Tindakan: Semua guru PSV)

4.0 UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

4.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru kerana
telah menguruskan panitia dengan baik sepanjang 2022
4.2 Pengerusi memaklumkan fail panitia perlu sentiasa dikemaskini bersama
laporan dan senarai ahli-ahli panitia.

Senarai Nama Ahli Panitia :

Bil. Nama Guru Tahun


1 Pn. Syaza Amalin bt Mohd Najib 1 Berlian,1 Nilam,2Berlian,
,4 Berlian
6 Berlian,6 Nilam, 3
2 Pn. Sharifah Nur Farhani bt Syed Ahmad
Berlian,5 Berlian
3 Pn. Nur Azizun 3 Nilam
4 Pn Farizam 2 Nilam

Tindakan: Makluman
4.3 Beliau mengharapkan ada peningkatan bilangan murid yang mendapat
penilaian PBD TP 4,5 & 6 dalam mata pelajaran sama ada teras atau elektif.
Tindakan: Makluman
4.4 Rekod mengajar perlu dihantar setiap hari Jumaat untuk disemak oleh
pentadbir dan juga untuk semakan penuh termasuk penyediaan DSKP, RPH

4.5 Pengerusi mengingatkan supaya hasil seni murid sentiasa perlu di


simpan ,dipamerkan dalam kelas dan dinilai.
Tindakan : Guru PSV
4.6 Pengerusi meminta semua fail panitia dikemaskini dan ditukar baru sekiranya
perlu. Maklumat guru yang mengajar berserta jadual waktu perlu dimasukkan.
4.7 PLC adalah platform untuk cikgu menambah baik bidang tugas, jalankan PLC
untuk meningkatkan prestasi.
4.8 Pengerusi mengingatkan elemen KBAT dan PAK21 perlu diterapkan semasa
Pdpc.
4.9 Pesanan pembelian BBM boleh dibuat dengan menyediakan nota minta atau
kertas kerja.
Tindakan : Ketua Panitia PSV
4.10 Papan kenyataan PSV perlu sentiasa dikemaskini .
Tindakan : Setiausaha PSV

5.0 BILIK KHAS


5.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru untuk membuat penambaikan dan
penstrukturan semula bagi menceriakan lagi Bilik Seni.
Tindakan: Makluman
5.2 Pengerusi berharap guru-guru dapat mempelajari pelbagai aktiviti
pembelajaran yang menarik dan berkesan dan bersama-sama membuat
perbincangan bagi menghasilkan kaedah Pdpc yang lebih menarik dan
interaktif.
Tindakan: Makluman

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Pengerusi berharap agar guru-guru akan lebih bersemangat untuk bekerjasama
dalam menjayakan program panitia pada yang telah dirancang.
Tindakan: Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh,
_______________________
(PN SYAZA AMALIN BINTI MOHAMAD NAJIB)
Ketua Panitia Psv
SK(1) Batu 4 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

You might also like