You are on page 1of 8

Rasional Ciri-ciri Rekabentuk Instruksional Model ASSURE dalam Pembangunan Courseware Pengajaran dan Pembelajaran Fakulti : Pendidikan dan

Pembangunan Manusia

Pengkhususan

: Rekabentuk Instruksional dan Teknologi

Nama

: Normah Bt Dali

Kursus

: MTM 6063 Rekabentuk Pembangunan Perisian Multimedia Interaktif

Pensyarah

: Dr. Norasikin Bt Fabil

Rasional Rekabentuk Instruksional Model ASSURE dalam Pembangunan Courseware Pengajaran dan Pembelajaran Normah Bt Dali Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris normah_dali@yahoo.com

Abstrak Kertas kerja ini membincangkan tentang ciri-ciri rekabentuk instruksional model ASSURE dalam pembangunan courseware pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai model rekabentuk instruksional yang boleh dijadikan panduan untuk membangunkan courseware. Walau bagaimanapun, fokus utama adalah untuk mengkaji rasional ciri-ciri model ASSURE dalam membangunkan sesuatu courseware pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci : Courseware, rekabentuk instruksional, model ASSURE

Pengenalan Penggunaan multimedia secara interaktif dalam bidang pendidikan pada masa kini telah mendapat perhatian yang meluas terutamanya para pendidik. Gabungan animasi, audio, video dan grafik yang menarik menjadikan courseware guru lebih menarik dan sangat sesuai digunakan di dalam bilik darjah. Sungguhpun begitu, adakah bahan atau media yang dihasilkan ini sesuai dengan kehendak pelajar? Adakah setiap bahan yang kita hasilkan sesuai dengan iklim bilik darjah pada masa tersebut? Kesemua persoalan ini amat berkait rapat dengan model-model rekabentuk instruksional yang semakin tersebar. Tidak kira bidang pendidikan maupun sektor awam yang lain seperti bidang ketenteraan, courseware yang dihasilkan berasaskan model-model reka bentuk instruksional amat penting dalam proses penyampaian maklumat. Courseware Sejajar dengan perkembangan teknologi, bahan-bahan pengajaran multimedia turut dihasilkan dalam pelbagai bentuk. Paparan dalam bentuk imej, animasi bergambar dan tulisan yang ditambahkan audio beserta video video yang menarik melalui CD, DVD dan laman web telah membuka lembaran baru kepada dunia pendidikan hari ini khasnya kepada guru dan pelajar. Pembangunan courseware yang interaktif seperti video boleh dilihat menerusi kajian Nicholson (1996) menerusi jurnalnya yang bertajuk Managing the Development and
2

Production of Interactive Multimedia Courseware in Education. Menurut

beliau,

pembangunan sesuatu courseware harus mengambilkira ciri-ciri seperti yang terdapat di dalam model rekabentuk instruksional yang ada sekarang.

Rekabentuk Instruksional (ID) Sungguhpun idea berkaitan model rekabentuk instruksional telah lama wujud sejak perang dunia kedua, namun penggunaannya masih relevan dan terus tersebar terutamanya di dalam bidang pendidikan. Di dalam kajian Molenda, Reigeluth & Nelson (2003) mereka telah mendefinisikan rekabentuk instruksional sebagai kaedah dan strategi yang sistematik beserta teknologi yang digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pendapat ini disokong oleh seorang lagi pengkaji yang turut menyatakan bahawa rekabentuk instruksional adalah satu sistem yang dibentuk untuk membangunkan bidang pendidikan dan program latihan yang konsisten dan relevan masa kini (Akbulut, 2007, p. 63). Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu, terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering menjadi tumpuan pengkaji dan sangat sesuai dijadikan asas bagi pembangunan courseware pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah model ASSURE yang dicadangkan oleh seorang ahli akademik Yusup Hashim (2006) yang menyatakan bahawa model ini sangat meluas diguna oleh guru-guru untuk merancang pembangunan media instruksional secara sistematik.. Ciri-ciri dan rasional bagi model reka bentuk instruksional ini akan dibincang dengan lebih terperinci pada bahagian yang berikutnya.

Model ASSURE Model ASSURE merupakan ringkasan atau neumonik daripada beberapa perkataan iaitu: Analyze Learners (Analisa pelajar) State Objectives (Nyatakan objektif) Select Methods, Media and Materials (Memilih kaedah dan media) Utilize media and Materials (Menggunakan media) Require Learner and Participation (Tindak balas pelajar) Evaluate and Revise (Menilai dan menyemak semula bahan)

Menurut Smaldino, Russell, Heinich dan Molenda (2005) model ini merupakan prosedur atau panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu courseware yang mengambilkira media dan teknologi. Ringkasnya model ini menekankan pembangunan courseware yang sesuai di bilik darjah. Sungguhpun begitu, apakah rasionalnya model ASSURE ini?

