You are on page 1of 9

CATUR

Catur dimainkan antara dua pemain, yang saling mengalahkan satu sama lain
dengan menerapkan strategi yang berbeza. Beberapa komponen yang perlu
diketahui untuk memainkan permainan catur adalah sebagai berikut : papan catur
dan buah catur. Pemain pemegang buah catur putih memainkan terlebih dahulu
kemudian diikuti pemain lawan iaitu pemegang buah catur hitam.

Cara Menggerakkan Buah Catur

Bidak (Pion) : langkahnya bergerak satu atau dua kotak langkah ke depan baik
itu buah putih maupun buah hitam, bilamana berhadapan diagonal dengan buah
lawan, bidak bisa memakan buah pemain lawan dan mampu bergerak kea rah kiri
atau kanan.

Raja (King) : Raja mempunyai satu langkah ke segala arah, sama ada arah ke
depan, belakang, ke kiri, ke kanan mahupun diagonal.

Ratu, umunya disebut Menteri (Queen) : Ratu bergerak ke arah yang bebas,
boleh bergerak secara diagonal satu petak maupun beberapa petak asalkan tidak
ada buah sendiri atau buah lawan yang menghalang, dan bergerak ke depan, ke
belakang, ke kanan serta ke kiri.

Benteng (Rook) : Benteng bergerak vertikal dan horizontal iaitu bergerak kearah
lurus satu langkah atau beberapa langkah, ke depan, ke belakang ataupun ke
samping dan tiada buah catur yang menghalang.

Gajah (Bishop) : bergerak secara diagonal satu petak atau beberapa petak di
sebuah papan catur dan tiada buah catur yang menghalang.

Kuda (Knight) : Kuda mempunyai langkah yang menarik, iaitu melangkah seperti
garis L, maknanya bergerak maju dua petak lurus kemudian satu petak ke kiri atau
ke kanan. Kuda berbeza dengan buah catur yang lain kerana boleh melangkah
beberapa buah catur.

CONGKAK
Alat Permainan

Dalam permainan congkak,peralatan utama yang diperlukan untuk bermain


prmainan ini ialah papan congkak dan buah congkak.Papan congkak biasanya
diperbuat daripada batang pokok kayu tebal yang mempunyai antara 80 cm hingga
20 cm lebar. Bahagian atasnya terdapat dua baris lubang. Setiap baris mempunyai
lima atau tujuh lubang yang mana setiapnya berukuran 6 cm garis pusat.Lubang-
lubang ini dikenali sebagai kampung.

Buah congkak pula terdiri daripada beberapa jenis buah yang sesuai untuk
dimainkan.Antara buah yang sering digunakan ialah kulit kerang,biji saga,biji
getah,guli dan ketul-ketul batu kelikir. Jumlah buah adalah bergantung kepada
jumlah lubang kampung. Semakin banyak lubang kampung,semakin banyak buah
yang diperlukan.Namun begitu,buah dalam setiap lubang kampung haruslah dalam
jumlah yang ganjil seperti 7,9,11,13 dan sebagainya.

Cara Bermain Congkak

Congkak hanya boleh dimainkan oleh 2 dua orang sahaja pada sepanjang masa. Kedua-
dua mereka akan berhadapan dengan satu sama lain, dengan papan congkak tersebut
diletakkan di tengah. Mulanya, kedua dua pemain akan mencapai semua biji yang terdapat
di salah satu lubang yang berderetan di depan masing-masing. Setiap lubang mempunyai 7
biji pada waktu permulaannya, tetapi akan berbeza setelah permainan tersebut mula.

Kemudian, genggaman biji itu dilepaskan satu demi satu pada setiap lubang, mengikut
daerah ke kiri. Lubang besar yang terdapat di dua-dua hujung papan congkak itu dipanggil
rumah. Setiap pemain akan memilih rumah mereka sebelum mula bermain. Sedang
mereka melepaskan satu demi satu biji itu, mereka juga akan letakkan satu di rumah
masing-masing.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam lubang
kosong di kawasan sendiri atau pesaing dan pemain hendaklah berhenti, Pemain itu boleh
menembak lubang lawan yang setentang dengan lubangnya iaitu mengaut kesemua biji (jika
ada) di dalam kampung tersebut dan meletakkannya di rumah mereka.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga kesemua bijinya sudah habis
diletakkan. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil biji yang masih ada di mana-mana deret sendiri. Sekiranya
biji yang terakhir itu jatuh di lubang kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ
sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
Kadangkalanya, apabila salah satu daripada pemain sudah pun kalah, yang pemenang itu
mengambil kesemua biji-biji yang masih berada di semua lubang dan ia akan dimasukkan
ke dalam rumahnya. Pemenangnya yang telah mendapat lebih banyak biji.

