You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN LEPAR

PEKAN, 26300 GAMBANG,


PAHANG. KERTAS
KERJA
PROGRAM TRANSISI
TAHUN 1
2023/2024

1
PENGENALAN

Program Transisi Tahun Satu 2.0 (TTS 2.0) dilaksanakan bagi memastikan semua murid
Tahun 1 daripada pelbagai latar belakang, tahap penguasaan dan kesediaan dapat
meneruskan proses pembelajaran mereka seterusnya. Kerangka konsep PTTS 2.0
dibangunkan berasaskan lima aspek iaitu sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif (termasuk
literasi dan numerasi asas), kreativiti dan estetika serta kesejahteraan fizikal dan
kesihatan. Kelima-lima aspek ini dilaksanakan berasaskan pendekatan bertema dan
bersepadu. Kejayaan pelaksanaan PTTS 2.0 bergantung kepada kerjasama dan sokongan
ibu bapa/penjaga, pentadbir dan guru. Persekitaran sekolah dan rumah yang kondusif
serta memberangsangkan juga amat penting dalam proses pembelajaran murid.

Kerangka konsep PTTS 2.0 seperti dalam Rajah 1.

PTTS 2.0 amat menekankan kepada persediaan dan penguasaan murid dalam kelima-lima
aspek di atas bagi mengupayakan mereka untuk melangkah ke pembelajaran seterusnya di
Tahun 1. Bagi merealisasikan hasrat tersebut cadangan aktiviti dalam Fasa Penyesuaian
dan Fasa Kesediaan dibina berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Tahun 1. Namun begitu, jika terdapat murid yang masih berada di bawah tahap
kesediaan dan penguasaan terutamanya dalam literasi dan numerasi asas, guru boleh
merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK Semakan 2017) bagi
merancang aktiviti yang sesuai.

OBJEKTIF PROGRAM TRANSISI


2
Objektif PTTS 2.0:
1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah
atau tadika kepada pendidikan formal.
2. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
3. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
4. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial
serta pembelajaran.
5. Membantu murid mengurus diri sendiri.
6. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran
seterusnya.

FASA PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI


Program transisi diorganisasi dalam 2 fasa iaitu:

1. FASA PENYESUAIAN (DUA MINGGU)

• Mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan


• Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran,
perbualan awal dan rehat
• Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item dalam
Senarai Semak Kesediaan Murid (Lampiran A)

2. FASA KESEDIAAN (DUA MINGGU)


• Mengikut jadual Tahun 1
• Dilaksanakan oleh guru mata pelajaran
• Memilih tema mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid
• Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap kesediaan
murid dan kreativiti guru
• Melaksanakan pelbagai kaedah PBD
• Memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk
pembelajaran seterusnya

3
PERANAN & TANGGUNGJAWAB BAGI PELAKSANAAN
PROGRAM TRANSISI

Peranan dan tanggungjawab pentadbir, guru dan ibu bapa/penjaga adalah penting
bagi memastikan PTTS 2.0 dilaksanakan dengan jayanya. Berikut disenaraikan
peranan dan tanggungjawab setiap pihak:

1. PENTADBIR SEKOLAH

i. Memahami konsep.
ii. Merancang dan menyelaras pelaksanaan.
iii. Mengenal pasti guru.
iv. Bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)/Lembaga Pengelola
Sekolah (LPS).
v. Mengadakan taklimat kepada guru dan ibu bapa.
vi. Merancang, melaksanakan pemantauan dan penilaian program di peringkat
sekolah.
vii. Memastikan kelancaran program.
viii. Memberi sokongan dan bimbingan kepada guru.
ix. Memastikan Prosedur Pengendalian Standard (SOP) semasa sentiasa dipatuhi.

2. GURU

i. Memahami konsep dan pelaksanaan program.


ii. Mengadakan perbincangan dan merancang pelaksanaan program dengan guru
lain yang terlibat.
iii. Melaksanakan fasa penyesuaian selama dua minggu.
iv. Melaksanakan fasa kesediaan selama dua minggu juga.
v. Mengetahui tahap perkembangan dan kepelbagaian murid bagi membantu
mereka mengikuti pembelajaran seterusnya.
vi. Melaksanakan pentaksiran berdasarkan senarai semak kesediaan murid
semasa fasa penyesuaian.
vii. Melaksanakan pentaksiran bilik darjah semasa fasa kesediaan.
viii. Menyediakan pelbagai aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
ix. Memastikan murid dapat menguasai literasi dan numerasi asas.
x. Memastikan SOP semasa sentiasa dipatuhi.
3. IBU BAPA
i. Menyediakan anak dari aspek mental, sosioemosi dan fizikal.
ii. Menghubungi guru untuk mengetahui perkembangan anak mereka.
iii. Memastikan kelengkapan pembelajaran.
iv. Memerhati tingkah laku, perkembangan dan pembelajaran anak.
v. Membantu meningkatkan keyakinan anak dalam pembelajaran.

