You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA

PENGGAL 1 /2022

Tarikh : 16 MAC 2022 (RABU)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : En.Gopal A/L Govindaraju (Guru Besar)

KEHADIRAN : 22/24
1. En.Gopal a/l Govindaraju Guru Besar
2. En.Thilai Nathan a/l Jeyaraman Penolong Kanan Pentadbiran
3. En.Mogan a/l Muniandy. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Pn. V. Packiam a/p Vengidasalam
5. En.Kugan a/l Mahendran
6. Pn Manimegalai a/p Muniappan
7. Pn. Indra a/p Gopala
8. En Prabagaran a/l Periasamy
9. Pn. Kanakalechumi a/p Ramasamy
10. Cik.Vimala a/p Subramaniam
11. Pn.Puspa Rani a/p Munusamy
12. En.Muniandy a/l Balan
13. Pn. Puvaneswari a/p Sahadevan
14. Pn Subaasini A/P Vellayan Reddy
15. Pn.Madevi a/p Ramanathan
16. Pn.Sharmila a/p Ponnusamy
17. Pn. Letchumi a/p Manni
18. Cik Hirranyaa a/p Nallappan
19. Cik. Jeenifer a/p Steaven
20. Pn.Sathyavani a/p Jagadesan
21. En.Muhammad Muaz Bin Mohamad Bajuri
22. Pn Jeyaprabha a/p Kumaresan

TIDAK HADIR
23. En.Comichael a/l Pakthinathan (Cuti Sakit) Penolong Kanan Ko-
Kurikulum
24. Cik.Puvanesuary a/p Loganathan
1.0 UCAPAN HALA TUJU UNIT KURIKULUM

1.1 Penolong Kanan Pentadbiran mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke


Mesyuarat Pengurusan yang pertama bagi penggal 1 sesi 2022.
Tindakan: Semua Guru

1.2 Beliau mengucapkana tahniah kepada semua Ketua Panitia dan AJK Kurikulum
yang dilantik bagi sesi 2021. Beliau berharap jentera kurikulum sesi 2022
memainkan peranan yang lebih aktif dan bergerak dengan proaktif bagi
memastikan kecemerlangan sekolah dapat dicapai seperti yang dirancang.
Tindakan: Semua Guru

1.3 Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah ke atas kejayaan Akademik
Tahun 2021 dan berkongsi kata-kata pakar agama‘didiklah anak-anakmu kerana
mereka akan hidup pada zaman yang berbeza dengan zaman’.
Tindakan: Semua Guru

1.4 PKP juga menyatakan bahawa minggu akademik sekolah kita adalah 38 minggu
dan ianya mesti selaras dengan RPT guru.
Tindakan: Semua Guru

2.0 UCAPAN GURU BESAR

2.1 Guru Besar menyatakan objektif utama sekolah iaitu mengurangkan bilangan
murid dalam PLaN dan Pemulihan. Guru Besar juga menyeru guru-guru agar
memberi fokus terhadap murid-murid yang masih berada dalam TP 1& TP2
terutamanya dalam mata pelajaran teras semasa PDPC.
Tindakan: Semua Guru
2.2 Guru Besar juga menyatakan bahawa guru kelas Tahun 6 perlu memberitahu
waris tentang ujian khas bagi memasuki asrama sebelum sebulan.

Tindakan: Guru Kelas Tahun


6
3.0 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

3.1 Minit Mesyuarat yang lalu telah dihantar melalui aplikasi Whatsapp sekolah
dalam bentuk flip book untuk pengesahan warga sekolah. Minit Mesyuarat
yang lalu telah dicadangan oleh En Muniandy dan disokong oleh En Prabagaran.