SAHIBBA
Permainan Sahibba adalah permainan papan membentuk perkataan bahasa
Melayu berdasarkan permainan popular Scrabble yang berasal dari Amerika
Syarikat (AS).
Dalam permainan yang disertai sekurang-kurangnya dua pemain ini, mereka
dikehendaki membina perkataan sama ada secara melintang atau menegak di atas
papan menggunakan kepingan jubin yang diambil secara rawak dari uncang
disediakan.
Sahibba diperkenalkan pada 1976 oleh seorang guru dari Perak, Ting Sie
Bing yang mengambil masa selama empat tahun melakukan kajian tentang
permainan Scrabble sebelum mengadaptasinya ke versi bahasa Melayu. permainan
Sahibba berbeza dengan Scrabble kerana pembinaan perkataan bahasa Melayu
menggunakan huruf vokal yang lebih banyak berbanding bahasa Inggeris. Bilangan
jubin huruf vokal yang lebih banyak disediakan dalam uncang untuk dipilih pemain.
Jika menggunakan bilangan huruf vokal yang sama, permainan Sahibba sudah tentu
akan terhenti awal dengan lebihan jubin konsonan yang tidak dapat digunakan
kerana kekurangan huruf vokal,

DAM ULAR
Dam Ular adalah permainan yang diperkenalkan dan dimainkan oleh orang-
orang India sejak dahulu kala. Di India, Dam Ular popular dengan nama MOKSHA
PATAMU yang diberikan oleh Guru Spiritual Hindu. Permainan ini disebut "Leela"
dan mencerminkan kehidupan Hindu di dalam mengharungi kehidupan sehari-hari.

Nama lainnya adalah "Tangga Keselamatan" yang telah dibawa ke Victoria di


mana versi baru telah dibuat dan diperkenalkan oleh John Jacques di tahun 1892.
Selepas itu, Dam Ular dibawa ke Amerika oleh seorang pembuat mainan bernama
Milton Bradley di tahun 1943 dan telah diberi nama "Snakes n Ladder" yang
bermaksud "Tangga Ular".

Moksha Patam dikaitkan dengan Falsafah Tradisional Hindu bererti: "Karma


dan Kama" atau yang bermaksud dengan "Takdir dan Keinginan". Permainan ini juga
berkaitan dengan Pembelajaran Kesan dari Perbuatan Baik Melawan Perbuatan
Buruk. Tangga mewakili kebaikan seperti kemurahan hati, iman dan kerendahan hati
(diri). Ular mewakili keburukan dan kejahatan seperti nafsu, kemarahan,
pembunuhan dan kecurian.

Moral pengajaran daripada permainan ini adalah Moksh, seseorang dapat


mencapai keselamatan dengan berbuat baik. Sementara itu, dengan melakukan
sesuatu yang jahat akan mengalami kelahiran semula ke bentuk kehidupan yang
rendah. Jumlah tangga kurang daripada jumlah ular sebagai peringatam bahawa
jalan ke arah kebaikan adalah jauh lebih sukar daripada berbanding dengan jalan
dosa. Biasanya angka "100" diwakili Moksha (keselamatan).

BATU SEREMBAN
Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini
gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan , dua
orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana
besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini.
Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam
rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata.
Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan
Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.
Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah
yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau
peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

PERMAINAN KAROM
Karom dikatakan berasal dari India. Di peringkat awal permainan karom yang
hampir sama telah dimainkan kira-kira 2000 tahun dahulu di zaman Makam Tua
Abyssinian.Ada yang mengatakan karom telah direka cipta oleh Maharajah India tetapi asal
usul permainan karom tidak diketahui secara jelas. Tetapi ramai percaya permainan ini mula
dimainkan di British.

Apa yang ketahui lebih sedekad lalu karom telah dimainkan oleh orang-orang India
bersama keluarga di rumah dan di masa lapang. Bila mereka dewasa permainan ini terus
dikembangkan menjadi sebahagian aktiviti harian dan diterima oleh pelbagai peringkat
masyarakat. Bagaimana pun pelbagai versi karom yang dimainkan di dunia Timur Arab
termasuk Saudi Arabia, Kuwait dan Yemen, Tengah Asia dari Turkmenistan hingga
Afghanistan dan dari timur seperti Cina, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Dalam awal tahun 60an, karom telah mula bertapak di kebanyakkan rumah dan
kelab sukan. Perhijrahan pendatang dari Asia ke negara-negara Eropah dan Amerika
Syarikat juga merupakan salah satu punca karom turut berkembang sehingga ke Belanda,
Jerman dan Itali.