Program Transisi Tahun 1 2023 | 1


AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
SEKOLAH KEBANGSAAN LEPAR, PEKAN
SESI 2022/2023

PENGERUSI
GURU BESAR
EN. ARMAN BIN MOHAMAD HUSIN

TIMBALAN PENGERUSI
PENOLONG KANAN KURIKULUM
PN. SALINA BT ABD GHAFAR

NAIB PENGERUSI 1
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
EN. MD. YASIN BIN ABDULLAH

NAIB PENGERUSI II
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
EN. JAMALUDIN BIN AYOB

GURU PENYELARAS TRANSISI / SETIAUSAHA


PN TUAN NUR SYUHADA BT TUAN MOHAMAD

AHLI JAWATANKUASA

SEMUA GURU MATA PELAJARAN TAHUN 1


SEMUA KETUA PANITIA

Program Transisi Tahun 1 2023 | 2


Bi Perkara Tarikh Catatan
l
1. Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan Program 13 Mac 2023 Semua Guru SK
Transisi Tahun Satu 2.0 2023/2024 Lepar
(Mesyuarat Kurikulum Dan Ko-Kurikulum
Bil.1/2023)
2. Penubuhan Jawatankuasa Program Transisi 14 Mac 2023 Semua Guru SK
Tahun Satu 2.0 dan Perancangan bilik darjah. Lepar
3. Terima senarai nama murid Tahun 1 February 2023 Guru Kelas Tahun 1

4. Pemilihan guru-guru Tahun 1. Februari 2023

5. Taklimat Guru Program Transisi Tahun Satu 15 Mac 2023 Guru Tahun 1

6. Taklimat Program Transisi Tahun Satu 2.0 17 Mac 2023 Guru Tahun 1
selama 4 minggu secara bersemuka.
7. Menerima Kit Program Transisi Tahun 1 2.0 13 Mac 2023 Guru Tahun 1
2023/2024
8. Merancang Jadual Pelaksanaan Program 13 Mac 2023 Penyelaras Program
Transisi Tahun Satu 2.0 2023/2024
9. Taklimat untuk Guru/Kakitangan/Ibu 17 Mac 2023 Guru/Ibu bapa
Bapa/Penjaga diadakan (Whatsapp)
10 Penyediaan bilik darjah. 15 Mac 2023 Semua guru
.
11 Pendaftaran murid Tahun 1 2023/2024 Ibu Bapa dan semua
. guru
12 Penutup Program Transisi Murid Tahun 1 14 April 2023 Guru Besar dan
2023/2024 Minggu ke-4 guru-guru Tahun 1
PELAN TINDAKAN

CARTA GANTT
BIL AKTIVITI JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV DIS
1 Taklimat AJK / /

Program Transisi Tahun 1 2023 | 3


2 Fasa Penyesuaian /

3 Fasa Kesediaan /

4 Pengajaran KSSR / / / / / / / / /

5 Pentaksiran / / / / / / / / / /
Berasaskan
Sekolah (PBD)
6 Pengumpulan / / / /
Eviden Murid
7 Laporan dan / / / /
Rekod Pentaksiran
8 Perjumpaan / /
dengan Ibu bapa
9 Program Khas / / / / / / / / / /
(PEMULIHAN )

10 Penyediaan Bahan / / / / / / / / /
Bantu Belajar
(BBB)

ENROLMEN MURID TAHUN 1 2023 / 2024

BIL KELAS JUMLAH

Program Transisi Tahun 1 2023 | 4


1 1 AL-AMIN 33

2 1 AT-TAQWA 30

JUMLAH 63

BUTIRAN PERBELANJAAN

BIL BAHAN KUANTITI HARGA JUMLAH (RM)


SEUNIT (RM)

1 Tag nama Transisi (sementara) 65 RM1.30 RM84.50

JUMLAH KESELURUHAN RM84.50

PENUTUP

Program Transisi Tahun 1 pada tahun 2023 ini diharap dapat berjalan dengan baik
hasil kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibubapa/penjaga. Pihak sekolah berharap
semasa program ini berjalan, segala prosedur keselamatan (SOP) dapat dilaksanakan dengan
baik bagi mengekang penularan virus Covid-19. Justeru, diharap semua pihak dapat
bekerjasama dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh:

Program Transisi Tahun 1 2023 | 5


__________________________
(PN. TUAN NUR SYUHADA BT TUAN MOHAMAD)
Penyelaras Program Transisi Tahun 1

Disemak oleh:

__________________________
(PN. SALINA BINTI ABD. GHAFAR)
GPK Pentadbiran
SK Lepar, Pekan.

Disahkan oleh:

__________________________
( EN. ARMAN BIN MOHAMAD HUSIN )
Guru Besar
SK Lepar, Pekan.

Program Transisi Tahun 1 2023 | 6

You might also like