Tindakan: Semua Guru

3.2 Seterusnya, PKK mengedarkan Buku Dasar Kurikulum Sekolah dalam bentuk
Flip Book melalui aplikasi Whatsapp sekolah. Beliau menyatakan bahawa Dasar
Kurikulum akan diguna pakai oleh semua guru dalam menguruskan bidang
masing-masing.
Tindakan: Semua Guru

3.3 Beliau juga menyatakan bahawa kurikulum akan lengkap jika semua guru
mengamalkan pedagogi yang sesuai dan menjalankan pentaksiran yang telus dan
berkualiti. Pedagogi merangkumi pengaplikasian Pembelajaran Abad Ke-21
dengan mempelbagaikan sumber dan teknik PdP. Dalam SKPMg2 (Standard 4)
merupakan instrumen yang boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru dalam
menjalankan PdP harian.
Tindakan: Semua Guru

3.4 Seterusnya, majlis pelantikan jawatankuasa pentadbiran dan kurikulum


2022&2023 telah dilaksanakan.
Tindakan: Semua Guru

3.5 PKP telah menekankan tentang fokus dan perancangan kurikulum 2022. Beliau
juga memberi penerangan tentang objektif, strategi dan aktiviti pelaksanaan
kurikulum bagi sesi akademik 2022.
Tindakan: Semua Guru

3.6 Antaranya, beliau menyeru kepada guru-guru bahawa sukatan pelajaran


merupakan dokumen penting dan rasmi yang perlu sentiasa menjadi rujukan guru-
guru sepanjang proses PdP berlangsung. Semua guru perlu akur, faham dan
hadam sukatan dan DSKP berdasarkan sukatan KSSR terkini.

Tindakan: Semua Guru

3.7 Beliau juga menyeru panitia untuk memastikan sukatan dan rancangan
pengajaran disediakan dan sentiasa terkini. Ketua Panitia perlu memastikan guru-
guru sentiasa bersedia untuk mengajar dan melengkapkan fail rekod mengajar
dengan Sukatan Pelajaran yang terkini.
Tindakan: Semua Guru

3.8 Beliau memberi fokus terhadap Program Transisi Tahun 1 yang akan diadakan
selama 4 minggu mulai 21 March hingga 15 April. Beliau menerangkan bahawa
Transisi Tahun 1 merangkumi fasa penyesuaian dan fasa persediaan. Fasa
Penyesuaian merngkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktivit rutin,
pembelajaran perbualan awal dan rehat manakala fasa persediaan merangkumi
pelaksanaan PBD menggunakan item senarai semak kesediaan murid.

Tindakan: Guru-guru Tahun 1

3.9 Beliau menyatakan bahawa guru-guru Tahun perlu melaksanakan PdPc dengan
merujuk kepada tem dalam KIT PTTS 2.0. Antara contoh tema dalam KIT ialah
kesihatan, dunia di sekeliling saya, alam sekitar dan diri saya.
Tindakan: Guru-guru Tahun 1

3.10Beliau menyeru guru-guru agar memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi


meningkatkan tahap penguasaan murid dalam PDPC dan juga membincangkan
tentang hasrat Catch Up Plan 3 (CUP 3). Beliau menyeru guru-guru agar
berfokus kepada murid TP1 hingga TP3 terutamanya dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains pada sesi persekolahan
2021/2022 agar murid bersedia untuk mengikuti kurikulum persekolahan bagi
kalender akademik 2022/2023.
Tindakan: Semua guru

3.11PKP juga menyatakan tarikh cadangan pelaksanaan mesyuarat kurikulum


selama 4 kali bagi sesi 2022/2023 iaitu pada 16 Mac 2022, 30 Jun 2022, 22 Sep
2022 dan 5 Jan 2023. Surat pnggiln bgi setiap mesyuarat akan diedarkan 14 hari
sebelum mesyuarat dilaksanakan.

Tindakan: Semua guru

3.12Seterusnya, PKP menyatakan tentang mesyuarat PBD yang akan diadakan selama
empat kali. Beliau menyeru guru-guru agar peka dengan pelaksanaan PBD serta
mencatatkan pencapaian murid dalam Rekod Perkembangan Murid dan ia perlu
bersama guru sepanjang berada di dalam bilik darjah. Beliau menyeru guru-guru
agar merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah untuk
membuat penilaian secara holistik sepanjang tahun.