Pertandingan karom secara rasminya telah bermula pada tahun 1935 di Sri Lanka,
dan pada tahun 1958 India dan Sri Lanka telah mengujudkan persatuan kelab karom dan
menganjurkan pertandingan. Tahun 1956 India telah mula mencari pemain di seluruh India
untuk pasukan terbaiknya. Pertandingan karom pertama telah bermula pada sekitar tahun
1960an di antara India dan Sri Lanka. Pertandingan peringkat kebangsaaan juga diadakan
di Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan Maldive.

Sehinggalah pada tahun 1988, satu kongres telah dibuat dan Persatuan Karom
Antarabangsa telah dibentuk dan diluluskan pertubuhannya serta memperkenalkan undang-
undang karom antarabangsa yang pertama. Manakala di Malaysia wujudnya, Persatuan
Karom Malaysia (Malaysia Carrom Association) atau lebih dikenali sebagai KAROMAS dan
merupakan badan yang diktiraf.
DAM HAJI

Permainan DAM berasal daripada satu permainan lama yang dikenali sebagai
Alquerque. Alquerque asalnya dimainkan pada papan permainan lain daripada
papan catur yang biasa digunakan pada zaman sekarang. Sekitar abad ke-12, orang
Perancis merupakan orang pertama yang menggunakan papan catur untuk
permainan Alquerque. Ini adalah permainan dam yang pertama dimainkan di dunia.
Kemudian, pada 1535, satu peraturan baru telah ditambah untuk menjadikan
permainan ini lebih menarik, iaitu jika anda boleh lompat, anda mesti melompat dan
makan buah pemain lawan.

Dam biasa dan dam haji ialah jenis permainan dam yang seringkali dikaitkan
dengan catur. Asas dan peraturan ketiga-tiga mainan ini kebanyakannya adalah
sama. Ia mungkin berbeza sedikit dari cara buah digerakkan, sebagai contoh, buah
dam haji boleh bergerak ke hadapan dan belakang, manakala buah dam biasa
hanya boleh bergerak ke hadapan.

Papan

Papan segi empat sama berukuran 8x8 dan 10x10 boleh digunakan
bergantung kepada pilihan pemain.

Papan dibahagikan kepada 64 atau 100 petak segi empat sama, dengan
warna petak yang berselang-seli diantara warna gelap dan cerah.

Pola papan sama dengan papan catur, cuma saiz dan warnanya sahaja yang
sedikit berbeza.

Buah dam

Setiap pemain memiliki jumlah buah dam yang sama, 12 buah setiap seorang
pada papan berukuran 8x8 dan 24 buah pada papan berukuran 10x10.

Buah dam terdiri daripada warna yang berlainan. Warna buah dam yang
biasa digunakan ialah warna hitam dan putih ataupun merah.
PERMAINAN SAIDINA (MONOPOLY)

Saidina atau $aidina adalah sejenis permainan berpapan yang dihasilkan


oleh Syarikat Permainan Malaysia Sdn. Bhd., berdasarkan permainan Monopoly.

Seperti Monopoly, tujuan permainan Saidina adalah membeli hartanah dan


mendapatkan keuntungan daripadanya dan menjual semula atau menyewakannya
sehingga kekayaan para pemain berlipat ganda. Pemain yang dapat mengumpulkan
kekayaan paling banyak akan digelar "SAIDINA". Pemain mengambil giliran untuk
membaling dadu dan bergerak di sekeliling papan permainan mengikut nilai yang
diperolehi dari balingan dadu.

Saidina pertama kali diperkenalkan pada 1978. Permainan ini boleh dimainkan oleh
2 hingga 6 orang dan sesuai dimainkan oleh orang tua dan orang muda. [1] Tempat di
dalam permainan ini adalah berdasarkan tempat-tempat di Malaysia.[2]

Permainan Saidina dapat meningkatkan daya niaga, kemahiran mengira dan


membuat keputusan. Ia merupakan sebuah permainan yang menarik terutamanya
sekiranya dimainkan dalam masa yang panjang sehingga ada yang muflis dan
terpaksa menggadaikan semua harta untuk membayar hutang kepada bank ataupun
pemain lain.

You might also like