Rasional Ciri-ciri Model ASSURE dalam Pembangunan Courseware Menganalisis Pelajar (Analyze Learners) Ciri pertama bagi model ini adalah menganalisis pelajar. Asasnya, sebelum sesuatu courseware dibangunkan guru harus mengenalpasti pelajar sama ada dari segi umur, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasif maka guru harus membangunkan courseware yang sesuai supaya pembelajaran pelajar tidak membosankan. Aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambilkira supaya courseware yang dibangunkan mencapai sasaran guru. Contohnya sekiranya guru ingin membangunkan courseware bagi topik iklim empat musim dalam subjek geografi, guru perlu mengenalpasti latar belakang pelajar sama ada pernah mengalami 4 musim tersebut atau tidak. Sekiranya pelajar tidak pernah melalui suasana musim sejuk misalnya, guru perlu memikirkan suatu alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar tanpa perlu berada di kawasan empat musim. Maka sudah pastilah tayangan video merupakan pilihan yang tepat untuk topik iklim. Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat penting kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat menghasilkan courseware yang baik dan benar-benar sesuai dengan latar belakang pelajar. Courseware yang baik mendorong pelajar untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau mampu isu-isu

pembelajaran berkaitan topik dengan mudah. Smaldino et. al (2005) turut menyokong bahawa sekiranya guru dapat mengetahui latar belakang pelajar, guru boleh menyampaikan maklumat dengan mudah dan menarik. Tidak terhad setakat itu, saya sangat pasti bahawa courseware tersebut mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok di dalam bilik darjah.

Menyatakan objektif (State Objectives) Langkah berikutnya adalah menentukan objektif ataupun hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran, menyatakan objektif sangat penting supaya guru dapat menetapkan apa yang seharusnya pelajar dapat daripada courseware
4

yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan ini turut disokong oleh Nicholson (1996) di dalam artikelnya yang menyatakan bahawa penetapan objektif bagi sesuatu courseware amat perlu bagi memastikan keberkesanan courseware yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan yang ingin di capai (Yusup , 2006, p. 7). Contohnya dalam topik bearing georafi tingkatan tiga, guru menetapkan pelajar akan dapat mengukur 5 bearing sudutan. Maka

pembangunan courseware seperti Flash Protractor yang membolehkan pelajar mengukur bearing menggunakan jangka sudut di atas skrin komputer amat sesuai untuk mengukur

kebolehan pelajar dan secara tidak langsung mencapai objektif ini. Rasionalnya,objektif pengajaran amat penting kerana ia memberi panduan kepada guru cara untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan memilih media yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Pembangunan

courseware berlandaskan objektif yang jelas boleh membantu pelajar mengukur bearing dengan betul dan mampu merealisasikan matlamat pengajaran guru.

Memilih kaedah dan media Pengajaran yang berkesan seharusnya mempunyai courseware yang sesuai dan menarik. Oleh itu, memilih kaedah dan media yang sesuai juga merupakan salah satu lagi ciri model ASSURE. Media atau courseware yang dipilih haruslah berdasarkan tingkat

kebolehan pelajar atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Contohnya guru ingin menyampaikan isi pelajaran berkaitan aktiviti gunung berapi kepada pelajar geografi

tingkatan 4. Sebelum topik ini diajar, seharusnya guru memilih dahulu kaedah dan media yang sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran bagi topik itu tercapai. Adakah ciri ini sesuai diaplikasikan untuk membangunkan courseware? Tegasnya, walaupun pelbagai media boleh digunakan, saya berpendapat guru harus mempertimbangkan media yang sesuai seperti tayangan video kerana ia lebih menarik dan mampu memberi gambaran yang jelas tentang aktiviti gunung berapi. Bahan video ini sangat relevan kerana ia boleh memberi pengalaman baru (konstuktivisme) kepada pelajar.

Pendapat ini turut disokong Nicholson (1996) dalam kajiannya yang mendapati bahawa guru di Hong Kong turut menggunakan bahan video berkaitan gempa bumi dalam pengajaran geografi bagi sub topik bencana alam. Maka tidak hairanlah kenapa model ini digunakan dengan meluas dalam bidang pendidikan.

Menggunakan media Berdasarkan ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media iaitu preview media, memastikan media yang akan digunakan tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi, pelajar dan media yang akan digunakan mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar. Jika dinilai, 5 prinsip menggunakan media yang dinyatakan di atas amat penting untuk dilaksanakan oleh guru. Berdasrkan kajian Adelina & Rafiza (2006) dari Universiti Malaya yang menggunakan prinsip asas berdasarkan model ASSURE ini, didapati selepas pelajar menggunakan CD pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris, 60% pelajar telah bersetuju bahawa bahan tersebut membantu pelajar menguasai kemahiran berbahasa Inggeris. Jika diteliti, penggunaan media yang mengambikira 5 prinsip yang ditetapkan mampu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa penggunaan media perlu mengambilkira kos dan waktu dapat

pengajaran. Media yang sesuai dengan topik pembelajaran tidak semestinya

disesuaikan dengan waktu pengajaran terutamanya bagi subjek geografi yang diperuntukkan waktu yang terhad iaitu 3 kali seminggu.