Tindakan: Semua guru

3.13Beliau membincangkan tentang beberapa pentaksiran melalui aktiviti seperti kuiz,


bercerita, projek mudah, main peranan dan permainan. Beliau menyeru guru-guru
agar menyimpan bukti pelaksanaan intervensi semasa melaksanakan PBD supaya
dapat mentaksir kemajuan akademik murid dengan lebih terperinci. Beliau
mengatakan bahawa penetapan target pencapaian PBD bagi setiap matapelajaran
akan diadakan pada awal bulan April.

Tindakan: Semua guru

3.14Beliau menyeru guru-guru agar menyerahkan slip keputusan PBD kepada waris
murid sebanyak 2 kali dalam setahun ( Bulan Jun dan Disember) secara
bersemuka. Sebelum menyerahkan Slip Keputusan PBD guru-guru mesti
mendapatkan tandatangan Guru Besar.

Tindakan: Semua guru

3.15Setersunya, perbincangan diteruskan tentang Pemulihan BM dan MT yang akan


dilaksanakan berdasarkan Jadual Waktu PdPc. Program PLaN akan diteruskan
bagi membantu murid menguasai 3M. Beliau menyeru guru matapelajaran dan
guru pemulihan perlu merancang dan melaksanakan Intervensi Khusus untuk
murid PLaN serta meminimumkan bilangan murid PLaN bagi Tahun 2022
kurang (sekurang-kurangnya 50% ).
Tindakan: Semua guru
3.16Beliau menyatakan bahawa Mesyuarat Panitia akan diiadakan sekurang-
kurangnya 4 kali setahun bulan April , Julai , Oktober, Januari. Fail panitia perlu
dilengkapkan dan dimuatnaik dalam Google Drive. Semakan akan dibuat oleh
Guru Besar dan Penolong Kanan pada setiap bulan
Tindakan: Semua guru

3.17Beliau juga mewajibkan setiap panitia untuk menghasilkan sekurang-kurangnya


satu inovasi setahun serta menyeru semua panitia untuk membincang dan
merancang tentang pelaksanaan KAK bagi sesi 2022/ 2023.Pelaksanaan
kurikulum perlu disediakan bagi setiap tahun dan setiap mata pelajaran sebelum
25 March 2022.
Tindakan: Semua guru

3.18Setiap panitia juga diingatkan agar mempunyai perancangan kewangan yang jelas
bagi mencatat peruntukan PCG dalam mesyuarat kali pertama panitia.
Tindakan: Semua guru

3.19Setiap panitia perlu merancang dua program peningkatan PLC untuk semua guru.
Ketua Panitia perlu memberi cadangan tarikh dan tajuk PLC kepada setiausaha
PLC untuk memudahkan pelaksanaanya.
Tindakan: Semua guru

3.20PKP menyeru guru-guru agar mematuhi waktu masuk dan keluar kelas. Beliau
menyeru guru-guru agar menggunakan kaedah pengajaran selaras dengn PAK21
iaitu penggunaan ABM seperti Peta I-Think, Didik Hibur dan sebagainya supaya
dapat menarik minat murid serta tercapainya objektif. Beliau mengingatkan guru-
guru untuk menulis penulisan kriteria kejayaan dan objektif pembelajaran di
papan putih sebelum pdp diteruskan.
Tindakan: Semua guru

3.21Isu seterusnya ialah tentang Rancangan Pengajaran Harian. Penulisan Rancangan


Pengajaran Harian diteruskan dalam Sistem CIDS dan akan disemak oleh
Penolong Kanan,Guru Besar,Pegawai PPD dan JPN. Beliau menyeru guru-guru
agar menyiap dan menghantar RPH setiap hari (bukan hantar sekali gus) dan bagi
semakan mingguan RPH perlu dihantar setiap hari Jumaat sebelum pukul 6
petang.
Tindakan: Semua guru

3.22 Beliau menyatakan bahawa jadual waktu setiap mata pelajaran dirancang
mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Standard
Sekolah Rendah (Semakan 2017). Dasar pengagihan mata pelajaran,keutamaan
diberikan kepada guru opsyen dan kepakaran guru.
Tindakan: Semua guru

