You are on page 1of 5

Fail Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN MAMBAU


MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL BIL 1/2022

Tarikh : 17 Mac 2022


Hari : Khamis
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Google Meet
Pengerusi : Pn. Nurul Izzwaida Binti Norizan

Kehadiran :
Pn. Zuridah Binti Hamzah

Hjh. Salasiah Binti Yusof

Pn. Razlina Binti Karman

Pn. Mazni Binti Hamzah

Pn. Norashidah Binti Baharudin

Pn. Naemah Binti Abdullah

Pn. Norfaima Binti Jaafar

Pn. Nor Asmah Binti Mohd Zain

Tidak Hadir Bersebab : Tiada

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan ucapan terima kasih di atas kehadiran
guru-guru untuk mesyuarat panitia Pendidikan Seni Visual kali pertama bagi sesi tahun
2022. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran guru-guru yang terpilih untuk mengajar
Pendidikan Seni Visual pada tahun ini.
1.2 VISI,MISI, MOTO dan SLOGAN
1.2.1 VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
1.2.2 MISI KEMENTERIAL PENDIDIKAN MALAYSIA
Melestarikan Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
1.2.3 MOTO SEKOLAH KEBANGSAAN MAMBAU
Ilmu Kebahagiaan hidup
1.2.4 SLOGAN SEKOLAH KEBANGSAAN MAMBAU
Kecemerlangan SK Mambau Tanggungjawab Bersama

2.0 PERUTUSAN GPK PENTADBIRAN


2.1 Puan Hjh Salasiah Binti Yusof mengucapkan terima kasih kepada pengerusi dan ahli
jawatankuasa kerana dapat mengadakan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2022.
2.2 Pentaksiran bagi tahap 1 dan tahun 4 adalah secara berterusan kerana tiada sebarang
ujian/peperiksaan secara formal akan dijalankan. Guru-guru harus sentiasa
mengemaskini borang PBD
2.3 PdPc - wujudkan element PAK 21 pada catatan RPH dan proses PdPc .
2.4 Format RPH perlu diselaraskan.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT TERDAHULU


3.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat Bil 4/2020, dicadangkan untuk disahkan
oleh Pn. Razlina Binti Karmandan disokong oleh Pn. Mazni Binti Hamzah

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 Almari Bahan PSV.
4.1.1 Guru-guru tidak dibenarkan menyimpan hasil kerja murid di almari PSV
bermula tahun 2020. Hasil kerja murid boleh dipampal pada sudut / papan
kenyataan Hasil PSV Murid di kelas masing-masing.
4.1.2 Semua bahan-bahan PSV yang sebelum ini disimpan di 3 lokasi berbeza telah
dikumpul dan disusun pada almari PSV . Guru boleh mengambil bahan-bahan
untuk kegunaan PdPc PSV. Sebarang pengambilan bahan perlu mengisi borang
QR Code yang disediakan.
Tindakan: Semua guru PSV

5.0 AJK PANITIA PSV TAHUN 2022


Pengerusi : Puan Normaah Binti Hj Mansor (Guru Besar)
N. Pengerusi : Puan Hjh Salasian Binti Yusof(GPK Pentadbiran)
Ketua Panitia : Puan Nurul Izzwaida Binti Norizan
Setiausaha : Puan Mazni Binti Hamzah
Guru PSV :

Pn. Zuridah Binti Hamzah

Hjh. Salasiah Binti Yusof

Pn. Razlina Binti Karman

Pn. Mazni Binti Hamzah

Pn. Norashidah Binti Baharudin

Pn. Naemah Binti Abdullah

Pn. Norfaima Binti Jaafar

Pn. Nor Asmah Binti Mohd Zain

6.0 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 2020


6.1 LDP Guru PSV
6.1.1 LDP akan dijalankan sekurang-kurangnya 3 kali pada tahun 2020 melibatkan
peningkatan kemahiran teknik dalam proses PdPc PSV dan penyebaran KSSR
PSV Tahun 5.
Tindakan : Ketua Panitia
6.2 PLC Guru PSV
6.2.1 PLC Guru akan dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali pada tahun 2022. Seorang
guru PSV dari tahap 1 dan seorang guru PSV dari tahap 2 akan dipilih dan
dimaklumkan.
Tindakan: Ketua Panitia
6.3 Program Bulan Kemerdekaan (Gabungan Panitia Sejarah)
6.3.1 Sempena Program Bulan Kemerdekaan, Panitia PSV akan bekerjasama dengan
Panitia Sejarah. Barisan AJK dan aktiviti akan dibincangkan bersama Panitia
Sejarah kelak.
Tindakan : Ketua Panitia
6.4 Penyertaan Pertandingan PSV Peringkat Daerah/Negeri
6.4.1 Mohon guru PSV mengenalpasti murid-murid yang berbakat untuk
diketengahkan sebagai peserta pada sebarang pertandingan berkaitan PSV di
peringkat Daerah atau Negeri pada tahun 20221.
Tindakan : Semua Guru PSV
7.0 DSKP, RPT DAN FORMAT RPH PSV TAHUN 2022
7.1 DSKP
Ketua Panitia akan menyerahkan QR Code kepada DSKP terbaru. Guru PSV boleh
mencetak DSKP atau QR Code DSKP dan disimpan bersama buku RPH/ fail RPH
persendirian.
7.2 RPT
RPT PSV Tahun 2022 perlu disediakan selari dengan takwim semasa SK Mambau.
7.3 Format RPH
Format RPH PSV pada tahun 2022 diseragamkan seperti format RPH PSV tahun yang lalu.
Tindakan : Semua Guru PSV
8.0 PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN PSV TAHUN 2020
8.1 PBD akan dijalankan secara berterusan bagi tahap satu dan tahun 4
8.2 Peperiksaan PSV bagi tahun 5 dan 6 akan dilaksanakan pada pertengahan dan akhir
tahun. Berikut senarai guru yang terlibat dalam penyediaan soalan Peperiksaan PSV:
Tahun 5 : Pn. Nurul Izzwaida Binti Norizan
Tahun 6 : Pn. Harjinder Kaur A/P Santa Singh
9.0 HAL-HAL LAIN
9.1 Borang Biodata Guru PSV Tahun 2022
Semua guru PSV Tahun 2020 diminta melengkapkan Borang Biodata Guru dan
menyerahkan borang tersebut kepada Ketua Panitia untuk simpanan fail selewat-
lewatnya pada 18 Mac 2022 (Isnin) bersama dengan salinan jadual peribadi guru.
Tindakan : Semua Guru PSV
10.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 pagi. Mesyuarat seterusnya dirancang untuk
dijalankan pada 13 Jun 2022 (Isnin).

Disediakan oleh,

.............................................................
Setiausaha
Panitia Pendidikan Seni Visual
SK Mambau

You might also like