Tindak balas pelajar Salah satu daripada aliran falsafah pendidikan yang diperkenalkan oleh John Dewey pada awal era 1900 ialah pembelajaran berpusatkan pelajar. Antara aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang memerlukan tindak balas pelajar adalah seperti kuiz, latih tubi dan projek. Apakah rasionalnya pembelajaran berpusatkan pelajar ini? Ringkasnya,

pembelajaran berpusatkan pelajar mampu merangsang minda dan tingkah laku pelajar. Contohnya pembelajaran secara hands-on seperti melabelkan kawasan perlombongan bijih timah di atas peta pada skrin komputer boleh mencetuskan pengalaman baru kepada pelajar. Dari situ, pelajar belajar mengenalpasti kawasan-kawasan perlombongan pada peta Malaysia berbanding guru hanya menceritakan sahaja kawsan-kawasan perlombongan tersebut sehingga pelajar menjadi bosan.

Courseware yang tidak melibatkan aktiviti pelajar secara aktif sebenarnya kurang membantu pelajar dan tidak efektif. Saya amat bersetuju dengan Smaldino et. Al. 2005 yang mengatakan bahawa pembelajaran yang efektif adalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti dan kemahiran pelajar yang mendorong ke arah mencapai objektif pembelajaran. Pembangunan courseware yang kreatif dan mampu melibatkan pelajar

secara aktif secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir dalam kalangan pelajar.
6

Justeru itu, courseware yang dibangunkan berasaskan model ASSURE yang

mampu

merangsang tingkah laku dan minda pelajar adalah amat diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menilai dan menyemak semula bahan Penilaian courseware boleh dilakukan setelah selesai pengajaran. Aspek yang dinilai adalah berkaitan keberkesanan atau kekuatan courseware secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, terdapat bebrapa aspek yang harus difikirkan seperti yang disarankan oleh Yusup (2006): a. Adakah objektif pembelajaran tercapai? b. Adakah alat / bahan media yang digunakan membantu prose pengajaran dan pembelajaran? c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul? d. Adakah suasana pembelajaran selesa? e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi? Proses menilai ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan courseware dan ia tidak akan berakhir di situ sahaja. Pembaikan courseware akan terus dilakukan sehingga media itu benar-benar sesuai dengan pelajar dan mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian formatif atau penilaian sumatif. Bagi saya menilai dan menyemak semula bahan amat diperlukan kerana guru bukan sahaja dapat mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah guru boleh memperbaiki kelemahan bahan itu sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulan Model ASSURE mempunyai asas yang sangat kukuh untuk membangunkan courseware pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian-kajian lepas, model ini

bukan sekadar memberi panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malah setiap ciri yang terkandung dalam ASSURE boleh mengubah persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu dianggap membosankan. Sekiranya ciri - ciri model ASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya dalam membangunkan courseware pengajaran dan pembelajaran, saya sangat yakin bahawa pelajar akan sentiasa tertunggu-tunggu pengajaran guru pada hari tersebut. Bagi pihak guru pula, proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.
7

Rujukan

Adelina Asmawi & Rafiza Abdul Razak (2006). The Instructional Design Evaluation of a Courseware of a Malaysian Virtual University. Diperolehi pada 2 Januari 2011, sumber dari http://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/0406/01-0705_ Adelina_ UM_

edited [1]-final.pdf

Akbulut, Y.(2007). Implication of Two Well-Known Models For Instructional Designers in Distance Education: Dick-Carey Versus Morrison-Ross-Kemp. Diperolehi pada 9 Januari 2011, sumber dari http://www.eric.ed.gov/PDFS/ED496543.pdf

Baharuddin

Aris., Maizah

Hura Ahmad., Kok Boon Shiong., Mohamad Bilal Ali.,

Jamalludin

Harun., & Zaidatun Tasir. (2006). Learning Goal Programming Design Factors and Students

Using an Interactive multimedia Courseware:

Preferences. Diperolehi pada 2 Januari 2011, sumber dari http://eprints.utm.my/ 8165/1/8165.pdf

Molenda, M., Reigeluth, C. M., & Nelson, L. M. (2003). Instructional Design. Diperolehi pada 2 Januari 2011, sumber dari http://mizanis.net/edu3105/artikel/ID_CogSci.pdf.

Nicholson, A. Y. W. (1996). Managing the Development and Production of Interactive Multimedia Courseware in Education. Diperolehi pada 1 Januari 2011, sumber dari http://www .ascilite .org. au /ajet /ajet12 /nicholson.html

Smaldino S. E, Russel J. D, Heinich R & Molenda M. (5th ed). (2005). Instructional Technology and Media for Learning. New Jersey. Pearson Prentice Hall.

Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Kurikulum dan Instruksi. Diperolehi pada 8 Januari 2011, sumber dari http://yusuphashim. blogspot. com/ 2006/12/12/ penggunaan-teknologi-instruksoinal.html

You might also like