3.23Seterusnya, beliau menyatakan bahawa mana-mana guru yang berkursus,bercuti


sakit atau diluluskan untuk cuti rehat khas perlu memaklumkan kepada Guru
Besar dan PK1/Guru Jadual Waktu sekolah lebih awal (2 hari sebelum bercuti)
untuk memudahkan pengurusan guru ganti bagi kelas guru tersebut kecuali kes
kecemasan boleh memohon dengan segera.
Tindakan: Semua guru

3.24Beliau menyatakan bahawa penyeliaan berkala dan pencerapan dalam bilik darjah
akan dicerap sekurang-kurangnya 2 kali setahun dengan menggunakan standard 4
dalam SKPMg2.
Tindakan: Semua guru

3.25Seterusnya, beliau menyatakan bahawa PSS hanya dibenarkan penggunaannya


pada waktu PdPc bagi mata pelajaran Bahasa Melayu , Bahasa Tamil dan Bahasa
Inggeris untuk Program NILAM. Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti
bagi guru yang tidak hadir digalakkan membawa murid ke Pusat Sumber Sekolah
untuk mencari makluman atau menonton video berkaitan pelajaran sekiranya
tidak bertembung dengan Program NILAM.
Tindakan: Semua guru

3.26PKP menyatakan bahawa semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan
taklimat ringkas kepada Guru Besar / Penolong Kanan Pentadbiran apabila
pulang berkursus dengan menggunakan format minit curai. Kursus
Perkembangan Staf / Konsultasi, dilaksanakan bagi mematuhi pekeliling
perkhidmatan bil. 7/2003. Setiap kakitangan awam wajib menghadiri kursus
sekurang-kurangnya 7 hari / 42 jam setahun. Dirancang mengikut permintaan
guru berdasarkan keperluan.
Tindakan: Semua guru

3.27Selain itu, beliau mengatakan bahawa pengisian SKPMg2 akan diisi sebanyak 3
kali iaitu pada bulan Mac, Ogos dan November Ketua Panitia perlu membuat
penilaian dan menyatakan evidens menggunakan helaian instrumen yang diberi
berdasarkan penilaian salinan Aspek 3.1.2 (Pengurusan Panitia). Semua panitia
perlu mencapai Tahap Tindakan 1 dan Tahap Kualiti sekurang-kurangnya Skor 4.
Ketua Panitia perlu membuat perancangan program peningkatan kualiti PdPc
guru secara terancang iaitu PLC, LADAP, in-house training dan sebagainya.
Tindakan: Semua guru

3.28PKP juga menasihatkan guru-guru untuk mengamalkan dasar penjimatan dan


memaksimumkan keseluruhan ruangan kertas A4. Guru juga dilarang mencetak
atau fotostat sendiri di pejabat.
Tindakan: Semua guru

3.29Beliau membincangkan tentang hal-hal lain seperti peraturan menggunakan


makmal/bengkel. Memberi penekanan terhadap persediaan pembukaan awal sesi
persekolahan 2022/2023.Semua guru juga guru bertanggungjawab untuk
menyediakan Minit Curai dan OPR bagi setiap mesyuarat / aktiviti / program di
bawah pengawasan.
Tindakan: Semua guru
4.0 UCAPAN PENANGGUHAN

4.1 Beliau mengakhiri taklimat dengan mengucapkan terima kasih kepada warga
sekolah atas segala komitmen yang telah diberikan sepanjang tahun 2021 dan
mengharapkan warga sekolah untuk meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi di
tahun 2022.
4.2 Guru-guru diharap dapat menjalankan PDPC dengan efisyen dan baik dengan
mematuhi SOP.

4.3 Guru-guru juga diingatkan untuk menjadi guru yang berkesan dan cemerlang
dengan mengambil kira perkara-perkara seperti kesungguhan menjalankan
perkara-perkara yang dirancang serta merancang program akademik dengan baik
dan teratur.

4.4 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi
menghadirkan diri ke mesyuarat kurikulum kali pertama bagi sesi 2022.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 petang.

Disediakan oleh , Disahkah oleh,

............................................... ...............................................
Setiausaha Kurikulum Sekolah Guru Besar
Cik.Hirranyaa a/p Nallappan En. Gopal a/l Govindaraju
SJK(T) Barathi SJK(T) Barathi

You might also like